Thursday, May 10, 2012

Super Junior vs. Muhammad Rasulullah (???)

Just now , i'm watching matlufi's video . And , as you know la kan , kat tepi-tepi tu mestilah ada video-video lain yang linked dengan the one we watched . Hm.. ada satu video yg agak menarik perhatian .

"MATLUFI MCM EUN HYUK"

hahahaha , marah matlufi ek .. kehkehkeh , aku pun tringin nak tengok video tuh . So , tengoklah for few minutes . So , sepanjang video tuh , ada la 2 pictures , satu gmba mat , satu gmba eun hyuk , both pictures nak tunjuklah how much matlufi looks alike with eun hyuk .

And , yang membuatkan aku nak tulis post kali ni is , when looking at eun hyuk pics , seriously , mmg cute la kan , membuatkan aku teringat zaman dulu kala . LOL . Mana kawan lama aku , you guys now exactly what I wanna talk about kan .....

Yes , my past .

Well , a person like me know who is Eun Hyuk ?

He used to my ex before this ....................... -,-"

Ala , I used to like them before this , Super Junior .  Not only like . LOVE WITH ALL MY HEART AND TIME .

I just wanna share , secebis pengalaman meminati , menggilai , mencintai(?) ,  menyukai this korean boyband dulu ........

Macam most of orang lain , aku tahu pasal dorg from my friend masa form 1. It's around 2007 lah ...waktu tu kan Suju and DBSK tengah hot giler .
She showed to me one of the cutest MV they ever had , HAENGBOK .
anyone ingat ???  A very colourful mv , lagu yang rancak memikat hati , tambah-tambah agi at the end of the video tu ada tunjuk dorg bg free hug dekat org2 korea tu kan , lagi la aku excited melebih . *terlebih-hormon*

Haha , dalam tu , seriously , for the first time in my life , looking at 13 boys yang very-very cute ! Yang charming with their killing smile ! Yang sangat jambu ! sangat putih ! Tinggi , taff , perfect nose , perfect this and that , stylo , sangat hen* dan ....ahhhh *pengsan*

Fact : this is me . dulu . yeah . 


so , start from that lah , aku 'dirasuk' dengan kehen-hen* those 13 boys yang Allah bg a very charming look pada dorg .

*Note : Form 1/13 years old , rata rata budak perempuan sudah baligh dan hormon dalam badan bertindak aktif . Ketarikan kepada opposite gender juga sangat kuat bagai ada tarikan magnet yang hebat . harap maklum. 

So , bermulalah hidup aku selepas itu sebagai one of kipas-susah-mati Super Junior . It's normal bila kita minat any korean band , secara tidak langsung kita akan turut meminat negaranya . Tak tahu kenapa . Secara tidak langsung segala yang berkaitan dengan korean sangat-sangat menarik perhatian . *tak-tau-kenapa* ?????

SO , fans for Super JUnior dipanggil ELF . *heh,ingat-aku-x-tau-ke*
So , aku pun menggelarlah diri aku ELF jugak . Bajet je, padahal tak daftar pun any membership ...

Kehebatan aku minat dorg , sama lah mcm korang yang minat any boyband now . Jom kita tengok , sape lagi fanatik *kening2*

Note lagi : 2007-2008 , artis korea tak femes kat Malaysia mcm la ni . Nak tgk dorg kat tv tu hanyalah angan-angan je la . Memang takkan dengar any dorg punyer songs kat radio nasional , tgk any mv kat tv apatah lagi tengok dorg dlm news ......pfft 

So , bila aku minat dorg , berbekalkan internet yang memang berjasa , aku pun mula lah buat 'homework' .

1. Search segala info pasal dorg .
Segala web aku dah geledah untuk tahu pasal dorg . Segala wikipedia aku dah baca dan hafal pasal dorg . Segala biodata dorg aku dah hafal dalam kepala . Tinggi , berat , umor , bla2 semua dalam kepala je . Dorg debut bila , dorg keluarkan album ni bila dan bila , ini apa , itu apa , segala-gala pasal dorg aku tahu . Dalam kepala . Dan quotes satu-satu mcm aku quotes bio-fact . *Ehh..

2. Download SEGALA VIDEO yang ada kaitan dengan dorg . 
SO , of coz la segala MV dah ada dalam collection , dah hafal pun segala tajuk lagu dorg . Dah tau yang mana itu ini bla-bla , then download segala performances dorg yang confirm2 banyak gila . Satu lagu tu , dah la dekat 7-8 performances . Tak , lebih lagi ... dekat music bank la , inkigayo la , SBS la , music award la .. Contoh mcm , lagu 'Marry You' , waktu 3rd album baru keluar memang banyaklah performances dorg kan . Tambah-tambah lagi lagu marry You ni suwit giler bikin gua cair , dah la waktu dorg nyanyi tu gaya mcm nk kawen je sume , lagii best bila aku faham lirik lagu tu cakap ape , gelagat dorg bile perform , siap pegang-pegang bunga , tangan kat dada , muka mcm mengharap je kita trime propose dye , pffft ~ *cair*

Belum cerita pasal lagu fevret aku , Don't Don . Memang superb la kan , gaya gengster je , Hankyung dengan rambut blonde yang mmg ....ahh*melt-again* sume gaya macho giler . ntah bape banyak perf dorg aku downlod ...

3.download SEMUA lagu dorg 
Ha , ini memang fact . Semua lagu dorg aku download . Semua lirik aku download , semua translation lagu aku baca , untuk bagi feel lebih bila dengar lagu dorg . Setiap album aku download . KRY ke , SUJU Trot ke , lagi ape ek ? Kalau ada one of them yang  nyanyi dgn org lain pun aku akan download , buat koleksi , so banyak lah folder kat files aku . Mengkategorikan satu-satu secara kemas agar mudah dicari *pfft* .
Album ni satu folder , album ni satu folder , lirik satu folder and so on . ape2 je kadang2 dorg nyanyi kat SUKIRA pun aku akan get the audio . Msuk dlm phone bagai , buat ringtone lah .. so , hari-hari mmg akan dengar lagu dorg . HARI HARI tanpa miss ......

4. baca fanfic untuk menambahkan imaginasi ....
Soompi . Sume peminat korean band mesti tau psal soompi kan ? tak sah kalau x pegi sini . Banyak info tambahan psl artis kesayangan . Tak kurang jugak mana-mana fan yang kreatif berimaginasi sama ada secara bersih atau liar . KAt sini , aku pun baca lah segala fanfic psl dorg yg memang best-best , hasil anganan yang beria dan berlebihan . Okay , bayangkan one of those boys minat kat korg , atau semua skali minat korg , or jadi bodyguard korang , jadi driver korg , jadi itu dan ini , minat korg dan lepas tu adalah sweet2 moment yg terjadi . Si dia itu dan ini , korg pun itu dan ini . Huh . Mmg banyak smpai tak terbaca . Paling aku ingat is , based on lagu Don't don , dorg buat SUJU jadi gengster . Mmg best . Msing2 dgn gaya sendiri . contohlah , seingat aku , eun hyuk ngan dong hae kan ala2 nakal2 kan . SO dlm tu dorg pun partner2 untuk buat jahat gaya cute lagi charming lagi heart melting effect . Lebih kurg la ....

5. aku ada 13 folder for each of them 
Gambar setiap dorg , aku akan save dlm comp . Ape-ape gmbar yg aku rasa aku suka , cute/hen/charming bla2 .. so , bayangkan , 13 folder for each of them , dlm each folder ada hundreds of their pics , belum kire gmbar grouping dorg , gmbar couple dorg , Hanchul la , sichul la , eunhae la , dan sebagainya . Hari-hari akan tukar wallpaper . hehehe .. bahagianya waktu tu ...

zaman aku tak mcm zaman skang . Skang lagi banyak kan ? segala pasal dorg mudah nak dapat . lagipun skang da ada majalah khas dorg dlm BM kan . Dulu , kalau nk anything kne beli mjlh cine je . Dpat gmbar pun jadi lah . anything i sacrifice ....

Dan aku ingat lagi , tahun 2008 kot , SUju datang Msia sebab nak ambik MTV award kat genting . Seriously , aku tak senang duduk kat rumah bila mengenangkan dorg in MSIA !!!!!! weh , dorg kat msia weh ! dekat sangat . Mlm tu mmg dah standby bukak mtv untuk tggu dorg perform . Wktu dorg perform kat tv tu ............... speechless . OMG , suju kat tv ! mmg super2 excited ! speaker kasi tinggi volume , lantaklah mlm ke ape , suju aku kat tv !

HAh , aku tak cte lagi , segala blog psl dorg , sebolehnya aku akan baca . SEGALA . huh , aku peminat tegar betul .

Aku ada kebolehan untuk mempengaruhi org . So , aku berdakyah kat member-member aku untuk tengok dorg , "hayatilah mereka ini , mereka sangat hen dan bergaya , mereka sangat memukau , mereka sangat superb , mereka sangat cute , mereka sangat lawak , mereka sangat itu dan ini..."

Dan , ramai jugaklah yg terpengaruh ......*garu-kepala-muke-bersalah*

Whole files aku psl dorg is 20GB lebih kurang la ....... waa... banyak jugak ..
Aku tau , korg skang lagi banyak . Tambah-tambah agi skang da ada jual hardisk tu kan .. so , beratus2 GB korg bleh kumpul psl artis korg ....

_________________________________________________________

Kita meminati mereka ini yang mempunyai rupa yang menawan , bakat yang memukau , gelagat yang comel dan menarik , kaya , stylo , hebat , cool dan sebagainya .

HAHAHAHAHAHAHA . Syaitan ketawa berdekah-dekah melihat kita , anak-anak adam terpengaruh dengan kafir-kafir ini . Kita memuja-muja mereka , melebih-lebihkan mereka sehingga melalaikan kita untuk solat , baca al-Quran , mengingati Allah apatah lagi nak membaca sirah-sirah nabi . Jauh sekali nak menghayati agama Islam secara total .

How meh ? Sedangkan berhala sangat banyak dalam jiwa kita . Kita mengagungkan mereka melebihi kita mengagung manusia agung lagi mulia yang paling berhak kita agungkan . Tak perlu saya nyatakan siapa , kita semua tahu siapa yang dimaksudkan ...

Kita lebih kenal artis pujaan kita daripada Rasulullah . Kita tahu salasilah hidup mereka , perjalanan hidup mereka , kisah karier mereka , kisah suka duka mereka , jerit payah mereka , daripada kita mengenali manusia agung yg paling banyak jasanya pada kita .

Artis korea tak kenal kita ... apatah lagi kita yang tinggal di Malaysia . Mereka hanya kenal kita sebagai 'peminat' . Peminat mereka berjuta-juta lgi di seluruh dunia . Kita ni nobody lah bg dorg ...

Berbeza dengan Rasulullah . Baginda telah menyatakan cintanya kepada kita sebelum kita wujud lagi di muka bumi ini . Malah , baginda menganggap kita sebagai saudara baginda yang mulia !

Ketika Rasulullah dalam perjalanan pulang dari Haji Wida’, baginda Rasulullah SAW menangis. Sahabat pun bertanya: ”Kenapa kamu menangis wahai Rasulullah?”, Baginda menjawab: “Aku merindui saudaraku”, Sahabat bertanya: “Bukankah kami ini saudaramu wahai Rasulullah?”,Baginda menjawab: ”Kamu semua bukan saudaraku tetapi sahabatku. Saudaraku ialah mereka yang datang selepasku, beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku. Aku merindui mereka, kerana itulah aku menangis”

Subhanallah ! Allahuakbar !
Tidak tersentuhkah hati kita dengan pengakuan tulus Rasulullah ini ???

Bayangkan Lee Minho berkata sebegini ? Mengatakan kita ini saudaranya.
Pasti fangirl dah histeria mengenangkannya .....

Malu sungguh aku mengenangkan zaman jahiliah yang mencintai Super junior lebih dari Rasulullah dan para sahabat yang jauh lebih layak untuk dicintai dan diingati .

Apa sumbangan super junior dalam hidup aku ? Menghiburkan ? Menggembirakan ?

Apa pula sumbangan Rasulullah dan para sahabat dalam hidupku ??
Kerana mereka , aku merasai nikmat Iman yg merupakan kunci syurga pada hari ini . Kerana kepayah mereka , pengorbanan mereka , darah dan keringat mereka , kita dapat mengenal Islam sebagai agama yang diredhai Allah . Kerana baginda , wanita hari ini dimuliakan . Kerana baginda , aku mengenali Pencipta . Kerana baginda , aku mengenali tujuan hidupku , aku tahu hala tuju hidup , aku tahu matlamat hidup .

Tak salah berhibur . Tapi , ingatlah pesanan manusia agung ini .

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya.
(Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sepertinya)


Bagi aku , aku tahu , Super junior tidak mendatangkan apa yang bermanfaat langsung kepada aku . Malah lebih banyak mendatangkan keburukan dan dosa kepada diri aku .

Menatap wajah mereka yang memang hen dan comel itu pun dosa .


Ayat seterusnya yakni ayat 30 surah yang sama menitahkan pula kepada kaum wanita,
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka serta janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya’ 

Perempuan beriman = Kitalah tu ....

Sesungguhnya pandangan itu satu panah daripada panah-panah iblis yang beracun. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, akan digantikannya dengan iman yang dapat dikecapi kemanisannya dalam hati – Nabi Muhammad s.a.w

Pandangan membawa kepada rosaknya hati dan kerosakan hati akan membawa kepada zina – Ibnu Kathir


Allah perintahkan kita melalui ayat 30 surah an-Nur,
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan merekaYang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.’ 

lelaki beriman = bakal-bakal imam kita .......kalau mereka suka menatap kaki-kaki panjang SNSD mahupun wondergirls , apatah lagi lepas kahwin nanti . Possibility untuk jadi suami bermata keranjang sangat tinggi !

Pintu masuk kepada ‘kawah api’ zina ini bermula dari pandangan.  Dari mata jatuh ke hati.  Sebab itu Rasulullah menegah kita mengulangi pandangan pada tempat yang diharamkan.  Haram bererti ‘penyakit’ atau dosa.  Kalau pun kita merasa ‘lazat’ pandangan tersebut… hakikatnya ia adalah simpton bahawa hati  kita sedang sakit.  Keseronokan syahwat bersifat sementara dan mengundang pelbagai bala.  Bala pertama ialah hilang ketenangan jiwa.   Hati yang sihat secara automatik menolak perkara-perkara jelik dan hina.  Tiada rasa ‘syok’ atau ‘best’.  Sebaliknya merasa benci, loya atau mual.  Seperti kata Tok Guru Nik Abdul Aziz suatu ketika dahulu (lebih kurang beginilah bunyinya),  

Alhamdulillah , Allah sayangkan aku . Allah bagi aku hidayah untuk berhenti melakukan segala stuff yang aku nyatakan di atas . Lagha . Melalaikan aku . Tak tolong aku pass exam pun kan , tak tolong aku kaya pun kan , tak tolong bg any profit untuk saham pahala aku untuk akhirat  , malah , saham dosa aku pula melonjak naik tanpa aku sedari . Belum kira dosa tak tutup aurat , lawan cakap mak , mengumpat lagi !

So , Allah juga bagi aku kekuatan untuk hentikan anasir-anasir ini daripada terus-menerus menggoda aku . So , dengan kekuatan dariNya , aku press DELETE button untuk kesemua files yg berjumlah 20 GB itu dengan jayanya.
Kat recycle bin pun , delete and clean . Remove forever . Bye bye ...

So , berakhirlah fasa hidup aku bersama k-pop . Ini lebih kurang waktu aku form 3 dulu lah ... cukuplah segala kebodohan aku berangan jadi girlfren dorg , berangan jumpe dorg , berangan itu dan ini , tengok dorg 24/7 kat komputer , menghabiskan precious time dan duit aku untuk dorg ....

Andai mereka Allah takdirkan mereka untuk kafir selamanya , mereka akan dimasukkan ke dalam neraka ... Nak ikut sekali ke ?  Boleh tempah nama dari sekarang . caranya ? sama seperti yang aku nyatakan kat atas ...

Bagaimana untuk merasa insaf dalam diri ?

Mudah . Ingatlah semula tujuan kita dihidupkan di atas dunia ini . Kenapa Allah menciptakan kita ? Kenapa Allah jadikan kita manusia ? Bukannya cicak kobeng di atas dahan atau pokok sena di depan rumah . Bukannya armadilo mahupun pokok kaktus di tengah gurun sahara .

Allah jadikan kita manusia untuk menjalani hidup yang tenang dan bahagia sebagai muslim tapi kita menggunakan hidup untuk menjadi peminat fanatik orang kafir . Kita meninggalkan al-Quran dan mengambil majalah k-pop sebagai rujukan untuk menjalani kehidupan . Kita menjadikan Beast sebagai idola daripada Rasulullah yang mulia . Kita berpakaian seperti mereka . Berfesyen seperti mereka . Tak salah bergaya , tapi aku takut pulak kalau lain jadi nya ...

“Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut” (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar).

 Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

Ini cuma peringatan kepada diri sendiri . Asyik sangat berfesyen , mengikut-ikut trend sampai menjerat diri sendiri . awas ! Jaga-jaga ^^

Sabda Rasulullah S.A.W: “sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku” [ riwayat Imam Tarmizi drpd Abdullah bin Mas’ud]

Adakah Super Junior akan mengenali aku dengan hanya aku menyebut-nyebut nama mereka ? Adakah ? Adakah ?

*Dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a. bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Seseorang itu akan bersama-sama dengan orang dicintainya." (Muttafaqun'alaih)

Berhati-hati dengan apa yang kita cintai , minati , fanatikkan ....

Tapi berbeza dengan Rasulullah , kita akan menjadi orang utama kepada baginda di akhirat apabila kita selalu menyebut-nyebut tentang Rasulullah. Malah Allah juga akan mengenali dan berselawat untuk kita ...

Sabda Rasulullah S.A.W: “ barangsiapayang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya ALLAH S.W.T akan berselawat keatasnya sepuluh kali” [riwayat Imam Muslim drpd Abdullah bin Amru bin Al’Ass]

Weh , Allah berselawat untuk kita weh !!! ALLAh tu sapa ? Allah tu TUHAN!!! subhanallah ...

Insaf aku mengenangkan aku beria-ria search makna lirik lagu dorg , sedangkan aku waktu tuh tak pernah faham makna al-Quran . tak pernah nak faham seruan Rasulullah .

Aku beria-ria cari kisah hidup dorg , karakter dorg , semata-mata kerana aku minat sangat ngan dorg . Tapi aku takk pernah beria dan se-excited ini untuk search pasal nabi dan sahabat yang terang-terangan sangat hebat lagi superb lagi cool berbanding dorg . At least , sahabat confirm syurga . Super junior confirm ............ tak layak aku nak menghukum . Tapi dorg terang-terangan kafir . Tidak kenal Allah . Tidak kenal Nabi MUhammad .

Aku akhiri post ini dengan sesuatu yang sangat sweet dari Rasulullah untuk kita semua . Ya , kita , umat akhir zaman , yang sangat baginda cinta .....

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku.Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.


aku juga rindu hendak bertemu denganmu wahai kekasih Tuhan ........

Sini ada few link untuk lanjutkan pembacaan ^^

1.Hadis di atas ni
2.Keajaiban Selawat !
3.Maksud hadis sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum
4.Tips untuk berhenti dari lagha dan maksiat
5.10 Perkara Lagha
6.Manisnya menundukkan pandangan ^^

Hidayah datang dariNya . Kekuatan untuk berubah juga dariNYa . Mohonla apa saja dariNya dengan kerendahan hati . Allah Maha Mendengar , Maha Penyayang , Maha Penerima Taubat .

Allah tidak ciptakan kita untuk dicampakkan dalam api . Sebab tu Allah bagi manual kehidupan ^^ Al quran :)
Semoga Allah Redha .

4 comments:

  1. SANGAT LAWAK DAN MENGINSAFKAN . *clap10000X*

    ReplyDelete
  2. thanks paa^^ same-same mengingatkan (:

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..well,dear..I really understand your feelings coz i feel the same way..May Allah gives us strength to be a better muslimah..insyaAllah..aminn

    ReplyDelete