Saturday, May 19, 2012

It rusting . Inside .

Ke mana nak dihalakan hati yang gersang ?
Kepada siapa hendak diadukan hati yang membarah dek virus jahiliah ?
Oh Tuhan , imanku lemah ..
Apabila nafsu menyusup dalam diam ,
Sedar-sedar hatiku sudah dijajah !

Oh , masa lapang membunuhku ...
Tidak mengapa jika jasadku yang mati kaku terbujur ,
aku mungkin ingin mati sebagai syuhada ..

Tapi ,
persoalannya , imanku dalam bahaya !
Imanku dijajah !
Nafsu kembali meraja !
Dek kelalaian dan kebosanan ..

masa lapang ,
kau bukan kesenangan !
Kau hanya boneka syaitan !
Menipu manusia yang mudah digoda ,
akulah antara mangsanya !!

Oh manusia ...
Engkau bukan hebat untuk keseorangan ..
Engkau selamanya memerlukan teman ..
kerana itu fitrah untukmu ..
Apatah lagi dalam perjuangan ini ,
Jihad bukan perkara sebesar kuman ,
yang kini telah lupus daripada kamus fikiran pemuda ...

Jika benar imanmu kepadaNya ,
bantulah aku .
Saudaramu yang memerlukan bimbingan ....
Dan aku tidak keseorangan ...
Jutaan di luar sana sepertiku ,
malah lebih jauh di dasar ditenggelami jahiliah ,
yang gelap pekat membutakan mata hati ..

Oh Tuhanku ,
nyalakan kembali cahaya keimanan yang hampir-hampir malap
di dalam hatiku ,
dek ditiup nafsu dan syaitan yg mengekek-ngekek kegirangan ..
kerana melihat , seorang lagi anak adam ,
hanyut dengan duniawi yang mempesona palsu .

No comments:

Post a Comment