Saturday, May 5, 2012

Saya tak approve opposite gender di FB (updated version)

Note : post ini post yang dah lama.dipublish pada 5/5/12. eh, setahun sebelum pilihan raya lah! haha. Tapi saya rasa nak tukar tajuknya. Supaya dihighlightkan juga isi dan main pointnya. Sebab tajuk sebelum ni tak cliche. Semoga bermanfaat.


Alhamdulillah . Alhamdulillah . Segala puji hanya bagiNya yang agung . 

Kini aku tenang . Tenang dengan diri . Tenang dalam hati . Tenang dengan fesbuk . Eh , ape kene mengena tenang dengan fesbuk ???


Hm... Fesbuk boleh bagi ketenangan ke ? Hahaha ..


Fesbuk nih , boleh jadi sumber untuk kita meraih pahala , juga tak kurang menjadi sumber dosa yang menimbun . 


Aku rasa semua orang dah sedia maklum dengan perkara mcm nih . Dosa 24 jam di fesbuk yang menakutkan . Yang mengerikan . Yang memanggil-manggil api neraka untuk menjamah tubuh kita ... 


Aku baru setel baca novel CINTA HIGH CLASS , karangan author feveret aku , Fatima Syarha & suami . Buku ni , kire mcm version panjang dan lebih detail bagi buku PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL . 


Seriously , memang sweet kan . Tipulah kalau korang tak suke ... kehkehkeh..
anyway , buku ni unik sebab ditulis oleh kedua-dua pasangan merpati sejoli nih . Satu version dari kacamata seorang muslimin dan satu lagi versionn dari pandangan seorang muslimah . Bagaimana kedua-dua mereka begitu setia dann teguh menjaga kesucian diri masing-masing demi keredhaan Allah . Segala-galanya demiNya . Demi masa depan agama . Demi iman . 


So , memang membuka matalah baca novel ni . Sangat mahsyuk . Pelaburan yang tak rugi malah berfaedah . Banyak ilmu tentang perkahwinan especially mengenai POLIGAMI yang menjadi mainan kaum suami . 


Aku bukanlah nak hurai pasal poligami plak kat sini , but just baru aku tahu yang poligami ni bukanlah satu sunnah yang utama seperti yang masyarakat dok gembar gemburkan tuh . Menggunakan alasan sunnah untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah . 


Juga dalam buku ni ada jugak dengan jelas lagi bersuluh torch light bateri AAA tentang hak wanita mengikut syariat bila suami mintak nak kawen lagi .. Aku berpendapat yang kita sebagai wanita , seharusnya mengetahui dengan jelas , mengkaji sedalam-dalamnya hak kita dalam undang-undang islam yang dah ditetapkan dengan adil . Bukannya berkahwin dengan hati yg kosong tanpa ilmu . Semuanya untuk kebaikan diri dan keluarga . 


"Saya memang nak tegakkan sunnah . Sunnah lebih besar yang ditunjukkan Nabi ialah berkahwin satu selagi isteri mampu beri zuriat . Ada Nabi madukan Khadijah ? Lagipun , syarat adil yang Allah  sebutkan dalam al-Quran tu satu ancaman bukan galakan . Saya takut nanti dibangkitkan dengan bahu senget" salah satu dialog Dr.Muslih apabila ditanyakan tentang poligami oleh pakcik2 yang sibuk bergurau mengenai poligami . 


Hm .. kalau nak faham lebih lanjut , beli lah novel ni . Sampai mati boleh guna . Banyak hadis-hadis , ayat2 Quran , pendapat2 ulama muktabar yang dorg gunakan untuk terangkan pada kita . Kalau nak buat hadiahkan pada boyfren/girlpren lagi bagus . Buat hantaran ke ... 


Kata cinta . Kalau cinta maksudnye nak ke syurga sama-sama . So , inilah antara usaha yang boleh dilakukan . 






Selain tu , based on this novel gak mengingatkan aku tentang konsep menjaga . Setiap orang ada pendapat dan cara masing-masing untuk menjaga diri sendiri . Aku sebagai muslimah harus lebih menjaga diri . Jaga kesucian diri . Semuanya dilakukan demi redha Allah . Juga , diingatkan , kalau nak pasangan yang baik , soleh dan suci , we have to be one first . 


So , aku ni la kan .... before plkn , mmg takdek kwn lelaki . even kat Fb . so , after plkn , ade la add , approve sikit2 ... kdg2 tu chat sikit2 . like sikit2 . komen sikit2 . Tetapi , dengan adanya lelaki kat fesbuk , menyukarkan aku untuk bersuka-hati kat fesbuk . Yelah , aku ni jenis yang suka upload gmbar kat fb . Untuk tatapan member2 . Segala kenangan . Gambar2 la buat kita makin akrab , tengok balik gmbar2 lama , esp zmn skola . Memang best . Tapi bila adanya kaum adam kat fb , aku jadi tersekat . Nak uplod gmba kene fikir banyak kali , kene pandai hide , private bla2 .. Dan kalau tetibe ade antara mereka yg like atau puji tetibe , hati akan rasa lain .. Syaitan akan tiup2 jampi bagi kita lagha . Heh , banyak risiko . Pintu-pintu fitnah pun terbuka luas . 


Bagi aku , Fb merupakan satu medium yg penting dlm hidup aku untuk contact ngan member2 . Penting . Sebab kalau aku deactivate Fb , mcm mne aku nak contact dorg , tahu perkembangan dorg , sebab aku ni bukan jenis suka bermsej2 , bertwitter2 .. Fb je la .. 


Mula-mula tu rasa jgak la mcm .."alah , pandai2 la private kan . bukannye ade ape sangat pun .." 


tapi bile difikirkan balik , aku ni kadang , nak post/share sesuatu yang baik , kadang2 boleh timbul rse riak dlm diri . rasa mcm nak dipandang perempuan baik2 oleh lelaki .


 frankly speaking , mmg pernah rasa mcm tu . Selagi adanya lelaki dalam list frens aku , aku akan rasa mcm nk buat itu ini  tak ikhlas . rasa mcm nak dipuji. Nak org like , nak org komen . Berfesbuk tidak ikhlas kerana Allah . Malah melalaikan . Bukan ini yang kita mahu . 


Kalau boleh , biarlah kita berfesbuk dengan redha Allah . Supaya dikira sebagai usaha kita untuk berdakwah , mengeratkan silaturrahim dengan yg jauh , kukuhkan ukkhuwah . Semuanya demi redhaNya . Demi kepentingan iman dan Islam yang kita pegang . 


So , bile da baca Novel CHK ni , Allah bagi aku kekuatan untuk delete semua lelaki di fesbuk . Sebab bagi aku , tak dek keperluan aku dengan dorg . Dorg pun x heran . Alah , tak luak pun fren dorg yang beribu tu kalau aku unfren kan . 


kalau boleh , nak berpegang lah pada hadis ni ...


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."


Insyaallah . Usaha . Sebab Allah pandang usaha . Dan kejayaan itu dariNya berdasarkan usaha . 


So , kini , aku tenang . Tenang dengan fesbuk . Alhamdulillah . Insyaallah , kulakukan ini semua demi redhaNya . Demi menjaga kesucian hati . Demi menjaga kesucian diri . Demi menutup pintu-pintu fitnah . Demi menjaga mata kaum adam . Demi mengelak fitnah kepada diri dan agama . 


Tak kisahlah orang nak kata poyo ke , bajet solehah ke , bajet baik ke ... hahaha .. harap2 memang aku stok  hati keras tak makan kutukan . 
Again , aku ingatkan . Ini cara aku . Ini pendapat peribadi aku . Ini yang Allah ilhamkan pada aku . Dan ini antara sedikit usaha yang boleh aku lakukan untuk mengelak menjadi fitnah buat kaum adam dan menjaga kesucian hati demi redhaNya . 


Sekurang-kurangnya , aku tenang dengan tidak memikirkan apa-apa impak kalau aku buat mcm ni atau mcm ni . Kepada Allah juga segala pujian dan terima kasih . 


Belilah , seriously tak rugi ^^
So , Insyaallah , sama-sama tingkatkan usaha untuk terus menjadi hamba Allah yang terbaik . 



Facebook yang lama sudah pun saya delete. Sebab rasa macam nak mulakan hidup baru. Hah, facebook really gimme a big impact huh ? 

So facebook yang baru, saya lebih nak focus kepada isi-isi yang baik dan ilmiah supaya facebook itu benar-benar 'lubuk pahala'. InsyaAllah. 



SEMOGA ALLAH REDHA^^

2 comments: