"Kalau kau diperah, agaknya apa hasilnya ?" satu soalan rawak dilontarkan. Sekadar untuk memecah kesunyian.
Kepalanya tertoleh memandang aku. Dahinya berkerut.
Aku hanya tersenyum simpul dengan responnya terhadap soalan provokatifku.
"Diperah ? As in di-squeeze ?" dia cuba memahami soalan. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengari.
Senyumanku meleret mengiakan.
"err... darah... cecair..."
Ketawaku pecah.
Nadanya jelas sekali tidak yakin dengan jawapannya.
"....dan lemak mungkin.." jawabnya acuh tidak acuh.
Ketawaku terhenti. Namun senyumanku masih meleret. Seronok benar menggaru mindanya di waktu pagi begini.
Usai solat subuh berjemaah, masing-masing bertilawah sendiri, kami sama-sama ke dapur untuk mencari sesuatu yang boleh dibuat alas perut.
Kopi panas ditambah susu tepung menjadi pilihan kami. Lalu sama-sama duduk di beranda sambil menikmati pemandangan alam di waktu pagi. Pagi ahad adalah pagi yang sunyi.
Ramai manusia sedang lena dipeluk selimut gebu. Moga mereka ingat untuk bangun menunaikan solat subuh.
Demi siang apabila terang benderang ...
Cawan berisi kopi dibawa ke bibir.
Kopi susu panas serasa hangat menuruni rengkung.
Nikmat.
"Bayangkan, kalau engkau diperah-perah. Essence apa yang akan diperolehi. Maksud aku, apa yang ada dalam diri kau yang keluar bila diperah." Kopi diteguk lagi sambil mataku bertentangan dengan matanya.
"Seperti buah zaitun, perahannya dapatlah minyak zaitun. Anggur, diperah dapat jus anggur." cawan kopi diletak di atas piringnya semula.
Dia menyilang kaki kirinya di atas peha kanan. Kopi diteguk perlahan.
"Essencenya adalah semangat yang membara, spirit perjuangan yang jitu, keinginan yang kuat untuk melihat dunia baru dan sedikit pengalaman yang telah dikutip. Puas ?" dia membuang pandangannya ke alam.
Cahaya matahari semakin menyilau pandangan.
Senyumanku meleret sekali lagi. Menampakkan gigi yang berbaris.
"Awesome answer. Akal kau ternyata sangat tajam jika dapat menangkap soalan-soalan aku sepantas itu." Ketawaku berderai.
Dia hanya tersenyum sinis dengan kata-kataku yang mengangkat bakul sendiri.
"The essence of youth. Membuatkan aku berfikir panjang mengenainya. We are the product of what we gain in our life. Persekitaran, siapa kawan kita, buku apa yang kita jamah dan hadam, TV shows yang kita tengok, instagram siapa yang kita follow, status siapa yang kita like, lagu apa yang kita layan, selfie yang macam mana kita suka ambil, fashion apa yang kita jadikan our style, and etc. Banyak perkara yang kita buat adalah product how we define ourselves. And the definition, come from what we engulf in our life." kopi diteguk kembali. Kehangatannya semakin tersebar di persekitaran. Kurang enaknya apabila telah mula menyejuk.
Dia membetulkan duduk. Kali ini lebih memberi fokus kepada butir bicaraku.
"Aku tidak mahu lah sekiranya aku 'diperah', yang akan keluar adalah kecintaan terhadap penghibur-penghibur berwajah jambu semata. Atau semangat yang membakar jantungku hingga lebur terhadap parti politik kanan atau kiri. Apatah lagi pengalaman membunuh ramai manusia di alam maya dengan papan kekunci yang tajam berbisa. Semua itu bukannya ubat, tetapi racun !" sambungku telus. Tidak lagi berbunga telur atau bunga rampai.
To be continue..
0953
5-7-14
No comments:
Post a Comment