Wednesday, January 20, 2016

Cahaya

Kita semua setuju kita semua berada di zaman fitnah.

Kita semua merasai kegetiran berada di zaman ini.

Godaan dari semua arah terlalu kuat.

Malah, seringkali kita terduduk menahan kuatnya bisikan itu.

Malah, kita mengangkat tangan memohon doa supaya dikuatkan iman ini untuk menghadapi detik seterusnya.

Detik demi detik, kegelapan semakin menyelubungi.

Kita jadi takut dalam hitam pekatnya kehidupan.

Kita meraba-raba mencari cahaya.

Meskipun lampu itu sudah berada di dalam genggaman, namun kita jahil untuk menggunakannya.

Kita jadi makin kelam, makin keliru, makin buntu.

Ilmu itu cahaya awal yang mengajar kita untuk menggunakan lampu yang akan menerangi sepanjang perjalanan kita di dunia kelam ini.

Ilmu al-Quran perlu dipelajari supaya kita tahu menggunakannya untuk menyuluh jalan menuju Tuhan.

Cahayanya yang terang mampu menyinari jalan yang panjang untuk kita ajak yang tersayang menuju jalan pulang.

Wahai Tuhan,
Dunia ini semakin kelam,
Cahaya kebenaran semakin malap,
Tenat menyala dalam kenistaan dan kebejataan yang melaputi hati kami.

Cahaya iman semakin malap,
tenat berkelip-kelip,
Wahai insan, bacalah Al Quran.
Wahai insan, berzikirlah kepada Tuhan.
supaya cahayamu kembali terang
supaya imanmu kembali menyinar.

20012016

Wednesday, August 5, 2015

Chik

Di saat kematian menghampiri, dia akan mengembara keluar dari perimeter pandangan tuannya. Dia menanggung sebuah kesakitan fatal,fizikal dan mungkin emosi, namun dia tidak mampu membiarkan kesayangannya melihat semua itu. Biar mati menyendiri, dari memilukan hati yang melihat. 

Dia hilang. Tanpa lagi dilihat berlegar di sekitar dapur luar. Tiada lagi menanti di pintu mengiau-ngiau meminta belaian atau makan. Tiada lagi menanti di atas meja rehat, berguling-guling sambil membuka perutnya untuk disentuh. Tiada lagi mata sayunya yang berair memandang sayu ke dalam mataku. Tiada lagi lagaan kepalanya di sisiku meminta kasih sayang dan pelukan. 

Agak lama dia bersama kami kali ini. Terasa lebih lama dari yang lain-lain pernah kami bela. Saiznya kecil tetapi gempal. Perutnya buncit mungkin bercacing. Mulutnya berbau busuk mungkin pencernaan yang buruk. Warnanya hitam berbelang-belang. Ekornya hampir tiada. 

Antara semua, dia yang terbaik. Dia yang paling beradab dan sopan.  Kencingnya bukan merata seperti kucing jantan megah bertelur memancut di mana sahaja. Lagaknya umpama dara pinggitan. Tidak merayau-rayau. Bermusuh bukan kesukaannya. Makanannya hanya satu, keropok kucing.

Namun, keceriaannya berkurangan sejak selepas syawal. Badannya susut. Terasa ringan sekali apabila mendukungnya. Dia nampak sedih ibarat menanggung sebuah derita. Namun kami juga kurang memberi perhatian kerana jarang berada di rumah. Beraya. 

Beberapa hari sebelum dia pergi, titik-titik merah berada di sekitar lantai dapur luar. Setelah dicari, rupanya titik-titik merah itu datang dari mulutnya. Bila diperhati,mulutnya sudah bernanah dan bengkak berdarah. Patutlah dia seringkali masuk ke dalam rumah, mengiau-ngiau kuat seolah-olah hendak mengadu. Jarang sekali dia berminat untuk masuk ke dalam rumah apatah duduk berlama-lama di atas lapik kaki bilik air. 

Digigit rasa kasihan dan sedikit bersalah, dalam diam aku mendoakan agar dia cepat mati dari menanggung siksa. Aku sendiri tidak mampu membayangkan seorang manusia mampu untuk menahan kesakitan sedahsyat itu. Kami cuba memberikannya beberapa titis madu sebagai sesuatu untuk memberinya glukos. Aku tidak pasti sudah berapa lama dia tidak makan bila melihat badannya susut mendadak. 

Esoknya, selepas aku nampak dia menapak pergi, itu kali terakhir aku melihatnya, hidup. 

Dua tiga hari tanpanya menyapa di pintu setiap subuh seolah-olah mengesahkan hipotesis kami. Dia tiada lagi. Dia sudah pergi. Pasti. 

Namun, aku sendiri tertanya-tanya, sejauh mana boleh dia pergi dengan badan selemah itu. 

___________________________________________

Pagi itu aku bangun awal. Awal dari biasa. Usai memasak sarapan, ritualku menonton televisyen sambil makan kuulangi tanpa jemu. 

Udara terasa sejuk. Rumah terasa nyaman. Kubuka tingkap untuk membiar oksigen menerja masuk ke dalam ruang rumah, memberi aku sumber kehidupan. Udara menerobos masuk ke dalam rongga pernafasan melalui kedua lubang hidup yang penuh liang menangkap aroma. 

Satu bau asing menyengat hidung. 

"Hmmmpppphhhh!" kembang kempis hidungku terkejut. 

Dan angin sekali lagi datang menyapa. 

"hmmmmmpppphhh! Bau bangkai!" kataku spontan. 

Dalam hati, aku rasa itu dia. 

'5.8.2015'. 

Wednesday, July 8, 2015

7 years

Wow. 

Aku cukup kagum dengan aku yang dulu. 

Boleh menulis sepanjang itu. 

Farhah yang kini, having a hard time even nak buat satu perenggan. 

Apatah lagi menggunakan ayat-ayat yang bersulam bunga bertatahkan mutiara. 


Ability aku untuk reading pun dah menurun. 

Tak pasti kenapa. 

Setakat ini hipotesis aku mengatakan attention span aku menurun disebabkan terlalu 'into' gadget. 

Hipotesis kedua kata sebab dah sibuk dengan watak mahasiswa. heh. 


entahlah, tapi passion yang drive aku dulu dan sekarang pun macam kian berbeza. 

satu perubahan yang aku rasai secara batiniah (amik kau)

Kehidupan dahulu dan sekarang pun dah jauh berbeza. 


Dulu, blog ini adalah sebahagian daripada percentage RAM yang akan aku spend. 

Sekarang, booleh kira dengan jari berapa kali bukak blog setahun. 

Na update jauh sekali.. 


and guess what. 

Sekarang ramadhan lagi. 

ini Ramadhan keempat sejak yang itu. 


Terlalu banyak perkara yang aku lalui dan aku buat sehingga tidak sempat dirakamkan di sini. 

Mungkin aku terpaksa abadikannya di dalam kotak memori  sahaja. 


insyaAllah lepas ni akan rajinkan diri untuk update. 

i need to start writing again. 

0006
08072015
22 Syawal 1436 

Saturday, July 5, 2014

Your Essence

"Kalau kau diperah, agaknya apa hasilnya ?" satu soalan rawak dilontarkan. Sekadar untuk memecah kesunyian.

Kepalanya tertoleh memandang aku. Dahinya berkerut.

Aku hanya tersenyum simpul dengan responnya terhadap soalan provokatifku.

"Diperah ? As in di-squeeze ?" dia cuba memahami soalan. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengari.

Senyumanku meleret mengiakan.

"err... darah... cecair..."

Ketawaku pecah.

Nadanya jelas sekali tidak yakin dengan jawapannya.

"....dan lemak mungkin.." jawabnya acuh tidak acuh.

Ketawaku terhenti. Namun senyumanku masih meleret. Seronok benar menggaru mindanya di waktu pagi begini.

Usai solat subuh berjemaah, masing-masing bertilawah sendiri, kami sama-sama ke dapur untuk mencari sesuatu yang boleh dibuat alas perut.

Kopi panas ditambah susu tepung menjadi pilihan kami. Lalu sama-sama duduk di beranda sambil menikmati pemandangan alam di waktu pagi. Pagi ahad adalah pagi yang sunyi.

Ramai manusia sedang lena dipeluk selimut gebu. Moga mereka ingat untuk bangun menunaikan solat subuh.

Demi siang apabila terang benderang ...

Cawan berisi kopi dibawa ke bibir.

Kopi susu panas serasa hangat menuruni rengkung.

Nikmat.

"Bayangkan, kalau engkau diperah-perah. Essence apa yang akan diperolehi. Maksud aku, apa yang ada dalam diri kau yang keluar bila diperah." Kopi diteguk lagi sambil mataku bertentangan dengan matanya.

"Seperti buah zaitun, perahannya dapatlah minyak zaitun. Anggur, diperah dapat jus anggur." cawan kopi diletak di atas piringnya semula.

Dia menyilang kaki kirinya di atas peha kanan. Kopi diteguk perlahan.

"Essencenya adalah semangat yang membara, spirit perjuangan yang jitu, keinginan yang kuat untuk melihat dunia baru dan sedikit pengalaman yang telah dikutip. Puas ?" dia membuang pandangannya ke alam.

Cahaya matahari semakin menyilau pandangan.

Senyumanku meleret sekali lagi. Menampakkan gigi yang berbaris.

"Awesome answer. Akal kau ternyata sangat tajam jika dapat menangkap soalan-soalan aku sepantas itu." Ketawaku berderai.

Dia hanya tersenyum sinis dengan kata-kataku yang mengangkat bakul sendiri.

"The essence of youth. Membuatkan aku berfikir panjang mengenainya. We are the product of what we gain in our life. Persekitaran, siapa kawan kita, buku apa yang kita jamah dan hadam, TV shows yang kita tengok, instagram siapa yang kita follow, status siapa yang kita like, lagu apa yang kita layan, selfie yang macam mana kita suka ambil, fashion apa yang kita jadikan our style, and etc. Banyak perkara yang kita buat adalah product how we define ourselves. And the definition, come from what we engulf in our life." kopi diteguk kembali. Kehangatannya semakin tersebar di persekitaran. Kurang enaknya apabila telah mula menyejuk.

Dia membetulkan duduk. Kali ini lebih memberi fokus kepada butir bicaraku.

"Aku tidak mahu lah sekiranya aku 'diperah', yang akan keluar adalah kecintaan terhadap penghibur-penghibur berwajah jambu semata. Atau semangat yang membakar jantungku hingga lebur terhadap parti politik kanan atau kiri. Apatah lagi pengalaman membunuh ramai manusia di alam maya dengan papan kekunci yang tajam berbisa. Semua itu bukannya ubat, tetapi racun !" sambungku telus. Tidak lagi berbunga telur atau bunga rampai.

To be continue..

0953
5-7-14


Saturday, March 22, 2014

Bagaimana menghadapi sebuah cabaran yang tidak berpenghujung ?

Menghadapi cabaran berupa suasana yang menghimpit iman dari semua aspek bukan mudah.

Cabarannya, bagaimana membina sebuah karakter muslimah yang sejati dalam organisasi masyarakat yang terdiri daripada muslim yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Mendidik masyarakat serta memberi kefahaman tentang Islam itu sendiri bukan mudah.

Malah, kita terlebih dahulu perlu memberi ilmu dan didikan yang baik kepada diri sendiri sebelum mahu memindahkan ilmu kepada orang lain.

Membina sebuah karakter muslimah sejati yang berpegang teguh pada syariat, tidak gedik dengan lelaki, tegas dengan prinsip hidup bukan mudah tatkala semua rakan perempuan bebas bergaul bersama lelaki dengan mesra, tidak menutup aurat dengan sempurna apatah lagi mempunyai suatu prinsip yang tegas.

Untuk menghadapi cabaran sebesar ini, usaha yang lebih besar diperlukan untuk mencari gali ilmu tentang pergaulan.

Proses pentarbiyyahan diri yang mantap supaya berani untuk meletakkan garisan pemisah di antara urusan kerja dan peribadi.

Di samping menguatkan kekuatan rohani dalam konteks menguatkan hati daripada godaan nafsu dan bisik syaitan yang cuba menghanyutkan diri yang mudah tergoda dengan hidangan hiburan yang meliurkan gelojak jiwa muda.

Remaja kini ramai yang bersemangat tinggi untuk memperjuangkan agama.

Namun, potensi ini disia-siakan dengan perjuangan sendiri-sendiri tanpa memahami manhaj yang benar.

Seringkali terlintas di fikiran, mengapa sukar benar jalan ini ?

Akhirnya, iman juga memujuk.

Namun, kebingungan tentang banyak perkara masih di situ.

Menghantui jiwa yang karat dan kusam.

Thursday, February 13, 2014

Musafir dan pontianak cantik

Travelog

9.2.2014

Away dari tv dan numbness di rumah ternyata satu terapi yang terbaik untuk buat wake up call pada diri sendiri.

Numbness sememangnya tak pernah elok bagi makhluk bernyawa yang ada kaki dan bersifat mobile. Boleh bergerak dengan bebas dan merdeka. Tiada sekatan mahupun perintah berkurung. Tidak perlu menanggung risiko terbunuh, tertembak oleh tentera Jepun kalau nak pergi keluar mengembara. Maka gunakanlah nikmat itu sebaiknya.

Kita manusia, bukannya pokok bunga di dalam pasu mahupun di tanah rata. Malah, ditanam dalam pasu itu sendiri pun bertujuan supaya boleh dialih-alihkan. Tapi akhirnya,jika pokok itu terus membesar, lama-lama kelamaan tiada pasu lagi yang cukup besar untuk menampung saiz pokok itu. Maka dipindahkan ke tanah rata. Kembali kepada fitrah asal.

Statik.

Maka, oleh yang demikian, seharusnya kita sebagai manusia dikurniakan kaki, malah zaman dahulu pun dah ada 4-wheels-drive seperti kuda, unta, lembu dan sebagainya. Apatah lagi zaman kemodenan tahap tak hengat ini. Kau nak apa, kau pilih saja.

Kereta ?

Motor ?

Lori ?

LRT ?

KTM ?

ETS ?

Belon ? eh.. kapal terbang ?

kapal selam ?

Bot laju ?

Sampan kayuh sendiri ?

Name anything. Boleh pilih.

Itu pasal kenderaan.

The next thing is duit . Duit, tipulah cakap tak dek. Rata-rata pembaca belog ni paling kurang ada sebiji smartphone di tangan, sebutir laptop di atas meja, sebuku i-Pad di dalam beg, malah merancang untuk membeli yang kedua . ohoh.

Dan yang paling spesial. Ultimate gift for humankind. Tak lain tak bukan... wifi berkelajuan ferari.

Hotak kau.

Akal.

Akal letaknya di kepala, kepala di dalamnya ada otak.

otak kau.

Makanya, pergilah mengembara, untuk menghidupkan hati dan mengecas akal. Sambil kita bermusafir, sambil itu mata mula memerhati, telinga mula mendengar, kaki mula melangkah, tangan mula.. er.. memberi tiket mungkin. Maka di sini, akal kita akan sentiasa berfungsi, setidak-tidaknya lebih baik daripada membatu dan mereput di rumah.

Make use of these gifts wisefully. Utilize it well.

We already have the manual cara penggunaan anggota dengan baik di jalan yang benar.Technically, in order to understand the purpose and how to work toward the purpose by using these parts of our body.

Beli Sony, tapi baca manual Samsung.

Mungkin ada satu dua yang sama. Tapi, at the end. Tak mungkin kesempurnaan pemahaman dan penggunaan itu tercapai. Hidden feature pada Sony yang tak da dalam manual Samsung, merencatkan lagi penggunaan Sony yang hebat di tahap maksima. Lebih derhaka lagi, kalau ada hati nak menjeling ke manual i-Phong.

uuuuu ~~~

Get away from numbness, frozen brain, mind-jammed.

Tak perlu kot sampai nak buat soalan calculu, soduku pun aku tak lepas sekotak.

Tapi just make sure otak kira sentiasa bekerja.

Berfikir dan merenungi.

Bukan berfikir sehingga termenung.

Tapi berfikirlah bagaimana kita boleh mencapai dan memenuhi kehidupan yang sempurna dan membahagiakan.

Sebagai muslim, kehidupan ini adalah anugerah yang indah.

Namun, segala keindahan di depan mata ini rupanya tidak langsung setanding betapa hebatnya syurga.

Breaking Dawn adalah antara movie paling kelakar yang pernah aku tengok dalam sejarah kehidupan aku. Senang cerita, Twilight series la.

Kalau korang budak baik, mungkin tak sampai lah nak menonton filem yang agak dahsyat ini.

By the way, kehidupan vampire yang diketengah Stephanie Meyer dalam penulisan novel bersiri dia agak idealistik.

Aku tak baca pun semua. Twilight je yang pernah aku khatam.

Tapi base on filem, dapatlah tangkap sikit-sikit kot. (Marah peminat Cullen's family)

Kehidupan abadi tanpa mati.

Immortality.

Kecantikan abadi tanpa tua. Veghi the handsome and beautiful.

" I just stop ageing 3 days ago" - kata Bella bila Alice wish birthday dia.

Mereka tidak tidur, tidak makan (except darah), ada superpower yang unik dan tersendiri, boleh lari laju2, mata boleh view walau jarak apa sekalipun, telinga lintah kalah lintah.

And paling kelakar, part akhir sekali.

"we have forever.." Kata Bella pada Edward.

Betullah satu anganan yang sangat tinggi.

Sebab itu semua mustahil.

'COME ON LAH. ITU NAMANYA IMAGINASI. CERITA LAIN PUN BANYAK TAK LOGIK. LAWAK BODOH MAHARAJA LAWAK LAGI LA TAK PERNAH LOGIK. NAK KUTUK APEHAL ??!!'

phewww...

yeah, you got your point.

Tapi, yang best nya, aku dapati semua ciri-ciri best yang ada pada vampire yang manusia biasa mcm kita ni takdek *tangankebahumatakeatas*, semuanya hampir sama dengan ciri-ciri ahli syurga.

Eternal and immortal.

Abadi tanpa mati.

Flawless beauty.

Tapi sayang, salah stau nikmat besar bagi manusia adalah ability to eat dan makanan itu sendiri.

Sayanglah vamp tak makan.

Sambal goreng belacan sedap gila woi !

Yela-yela. As muslim, bila tengok movie ni (sepatutnya as muslim tak boleh tengok cerita ni !), rasa indahlah. Sebab rupanya segala yang konon-konon nampak best pada vamp, Allah akan bagi lebih lagi pada ahli surga yang dah berjaya lepas segala ujian di dunia.

Bella nak jadi vamp pun bukannya senang kan. hahaha.

Kena gigit, lepas tu sakit.

However, anganan Stephanie Meyer rupanya bukan anganan kosong. Tapi ianya suatu benda yang tidak mustahil terjadi pada orang beriman.

Maka, wahai yang punya iman ....

Berusahalah.

Berusahalah.

Walau kita seringkali gagal.

Berbalik semula pada musafir, aku rasa lagi best travel dengan ETS dari naik flight yang sempit.

KL sentral pun dah banyak berubah sampai aku konfius. Hampir terlepas train. hoho

Musafir kali ini sangat menghidupkan, melepaskan rindu yang kelam, walau hanya 3 hari, namun ukkhuwah itu manis sekali .

Jadi, pengajian dan analisa filem hampir berakhir. Lusa akan pulang ke lubuk. Menyambung pengajian dalam bidang pengurusan, kehidupan, diri sendiri, pencarian dan segalanya akan bermula semula.

Keluarlah dari kemelut kegelapan dan kebatuan ini.

Kamu lebih diperlukan di luar sana dari bilik ini.

13.2.2014





Thursday, December 26, 2013

Kendong baik-baik sambil mengejar

Focus sangat pada benda yang kita tak boleh buat, sampai terlupa pada benda yang kita pandai buat.

Kita, memang ada kelemahan.

Ada benda yang kita tak reti buat, tak reti nak handle.

Dan selalunya kita akan frust bila benda yang kita buat tu tak jadi dan tak berapa nak sukses.

Gagal.

Dan kadang-kadang benda tu kita tak dapat nak control pun.

Luar kemampuan kita.

External.

bukan di bawah kekuasaan kita.


Memang betul, kita perlu work on kelemahan kita.

Tapi fokus kena betul.

Kita perlu tengok kelemahan kita yang banyak, supaya kita tak sibuk kira satu-satu kelemahan orang lain.

Asyik nak kutuk itu ini, asyik nak cakap 'dia patutnya' , 'dia ni asyik..' , 'dia tu ini' ...

Ini masalah ego namanya.


Kelebihan yang kita ada, kita polish baik-baik.

Pastikan sesuatu yang bermanfaat boleh terhasil dengan bakat yang kita ada. Biiznillah.

Supaya, at least, fokus kita menjadikan diri kita manusia yang produktif dan bermanfaat.


Pastikan yang dikendong itu dijaga baik-baik, in the same time yang dikejar akan dapat kita tangkap , InsyaAllah.