Thursday, July 25, 2013

Menjadi Mukminah

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Aku terkejut.

Dah lama tak check blog.

Tetibe je angka readers meningkat mendadak.

Aku tak tau la dari mana datangnya mereka-mereka ini semua.

Post dulu kala iaitu Aurat Cara Mukminah Atau Muslimah memang menjadi lejen.

So, aku boleh agak lah majoriti semuanya muslimah.

Mesti korang ni selalu google kat google pasal aurat, tudung, fesyen dan seangkatan kan ?


Hm.. dah tau dah.

Sebab aku dulu pun lebih kurang tolak tambah macam tu jugak. eh.

Tak habis-habis dengan tudung, shawl, dari cara belit, cara lilit, nak pin kat mana, warna apa, bidang berapa, jenama apa, beli mana .................and the list continue...

Tak pernah habis pasal bendalah ni.

Aku dulu selalu je bukak youtube, usha tutorial tudung, tgk la mana-mana rakan sejantina yang tunjuk cara pakai tudung yang agak bertamadun dan boleh diikut jejak.

Lepas dapat idea nak belit macam mana, lepas try lah. Not necessarily ikut bulat-bulat. Tibai je.

Yang penting, tujuan utama tercapai.

Tutup dada, tutup belakang, tak serabai, tak selekeh, tak nampak weirdo luar alam.

The rest, your self-esteem yang main peranan.


Dalam keributan taufan beliung aku dalam krisis penampilan diri dulu, bukan sekali aku penat.

Banyak je kali aku penat.

Penat sebab habiskan masa depan cermin lama-lama.

Semata-mata nak nak membelit kepala aku dengan sehelai kain.

Eheh, dulu tak pun fikir logik macam ni sekali.

Aku selalu jeles dengan kawan aku yang pakai tudung bulat.

Pergh, tak payah fikir kot !!

Sarung je, dah, ready for the day !

Senang hidup dorang.

Lagipun, otak kita ni perlukan lebih space untuk fikir pasal terlalu banyak lagi perkara lain yang lebih utama selain tudung dan fesyen.

Tapi, waktu tu, aku masih lagi stick je dengan upacara belit-belit ni depan cermin.

Tak tau mana nak dihalakan 'penat' yang aku rasa tu.


Satu benda yang aku rasa sangat remarkable dalam hidup aku, benda yang buat aku rasa terkesima dan terhenti seketika.

*bayangkan masa di sekeliling berhenti*

"Jangan pernah berhenti dari membaca benda berfaedah, berfikir tentangnya, analyse, dan aplicate dalam hidup." 


Kalau nak cakap pasal hijrah la berubah la, jadi lebih baik ke ape ke , aku rasa kecoh je twitter tu dengan segala tweet2 pasal diri dia yang nak hijrah, lepas tu konon2 nak dakwah, tapi sindir-sindir orang.

Entah. Tak faham aku.

Dari pengalaman aku, (dulu aku pun pernah jadi bodoh spesis macam tu), kalau kita tak buat usaha tambah benda untuk fikir dalam kepala ni, nak cari satu benda yang baik dan berfaedah untuk diri kita (which is tak semestinya ceramah agama atau belog agama semata-mata), nanti jadi macam tu lah.

Kita rasa kita dah cukup baik.

Kita rasa kita dah solehah dengan pakai tudung bidang 60'.

Kita rasa kita dah confirm bidadari dengan pakai jubah, stokin, stongan jari jemari ke ape kejadah sekalipun.

Untuk yang gentlemen aku tak tau. You guys have your own issues to handle.

Kita rasa kita dah baik la kan. Display gambar pakai tudung labuh, tak kira lah shawl ke bawal ke niqab sekalipun, well, KITA RASA KITA BAIK DAN OKAY.

Tu yang banyak je tweet sinis perli orang je tu.

Rasa diri tu dah bagus sangat dah dengan tudung labuh tu.

Lagi best bila ramai akhi puji. Berana-enta.

Oh mai... batuk berdarah aku. Meremang bulu roma.

Seriously aku tak faham, apa yang ada sebenarnya dalam fikiran orang macam ni ?

Come on....

Aku kalau boleh nak elak bom bom orang. Tembak sedas dua.

Tapi aku cuma nak ajak kita semua termasuk diri aku untuk tanya balik diri sendiri why on earth kita buat benda-benda yang kita buat.

Kita orang Malaysia ni memang suka buat amal jamaie.

Suka ikut-ikutan.

Ikut benda yang baik pun kena ada ilmu, ini pulak kalau benda tu nampak pelik semacam.

Seriously korang.

Kita kena cari ilmu bila nak buat apa-apa.

Sebaiknya dan insyaAllah selamat cari panduan nak berhidup dengan aman sentosa melalui Al Quran dan Sunnah.

Itu je yang confirm menjanjikan kejayaan dan kebahagian abadan abada.

Aku tau aku tak layak judge orang. No. Aku memang tak pernah ada qualification untuk judge orang. No one deserve to judge.

Kenal Al-Basir ?

DIA yang mengetahui segalanya, luar dalam hati kita, apa yang terjadi sejak kita di alam ruh bersaksi bahawa DIA Tuhan kita. Sampai kita dalam perut mak kita yang semakin memboyot, lepas tu membesar sampai la sekarang ni dah pandai baca. Tu yang dok baca blog ni eh. ALLAH tahu luar dalam kita, baik buruk kita, dosa-dosa kita, air mata kita bila kita teringatkan DIA.

So ALLAH tahu semua, dia jelaah layak judge kan.


Psychology of Make Up


By the way, aku just nak story something.

Before this, aku rasa less human.

Aku rasa aku kurang 'sifat kemanusiaan'.

Don't worry, aku tak bunuh sesape.... lagi.

Sebab, there was an article I read about the Psychology of Make Up.

Just google it, insyaAllah you'll find it.

Aku rasa, banyak benda yang aku nak sembang orang tak minat, so end up aku banyak keep it to myself.

Tapi ini aku rasa nak cerita.


So, bila google bendalah pasal this psychology thingy, of course all the articles came form western countries.

They conducted lot of experiment on human being as well as fauna and flora.

uu...

And fyi, yang aku tahu, psychologist barat anggap manusia ni haiwan in advance level. Maksudnya kita ni haiwan, tapi cuma pandai sket and boleh bercakap.

Which is totally absurd la kan.

So, adalah satu statement ni, dia kata perempuan pakai make up ni, bila lelaki pandang muka dia is macam muka dia tengah ..........

I'm so so so sorry for saying this thing, tapi, well korang remaja belia zaman teknologi.

And untuk rakan sejantinaku, jangan naif sangat. Atau pura-pura naif.

So, bila aku baca benda tu aku memang terkejut besar . With capital letter.

TERKEJUT BESAR.

sebenarnya lebih kepada takut......

lelaki memang spesis yang menakutkan...

kecuali mereka yang benar-benar bertaqwa kepada Allah. Like seriously bertaqwa tau.

Bukan stakat pakai serban and jubah di twitcon.

NO NO NO.

Girls, you really don't have any idea whats going on in their mind bila tengok korang.

Lepas tu korang senyum pulak kat dorang.

*tepuk dahi*

Habis lah..................

So, why I'm saying I felt less human is sebab, cara kita pandang opposite gender dengan penuh minat dan bergelora ~~~ sama je macam haiwan jantan pandang haiwan betina.

Okay, jom guna contoh haiwan paling comel.

Beruk mak yeh.

So, this beruk , they don't care si beruk betina tu bini beruk lain ke, anak perempuan beruk lain ke, kakak beruk lain ke, even sepupu perempuan dorang ke, atau beruk betina terhormat ke dalam puak beruk tu,

masuk je musim mengawan, the game is on.

Dan sebagai manusia, yang mana Allah sangat pride dengan kita sebagai ciptaanNYA yang paling the best, should behave in most appropriate and modest manner.

Atau pendek katanya, lebih senonoh dan bertamadun.

Yang awesomenya, sebab tu ada perintah tundukkan pandangan.

For both gender okay.


Try this video. Aku sengih je sepanjang 8 minit tu. semua yang dicakapkan semua benar-benar belaka.

Then, psychology of make up tu, ada jugak statement pasal perfume, dan ia lagi funny but in the same time boleh terangkat kening dibuatnya.

Anyway, korang google la sendiri benda tu.

With the bless of facebook, tweeter, instagram pulak tuh, so berapa ramai yang sedang upload gambar dorang with make up kan ?

Well, I pernah cakap kat u'olls dulu dalam post dulu kala, I pun rasa u'olls cantik sangat.

Apatah lagi lelaki di luar sana.

Jom kita ambil tahu sikit apa Engineer manusia kata pasal setting manusia dalam CPU kita.

Boleh capai tafsir Quran masing-masing, tiup-tiup habuk sikit, check la mana tau ada anai-anai ke.

Mana kanak-kanak zaman teknologi yang tak kenal kertas tu apa, boleh google Quran translation.

*I pun tengah selak-selak*

hah, muka surat 51, surah Ali Imran, ayat ke 14 je anak-anak.

Beautified for men is the love of things they covet; women, children,
much of gold and silver (wealth), branded beautiful horses, cattle and
well-tilled land. This is the pleasure of the present world's life; but Allah
has the excellent return (Paradise with flowing rivers, etc.) with Him.

 So ayat cerita pasal list of things yang top list desire/kehendak atau lebih popular dengan nama nafsu syahwat. Sebab dalam Quran sendiri kata 'ash-shahawaat'.

So, kita fokus nombor 1.

WOMEN. WANITA hiasan dunia~~~~


So, bila Engineer sendiri kata macam tu dalam manual, kita tak boleh nak kata apa dah.

And akan ada addition of some magical make up dari Syaitan yang akan buat that woman, that ajnabi woman for you to appear super duper beautiful and menggongcang iman dengan 9 skala ritcher.

Betullah kan ? Tepuk dahi, angguk kepala.

Er.... teringat lagu 10 budak hitam ~~

Somehow, jangan tinggal baca the next ayat, sebab ayat tu extremely powerful. Baca sambil senyum girang gembira. Harap motivate untuk terus kejar Lailatul Qadar eh.

Bukan kejar Cik Laila binti Qadar.


Well, aku aware dan tau, ada certain akan kata,

"phew... nasib baik I bukan jenis tacap mekap kat muka tiap-tiap kali nak keluar rumah noks"


Hm... no no no. enough by saying, as long as you are a woman. Nak nak pulak dalam usia 15-20++, memang korang adalah biri-biri. And serigala jadian is always watching..

and aku akan ulang ayat yang sama .

Inilah satu antara banyak reasons kenapa perempuan kena lindung aurat betul-betul.

Lindung aurat eh. Term baru. Bosan cakap tutup. Tak tertutup pun. Main cak cak lagi adalah .


Aku satu kepuasan yang sangat best bila dapat faham diri sendiri, as manusia, dari PENCIPTA kita sendiri.

Seriously !

Korang akan rasa  extremenly satisfied dan happy bila dapat faham programming dalam diri kita.

or should I say it as Fitrah penciptaan kita ...

Sebab lepas tu kita akan act lebih human and become the noble human yang ALLAH dah cipta .

Well aku boleh cakap je aku happy dan extremely satisfied.

Tapi korang takkan faham kalau tak rasa sendiri. Maka, silakan mendekati AYAT AYAT TUHAN.

Nanti aku bagitau cara instant nak faham AYAT AYAT ALLAH .

*SENYUM*


Muslim Girls' Self Esteem


Sebagai perempuan, aku rasa kita semua perlu wajibkan diri kita untuk jadi cerdik.

[ definisi wajib aku : kena buat, kalau tak buat hidup sia-sia] 

Cerdik ni, dia lain dengan IQ.

IQ ni maybe boleh tau base on slip spm. atau pointer.

Pointer tu je dah cukup buat kita rasa macam loser.

hahaha.

Dan 4.0 flat tak semestinya cerdik.

Pandai itu ya, tapi tak semestinya cerdik.

Cerdik ni definisi dia, kita boleh tentukan the right action on the right time.

We know what should we do and what should we never do.

Tahu do's and dont's.

And apply. Tahu je tak bermakna sangat.

Contoh aku bagi :

Korang (perempuan) tengah on9, tetiba ada chat popped out.

"Salam perkenalan ukti. Ana sekian sekian. Ana tertarik dengan enti. Boleh kita berkenalan?" 
korang gantikanlah words yang bergaris tu dengan apa-apa kata ganti diri yang korang suka.

Eh, orang sekarang nak kenal macam ni ke ? Ke main mention2 tak sengaja kat twitter ? entah, aku tak reti.

So, yang bestnye, twitcon/dp jejaka soleh tu memang soleh habis. Tak tahu la nak cakap. Anggap soleh je la.

So kalau muslimah cerdik, dia akan terus block mamat tu. Supaya dia cut up terus perhubungan. Takdek meleret-leret.

No such thing as

"eh apa awak ni. tak baik tau."

atau

"saya tak layan lelaki"

atau

"boleh ^^" ----------------->> ini bala !


hahaha.

Nasihat : Tak perlu reply. Tak perlu gelabah, tak perlu rasa terancam. Block je. Aman hidup. Itu fungsinya safety setting yang disediakan.. 


So cakap pasal self esteem, its about keyakinan diri. Atau aku lebih suka cakap kita yakin dan percaya terhadap diri kita sebagai muslim woman.

We wear hijab, tapi rasa tak selesa dengan Islam atau Quranic or Prophetic related things, itu ada something wrong dengan faith kita. Iman kita ada masalah. Perlu fix segera.

Dan benda ni bukan benda kecik tau kawan kawan.

It's a huge thing !

Ia menentukan cara kita pandang diri kita.

Kalau betul cara kita anggap diri kita apa dan siapa, betul konsep kita ikut benda yang betul, maka betullah cara kita bawa diri. Cara kita pakai apa-apa, cara kita jalan, cara kita cakap, cara kita pandang, cara kita senyum, everything !!

Aku suka term 'IZZAH' .

Kita rasa Izzah dengan keislaman kita. Rasa bangga yang bukan menyombong atau riak, tapi rasa proud kita sebagai hamba Allah yang taat .

Sounds to theoritical eh ?

Hm.. Bagi siapa-siapa yang tertanya-tanya dan tercari-cari di mana perluku cari IZZAH ini ?

Bagaimana nak dapatkannya ?

Dah la cakap pasal iman , serius confius...

*nanges esak-esak*


Muslim girls, kita kena buat kerja sikit. Kita kena rajin tambah knowledge. Kena rajin fikir lebih sikit selain fikir pasal nak matching warna tudung dengan baju, handbag, kasut, kereta, rumah dan sebagainya.

Kalau aku, aku suka dengar Islamic lectures dari Syeikh-syeikh, ustadh-ustadh omputih.

Sebab english ni ada beauty dalam nak describe benda-benda cantik dan mengkagumkan.

So boleh je youtube banyak sangat video dorang sediakan.

Brothers and sisters kita kat sana tu sangat gigih usaha nak sebarkan mesej-mesej ini supaya kita dapat kebaikan.

Paling remarkable is video ni . Boleh buat dengar-dengar. Boleh improve listening skills. Mana yang rasa tak terer english tu, jangan cipta alasan. Make it happen.


Seminit lebih je.

They decribed muslim women sehingga boleh mengalir air mata ni sebab rasa sangat ALLAH sayang kita.

And of course, IZZAH tu akan slowly terbina.

Bila kita rajin dengar benda-benda baik macam ni.

Aku malas nak perli "kalau boleh tengok movie 2 jam, video ni seminit je kot.."

Sebab aku percaya, mereka yang benar2 ikhlas, Allah akan buat dorang tengok video tu dan teruskan pencarian.

Selamat menonton eh . Nanti share la feeling sama2.

Semoga rasa kita diamonds. Bukan rasa diamonds, lepas tu update status, tweet pelik2.

Cuba kurangkan sikit relationship dengan benda2 ni.

Let the moment jadi secret antara korang dengan ALLAH.

Cuba try . Tak try x tau ...

aku pun x reti nak explain, so better korang dengar je banyak-banyak islamic lectures ni. Okay ?


Western Muslim : Their Islam is more Islamic than us. 

Lately, alhamdulillah, Allah gerakkan hati dan jari nak cari sikit-sikit videos kat Youtube .

Islamic lectures tu la kan.

So, aku tertarik dengan video-video english ni.

bukan sebab aku minah speaking.

NO. aku berterabur tau english. Upgrade la with time.

So, benda yang aku rasa sangat awesome pasal western muslim ni,

dorang sangat -sangat practice Islam in a way a muslim should.

Dorang faham Islam betul-betul.

Nak faham Islam betul-betul kena ikut AL QURAN DAN Sunnah Nabi SAW.

kalau bahasa kita orang melayu,

"dorang ni alim lerr"

ha.. gitu.

Tapi, alim dorang tak annoyying tau.

haha. Sebab aku rasa certain 'golongan alim' tu annoyed dan kekucing-kucingan.


Let put this is a picture,

Dorang negara Obama tu, negara si Justin Bieber, Lady Gaga, Bush dan seangkatan.

Dorang negara di mana perempuan barat memang dah tak reti pakai baju.

Especially summer. Lagi super power dahsyatnya.

Dorang minority.

Dorang sikit.

Dorang tak belajar PAI dalam silibus pendidikan.

Dorang azan tak boleh kuat-kuat, bersahut sahutan macam kita,

dorang terdedah dengan ateism dan ideology pelik-pelik.

Clubbing, party, sex, arak tu dah macam pegi lepak kedai mamak.

Hostel kolej lelaki perempuan campur.

Sex is a game. Sesuka hati sesuki rasa. Semudah 1, 2,3 !

Gambar tak senonoh di mana-mana, malah terpampang di billboard jalan raya.

Dorang mana ada rancangan Imam muda, Tanyalah ustaz, Ustazah Pilihan, Tanyalah Ustazah, Semanis Kurma, Kalau Dah Jodoh, Assalammualaikum, Hatta Daie Millenium sekalipun.

Yang aku tahu stakat ni Deen Show la. Tapi Deen Show ni sumpah awesome.

So, kalau nak diikutkan kan, kita yang hari-hari 'tengok' Tanyalah Ustaz patutnya lebih amalkan Islam dalam hidup sehingga Malaysia tukar nama jadi Negara AMAN SENTOSA BAHAGIA.

Kita yang suka tengok Semanis Kurma patut ada institusi keluarga yang boleh jadi contoh keluarga mitsali peringkat antarabangsa.

Irony kan ?

Satu benda yang buat aku angkat kening lama-lama is pasal janggut.

Janggut memang sunnah. Semua orang tahu.

Tapi aku sebelum ni pun ignore benda ni sebab aku tak berjanggut. heh.

So, brothers kita kat sana, dorang kan white man, dan kadang-kadang tu tak terserlah keislaman mereka nak banding dengan perempuan yang pakai hijab and tutup seluruh tubuh.

So, mereka sangat appreciate janggut sebagai identity keislaman dorang sebagai Muslim.

Janggut jugak sebagai satu pembeza antara a believer dengan disbeliever.

Dan mereka appreciate sunnah Nabi SAW ini dengan mengikuti jejak langkah baginda sebaiknya.

ha, inilah contoh IZZAH dengan Islam.

Feel proud to practice the sunnah of our beloved Prophet SAW.

Mungkin akhi Malaysia pun sama . Kot.

Entah. Semoga kalian teguh menjaga diri.

Tapi janggut-janggut pun ingatlah, paling penting akhlak sebagai Muslim tu yang paling memberi impak.

Dan, bila dengar khutbah Jumaat dorang, aku tetibe rasa nak pegi sembahyang Jumaat sekali.

Khutbah ke, ceramah ke, tazkirah ke, islamic conference ke semuanya awesome gila !

mungkin depends jugak dengan siapa speaker tu. Tapi, tetap. Awesome.

Mungkin salah aku jugak sebab jarang pergi majlis ilmu kat negara sendiri.

Tu yang tak kenal Malaysia great speaker sapa.

By the way, aku suka dorang address the right issues yang perlu betul-betul diberi perhatian dan dibaiki.

As a teenager, youth, aku dapati dorang appreciate kekuatan dan semangat pemuda dengan cara yang sangat approacable and heart warming. Sangat rasa semangat bila dengar ceramah dorang.

And, dorang banyak fokus pada pembinaan IMAN .

Kebahagiaan keluarga muslim.

Issues among teenage boys and teenage girls.

Sebab ini asset ummah dan fundamental elements dalam nak bentuk komuniti muslim yang kuat itu sendiri.


kalau fenomena negara muslim, mostly sama je.

Kita banyak berdebat, tok syeikh ni kutuk tok syeikh kampung seberang.

Orang ni label orang ni wahabi, salafi, bid'ah semuanya !

Orang ni tak habis-habis dengan isu politik Islamnya.

orang ni pulak tiap-tiap ramadhan nak gaduh 8 ke 23.


Orang agama sibuk bergaduh sesama sendiri.

Rakyat naik muak dengan orang agama.

Golongan liberal pulak dengan kepala dan idea dorang.

Yang politik macam ni.

So, betullah pepatah melayu untuk nasib melayu sendiri.

"gajah sama gajah bergaduh, rusa ditengah mati dipijak"

tak tau la betul ke tak aku quotes pepatah tu.


Dah bergaduh macam ni, bila masanya nak cakap pasal IMAN, taqwa.

Geleng kepala.

Oh My Malaysia.


Namun begitu, usahlah anda susah hati .

La Tahzan.

Its okay man. Bukan kuasa kita pun nak ubah semua ni.

Kita mana ada kuasa. ALLAH je yang boleh ubah.

Apa yang kita boleh buat ialah improve diri kita, keluarga kita, dan masyarakat tempat kita.

Tak perlu sibuk nak tegakkan syariah Islam negara, kalau dalam rumah bergaduh sakan dengan keluarga.


So, be positive, teruskan usaha perbaiki diri dan keluarga.

Tau doa Rabbana Hablana Min' azwajina....... ?

Ha, baca doa tu.

Rupanya doa tu SANGAT POWERFUL.

Surah Furqan. Ayat last-last. tengok lah.

Itu bukan sekadar doa mintak jodoh yang baik je, itu doa untuk keturunan kita supaya jadi keturunan yang terus menerus beriman dan bertaqwa. Sebab tu hujungnya kita mintak jadikan kita sebagai pemimpin orang yg bertaqwa.


Boys and girls issue

Kapel, kapel islamik, social media, pandangan mata, mixing, aurat, zina dan seterusnya.

So fahamlah bila sebut isu ni masalah ni yang terbayang.

so, boys and girls, pay attention eh.


Kita perlu FAHAM. Kenapa Allah suruh tutup aurat .

Apa kaitan aurat dengan dunia ?

Ada.

Benda ni pun aku faham lepas tengok video pasal issue ni ALLAH sebut dalam Quran.

Macam kisah syaitan goda moyang kita , Adam a.s dan hawa untuk makan buah khuldi.

Niat syaitan yang utama bukanlah nak suruh Adam a.s & Hawa makan buah khuldi.

Niatnya yang utama adalah apa kesan bila makan buah khuldi tu.

Which is, tertanggalnya pakaian mereka.

Inilah punca segala perkara keji dan benda tak senonoh.

Bila, aurat tak dijaga, maka terbukalah segala pintu maksiat yang lain.

tak gitu ?


Beza hafal Quran dan Baca Quran 

Sebelum ni, aku baca Quran dan terjemahan macam biasa.

Macam yang korang semua buat. Baca, then tadabbur.

Tapi rasa tak, sebenarnya banyak benda yang kita sebenarnya tak berapa nak faham ???

Nak tadabbur pun konfius-konfius apekemende tafsir tu terjemah.

(aku cakap pasal Quran terjemahan tau. Bukan tafsir tebal gedabak tu)

By the way, kalau baca tafsir gedabak tu bukan dapat faham sangat sangat jugak.


Hafiz al quran yang tidak memahami maksud Al Quran adalah tragedi.
Menjadi Muslim tanpa memahami al quran adalah tragedi.


Dan sebelum ni jugak, aku tau la Quran tu pedoman hidup kita.

Kita dok asyik ulang takkan sesat kalau pegang Quran dan Sunnah.

Kita tahu. Tapi jarang sangat rasa motivate nak baca Quran ni banyak-banyak, lama-lama.

Aku pernah jumpa quotes

"baca novel tebal tu boleh pulak feeling-feeling, nangis, baca quran tak pulak"

Aku rasa, siapa yang cakap, dia sebenarnya nak perli diri sendiri.


Honestly, tak pernah rasa baca Quran macam baca novel.

Baca novel, kita boleh bayangkan apa yang terjadi, malah kita rasa macam jadi heroin tu sendiri.

Tu yang nangeh-nangeh bengkak mata lepas baca Andai Itu Takdirnya.



Alhamdulillah, aku jumpa penawar dan cara terbaik nak bagi kita anggap Quran tu betul-betul satu miracle.

Betul-betul satu anugerah turun dari TUHAN.

Rasa gila-gila yang Quran tu sumpah boleh buat kita nganga dan pedih hulu hati.


Allah bless me so much.

Berkat bulan turunnya al Quran itu sendiri, Allah temukan aku dengan Cinta ini.

Perasaan pada Quran, sumpah weh.

Tak pernah sengih-sengih macam ni bila baca Quran.

Tak pernah rasa addicted macam ni sekali kat Quran.

Addicted yang ikhlas addicted. Bukan main-main.

By the way, nak addict kat satu-satu benda perlukan motivasi dan dorongan.


Apa dorongan aku untuk addict dengan QURAN ?

tak rasa awesome tahap gaban ke ADDICT DENGAN QURAN ?

KETAGIH DENGAN QURAN ?

KETAGIH NAK FAHAM QURAN ?

Lepas tu bila dah faham , sengih-sengih, tiba-tiba, sedar-sedar je air mata dah menitik.

Tak ke macam baca novel tuu ?


Ustadh Nouman Ali Khan. 

Aku pernah buat 1 post khas pasal dia sebelum ni. Tapi waktu tu tak addict lagi kat Quran.


Dia ni Ustadh. Tapi dia ustadh paling awesome pernah aku jumpa.

Lagi awesome dari Ustadh Don, Imam-imam muda, dan sebagainya.



Quran itu perlu difahami melalui bahasanya

So, ustat ni, dia belajar linguistic bahasa Arab Quran. Arab Fusha.

Arab klasik.

Macam kita pun ada bahasa melayu klasik kan ?

Zaman-zaman kena baca komponen sastera yang bahasa-sumpah-aku-tak-faham-tu.

Ingat ?

So, the beauty and the miraculous Al Quran ni boleh dirasai bila ustat tu bagi tafsir ayat tu.

kalau nak harap quran terjemahan tu, ustat ni kata, hilang beauty nya.

Dia macam kita isi air dalam tangkis SYABAS, tapi tangkis tuu bocor. Kecik je lubangnya.

Air yang menitik tu la apa yang kita baca melalui terjemahan.

Tapi masih cukup hebat untuk jadi punca hidayah bagi orang.

Aku lah salah seorangnya.



Lain rasanya hidup dengan Allah, bila faham benar apa Allah nak sampaikan pada kita.

Seriously.

Korang takkan tahu manisnya madu selagi tak rasa sendiri betapa gila manisnya madu itu.

Aku boleh cakap kat korang sampai bila-bila madu tu manis, tapi kalau korang tak rasa sendiri madu tu, sampai bila-bila korang takkan rasa.

Dan itulah adalah 1 kerugiannya yang besar.

sangat besar  !

So, ustat ni ada institute sendiri

Bayyinah Institution.

Which is aku simpan niat nak pergi 1 hari nanti InsyaAllah (doakan !!)

Belajar Quran kat US. Awesome gila bunyi.

Tapi betullah mahal. Dollar kot.

InsyaAllah.

website - Bayyinah.com

Juga Bayyinah.tv.

Juga ada kat linguisticmiracle.com kalau korang nak download tafseer Quran yang dah tersedia dengan gems nya di ekstrak . (pegi baca sendiri baru faham apa aku cakap)

Boleh download audio segala ceramah, khutbah Jumaat dia di nakcollection.com

Ustadh Nouman jugak ada buat audio tafseer Juz Amma, so bolehlah kita feeling sikit baca surah annas lepas ni walaupun asyik ulang itu je dalam sembahyang.

So, selama Ramadhan ni berlangsung, hargailah masa dengan Ayat Allah ini kerana kita berpuasa sebenarnya untuk memuliakan bulan turunnya Al Quran ini.

Cari lecture dia yang ini dalam previous post aku.

rasailah hidup korang akan berubah dengan hubungan dan cinta baru korang pada al Quran.


Setakat ni, paling best aku rasa is bila baca Surah Yusuf dengan tafseer dia ni. Seriously , aku betul-betul rasa macam tengah tengok movie. Sebab boleh bayangkan situasi keadaan tu macam mana.

Sebab salah satu miracle nye ayat Allah is Allah bagi ayat yang ada element gambar. Kita boleh faham macam mana watak tu cakap, berdiri dan sebagainya.

Dan kisah Nabi Yusuf a.s mengandungi pengajaran lain yang lebih best dari kisah Zulaikha tu.

Even nama Zulaikha pun Allah tak mention dalam tu, maka tak penting pun.

Kita orang melayu, siap buat novel, drama.

Jauh betul tafsiran kita.


And dapat faham 4 ayat terawal Surah Ar Rahman pun dah cukup buat kita sentap dengan Quran ini sendiri.


Ustadh ni jugak banyak sangat buat video pasal ikhtilat.

Which are sangat best untuk dengar. Dan sentap. dan of coz perbaiki diri.

manusiakan diri kita dengan dengar tafseer surah al a'raf. faham trick syaitan untuk suruh manusia berpakaian tak senonoh.


So, back to topik dan audience utama, dengan memahami dan bercinta dengan AL Quran, InsyaAllah, tiada lagi masalah self esteem, krisis identiti.

Kita akan realise ada satu benda yang ternyata beautify kita luar dan dalam.

Kita rasa sangat best tutup aurat betul-betul lillahita'ala.

Kita akan rasa kuat menghadapi godaan-godaan arus fesyen yang semakin deras

Kita akan rasa charge up bila lepas solat sebab faham apa yang kita baca.

Means kita buat direct conversation dengan Allah.

Kita akan appreciate bulan ramadhan ni sebaiknya dan rasa rugi nak pegi Mall walau setengah hari.

InsyaAllah masih sempat. Ada lagi beberapa belas hari.

Yang tak start baca quran, boleh start sikit-sikit.

Yang dah nak khatam, awesome!

Yang dah khatam, jom mula balik .

Semua akan terjadi,


Sekiranya kita mahu memahami.....



May Allah make us among the rightheous people
May Allah make us among people that understand Al Quran and its beauty
May Allah make ease for us in our journey to understand His Book
May Allah makes us among people who attain Jannah

Nurul Farhah Amalina
16th Ramadhan 1434
25/7/2013

may Allah strengthen us to make a baby step closer to HIM
as HE will running towards us.

Maaf segala salah silap dalam post ini. 

Friday, July 19, 2013

Kahwin ? eh, lupa la..


Satu isu dalam kalangan kita orang muda di Malaysia yang sentiasa hangat ialah isu kahwin. 

Terutamanya sangat hangat dalam kalangan so-called-solehah-soleh people.

"Tudung labuh dan serban."

"Baju kurung dan baju melayu."

"Purdah dan janggut."

pun boleh!

Juga tak dikecualikan sesiapa saja yang rasa nak kahwin membuak-buak dalam dada. 

Ada juga dalam kalangan pemuda kita yang sangat bersemangat mahu mengubah dunia. 

Ya, dunia semakin tak bape nak lawa dan indah sebagai habitat makhluk bernyawa. 

Ia semakin dipenuhi dengan jenayah dan kemusnahan. 

Baik buat para manusia, mahupun haiwan dan taulan. 


Semangat mahu mengubah dunia. 

Semangat mahu mengembalikan kegemilangan Islam. 

Berkobar-kobar mahu buat kerja dakwah dan tarbiah. 

Usrah sini sana. 

Sampai terbalik hidup sementara dek masa yang berlari terlalu laju. 

Semput kita mengejar. 


Ada juga kalangan kita yang "well, saya orang muda. saya perlu enjoy hidup ini."

Ada juga yang completely ignorant dengan semua benda ni. 

"Buang masa."

"Aku nak study." 

"Tak best." 

"Serius sangat." 

"Orang usrah ni pun bukan baik sangat."

"err.. apa ?" 


Haha. 

Tersengih sendiri kadang melihat fenomena ini . 

Macam-macam telatah kita dalam kehidupan ini. 



Well, walau apa sekali pun keadaan hidup anda di luar sana wahai para pembaca, saya ada 1 mesej penting yang mahu saya sampaikan . 

Walau kita tak pernah bersua muka. Walau mata kita tidak pernah bertemu. 

Mesej ini buat semua. 

Tak kira anda seorang peminat Running man, 

Tak kisah pun anda seorang naqibah usrah, 

Hatta anda seorang model tudung sambilan, 

Even though anda seorang penulis blog dakwah, 

Walaupun anda seorang vlogger berating tinggi, 

Even anda hanya seorang gamer, 

Meskipun anda hanya main twitter dan facebook. 


Mesej ini tetap untuk SEMUA . 

Saya malas nak tanya apa tujuan anda hidup di dunia ini. 

Soalan streotaip. 

Boring.

Tapi, saya admit, memang tak boleh nak elak pun soalan tu !

Mesti kena tanya jugak. 



Saya nak bagi  satu kes.

Reality-check kes.  

______________________________________________________________

"Selama aku hidup di atas muka bumi ini, 

Beberapa kali aku baca quran, 

itu pun bila rajin,

Bila bulan puasa kena tadarus berkumpulan,

Well, ada hafal beberapa surah sebab kena baca dalam sembahyang, 

itu pun balik-balik ulang surah yang sama je. 

Surah terpendek. 

Tak pernah faham pun apa yang dibaca.

Quran kan bahasa arab. Mana paham. 

Aku bukan budak sekolah agama.

Tak ambik paper Arab pun Pmr/Spm. 

Tafsir tu tak pernah pulak terlintas nak baca. 

Sebab,.... ala, just tak baca. 

Tahulah buku ni dari Tuhan. 

Buku agama cakap. 

Dalam tu ada kot pasal poligami, hukum hudud, pasal talak, cerai berai, wasiat.. 

Tak pernah pulak tetiba teringin nak faham. 

Mak ayah pun tak pernah suruh baca. 

Kawan-kawan pun asyik bagi supply bekalan movies je. Tak pernah pulak dorang tiba-tiba kata 

"woi, kau dah baca tafsir belum?"

Ustaz pun asyik bagi ceramah pasal isu nak poligami cara berhemah, mintak izin isteri pertama.

Berita pun asyik cerita pasal bak kut teh."
___________________________________________________________________



"Apa yang ada di antara langit dan apa yang ada di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah."

"Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar." 

[64:1,3]


Random. 
Nak tau tak , semua benda yang ada kat universe ni semua ingat pada Allah dan buat kerja masing-masing dengan baik dan taat kecuali sebahagian manusia dan jin dan syaitan (of cos la) . 

Jin tu kita tolak tepi. Kita manusia. 

Korang angguk. 


Tapi, kadang tu bukan salah kita untuk termasuk dalam kategori 'sebahagian manusia' yang kurang ingat Allah. 

Atau tak ingat langsung.

Banyak sangat distraction atas muka bumi especially modern ages, 

Movies banyak sangat nak kena marathon, 

running man never stop running, 

Facebook just never close the book. 

Twitter just keep chirping. 

Boyfriend just keep calling. 

Aweks just too hot to ignore. 

Games have never ends level. 

No limit man ! 

How do I spare my time for this Quran ? [sebut : Koo Ren] 

I've lot things to do dude. 

Be logical ! 


Well, I left you guys with a very beautiful video that worth your entire life to watch. 

Believe me. Worth your entire life to watch. 

Spare a bit of your precious life to listen to it carefully.

Take it or leave it. 






This bro on youtube, he is an ustaz. 

But he was just too cool to be an ustaz. 

Watch more of his videos on youtube and get ready to change your relationship with Quran.

You gonna smile more in your life. 

You gonna feel lain gila about your life.

You gonna experience a beautiful day.

You gonna become a people that happen to be appreciating every second in your solat . 

You gonna actually get addicted to words of Allah.

InsyaAllah semoga Allah menguatkan jari anda untuk click dan tonton video itu . 

Trust me, 1 video tak cukup untuk bagi life impact. Tapi semoga dengan keikhlasan hati kecil nak get closer with your Creator, He definitely gonna help you go through the journey.

Good luck. May Allah bless us. 








Apa kaitan dengan kahwin ????!!!!


Gotcha ! 








Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan is about Quran

 


The eve of Ramadhan.

Nak terkeluar biji mata dari soketnya bila sampai kat masjid tadi.

Banyak gila kereta memenuhi perkarangan masjid sampai terjadi 'mini-jam' bila selesai terawih.

Terasa jugak macam sesat pergi parking Aeon yang 5 kali tawaf parking lot, belum tentu dapat parking.

Such a miracle. The power of bulan puasa bagi rakyat Malaysia.

Selama ni masjid tu saf perempuannya paling banyak ada 3. Itu pun saf yang memang kemetot je. Tak sampai 50 meter.

Tapi hari ini, WOW. Kelass rakyat Malaysia u'olls. I rasa adalah dalam 20++ saff. Hebat tak.

Tapi sebenarnya, aku lebih kepada sebak dan sayu je nak ramadhan.

Sebab aku mengaku aku tak prepare untuk sambut ramadhan elok-elok.

Aku rasa aku mengkhianati sahabat baik untuk memberi perhatian kepada kawan biasa.

Baju raya dah tempah sebulan sebelum ramadhan.

Padahal untuk ramadhan tak readykan diri elok-elok.

Malah, aku masih sempat menjebonkan diri betul-betul beberapa hari sebelum ramdhan.

Menjadi sesuatu spesis yang paling aku sendiri tak suka.

Jebon. Muslim jadian.


Tapi, betullah Allah Maha Baik. Dia bagi lagi aku peluang untuk feel malam ramadhan ni dengan perasaan sebak dan sayu. Sebab kalau ikutkan dengan perangai jebon aku tu, tak layak aku nak feel sayu sayu ni.

Hai maklumlah, hati dah keras dengan maksiat !

Gulp !

Anyway, silalah wajibkan diri kalian yang membaca post ini untuk menonton video 8 minit di atas itu. Nescaya, sebulan ramadhan anda akan menjadi sebuah ramadhan yang tak pernah anda lalui dan rasai pengalaman sehebat ini sepanjang hidup anda.


The thing that make Ramadhan special is not the fasting but the quran.  

Maka, kita perlu buat anjakan paradigma penggunaan frasa 'bulan puasa' kepada 'bulan quran'.

Tadi selesai baca Contengan Jalanan part Fend.

Memang aku pasang azam, tak kiralah apa yang akan terjadi, satu hari kelak, insyaAllah aku akan migrate pergi foreign country untuk sambut ramadhan.

Malaysia dah menjahiliahkan Ramadhan dengan lagu raya, baju raya, juadah pelbagai aneka rasa dan warna memenuhi bazar di kala diri perlu untuk mengawal nafsu, bukan mengempang nafsu lalu menghamburkan luapannya tatkala azan maghrib berkumandang !

Oh my, Ramadhan.

Ramadhan perlu diisi dengan Al Quran.

Baca Al Quran.

Baca Maksud ayat.

Fahami maksud ayat.

Ketahui asbabul nuzul ( sebab diturunkan) ayat.

Hayati ayat tersebut.

Renungi ayatnya.

Hafal ayatnya.

Hadam dan kunyah sehingga lumat lalu meresapi masuk ke dalam pembuluh darah lalu disuburkan menjadi darah daging.


huh.

Aku sendiri mengeluh panjang baca apa yang aku tulis.

Ah, kau kena faham. Ini semua adalah satu proses.

Mana boleh sekelip mata, sekali petik jari dah faham, hafal quran dalam kepala .

Mustahil !

Benda ni memang perlu melalui proses pembelajaran dan penghadaman dengan baik.

Selagi mana kita mahu untuk belajar dan memahami, tempoh masa boleh letak tepi.


Dalam keadaan norma masyarakat yang cuba nak pengaruh diri kau untuk jadi orang ikut-ikutan macam kebanyakkan manusia di atas muka bumi ini, dare to be different.

Sebab aku pun rasa, nak jadi lain dari orang lain, nak jadi lain dari norma kebiasaan orang ramai memang payah, nak buat sesuatu yang orang tak pernah tahu dan buat memang akan menimbulkan kejanggalan yang maha hebat, pasti akan dijeling sinis, pasti akan jadi buah mulut orang bla bla bla.

Senang cite, kalau nak jadi hebat dan limited edition, memang kena dare to make the different.

Ouh, banyak sebenarnya aku tuju untuk diri sendiri.

Pesanan ramadhan :

Pastikan setiap hari at least sekali dengar tazkirah pendek kat Youtube. Since tak dapat yang live depan mata, youtube la jadi pengganti.

Ustadh Nouman Ali memang kata dia akan buat video everyday in ramadhan selama 30 hari.

Each day akan ada dia tadabbur 1 ayat dari setiap juzuk.

kira gempak ah tu.

best dia pahala berkepuk-kepuk..

Kita ni, buatlah sehabis mampu dengan usaha dan kudrat yang kita mampu.

To much talking is not good.

Less talk, more action.

Sunday, June 16, 2013

Daie si Tanggang

Tribulasi dalam perjuangan.

Sunnatullah dalam perjuangan adalah pengorbanan dan kesulitan.

Tanpa keduanya, bukanlah perjuangan namanya.

Allah menguji setiap hambaNya dengan ujian yang berbeza. Lebih tepat lagi, Allah memberi ujian yang mampu ditanggung dan ditempuhi oleh sang hamba itu tadi.

Cakap memang senang. Tapi, bila ujian itu benar-benar datang di depan pintu rumah, kita sudah gelabah. Kita sudah mahu cepat melatah. Kita terus berfikiran negatif. Menyangka yang tidak-tidak. Berfikir yang bukan-bukan.

Boleh juga jadi selama ini kita selalu degil dengan Allah. Kita bermalas-malasan dalam pengabdian kita kepadaNya. Kita acuh tak acuh dengan soal Allah. Kita buat tak tahu dengan urusan hubungan dengan Allah. Namun, bila datangnya ujian, baru kita terasa seperti dihempap batu. Dilastik batu. Baru sedar akan perangai buruk kita. Baru perasan langit itu tinggi rupanya. Barulah kita berhempas pulas berusaha memohon ampun padaNya dan berdoa siang malam agar Dia mempermudahkan segala urusan kita.

Manusia tetap manusia. Manusia punya kuasa untuk memilih. Manusia juga cepat lupa. Manusia juga degil dan suka berbantah-bantah. Manusia memang suka membuat kerugian. Manusia memang cepat lupa diri. Lupa daratan manupun lautan. Lupa dan lupa. Degil berkali kali degil. Sombong mungkin bakal menjengah. Bongkak pula menyusul.

Habis selesai diuji, kehidupan menjadi setenang air tasik. Buaya sudah lama pergi berhijrah. Berkampung di tasik lain. Manusia kembali alpa. Manusia kembali degil. Manusia kembali hu ha tak ingat Allah.

Untungnya manusia. Untung punyai Tuhan seperti Allah. Untung kerana Allah itu Maha Penyayang. Untung sangat kerana Allah itu suka memaafkan. Untung gila kerana Allah mencintai pula hambaNya yang membuat dosa lalu bertaubat. Dan Allah berkali-kali berkata, Dia tetap akan mengampun dosa hambaNya yang bertaubat hatta dosanya sebesar gunung, seluas lautan. Kerana Allah ingin kita tahu bahawa kasih sayangNya dan pengampunanNya lebih besar dari segalanya.

Idea asal mahu berkata mengenai ujian dalam berdakwah. Ujian dari ibu dan bapa tercinta.

Si anak mula menjejakkan kaki ke menara gading. Berkat doa dan usaha ibu bapanya, si anak mendapat kejayaan. Lalu, si anak terus melangkah maju tanpa menoleh ke belakang. Ibu bapa terus menerus mengiringi anak dengan doa, menyiram anaknya dengan berbaldi-baldi kasih sayang tak bersyarat, menatang anaknya bagai mangkuk yang penuh.

Si anak mahu apa, katanya untuk keperluan belajar, terus ibu bapanya tak senang duduk selagi tidak mendapatkan buat anak tercinta. Takut anaknya susah. Kesiankan anaknya tertinggal akan pelajaran barangkali jika tiada barang tersebut. Risau mereka penuh dengan cinta. Cinta tanpa syarat. Itulah anugerah Tuhan paling bernilai. Itulah yang akan mereka tatang semampunya.

Namun, bila si anak mula berjumpa gerakan dakwah di kampusnya, mula belajar berfikir dengan ajaran agama, mula konon-kononnya tersedar dari lamunan yang panjang, berbekalkan semangat membara di dalam hati, si anak itu terus ingin bergerak aktif dalam dakwahnya. Kerana dia percaya, inilah jalan Rasulullah SAW. Inilah jalannya ke syurga. INILAH JALANNYA !!

Si anak juga seolah-olah si rabun yang mendapat cermin mata. Atau contact lens. Si anak nampak jelas. Dilihatnya ada kelompangan dalam didikan ibu ayahnya. Dilihat bahawa ibu bapanya kurang mendidiknya dengan ajaran agama. Si anak kesal ! Si anak marah !

Mengapakan kalian tidak memahami ? Mengapakah kalian sanggup membelakangkan agama ? Mengapakah kalian tidak mahu memahami agama ?

Si anak sudah berada di puncak kemarahannya. Dihukum ibu bapanya yang kurang memahami. Dihukumnya dengan pelbagai label.

Mungkin si anak lupa, dosa kedua terbesar di dalam agama ialah menderhakai ibu bapa selepas mensyirikkanNya.

Si anak makin marah apabila perjalanan dakwahnya ditentang. Si anak seolah-olah tidak dapat menerima, mengapakah ibu bapanya menghalang dia untuk melakukan perkara yang mulia ? Si anak ego. Dia rasa ibu bapanya salah. Dia malah berani berdendam.

Si anak terus laju dalam gerakan dakwahnya. Dia ingin pergi jauh dari kongkongan ibu bapanya. Dia sudah muak dengan sikap ibu bapanya yang dia rasa tidak memahami kehendak dirinya. Dia malah sekali lagi, berani menyimpan dendam.

Si ibu dan bapa, tidak lain tidak bukan mahu melihat anaknya berjaya dalam pelajaran. Supaya di masa depan, anaknya hidup senang. Tidak sesusah mereka dahulu. Apa yang mereka harapkan supaya anaknya serius dan dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dengan baik. Supaya diharapkan, dengan keputusan yang cemerlanglah anak-anak boleh mendapatkan pekerjaan yang baik, gaji yang baik, kehidupan yang baik.


Wahai sang anak, kalian adalah orang muda. Cara pandangan kita terhadap kehidupan sangat berbeza dengan ibu bapa. Mereka terlebih dahulu hidup dan menghadapi kehidupan di dunia yang penuh kegilaan ini. Mereka sudah di-mindset-kan dengan cara hidup mereka sejak kecil, pengalaman hidup mereka, latar belakang keluarga, apa yang mereka baca, apa yang mereka lihat, apa yang mereka dengar dan segalanya bercampur baur lalu membentuk cara fikir mereka. Cara mereka memandang dunia.

Mungkin ada beberapa peristiwa yang telah menjadikan mereka berfikiran seperti itu. Pasti ada sebab atas setiap pandangan dan tindak tanduk mereka.

Wahai sang anak, kita masih hijau. Namun, itu tidak menjadikan kita hanya perlu patuh dan dengar. Kita sama sekali tidak sepatutnya menindas amanah terbesar ini iatu akal untuk berfikir. Kita seolah-olah si buta yang tiba-tiba boleh melihat. Kita tidak semena-mena boleh membezakan hitam dan putih. Yang selama ini yang kita rasa hanyalah hitam pekat dalam kegelapan, namun dengan rahmatNya, kita sudah boleh melihat cahaya.

Semakin kita mendalami ilmu agama, ilmu hikmah, al-kitab, semakinlah kita nampak akan kebusukan dan kejelekan dosa lampau yang pernah kita lakukan sewaktu kita buta dahulu. Kita juga didorongkan oleh Allah untuk bergerak meninggalkan yang buruk dan mula berbuat yang baik-baik.

Tambahan, suasana di kampus yang indah-indah belaka, dikelilingi teman sebaik malaikat, kita rasa kita sahaja yang bagus.

Dengan mata yang sudah boleh melihat cahaya, apabila kita pulang ke kampung. Kita terkejut. Kita melihat ibu bapa kita juga masih buta. Disebabkan kebutaan itu, mereka ada melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Kita mula naik melenting. Kita mula ingin menghukum. Kita rasa kita sudah bagus dengan ilmu yang sebesar hama, kita sudah pandai melabel ibu bapa sebagai pendosa.

Apakah ini yang kita capai setelah menjadi kader dakwah ? Apakah kecelikkan kita tentang kehidupan telah membutakan kita akan hakikat ibu dan bapa ? Sudah butakah kita akan kasih sayang yang mereka curahkan kepada kita sejak kita hanya sebesar tangan mereka ?

Tidak lain tidak bukan, celakalah si anak. Celakalah si anak dengan kecelikkannya. Celakalah anak dengan agamanya.

_____________________________________________________________

Dakwah vs. Ibu Bapa

Tidak sedikit golongan yang perlu berhadapan dengan ujian dari ibu bapa.

Tidak sedikit juga mereka yang ditentang ibu bapa untuk terlibat dengan dakwah dan tarbiyyah.

Tidak sedikit juga mereka yang telah terhenti perjalanan dakwahnya dek kekangan keluarga.


Realitinya, ini adalah satu isu yang memberi persimpangan dilema yang cukup besar kepada sang anak. Sang anak ingin  melibatkan diri dengan kegiatan dakwah, menyampaikan ajaran Rasulullah SAW, memperbaiki ummah yang semakin kronik, ingin membawa manusia sejagat kepada Allah, juga ingin sama-sama ke syurgaNya.

Namun, langit tidak selamanya cerah. Guruh berdentuman. Hujan renyai-renyai. Terkadang lebat menghujam bumi dengan peluru air. Kilat memetir. Ada juga air yang mengalir deras di pipi, datang dari mata sang anak.

Apa yang perlu kita lakukan ? Apa yang boleh kita buat ? Apa ?


Jalan penyelesaian.

Wahai anak, tidakkah engkau menyakini firmanNya di dalam Surah Muhammad ayat ketujuh ?

Allah tahu niat murnimu. Niat yang tulus dan ikhlas.

Allah ingin mentarbiahmu. Dengan tarbiah direct dariNya sendiri.

Allah akan uji titik kelemahan kita. Agar kita tidak lagi selamanya lemah. Malah kita jadi lebih kuat dan sasa. Kita kuat mental dan yang penting, kita semakin dekat denganNYA.

Manusia membenci apa yang tidak diketahuinya.

Kerna itu boleh terkeluarnya kata 'Tak kenal Maka tak CINTA'.

Kita juga sama. Setelah mengenali dunia tarbiyah dan dakwah dengan lebih dekat, setelah semakin mendekati dunia ini, merasai sedikit pengalaman dari dunia ini, kita juga telah jatuh cinta !

Bukan sekadar jatuh, malah kita ingin terus melemaskan diri dalam lautan tarbiyyah. Eheh.

Kita sudah rasa nikmatnya. Maka, tidak adil untuk kita hukum ibu bapa kita yang belum pernah mengenali dunia ini. Mereka belum pernah rasa manisnya ukkhuwah, mereka belum juga rasa bahagianya pengorbanan.

Maka, apa yang perlu kita lakukan ?

Setiap ibu bapa, lain peelnya. Lain pendapatnya. Lain cara pandangnya. Lain kefahamannya. Lain kisah hidupnya. Lain pengalaman asam gelugor, garam bukit, garam laut dalam hidupnya.

Ibu bapa yang pernah ke universiti lain dengan ibu bapa yang sudah lama bekerja sejak kecil.

Ibu bapa yang ada phD lain dengan ibu bapa yang zaman mudanya penuh dengan kisah-kisah bakti mencari rezeki.

Si anak jualah yang paling memahami kehidupan dan peel ibu bapa mereka sendiri. Mungkin masih banyak yang belum kita fahami dan kenali karakter sebenar mereka. Terkadang kita pun keliru dengan mereka. Namun, kita tinggal dengan mereka sejak kecil. Kitalah yang paling akrab dengan mereka.

Oleh itu, si anak perlu ambil inisiatif untuk memahami ibu bapa sebelum kita mahu ibu bapa fahami kita. Kita dah besar. Kita dah matang. Allah dah beri kita celik dan nampak cahaya. Masakan kita mahu berdalih untuk memahami mereka ?

Cara approach ibu bapa sudah tentu lain dengan cara kita approach mad'u yang rata-rata sebaya atau hanya berbeza setahun dua.

1. Fahami ibu bapa sebelum meminta untuk difahami.
2. SABAR

SABAR. Pendakwah tanpa kit sabar, sukar untuk berjaya. Mereka akan buang masa merungut dan melampiaskan kegeraman dan kemarahan daripada sibuk mencari alternatif lain untuk mendekati mad'u.

Usah berharap ibu bapa kita akan faham dengan sekali penerangan. Usah harapkan mereka terus akan memberi feedback yg positif. Jika ya, alhamdulillah.

Jika belum, itu tandanya memang Allah mahu didik kita. Allah mahu kita jadi dai'e yang lebih kuat dan sasa. Kerana dalam dunia dakwah, pasti akan ada tribulasi yang lebih besar dan menakutkan sedang menunggu kita di hadapan. Maka, Allah mendidik kita untuk jadi kuat dan sabar supaya kita hadapi ujian mendatang dengan senyuman hensem lagi bergaya.

Hakikat ibu bapa, mereka ingin menyenangkan kehidupan kita. Mereka ingin kita seronok dan gumbira. Mereka ingin memenuhi hasrat dan keinginan kita kerana mereka akan down jika tidak dapat memenuhi hasrat kita.

Mungkin kita bukanlah nak sangat pun benda tu, mintak pun acuh tak acuh, tapi, pada mereka, itu adalah satu permintaan yang perlu dipenuhi. Mereka risau kita akan sedih atau susah kalau tak ada benda itu.

Ibu bapa, deep inside, tersimpan kasih sayang yang tidak bertepi kepada kita. Mereka mencintai kita tanpa syarat. Mereka tidak membezakan kita kerana kita cantik atau kacak. Mereka bukannya sayang kita kerana gambar kita lawa atau dapat banyak like. Mereka sayang kita bukan kerana kita ada ramai followers.

Maka, jika mereka berselisih dengan kita sekali dua, maafkanlah mereka. Ingatlah betapa banyaknya kita memecahkan cawan,pinggan,gelas,mangkuk mak kita waktu kecil. Ingatlah kita asyik menangis di waktu kecil guling-guling meronta-ronta di shopping mall sebab nak beli set power rangers, mereka tetap melayani kita dengan penuh sabar dan kasih sayang.

Jika mereka tidak benarkan kita ke program, maka taatilah mereka.

Sebagai balas dendam tak dapat pergi ke program, rebutlah peluang untuk buktikan pada ibu dan ayah bahawa kita seorang anak yang sangat baik dan soleh/solehah. Masaklah untuk mereka, atau bawalah mereka jalan-jalan, atau buat apa sahaja yang menggembirakan hati mereka. Mungkin di situ, akan lembut hati mereka . Atau timbul rasa bersalah, "kesian pulak anak aku ni tak dapat pergi ke program dia.."

Selain itu, 'action speak louder than word'. Love is a verb. Allah juga mahu kita beramal bagi membuktikan iman.

Maka, periksalah diri kita. Adakah ada perubahan pada diri kita semasa di rumah setelah kita sertai tarbiyyah ?

Jika kita masih along yang sama yang suka bangun tidur bila matahari sudah terpacak, masakan ibu dan ayah mahu percaya jika kita katakan dakwah dan tarbiyyah telah mengubah kita. Apatah lagi kalau kita kemukakan kita nak berkahwin. Confirm kena rejek.

Kalau kita masih angah yang sama yang degil nak tolong ibu menguruskan hal-hal kerja rumah, malas nak sidai kain, malas nak basuh pinggan, malas nak kemas meja dapur, malas nak tolong angkat pinggan adik-adik dan ayah, masakan ibu ayah percaya yang tarbiah telah memberi kesan baik pada kita. Apatah lagi kalau nak minta berkahwin, goreng telur pun rentung.

Jika demikian, maka sangat perlu untuk kita periksa terlebih dahulu diri kita. Kadangkala, ibu bapa sudah terbiasa melihat perangai buruk kita sejak kita kecil. Sudah biasa lihat kita makan sambil baring depan tv, sudah biasa tengok kita tak kemas tempat tidur lepas bangun, sudah biasa lihat kita cakap tak sopan dengan mereka, sudah biasa melihat kita pekakkan telinga bila mereka sedang bersyarah. Mereka mengenali kita luar dan dalam. Maka, jika kita yang tidak ambil inisiatif untuk mengubah yang buruk-buruk yang hodoh-hodoh pada perangai dan akhlak kita, masakan mereka mahu percaya pada kita ?

Menjadi daie umpama menjadi doktor. Doktor pakar lebih dipercayai dan bergaji lebih tinggi kerana pengalamannya yang mahal dan sangat profesional. Doktor pakar lebih ramai berjumpa dengan pesakit bermacam-macam penyakit dan peel, lebih matang untuk memberi rawatan yang terbaik sesuai dengan penyakit, dan lebih osem.

Ibu bapa mana yang tidak akan tersenyum sampai ke telinga jika melihat anaknya rajin menolong mereka, rajin berbakti kepada mereka, baik tutur kata, tidak bermasam muka apabila ditegur, pandai masak (ehem), dan segala yang indah-indah pada anak.

Jadikan peribadi bakal jodoh kita yang kita impikan sebagai benchmark untuk kita turut perbaiki dan improve diri. Baru syok. Baru sonang hati mak ayah. Baru senang nak ke program atau pegi halaqah.

Maka, tidakkah anda merasakan bahawa ini adalah satu pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga buat bekalan anda dalam perjalanan yang panjang dan payah ini ? Pengalaman ini juga boleh menjadi satu aset untuk anda kongsikan bersama adek-adek mutarabbi yang juga mempunyai masalah yang sama.

Mungkin pada waktu itu, anda akan tersenyum nampak gigi apabila mendengar musykillah mereka mengenai ibu bapa. Anda sudah terlebih dahulu merasainya. Maka, kisah anda boleh menjadi inspirasi kepada mereka untuk turut menjadi anak soleh/solehah. Sudah dapat satu tong pahala. InsyaAllah.

Tidaklah mampu untuk saya ungkapkan satu persatu masalah dalam kalangan ibu bapa para dai'e di sini. Setiap dari kita punyai masalah yang tersendiri.

Maka, Allah mahu ajar kita untuk berfikir dengan baik. Bertindak dengan matang bagi menangani isu ibu bapa ini.

Ibu bapa juga manusia biasa. Cumanya mereka itu kita wajib untuk muliakan dengan semulia-mulia perbuatan dan perkataan.

Janganlah kita menjadi daie derhaka. Kelak takut-takut kerja dakwah kita terbengkalai dek dosa kita seperti si tanggang.

Usahlah kita menjadi fitnah . Usahlah kita yang memalitkan lumpur pada nama dakwah dan tarbiyyah kerana perangai buruk dan kebusukkan ego kita.

Mak ayah. Ibu bapa. Umi dan walid. Emak dan abah. Daddy dan Mummy. Otosan dan okasan. Atau apa saja. Mereka tetap 2 sosok yang wajib kita muliakan.

Usahlah mengunakkan term dakwah vs ibu bapa. Itu kedengaran terlalu negatif. Seolah-olah ibu bapa watak antagonis.

Kita bukannya punya ibu bapa seperti Nabi Ibrahim, anak si pengukir berhala.

Ibu bapa kita bukannya seperti ibu bapa Mus'ab bin Umair, yang menghalang anaknya memeluk Islam.

Ibu bapa kita masih seislam dengan kita. Masih sama pegangan akidah.

Mungkin ini lebih kepada soal kita. Soal bagaimana kita handle. Dan ingatlah Allah sedang mendidik.

sama-sama kita cuba hadapi musykillah ini dengan baik.

semoga tiada hati yang terluka lagi selepas ini.

semoga mereka juga diberikan hidayah untuk turut serta atas jalan ini.

Merekalah racun, mereka jugalah penawar.

Sabarlah tatkala mereka menjadi racun, dan bersyukurlah apabila mereka sudah menjadi penawar.

Semoga Allah redha.
1629
16/6/2013
prepare untuk forum mendatang!

Saturday, June 15, 2013

On-yor-mak, gesek go !

Hi. I'm 19.

Mula mendekati untuk memahami Islam pada usia 14 tahun setengah walaupun Islam sejak lahir. Kad pengenalan kata Islam. Family pun sembahyang pegi masjid sume, kena pakai tudung, kena puasa, sambut raya dengan baju baru and boleh dapat duit raya walau tak banyak. At least, bila lagi orang nak bagi duit macam tu je. Kat sekolah pun kena belajar subjek Pendidikan Islam. Cukup Islam dah tuh....

Then, entah macam mana, satu petang tu tv tak menghidangkan apa-apa rancangan yang sedap lagi menyelerakan. Tak selera I nak tengok tv waktu tu. So mata ni macam melilau untuk cari apa yang lebih sodap di mata.

Currently bought beautiful blue al-quran translation spotted.

It's beautiful. Seriously. But why it only be kept in the almari ?

*flash-back*

Venue : Popular Bookstore
Year : 2008

I saw my mother pegang a very thick blue book. I ambik and belek. Oh, it is an al-quran translation. Then I looked at the price. RM 80.00. EEE... mahalnya !

me : Ibu, mahalnya quran ni !

Ibu: tak pe lah. ada kad popular. boleh dapat diskaun.

me: hm... it's your money anyway...

-the end-


Seriously, I don't really care about that al-quran. The only thing that attracting me about the quran is the corak-corak yang sumpah memang cantik. Kerawang-kerawang dia kat al-quran tu. And corak dia different untuk each surah.

Zaman tu mana ada lagi al-quran rainbow ke baldu ke ape. So, it's kinda attractive and exclusive la jugak.

So sambung balik, when I saw the quran. It's still new. Tak bukak lagi pun. No one pernah bukak lagi kot. Dan ia tersimpan rapi elok-elok, comei-comei dalam lemari tu. Ala-ala mangkuk antik. Cantik tapi terkurung. eheh.

So, I decided to belek-belek la quran tu. At first I was realllyyyy admiring dia punya corak bagai. And that quran looks like a very exclusive book. So macam excited la bila bukak en.

Bila dah selak-selak, of course lah akan terbaca few ayat kan dalam quran tu. Tapi, sayanglah I tak ingat ayat apa yang I first sekali baca !

Tapi apa yang I still can recall is, I was a bit amaze dengan translation of al-quran. I was like "eh, apsal quran ni macam bestnye nak dibaca translationnye ? Apsal macam tak pernah tau je before this ?"

Nak dijadikan cerita, one of Allah punya story untuk one of hamba dia, I took the quran into my bedroom.

Since that, I read the translation macam baca novel Harry Potter. Harry Potter and The Half Blood Prince kan tebal ya amat kan. Kalau baca sambil baring, so of course akan banyak kalih ke kiri, kejap-kejap ke kanan pulak. Kalau excited moment akan terus menerap baca. So, that's how I read quran translation waktu tu. Err.. bunyi macam sangat tak beradab kan ? Tapi, waktu tu baru nak kenal. So, lagu tu la jadinya.

Apa yang I boleh recall, I memang akan baca bila nak tidur. Before sleep akan bacalah. Maybe habiskan satu surah yang panjang. Atau dapat dua surah ke. So betullah, macam baca buku cerita. Because I only read the translation part. I sleep with it everyday. Dah macam teddy bear pun ada la jugak. Sumpah rasa tak beradab. Tapi itulah rutin, baca sambil tertidur-tidur.

Since that, rasalah otak ni macam pokok yang semakin subur. Dahan semakin tumbuh dengan banyak. Ranting-ranting kecil juga semakin panjang. Terasa neurons dalam otak tu tiba-tiba connecting with each others dengan jayanya.

It's the moment where I start to think !

err.. bunyi macam baghal pulak. Maksudnya, itulah permulaan I start to wonder and my brains work more than just in the classroom. Maths especially.

I remembered the moment baca satu ayat yang kata Allah ciptakan binatang tu ada yang berkaki dua, empat dan lapan.

I was like "eh, Allah sebut benda ni dalam quran ? hm..."

He mention about His creations. Itu baru satu.


Waktu tu terasalah juga nikmat membaca the translation sebab tak pernah baca kan sebelum ni. Tak pernah tahu pun yang maksud al quran sangat majestic and interesting tahap gaban macam tu sekali.

And kat bahagian belakang quran tu ada jugak a brief explanation pasal each of the surah dalam al quran. Surah ni cakap pasal apa and apa, ada hukum apa, ayat ni sampai ayat ni Allah nak cakap apa. Tapi simple je la. Just untuk dapat rough idea pasal surah tu.

Ini permulaan jalanku kepadaNya. Ini moment first-first kenal al quran. Bila ingat balik, rasa macam sweet je. Sebab Allah pilih untuk baca translation sampai habis. Alhamdulillah. Sebab waktu tu, memang ignorance sangat pasal agama. Lagipun budak form 2, dia fikir apa je .. Tak matang lagi.

Actually, in the same time, waktu tu jugak tengah kemuncak kegilaan pada Super Junior. Erk. Tu la pasal. Waktu tu memang tahap genting. Kalau ada graf, itu tahap peak lah. konon-konon minat habis. *rolled eyes*

Waktu tu jugak tengah in battle nak tunaikan satu kewajipan utama sebagai seorang muslimah. Which is tutup aurat. Tudung memang pakai dah. Tapi, tudung yang macam mane ye. Biasalah, tudung bawal, selempang. Depan cousins, bukak. Sebab no one yang aku tengok pakai tudung bila kitaorang ramai-ramai gather.

Pernah baca novel anthem ? Part Dash pakai beanie as pengganti tudung ? Me did almost the same. Cuma I pakai snowcap. Tak la yang betul-betul snowcap. Yang mat-mat botak suka pakai tu. Tak tau la nama dia apa. Tapi, memang rasa awkward. Sangat. Cousins tengok pun cam pelik je. Tapi they just dont say anything. But me. Dalam ni dah rasa macam apa dah. Malu ada, ragu-ragu ada, macam-macam ada.

Tapi form 2 ni still lagi tak kuat. Still fragile and macam lalang. In battle sorang-sorang without any preparation(ilmu).

Tapi aura nak change tu adalah sikit.

Hujung tahun, Nov-Disember breaks tu, parents hantar ke kem. Kem al-barakah. Bawah kelolaan ustaz Kazim. Dulu tak se-femes sekarang. Dan tak sebesar sekarang. Sekarang al-barakah dah maju. Samalah dengan ustaz Kazim. Dah jadi retiss yaw. eheh.

Dipendekkan cerita, berkat tarbiah solat jemaah 5 waktu selama 2 minggu, pergh... waktu tu rasanya macam dah jadi super saiya dah. Dulu lah rasa.

Form 3. Waktu ni penyakit gila buku tu mula timbul. Inkuiri macam sangat tinggi. Lebih dari scale yang sepatutnya. Waktu ni la banyak baca segala buku yang boleh dibaca. Nak-nak yang relate dengan Islam. Blog-blog pun habis digeledah (bebudak waktu tu. Blog je lah harapan nak cari bahan bacaan).

Blog yang paling addict dulu waktu tu is Kereta Mayat-Hamka. Blog ni walaupun kadang tuh ada kandungan untuk orang yang dah kahwin, peluh besar jugak baca, tapi kebanyakkan menyentapkan dan menyedarkan. Waktu tu nak tambah iman baca blog la. Mana faham muwasoffat-muwasoffat ke ape benda ke lagi.

Antara ayat Quran yang paling best dulu yang minat gila is 24:30-31

An-Nur: 30 & 31. Sebab mungkin waktu tu baru nak bertatih tutup aurat kan. So ayat tu memang sesuailah. And ayat 30. Sesuai lah untuk saya si peminat korea. Tak reti-reti nak jaga pandangan. So, ayat itulah penyentap dan penyedar.

Bercerita mengenai kenangan mengenali ISLAM dengan lebih mesra ini sememangnya satu peristiwa yang paling indah dalam kehidupan yang singkat ini.

Bagaimana Allah telah menyusun kehidupan ini dengan banyak babak menarik, cliche' nye lagi, sedih, in battle sorang-sorang selama beberapa tahun yang menggilakan dan menghancur-remukkan hati jiwa raga, dan etc.

Secebis kisah hidup ini hanyalah starting point dalam perjalanan menuju akhirat.

Starting point tidak bermakna kita sudah jadi baik dan boleh bersenang lenang dan berasa selamat dengan hidayah.

Hidayah jika tidak disertai dengan bertambahnya ilmu dan amal hanyalah sia-sia.

Nak mengharungi hidup dengan nyawa yang masih berbaki ini saja masih terlalu banyak rintangan dan cobaan di tengah jalan.

Boleh saja kita tersungkur di tengah jalan.

Boleh saja kita berpatah balik, terasa gila nak mengharungi dunia dengan Islam ini.

Kerna ISLAM ini sudah terlalu pelik dan aneh untuk dipraktikkan.

Seakan-akan engkau adalah manusia yang berjalan tanpa kepala di tengah khalayak .

Engkau aneh lagi memelikkan, engkau menakutkan lagi menyeramkan, dan orang ramai ingin menghapuskan engkau. Disebabkan betapa peliknya engkau. Dan mereka menyangka disebalik kepelikkan engkau tersembunyi ancaman yang merbahaya dan mengancam keselamatan awam.

Rasulullah SAW yang Amin berkata, pada akhir zaman, orang yang berpegang teguh kepada agama seolah-olah orang yang mengenggam bara api.

Genggam bara api ? Apa yang akan kita rasakan ?

Sakit ! Pedih ! Perit ! Terasa ingin lepaskan saja. Terasa ingin berputus asa. Kerana ramai orang menyangka dengan melepaskan bara api itu kita akan lebih bahagia. Tanpa kepedihan dan kesakitan menanggung bara.

Buat yang masih merangkak di jalan ini, teruskan merangkak.

Merangkaklah dengan hati yang tidak pernah berputus harap dariNya.

Bila kita mencari, Dia pasti akan memberi.

Dia pasti akan menemukan kita denganNYA.

Sudah hampir 7 tahun semenjak peristiwa itu, hidupku sentiasa dalam peperangan.

Peperangan itu tidak akan berakhir, sehinggalah engkau sudah duduk bersila di atas kusyen syurga yang empuk.

Peperangan akan makin hebat. Tambahan dengan dunia yang semakin gila.

Dunia mengejarmu. Dengan godaannya, dengan segala tipu dayanya, dengan segala hiburan yang membius kewarasan kita dalam hidup bertuhan.

Jika engkau tidak memecut, bersedialah untuk ditelan dunia.

Futur itu biasa.

Bangkit dari kefuturan dengan bergaya itu luar biasa !

Teruslah berusaha menjaga imanmu dengan senyuman bergaya.

Genggamlah bara api ini semampumu, usah kau lepaskan.

Akan Tuhanmu gantikan bara itu dengan sebuah kunci kelak.

Kunci membuka pintu gerbang istanamu di Syurga kelak !



Manisnyaiman
0120
Semoga Dia terus memelihara iman kita.

nanti boleh buat part 2 la pulak. rasa mcm tergantung je. hm.. 

Thursday, June 13, 2013

Nasihat untuk Akhawat

Saya nak share satu ucapan dari Syeikh Abul A'la al- Maududi, Ketua Jamaah Islamiyyah Pakistan (1941) yang saya kira sangat penting untuk share bersama akhawat sekalian. Ini adalah petikan daripada buku

p/s : buku ini diterbitkan pada tahun 1984, sebab itu bahasanya pelik sikit ya. Saya edit semampu saya shj.

BEBERAPA PERINGATAN UNTUK PARA DAI'E ( TAZKIRAH DU'AH AL-ISLAM)
SYEIKH ABUL A'LA AL-MAUDUDI



Nasihat Untuk Akhawat 

Saya menyampaikan kata-kata saya secara khusus kepada kaum wanita. Ia mempunyai hubungan dengan jama'ah atau mereka yang mengambil berat akan kejayaan risalah ini yang didokong oleh generasi Islamiyyah.

Perkara yang paling utama ialah : 

Mereka wajib melaksanakan semaksima mungkin terhadap tanggungjawab mereka dan memberi perhatian yang cukup serius terhadap hal agama. Dalam hal ini, tidak memadai bagi kaum wanita hanya sekadar memahami dan mengamati Al-Quran. 

Malah mereka berkewajipan mempelajari hadith-hadith dan ilmu feqah menurut masa yang dibenarkan. Mereka tidak seharusnya berpuas hati sekadar mengetahui prinsip-prinsip agama dan tuntutan-tuntutan iman yang pokok sahaja malah disamping menguasai semua itu mereka juga berkewajipan menekankan dan mengetahui hukum-hukum agama yang mempunyai pertalian terus dengan kehidupan peribadi, kekeluargaan dan masyarakat.  

Kerana, kejahilan kaum wanita akan mengakibatkan perkara-perkara yang tidak mematuhi aturan syari'e boleh berlaku dan diterima dalam rumah tangga kaum muslimin. Adat-adat jahilliyah dan segala bentuk tradisi-tradisinya boleh mencelah masuk ke dalam rumah tangga mereka. Akhawat kita berkewajipan memikirkan jalan dan cara bagaimana boleh mengatasi kekurangan-kekurangan ini dalam diri mereka sendiri sebelum menjangkau perkara-perkara lain. 

Di samping itu, pihak jamaah juga perlu berusaha untuk memberikan sepenuh perhatian yang diperlukan seperti mengadakan program-program khusus buat para wanita untuk mendidik mereka secara intensif. Insya Allah. 

Namun demikian, ada sedikit halangan-halangan ke arah pencapaian matlamat-matlamat jamaah sehingga ke hari ini. Kita telah membuat keputusan untuk memberi perhatian yang khusus kepada kaum wanita. Antaranya adalah dengan menggalakkan penglibatan mereka bersama kaum lelaki di dalam kursus-kursus yang akan dianjurkan. Ini adalah antara salah satu alternatif untuk mendidik mereka. 

Kalaulah ianya diadakan, maka perlulah kaum wanita untuk menjaga sempadan-sempadan hijab dengan sempurna ( penjagaan aurat dipelihara dengan sempurna). Para akhawat pula mestilah perlu memanfaatkan semua peluang yang ada diberikan untuk mereka menyertai program-program tarbiyyah seperti itu. 

Perkara kedua yang perlu diusahakan oleh setiap akhawat ialah mencorakkan diri, kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat, akhlak dan kehidupan umum para wanita sesuai dengan ilmu-ilmu agama yang telah mereka perolehi melalui pembelajaran-pembelajaran al-Quran ,al- Hadith ,ilmu Feqah, dan kursus-kursus pendidikan yang lain. 

Di antara kewajipan yang mesti diusahakan oleh setiap wanita Islam ialah memperkuatkan akhlak mereka. Akhlak mereka perlu diperkuatkan (dimantapkan) sehingga mereka mencapai satu tahap di mana apabila mereka telah mempercayai kebenaran di dalam sesuatu perkara, mereka akan terus berpegang kukuh dan istiqamah dengannya tanpa berganjak walaupun seinci. 

Begitulah juga apabila mereka mengetahui tentang perkara-perkara palsu dan tidak benar di dalam suatu perkara, mereka akan terus menolaknya tanpa ragu-ragu. Mereka tidak akan sama sekali cenderung kepada kepalsuan itu walau sedikit meskipun penolakkan itu akan mendapat tentangan hebat dan ejekan daripada keluarganya sendiri. Dalam hal ini, ibu bapa dan suami mereka berhak menerima penghormatan mengikut kadar darjat masing-masing. 

Walaubagaimanapun, semua hak mereka ini tidak ada nilainya apabila dibandingkan dengan kewajipan kaum wanita terhadap ALLAH dan Rasulullah S.A.W. Wanita Islam mestilah menolak segala bentuk ketaatan kepada sesiapa jua yang mahu membawa mereka kepada penderhakaan terhadap ALLAH dan RasulNYA. 

Mereka mestilah sanggup menanggung sebarang kemungkinan yang dihadapi di dalam perjalanan ini dengan kesusahan dan kepayahan. Semua ini diserahkan sebulat-bulat tawakal kepada ALLAH SWT dengan penuh harapan menunggu pembalasan di akhirat nanti. 

DEMI ALLAH ! Tahap apa pun pencapaian, perlaksanaan dan istiqamah serta keadilan hati dalam menerima kebenaran, ianya tetap akan memberi kesan baik terhadap rumah tangga dan anak-anaknya. Seterusnya berpeluang pula untuk memperbaiki rumah tangga dalam realiti masyarakat yang semakin rosak. 

Demikianlah jua sebaliknya. Sejauh mana seorang wanita Islam rela dan menurut sahaja tuntutan-tuntutan dan aturan daripada orang dan pemerintah yang zalim supaya menyesuaikan diri dengan kerja-kerja yang bertentangan dengan syariah ALLAH, maka sejauh itulah jua diharamkan keberkatan Islam dalam kehidupannya. Dia akan menjadi contoh yang buruk terhadap rumah tangganya, anak-anak dan masyarakat kerana kelemahan iman dan akhlaknya yang rosak. 

Tugas ketiga, kewajipan wanita Islam yang terlibat dalam Dakwah dan Islam (Dakwah dan Tarbiyyah), ialah mereka perlu menekankan dan mengutamakan usaha untuk memperbaiki keluarganya, sanak saudara dan sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan persaudaraan lebih dari memperbaiki orang lain. 

ALLAH mengurniakan zuriat kepada akhawat. Kurniaan ini umpama penyerahan kertas-kertas peperiksaan dari ALLAH. Jika mereka tidak mendapat markah yang secukupnya untuk satu kertas, maka mereka tidak memperoleh kejayaan dalam kertas-kertas peperiksaan yang lain. Oleh itu, anak lelaki dan anak perempuan merekalah yang terlebih dahulu mendapat keutamaan untuk dididik dan diberi perhatian. Anak-anak inilah yang sangat dituntut supaya ibu-ibu membina mereka dengan pendidikan dan akhlak agama. 

Di antara tugas para akhawat yang sudah berkahwin ialah berusaha mengarahkan suami mereka ke jalan yang benar. Kalau suami telah memilih jalan ini, maka akhawat mestilah membantu mereka. Tugas anak gadis Muslim pula ialah menjaga akhlak dan maruahnya dan seterusnya ialah menyampaikan perkataan-perkataan yang benar ini kepada kedua ibu-bapanya. Dan dia seharusnya berusaha untuk memberikan kepada kedua mereka bahan bacaan yang baik berhubung dengan dakwah. Tugas akhir wanita muslim ialah mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada wanita-wanita di sekelilingnya pada waktu-waktu tertentu selepas menunaikan kewajipan di dalam rumahtangga dengan baik.

 Ia berkewajipan mengajarkan kepada anak-anak Muslim akan prinsip-prinsip asas Islam dan pengajaran-pengajaran pokoknya. Mengajarkan agama kepada wanita-wanita yang jahil tentang agamanya. Menyebarkan bahan-bahan bacaan Islam kepada wanita-wanita yang terpelajar. Mengadakan pertemuan-pertemuan dan menyampaikan ceramah agama kepada wanita lain. Membacakan kitab-kitab yang baik jika tidak mampu berpidato. Ringkasnya, wanita Muslim berkewajipan melaksanakan semua jalan yang bersih untuk membanteras kejahilan dan memerangi amalan jahiliah dalam kalangan kaumnya. 

Masih ada lagi satu tugasan khusus yang penting bagi akhawat daie yang berilmu dalam suasana hari ini iaitu bergerak menentang arus kesesatan, keruntuhan fikiran dan kerosakan akhlak yang didokong oleh wanita-wanita Pakistan yang telah dibaratkan. Kita semua sedia maklum dengan kesesatan mereka. Mereka pula akan menyesatkan orang lain. Pihak lain pula akan mempergunakan mereka untuk tujuan-tujuan jahat yang merosakkan. Mereka akan menggunakan segala alat-alat dan kemudahan-kemudahan jentera pemerintah untuk menyebarkan kerosakkan. Kerana itu, janganlah para akhawat yang berilmu dan terpelajar mengabaikan tugas ini lalu menyerahkan sepenuhnya kepada kaum lelaki sahaja. Seluruh wanita Muslim Pakistan perlulah menyedari akan tanggungjawab ini dan mengetahui akibat kerosakkan yang lahir dari aliran ini. 

Golongan yang mempunyai kepentingan diri akan melaungkan kata yang menyesatkan kaum wanita dengan mengatakan : 

"Sesungguhnya manusia Muslim hari ini mahu memperhambakan, memperkosa dan menguasai kaum wanita. Mereka melarang kaum wanita keluar rumah. Mereka menghalangi wanita dari menikmati kemerdekaan dan kebebasan dalam kehidupan dunia." 

Alhamdulillah masih ada wanita Muslim yang masih berpegang teguh dengan sifat-sifat kebaikkan, kemuliaan, taqwa dan fadhilat. Namun demikian banyak juga kumpulan-kumpulan wanita Pakistan yang telah dibaratkan. Golongan ini berilmu, cerdik, luas pengetahuan, mempunyai kemampuan berpidato dan menulis. Akhawat bertanggungjawab untuk tampil ke hadapan, mencabar dan menentang mereka. Menghentikan dan menghancurkan segala bentuk fitnah yang mereka sebarkan. 

Hadapilah mereka yang telah diserapi dengan budaya Barat. Laungkanlah kepada mereka bahawa wanita muslimah sesekali tidak akan melampaui batas-batas yang telah ALLAH tetapkan. Wanita muslimah memandang benci dan jijik terhadap kemajuan yang melanggar hukum ALLAH. Wanita muslimah tidak akan melanggar sempadan-sempadan yang telah ALLAH tetapkan. Malah lebih jauh dari itu, akhawat mestilah menyusun diri mereka dan memastikan mereka mengekalkan diri mereka dalam aturan Islam. Akhawat mestilah memelihara dan berpegang dengan fadhilat-fadhilat dan amal-amal kesopanan. Setiap tuntutan ke atas sesuatu perkara walau di anggap mustahil mestilah dilaksanakan kecuali apabila ia melanggar hukum-hukum Allah. Yang demikian itu adalah supaya dapat dikenali dan dibezakan dari orang-orang yang sesat lagi menyesatkan. 


Sesungguhnya mutiara kata dari Syeikh al-Maududi khas buat para akhawat ini benar-benar telah menyedarkan kita bahawa sememangnya kita mempunyai banyak tanggungjawab. Sebagai wanita Islam, kita seharusnya berusaha keras untuk memahami Islam dan menghayati agama suci ini dengan mempelajari Islam itu sendiri . Seterusnya, apabila kita sudah memahami, menjadi satu kewajipan pula untuk mengajarkannya kepada wanita Islam lain agar mereka juga turut memahami Islam dengan baik.

Akhawat, usahlah mengalah dengan kefuturan. Usah bermalas-malas dengan hiburan. Usah lembik dengan godaan para artis. Usah memberi pelbagai alasan lagi. Ayuhlah kita sama-sama berusaha semampu kita untuk mendidik diri dan mendidik orang lain. Kelak, kitalah bakal mencorakkan anak-anak kita, generasi Islam yang akan datang.

Jika kita tidak mewarnai anak-anak dengan warna-warna Islam,
maka kita sedang mencontengnya dengan arang-arang Jahiliyyah- Afiq Sazlan. 

Semoga Allah Redha. 

Tuesday, June 11, 2013

Si buncit dan si kering

Apa erti saya menganut agama islam ?

Great question. Tapi memang kena perah hati dan akal untuk cari jawapan.

Meniti hari-hari kehidupan seharian sebagai seorang muslim, melakukan ibadah yang sama setiap hari dalam sedar tak sedar membuatkan kita seperti robot.

Diprogram untuk melakukan itu dan ini dengan begitu efisyen, tapi kosong dari makna.

Kosong dari penghayatan dan rasa.



Tapi robot lain. Robot tidak mungkin akan bosan. Tapi manusia cepat bosan.

Kadang-kadang, dalam menjalani kehidupan yang 'sibuk' ini, rasanya kita perlu untuk cari mana-mana RnR untuk rehat dan rawat hati dan jiwa kita.

Duduk sebentar bersama kitkat . Duduk diam sebentar. Buat sekian lamanya kita bekerja dengan begitu tekun dan bersungguh untuk kemajuan syarikat, untuk bisnes yang semakin hari semakin menguntungkan, setiap hari ke kuliah dan buat esaimen untuk markah tambahan, setiap hari penuh dengan pelbagai tuntutan tanggungjawab yang menjerit-jerit bertengkar meminta kita untuk menyelesaikannya.

Kita kata kita sibuk. Nak uruskan itu dan ini. Kita sibuk ! Kita sibuk ! Kita sibuk !

Sibukkan apa ?

Si anak bertanya pada ibu dan ayahnya.

"ayah dengan ibu sibukkan ape ?"

"sibuk bekerjalah. Nak cari duit. Nak bagi kamu makan. Bil-bil tu semua nak kena bayar. Kereta ni bukan free. Rumah ni pun masih banyak hutangnya. Nanti kata nak beli itulah inilah, kamu pun sama. Banyak je benda yang nak mintak. Kalau tak dek duit, macam mana ??"

anak pun terdiam. Ada betulnya kata-kata ibu dan bapanya. Lalu, si anak pun diprogramkan kelak untuk bekerja mencari duit, bagi memenuhi tuntutan kebendaan dunia yang kian hari semakin mendesak dan mencekik darah.

Gua kaya, lu ada apa ?


The cycle repeat.

Tapi, apa akan jadi sekiranya si anak mengambil satu langkah yang boleh mengubah hidupnya untuk berpuluh tahun akan datang ?

"ayah, ibu, memang duit itu satu keperluan. Tapi apa sebenarnya tujuan utama kita hidup kat dunia ini ? Adakah untuk belajar separuh mati untuk dapatkan ijazah,lepas tu kerja keras, sibuk sampai tak dek masa bersama keluarga semata-mata untuk mengumpul duit, membayar bil, memberi barang keperluan untuk kehidupan lepas tu tua dan mati ? Tak ke macam sia-sia je hidup macam tu ?"

"........................................."

ibu bapa yang sibuk sangat ini, pasti tidak sedar, perubahan yang ada pada diri anak-anaknya. Tambah lagi apabila mereka sudah remaja.

Mungkin, jika satu hari mereka accidently berborak dengan anak mereka, mereka akan terkejut besar. Kerana mereka sudah tidak mengenali karakter baru seorang yang bergelar anak itu di hadapan mereka. Anak mereka berubah, menjadi seseorang yang sangat asing yang tidak pernah mereka kenali sebelum ini.

epic.

Namun,jika anak ini diajar cara berfikir dengan betul, pasti hidupnya akan turut berubah dengan cara fikiran yang lebih baik. The cycle stop, The new healthy cycle will start.

Saya belum pernah bekerja. Belum punya tanggungjawab untuk mencari wang. Belum berkahwin. Belum ada anak. Belum ada kereta sendiri. Belum ada rumah sendiri. Belum lagi kena bayar bil air, letrik, astro, broadband, wifi, celcom broadband, hutang rumah, duit insurans, duit tabung haji untuk haji dan sebagainya.

Ya, saya sebenarnya belum layak untuk bercakap soal cari duit, sebab saya masih mentah.

Okay then, kalau macam tu, biar saya bercakap dari perspektif seorang anak, seorang remaja, seorang pemuda, seorang yang baru mengenali kehidupan, seorang mahasiswa, seorang yang mentah.

Dah terbiasa sebagai anak no.2 , saya lebih banyak berdiam diri. Tak banyak cakap. Banyak memerhati. Banyak berfikir. Banyak merepek sorang-sorang. Hah, inilah antaranya.

Mungkin sebab saya tak disibukkan dengan tanggungjawab yang berat-berat sehingga terlalu banyak masa untuk berfikir secara kritis, mengkritik itu dan ini, komplain dan tak reti bersyukur. Erk, macam familiar je slogan tu.


Kita sangat menikmati kehidupan ini dengan keadaan kewangan mewah yang kita ada. Seseorang pernah berkata pada saya, "kehidupan seseorang itu akan stable bila mencecah umur 40 tahun.".

kat situ lah kot boleh keluarnya quotes " Life begins at 40"



Alhamdulillah, lahir dari keluarga yang stable memang menjadikan saya seorang anak yang boleh tahan manja.

Bukan manja yang gedik gelenyar tu, tapi manja yang nak apa main mintak je kat mak bapak.

Bak kata ibunda tercinta, " nak apa main order je.."

Hm.... agaklah, tambah-tambah lagi anak perempuan. Memang malas je sebenarnya nak kerja cari duit. Sebab saya masih belum rasa duit itu satu keperluan atau satu kepentingan.

Kehidupan yang stabil macam ini, secara tak langsung sebenarnya telah membunuh sensitiviti kita untuk bersimpati dengan dengan keadaan orang lain.

Simpati tu mungkin ada, tapi tidak cukup kuat untuk push kita dalam bentuk perbuatan.

Boleh dikatakan keluar makan di restoran itu biasa. Sebab semakin sibuk, maka nak masak pun payah. Makan masa. Lebih mudah untuk keluar makan.

Saya sedih sebenarnya bila tulis post ni. Sebab terasa diri sangat selfish dan bersenang lenang.

Asyik sibuk membaca kisah hidup pejuang agama di medan dakwah, yang syahid dengan bangganya, yang hidupnya dikorbankan untuk dakwah, yang harta bendanya disedeqahkan di jalan Allah, sehingga sedikit sekali harta yang ditinggalkan mereka buat keluarga . Kehidupan mereka tidak pernah bersenang-lenang, disibukkan dengan memenuhi keperluan ummat, apatah lagi nak duduk duduk santai di restoran menikmati makanan mewah sehingga gemoks.Mereka kembali kepada Allah dalam keadaan yang cool. Tak perlu risau dengan harta yang banyak yang akan menyebabkan lamanya kita dihisab dek harta yang berkepuk.

Irony dengan kehidupan si pembaca.

Sedih juga, bila keluar makan di restoran sehingga mencecah ratusan ringgit. Paling-paling pun beberapa puluhlah. Itu belum makan di Ibu Kota. Pasti harga makanan sangat mahal.

Hasilnya, perut sangat kenyang. Lepas tu ? Balik rumah, tidur. Esoknya, liat nak bangun subuh, sebab kekenyangan.

Makanan tu semua jadi apa ? Lemak, tahi. Dibuang dan diflush. Langsung tidak ada manfaat.

Entah berapa persen je yang betul-betul diserap sebagai nutrisi untuk tubuh badan.

Dan kita terus leka dan enjoy kesenangan hidup sebegitu.

Tak terbit rasa bersalah.

Nak makan apa, order sahaja.

Nak advance sikit, tangkap gambar, edit, upload dalam instagram. Bagi semua orang tengok. Bagi semua orang terliur. Bagi orang-orang lain jeles. Bagi mereka yang tidak mampu tengok dan hanya telan air liur.

Kita begitu kejam dalam kehidupan ini bukan ?

Kadang-kadang, sedang saya scroll di wall facebook atau di instagram, terlihat post sahabat mengenai nasib saudara kita di Syria, diseksa, ditindas,dibom, mereka dicabut hak kemanusiaan untuk hidup aman dan tenteram, timbullah sikit rasa sedih. Tapi rasa sedih itu segera dibunuh apabila muncul pula gambar kek secret recipe penuh coklat gebu yang mengecurkan air liur. Gambar itu pemiliknya sedang tersenyum bangga dengan makanannya.



Wahai ~~~~~~

Malu!! Malu sebenarnya untuk angkat muka ni pada masyarakat !

Tambah lagi bila terserempak dengan pekerja tukang sapu sampah, makcik-makcik yang cuci toilet, pakcik-pakcik angkat sampah, adik-adik yang sangat muda sudah membantu ibu bapa berniaga kecil-kecilan di jalanan.


Terasa benar mereka ini lebih mulia dari diri ini.

Mereka lebih mulia di mata Allah agaknya.

Mereka bekerja setiap hari dengan tekun demi mencari wang untuk makan malam itu.

sudah mengenali erti kesusahan sejak kecil.


Kita terlalu miskin. Yang kita ada hanyalah wang.



Kita terlalu faqir. Terlalu dhaif.

Kita tidak punya belas kasih sesama manusia, apatah lagi binatang-binatang yang ada.

Kucing datang meminta sedikit makanan dari kita di restoran, kita halau. Kita sepak.

Kita tidak punya nilai dalam diri sebagai manusia. Kita kehilangan sifat kemanusiaan yang ingin membantu.

Kita kehilangan ihsan kepada Tuhan bahawa setiap kali kita menolong dan memudahkan urusan makhluk lain, kita pasti akan dipermudahkanNya di masa lain.

Kita kehilangan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, yang terus menerus membantu dan memberi makan kepada faqir miskin.

Kita sibuk dengan harta kita. Kita sibuk dengan persoalan profile picture kita. Kita sibuk dengan berapa like dan komen kita dapat untuk blog kita, kita sibuk dengan gambar baru yang perlu diupload ke instagram.

Kita sibuk !!!

Kalau sebagai daie', kita sibuk berapa ramai like status dakwah kita, sibuk lihat berapa ramai share status kita, sibuk fikir berapa ramai suka dengan penyampaian kita, sibuk dengan segala yang boleh memfofularkan lagi diri kita.

Jika sibuk kita itu menguntungkan kita dengan sebenar-benar keuntungan, pasti berbaloi bukan ?

Kedengaran macam tak realistik pulak kalau nak keluar makan pun tak boleh.

Okay, saya bukan nak kata keluar makan tu salah, tak pun. Actually itulah bonding time dengan family.

Namun, janganlah sampai kita terlalu selesa dengan kesenangan yang kita ada sehingga semakin menebal cinta kita kepada dunia.

Semakin gemoks kita dengan lemak dan kalori.



Semakin slow pergerakkan kita dalam kerja dakwah.

Semakin rimas pulak kita dengan program yang makanannya tak sesedap mana.

Semakin ignorance kita dengan homeless yang sehelai sepinggang.

Semakin buta dan tuli kita dengan nasib saudara kita di Syria, Palestin atau yang paling parah di negara sendiri yang semakin tak kenal Tuhan.

Semakin tak sedar yang diri tu makin dekat dengan kematian.


Berbalik semula kepada persoalan yang pertama ?

Apakah erti saya menganut agama Islam ?

eerrr... saya sibuk. Tak dek masa nak fikir.