Tuesday, May 8, 2012

"mari berbalah" sincerely,Orang Tua .

Amaran : Entry berbaur negatif .

Er.. bukan ape , aku just get annoyed je baca berita hari ini .

Pemimpin besar negara , orang-orang berpangkat besar di negara , orang-orang yang gaji berpuluh ribu , orang yang diberi kepercayaan oleh rakyat , orang yang diundi oleh rakyat , yang masing-masing , berhabuk cakap English , yang belajar tinggi-tinggi , yang sume stok orang respek , kete besar bagai ...

Sibuk mengkafirkan antara satu sama lain . Masing-masing sibuk keluarkan fatwa untuk menghukum pihak lain .

Pihak A mengharamkan aktiviti Pihak B .
Pihak B mengeluarkan fatwa menghukum tindakan Pihak A.
Pihak A mengkafirkan pihak B .
Pihak B menghukum Pihak A masuk neraka ...

And so on ....

Persoalannya di sini ?

Tidak malukah berbalah sambil disaksikan oleh golongan belia ? Belia yang naif , belia yang mudah terpengaruh , belia yang lemah jati diri .....

Sedangkan yang berbalah itu semuanya sudah dewasa , sudah matang , sudah mempunyai jati diri yang mantap , sudah bekerja dengan gaji yang tinggi , sudah berkereta besar , sudah berkeluarga , sudah menjadi individu berpengaruh , sudah memegang ijazah dari universiti hebat luar negara , sudah banyak pengalaman , sudah banyak makan garam , sudah pandai , sudah mengenal erti kehidupan , sudah tinggi ilmu agama , sudah itu dan ini . Yang penting , yang dewasa itu lebih bijak , lebih baik dari yang belia .

Reminder : Saya remaja 18 tahun . Anda nilai saya sebagai seorang remaja hingusan  yang masih lagi muda , mentah , tak kenal erti dan cabaran hidup sebenar , tidak makan garam banyak , tidak paham apa yang anda cuba ketengahkan dalam masyarakat , tidak matang , mudah dipengaruhi emosi , darah mude yang mendidih , pertimbangan akal tidak rasional kerana mungkin nafsu yang menguasai diri , tidak banyak ilmu , sekadar lepasan SPM , tidak banyak pengalaman , tidak memahami realiti masyarakat , hanya sibuk bercinta , tak layak untuk menyuarakan pendapat mengenai isu sebegini malah , belum pernah mengundi sebab tak cukup umur .......-,-"

errr... siapa yang emosi sekarang nih ? sape yang ikut nafsu sekarang ni ? sape yang kebudak-budakan nih ?

I wrote what I see , what I hear , What I read , What do I think ...

Pendidikan saya SPM . Tapi saya tahu agama itu bukan mainan . Hukum hakam , halal haram itu tak boleh diremeh temehkan , Allah marah , Rasulullah tak pernah ajar ... Bukan niat nak drag Allah yang Agung dan Rasul yang mulia sebagai nak bekap hujah saya .. tapi , itu apa yang saya faham tentang Islam yang suci .

Di Iran , muslim berpecah belah . Ada sunni dan syiah (pulak dah...) . Mereka saling berbalahan , bergaduh , berbunuhan , berperang . Masing-masing mengkafirkan antara satu sama lain . Masing-masing nak menang dengan pahaman masing-masing , apa yang nenek moyang ajarkan . Masing-masing sibuk mempertahankan puak masing-masing .



Sedangkan Tuhan mereka masih lagi satu . Kiblat mereka masih lagi satu . Kaabah mereka masih lagi satu . Nabi mereka masih lagi satu . Kitab mereka masih lagi satu . Negara mereka masih lagi satu .

Yang terus maju ke hadapan , yang terus berkuasa di bumi , yang terus menerus mengaut keuntungan , yang tetap gah berkuasa tak lain tak bukan kafir laknatullah yang asli .

Mereka ketawa terbahak-bahak melihat umat islam berbalah antara satu sama lain , berseronok dengan isu dunia Islam yang terus menerus ditindas , dibelenggu kemiskinan , yang buta huruf , yang berzina , yang membunuh , yang mencuri , yang merompak , yang merempat , yang mati kebuluran , yang murtad , yang mengamalkan cara hidup kafir mengalahkan kafir malah juga menghina agama sendiri .

Hilang keindahan Islam bukan kerana Islam itu , tetapi kerana penganutnya yang memburukkan agama mereka sendiri . Menconteng arang ke imej Islam yang putih .


hm..bukan nak tunjuk pandai , bukan nak mengutuk , bukan nak menyibuk , bukan nak mengada-ngada , bukan nak tunjuk bagus , bukan nak menghentam , bukan nak menggedik , bukan nak mengkritik , bukan nak banyak cakap , bukan nak jaga tepi mahupun dalam kain orang malah bukan nak bangkang cakap orang tua ......


Tapi ini apa yang saya lihat pada negara saya .

Saya remaja melayu Islam yang tinggal di Malaysia . Saya cintakan agama saya , sayangkan bangsa dan bangga menjadi rakyat Malaysia yang aman makmur . Saya bekas pelatih PLKN , saya tahu tanggungjawab saya pada anak bangsa .

Jika umur saya panjang , saya akan mempunyai anak-anak . Saya akan menjadi dewasa . Golongan belia seperti saya juga yang akan menggantikan tempat pemerintah kini . Kami juga akan memegang tampuk pemerintahan masa hadapan . Kalau boleh , saya tidak mahu rakan-rakan saya yang menjadi pemimpin negara kelak berbalah-balah , mengkafirkan antara satu sama lain , merendah-rendahkan pihak lain di media massa , mengambil kesempatan untuk mengutuk dan menjatuhkan hukum halal haram , masuk syurga atau neraka , berdosa atau sebaliknya . Ini semua perbuatan yang menggambarkan mentaliti yang low class , tidak rasional dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan , menunjukkan moral yang rendah , peribadi yang rendah .....

Tiada manusia sempurna seperti Nabi Muhammad , tapi kita wajib mencontohi Baginda kerana akhlaknya akhlak al-Quran , Kalam Allah . Tuhan Sekalian Alam . Satu figur yang diiktiraf dunia sebagai lelaki no 1 yang hebat yang pernah wujud . Manusia yang paling dicintai oleh Tuhan .

Sedang memburuk-burukkan orang lain di facebook pun dikatakan tidak berakhlak kerana boleh dibaca oleh ramai orang , inikan pula di televisyen yang ditonton setiap hari oleh masyarakat .

Masyarakat : Lelaki , wanita , ayah , ibu , anak-anak , remaja ,
                        kanak-kanak , warga emas , tok , nenek dan sbginye ..

Saya tak pandai nak quotes any al-Quran verses atau hadis lagi-lagi pendapat ulama-ulamak .

Saya meluahkan berdasarkan akal saya yang dangkal ilmu , kurang pengalaman yang masin , remaja yang dikatakan tidak boleh berfikir dengan rasional kerana masih lagi keliru dengan identiti diri , dikatakan tidak ada jati diri yang mantap , dikatakan tiada didikan agama yang mantap , dikatakan mudah terpengaruh dengan nafsu dan rakan sebaya , dikatakan lagi kurang kasih sayang , hanya ingin mencari perhatian , malah suka memberontak , dan masih belum memegang segulung ijazah .

Tapi saya tahu matlamat hidup saya .

Syurga yang kekal abadi . Untuk mencapai memerlukan usaha yang keras .

Jom ? Ke syurga bersama ^^ banyak perkara perlu dibaiki bersama :)

No comments:

Post a Comment