Monday, September 30, 2013

Insaf.

Dalam hidup ada pasang surutnya.

Tapi kena pandai manage lah bila dah tau air nak pasang...

Saya tak suka nak merungut. Especially di social media di mana beribu-ribu orang boleh baca.

Pasti terserlah kurangnya tahap intelektual apabila kemarahan atau frustration dihamburkan sewenang-wenangnya dengan ayat dan perkataan yang tidak enak dibaca apatah lagi untuk didengari.

Manusia perlu untuk didengari sebagaimana dia perlu untuk makan.


Angguk.


Mungkin juga kita semakin kekurangan insan-insan yang sudi mendengar dan menasihati kita dalam menjalani kehidupan.

Sahabat yang sudi mendengar dan menasihati ke arah kebaikan itu memang mutiara di dalam lautan dalam.

Sukar dicari,

sukar diteropong,

tapi sangat berharga sekali.


Terutamanya nak mencari sahabat yang sudi bersama-sama mengharungi badai kehidupan yang semakin hari semakin dahsyat.

When we're looking for these people, and kecewa sebab tak jumpa....

Rasanya kita dulu perlu menjadi orang yang kita mahu sebagai sahabat kita.

Maka di situ, magnet yang sama akan menarik, insyaAllah, Allah pasti mempertemukan kita dengan mereka-mereka ini.


Setiap orang ada cabarannya di tempat baru,

cabaran adapt dengan environment,

cabaran homesick teringat masakan mak sehingga termimpi-mimpi,

cabaran makanan tempat baru yang tak se-epik tempat asal,

cabaran kos hidup yang naik,

juga cabaran mempertahankan akidah,

mempertahankan cara hidup dan pegangan yang kita percaya.

Life in dunya is not easy man...

You got to realize that.

That's because Allah wanna make you longing for Jannah.

Longing for His Mercy.

Longing and begging for His Help.


May Allah make everything ease,

May Allah make us among the righteous people.

Semoga hidayahNya sentiasa memayungi kita.

No comments:

Post a Comment