Saturday, March 22, 2014

Bagaimana menghadapi sebuah cabaran yang tidak berpenghujung ?

Menghadapi cabaran berupa suasana yang menghimpit iman dari semua aspek bukan mudah.

Cabarannya, bagaimana membina sebuah karakter muslimah yang sejati dalam organisasi masyarakat yang terdiri daripada muslim yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Mendidik masyarakat serta memberi kefahaman tentang Islam itu sendiri bukan mudah.

Malah, kita terlebih dahulu perlu memberi ilmu dan didikan yang baik kepada diri sendiri sebelum mahu memindahkan ilmu kepada orang lain.

Membina sebuah karakter muslimah sejati yang berpegang teguh pada syariat, tidak gedik dengan lelaki, tegas dengan prinsip hidup bukan mudah tatkala semua rakan perempuan bebas bergaul bersama lelaki dengan mesra, tidak menutup aurat dengan sempurna apatah lagi mempunyai suatu prinsip yang tegas.

Untuk menghadapi cabaran sebesar ini, usaha yang lebih besar diperlukan untuk mencari gali ilmu tentang pergaulan.

Proses pentarbiyyahan diri yang mantap supaya berani untuk meletakkan garisan pemisah di antara urusan kerja dan peribadi.

Di samping menguatkan kekuatan rohani dalam konteks menguatkan hati daripada godaan nafsu dan bisik syaitan yang cuba menghanyutkan diri yang mudah tergoda dengan hidangan hiburan yang meliurkan gelojak jiwa muda.

Remaja kini ramai yang bersemangat tinggi untuk memperjuangkan agama.

Namun, potensi ini disia-siakan dengan perjuangan sendiri-sendiri tanpa memahami manhaj yang benar.

Seringkali terlintas di fikiran, mengapa sukar benar jalan ini ?

Akhirnya, iman juga memujuk.

Namun, kebingungan tentang banyak perkara masih di situ.

Menghantui jiwa yang karat dan kusam.