Thursday, December 26, 2013

Kendong baik-baik sambil mengejar

Focus sangat pada benda yang kita tak boleh buat, sampai terlupa pada benda yang kita pandai buat.

Kita, memang ada kelemahan.

Ada benda yang kita tak reti buat, tak reti nak handle.

Dan selalunya kita akan frust bila benda yang kita buat tu tak jadi dan tak berapa nak sukses.

Gagal.

Dan kadang-kadang benda tu kita tak dapat nak control pun.

Luar kemampuan kita.

External.

bukan di bawah kekuasaan kita.


Memang betul, kita perlu work on kelemahan kita.

Tapi fokus kena betul.

Kita perlu tengok kelemahan kita yang banyak, supaya kita tak sibuk kira satu-satu kelemahan orang lain.

Asyik nak kutuk itu ini, asyik nak cakap 'dia patutnya' , 'dia ni asyik..' , 'dia tu ini' ...

Ini masalah ego namanya.


Kelebihan yang kita ada, kita polish baik-baik.

Pastikan sesuatu yang bermanfaat boleh terhasil dengan bakat yang kita ada. Biiznillah.

Supaya, at least, fokus kita menjadikan diri kita manusia yang produktif dan bermanfaat.


Pastikan yang dikendong itu dijaga baik-baik, in the same time yang dikejar akan dapat kita tangkap , InsyaAllah.



Friday, December 20, 2013

Tersedut atau disedut ?

Setiap pagi aku bangun dari tidur, soalan ni pasti akan muncul dalam benak fikiran walaupun tengah mamai.

"Apa sebenarnya yang terjadi ni ?" 

Aku bingung.

Keliru.

Walau aku cuba hadam sekalipun, at the end, aku akan kembali bengong.


Orang kata, futur itu sakit.

Perit.

So kalau dapat bangkit kembali, say bye bye with flying kiss pada futur,

kau akan mencapai kebahagiaan.




Ya, aku yang mengheret diri aku dalam gravitational field ini.

Aku yang bermain dengan api,

konon-kononya aku ada baju kalis api,

topeng penutup muka,

aku rasa aku terkecuali.

Rupanya api ini kecil-kecil menjadi kawan,

bila besar menjadi lawan.

Engkau akan rentung hangus terbakar sekiranya engkau lalai.


Aku yang mulakan,

akulah yang kena hentikan.


Berhenti.

Do not get attached.

Everything dah teruk sangat dah...

Entah bila kali terakhir aku cakap dengan dia....

Hilang dah semua apa yang aku cuba pertahankan.

Baru sem 1, tahun 1.


Long way to go lagi...

doakan semoga aku tidak lemas dan karam...


Sunday, December 1, 2013

Kesan dosa.

Lately aku lalai.

Lepas tu degil nak back to Allah.

Ada niat nak bangkit balik.

Tapi malas mencengkam.

Dosa pula terlalu banyak membelenggu kaki ini.


Allah masih sayangkan aku.

DIA bagi tegur direct yang keras.


Sentap habis.

Galaxy Note hilang.

Kena seluk.


Mula-mula kecut jugak hati ni.

Macam-macam kot dalam tu.

Tambah-tambah dah nak dekat event ni.

Dengan banyak urusan fakulti dan kolejnya.


Apa pun, inalillahi wainnalillahi rajiu'n.

Benda tu milik Allah, hak DIA untuk ambik balik bila-bila masa.

Aku pun realize yang penggunaan henset tu dah deviate dari apa yang sepatutnya.

Memang ada kegunaan untuk kerja dan kuliah.

Namun, penggunaan Facebook, Insta, blogging, dan benda-benda ghaflah lebih banyak daripada manfaat.

Aku redha.

Dan aku tahu ini teguran keras dari Allah untuk aku ingat kembali.


Jangan berlama-lama dalam lumpur dosa.

Perkara buruk lain akan drag sekali terjadi.

Minggu ini pun agak worst.

Semua benda macam serba tak kena.

Presentation tah ape apenye, kena tengking direct depan 200 orangnya, GN hilang...

Semua itu disebabkan dosa-dosa yang tidak disucikan.


Jagalah Allah, Allah akan jaga segala urusan kita.

Bila tanggungjawab ini diabaikan, mulalah banyak masalah yang datang.

Sebab itu, orang mukmin yang rapat dengan Allah itu sebenarnya sentiasa tenang.

Segala urusannya dipermudahkan.

Kalau diuji, dia bersabar.


Orang bersabar ni, rupanya sangat-sangat untung.

Mereka antara golongan yang dijanjikan untuk diampuni dosa-dosa mereka, dan dimasukkan ke dalam syurga.

Namun, kesabaran ini menuntut konsistensi sepanjang hayat.

Itu yang hebatnya orang yang bersabar ni.

Betapa dia boleh menahan kesabaran dan terus menerus bertawakkal kepada Allah.


Ujian ini agak berat.

Namun, tak tahu kenapa, ada manisnya disebalik keperitan dan sedikit payah hilangnya 'tangan kedua'.

Namun, masih aku panjatkan kesyukuran, moga benar syukurnya aku

DIA bukannya mengambil salah seorang ibu bapaku, mereka masih ada dan sihat serta setia mendengar masalah yang sering kami anak-anak timbulkan.

DIA tidak ambil purse yang di dalamnya lagi banyak benda yang terlalu penting.

dan aku masih selamat sihat aman sejahtera.

Semoga begitu juga imanku.

Sihatlah wahai IMAN !

kembalilah cergas dan bermaya !

Kita ini mukmin yang mencintai Allah lebih dari segalanya !

Kita ini mukmin yang hebat bersama Allah.

Semoga kita mendapat syurga dan bersama-sama mereka yang terlebih dahulu berjaya mendapatkannya.

1.12.2013