Thursday, November 14, 2013

Pakaian



I know i talked a lot about clothing.
Entah. Maybe sebab aku perempuan.
So salah satu major percentage in our life memang pasal clothing.
How we cover ourselves.
Sebab memang cara kitaorang cover badan memang totally difference la dengan lelaki.
Lelaki ape je nak fikir ?
 sarung t-shirt, sarung seluar.
Dah siap.
Warna je kot yang lain.
Heh.

And clothes is the first impression of someone kepada kita.
Memang la kebanyakan orang tengok rupa, tapi rupa tu fixed variable.
Tak boleh nak ubah.
Memang Allah bagi muka kau macam tu.
The only thing kau boleh buat is make up, but still, tak mengubah apa-apa sangat ~~

Tadi lepas maghrib, Allah bagi aku satu ilham.
Ilham kenalah share kan.

So, how you dress yourself would be the first impression of someone on you.

Sekarang ni, put you feet on someone else shoes.
Er… fikir dari sudut orang yang melihat kita.
Apakah impression dia ?

And benda ni, of course aku akan bagi point of view seorang lelaki.
Sebab perempuan pakai lelawa sebab gapo selalunye ?
So, bayangkanlah,
Scene 1
 ada seorang gadis ini….
Duduk seorang termenung (ada ke lagi orang termenung zaman teknologi ni ?),
Bertudung bawal selempang, berbaju t-shirt ketat, berseluar skinny jeans, berselipar.
Ada seorang mamat ternampak gadis comey ini.
Dan dia tertarik.
Magnet.
Opposite poles attract each other.
Law of nature.
Sunnatullah.

Dan, dia scan atas sampai bawah gadis itu.
………….


Scene 2 .
Ada seorang gadis. Duduk termenung berseorangan.
Berjubah hitam, bertudung labuh menutup lengan, berkasut tutup.
Ada seorang mamat ni ternampak gadis ini.
……………..

Rasa-rasa, apa yang boleh kita coretkan sebagai sambungan kepada kedua-dua kisah di atas ?
Mempunyai situasi yang sama, yang membezakan adalah pakaian si gadis.

Boleh tak aku buat sambungan mengikut imaginasi aku ?

Scene 1..
Sambungan…
Sunnatullah magnet itu telah menarik hati sang adam yang melihat keindahan tubuh seorang gadis comel yang sedang termenung itu.
Aduuh, comeynya gewe ni. Dok sorang-sorang.
Rugi nih kalau tak try.
Kaki melangkah laju ke arah si gadis.
Daya tarikan gravity ke arah gadis itu serasa sungguh kuat.

Bila didekati, mula-mula si gadis menjeling marah.
Perempuan mana suka dikacau ?
Namun, bila dilempar senyuman penuh gulaa,
Dipujuk seayat dua,
Si gadis memberi izin untuk duduk bersama.
Mula-mula hanya sekadar bertanya masa .
Lama-lama bertukar gelak dan tawa.
Dengan bantuan bisikan yang tak nampak dek mata, tarikan magnet serasa bertambah kuasanya.
Dalam masa sejam, no telefon, facebook, twitter, instagram berjaya diperoleh.
Bersambung lebih panjanglah al-kisah mereka.
Menambah seorang kenalan dalam hidup.
Mungkin menambah koleksi teman wanita.
Mungkin menambah pilihan calon dibuat isteri.
Mungkin perlu cari lagi.
Mungkin ada yang lebih baik.
Ini trial pack. Mahu mencuba dan lihat.

Scene 2
Sambungan….
Maka, si teruna melihat seorang gadis bertudung litup, berjubah sokmo.
Tak terlihat langsung lekuk tubuhnya, apatah lagi warna kulitnya.
Er…
Tudung labuh.
Berjubah.
Duduk seorang.
Mungkin tunggu suami.
Atau ayah.
*walk away*
Belum sempat bisikan halus menerpa , sang adam sudah surrender.

Saya kira, ini imaginasi yang common.
Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang membantah.
Tak semestinya gadis 1 itu melayan.
Dan tak semestinya lelaki 2 tak mendekati langsung gadis 2.
Mungkin juga boleh jadi gadis 1 yang menunggu suami atau ayah.
Boleh jadi juga gadis 2 yang menunggu buaya-friend durjana !
Ahah !

Namun, secara logika, ini apa yang minda saya katakan.
Ini apa yang saya rasa berkemungkinan akan terjadi berdasarkan situasi yang diberi.

Dan ini hanya pandangan saya.

Komen untuk situasi 1.
Situasi 1 itu, lelaki itu bertindak secara separuh sedar (sub-concious mind) yang gadis itu mudah didekati.
Dan melalui penafsiran jejaka Malaya, adalah normal untuk gadis itu melayan.
Tapi apa yang tidak normalnya, jika wanita itu naik angin tahap naga dikacau sebegitu rupa.
Er.. saya tak mau membayangkan jika yang datang kemudian ialah boyfriend sebenar gadis itu rupanya abang ber-muscle besar, pakai spec hitam, bersilang tangan.
Sekali hanyun, lebam besar di biji mata.
Melalui pakaian yang tidak menutup aurat dan mencolok mata, gadis itu telah berbuat sesuatu secara tidak sedar.
1. Dia telah melakukan dosa yang besar.
2. Dia telah menyebabkan lelaki yang melihatnya berdosa.
3. Maka si gadis mendapat 2 dosa. Dosa sendiri dan dosa lelaki yang melihatnya.
4. Dia juga telah membuka pintu ke arah maksiat apabila lelak itu datang approach, minta no telefon, minta facebook, minta instagram.
5. saham dosa mungkin akan berpanjangan melalui chatting di facebook, gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat di facebook dan instagram.
6. Dan, lelaki tersebut mungkin akan berkongsi cerita bersama rakan-rakan lelakinya yang lain dengan menunjukkan gambar gadis itu yang baru dikenalinya. Maka, bertambahlah lagi saham dosa.
7. takkan mahu jumpa sekali je. Pasti si lelaki akan mengajak untuk berjumpa lagi. Jumpa lagi, dosa mata. Mungkin tersentuh. Dosa lagi. Mungkin berdua-duaan walau di tempat awam. Dosa lagi.
8. jalan kepada zina sudah terbentang. Mungkin boleh terjerumus ke lembah zina. Mungkin sekali, lepas tu insaf. Tapi, boleh jadi berkali-kali. Plus dosa lagi.
9. Berzina sudah, mengandung pula. Sama ada insaf, atau gugurkan pula kandungan. Lagi dosa berkepuk-kepuk.
10….. sambung sendiri.
Kebanyakan mungkin akan sampai level 7 sahaja ye.
Mungkin.
Tapi, macam manalah nak menahan godaan yang kuat tarikannya, sedang dia sudah di depan mata !

Okay-okay, mungkin situasi 1 tak sepanjang itu.
Mungkin si lelaki hanya tengok dan berlalu pergi.
Tapi, bayangan tubuh menawan gadis itu masih dalam ingatannya.
Masih segar dalam ingatan.
Sehingga tidak keruan dibuatnya.
Hanya iman boleh menyelamatkan, tapi itu bukan juga satu jaminan yang kukuh.
Lalu.. mungkin dirembat mana-mana bohsia murahan.
Hm.. dosa lagi.

Konklusinya, membuka aurat hanya mendatangkan keburukan yang jijik dan merosakkan hidup.
Merosakkan individu.
Merosakkan kedua-duanya.
Merosakkan masyarakat.
Merosakkan Negara.
Merosakkan ummah.

Implikasinya hanyalah kerosakan dan kejahatan yang melata.
Pertumbuhan pesat ekonomi berasaskan maksiat adalah berpunca dari wanita yang mendedahkan tubuhnya kepada orang ramai.
Industri porno berjumlah ratusan billion laris di pasaran global.
Produk untuk kegunaan dan kepuasan seks juga bernilai jutaan dolar.
Industri pelacuran sangat-sangat menguntungkan.
Minuman keras juga termasuk.
Dadah.
Kelab-kelab malam.
Hotel-hotel bajet.

Apabila lelaki melihat aurat wanita, akan timbul kejahatan di hatinya. Sama ada dia menolak dan melawan kehendak nafsunya atau dia diperbudakkan oleh nafsu keji.

Namun, berapa ramai dalam sejarah lelaki yang tersungkur disebabkan wanita ?
Sebab itulah, ketokohan Nabi Yusuf a.s dalam menolak godaan isteri si al-Amir itu wajar dijadikan silibus pembelajaran di awal umur setiap remaja Islam.
Bukan pula tersalah memahami pelajaran iaitu mengagungkan kisah forbidden love Yusuf dan Zulaikha yang tidak pernah dimention langsung di dalam al-quran .

Novel-novel cinta remaja sangat membantu bukan ?
Drama-drama korea.
Filem-filem barat romantic seperti Breaking Dawn yang menjijikkan.

Hidup ini adalah pilihan.
Kita yang menentukannya.
Pengakhiran hidup jualah yang terpenting.

Banyak je kisah gadis seperti gadis  1 itu bertaubat dan kembali kepada Allah.
Menutup aurat dengan sempurna, malah menjadi sangat solehah dalam beragama.

Dan tidak kurang gadis seperti gadis 2 yang pakaian hanya sekadar pakaian.
Akhlak dan cara hidup tidak melambangkan langsung ajaran daripada cara berpakaiannya.
Mungkin ada gadis 1 yang kecewa dengan gadis 2 yang tak sesolehah tudung labuhnya, jubahnya.

Usah bergantung kepada manusia lain untuk diambil pedoman.
Ambillah pengajaran dan ikutilah hanya Rasulullah SAW, manusia mulia sempurna luar dan dalam.

Ikutilah baginda SAW yang benar-benar conform tidak mengecewakan kita.

Buat gadis 1, jika anda bertaubat, anda kembali menjadi sesuci bayi yang baru dilahirkan.
Anda juga boleh mencapai syurga sebagai wanita solehah.
Allah tidak memandang dosamu sekiranya engkau ikhlas bertaubat.
Allah itu Ar-Rahman.
Maha pemberi harapan.
Maha penerima taubat.
Maha baik dan Maha Memaafkan.

Buat gadis 2,
Solehahkan pula hati mu sesolehah tudung labuh dan jubahmu.
Tingkatkan keimanan dan tambahlah ilmu sebanyaknya.
Usah kau pandang gadis 1 seperti sampah,
Kerna itu hanya membuktikan bahawa engkaulah sebenarnya sampah dalam beragama.
Pegang tangan mereka, dan bantulah mereka menuju Allah.
Kerna pakaianmu itu bukanlah tiket syurga yang sebenar.

ISu pakaian mungkin tak sepenting Bajet 2013.
Tapi ia menentukan masa depan sosial Negara.

 141113
2055