Thursday, May 9, 2013

PRU13

Actually aku nak mula menulis pada 5.5.13. Tapi macam tak dek idea pulak.

Tapi, alang-alang dah macam ada idea ni..

Macam....

So, PKR tak berjaya menguasai kerajaan. We still dengan BN, which is buat aku kecewa.

Mungkinlah aku baru 19 tahun hidup di Malaysia nan indah ini, but somehow, I know, I need a better government and a better PM...

5 years lagi untuk mengundi..

2018. LOL! aku bercadang nak kahwin 2018 kot ! hahaha. bocor rahsia.

Nanti aku 24.

A better me yang akan pergi mengundi nanti. InsyaAllah.

Tapi, apa pun, PRU13 adalah titik permulaan bagi aku untuk cakna dengan politik tanah air.

Aku agak ignorance dengan politik sebelum ni sebab rimas dengan muka-muka yang sama, dengan beberapa anjuran mereka yang tidak enak buat kami para remaja, so buat aku tidak berminat langsung.

But somehow, the moment when Allah gerakkan aku untuk bukak Youtube and watch videos on pihak pembangkang, things yang kerajaan buat and banyak perkara yang didedahkan yang tak pernah (tak akan) keluar kat TV 3 suku, Utusan meloya atau apa je siaran nasional Malaysia... which is bagi aku sangat unfair!

Nak bagi pihak bercakap, bagilah kedua-dua belah pihak hak yang sama rata. Supaya rakyat boleh menilai sendiri mana manifesto dan idea yang lebih baik.

Ini, dari TV 1 sampai al hijrah sekalipun semuanya siarkan yang biru je.

Ini bukan soal aku tak suka biru, ini soal keadilan . Soal hak.

Dan of course, rakyat yang pangkat opah-opah aku mana reti bukak google search maklumat, bukak youtube cari video.

Jangankan opah, mak aku pun belum tentu lagi...

So, of course lah mereka-mereka ini, tambahan dengan masa silam mereka bersama UMNO bukan main lama, mereka orang lama yang menyaksikan perjuangan orang dulu-dulu, sehingga tertubuhnya UMNO, MCA, MIC dan sebagainya.

Tambahan, dengan mentaliti lama bahawa DAP itu cina yang tak berapa baik, dengan momokan kerajaan bahawa negara kita akan jatuh ke tangan cina, nanti akan jadi macam singapore, nasib islam tidak lagi akan dibela...

Tak pernah-pernah aku rasa sepatriotik ini untuk tunggu sampai 2 pagi semata-mata nak tahu keputusan PRU.

Tak pernah rasa concern macam ini sekali untuk ambil peduli mengenai negara sendiri.

Tak pernah rasa membara seperti ini untuk lihat Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang disayangi.

Aku rasa, orang muda, jangan cemarkan fikiran dan mentaliti kita dengan fitnah dan berita palsu. Itu akan affect sangat kita punya cara berfikir. Cara kita memandang kehidupan. Dan effect cara berfikir itu akan affect kehidupan kita.

wahahah. pehe dok ??

Macam kes anwar ibrahim meliwat .

Korang percaya tak cerita tu ?

hm...

jijik betul negara kita. fitnah suka hati je cakap terang-terangan di berita, rancangan khas, dan surat khabar.


Dan semalam, 8.5.13

Malaysia menyaksikan Tsunami rakyat Malaysia berhimpun di Stadium Kelana jaya.

Melimpah-limpah orang pergi ke stadium itu. Tak kurang juga yang menonton dari rumah, malah, rakyat Malaysia di serata dunia juga turut menyatakan sokongan.

Ada suara-suara berkata ..

"tak pelah, lepas ni kita tengoklah macam BN nak memerintah negara. Kalau ada perubahan ke, atau mereka akan teruskan perangai lama..."

Memang senangkan kalau nak give up macam tu je. Tak payah serabut kepala otak fikir banyak-banyak. Dah kalah.

Tapi, yang menimbulkan persoalan aku....

Nanti segala hak rakyat diorang akan rompak lagi. Tol dorang kutip lagi. PTPTN tak mansuh, duit kereta mahal jugak macam dulu, harga barang akan naik, segalanya akan naik.

Hm... bukan ke duit tu semua hak kita ? Kenapa baik hati sangat nak bagi pemimpin tu rompak duit kita ?

"bersyukurlah kerajaan dah bagi baucer buku..."

hahaha. Itu duit rakyat. Memang patut pun kita dapat. bukan duit parti diorang bagi kita.


Hm... aku pun sebenarnya, dengan ilmu politik yang sangat dangkal ni, aku tertanya-tanya, sejauh mana semua ini akan memberi impak kepada kerajaan. Apa yang akan terjadi lepas ini ?

apa apa pun, sangat mengharukan bila lihat beratus-ribu rakyat Malaysia turun ke Stadium Kelana jaya semalam.

Aku rasa, hikmah semua ni, semangat patriotik dalam kalangan anak muda semakin membara.

Perpaduan kaum juga semakin erat.

tak pernah rasanya timbul satu perasaan haru dalam diri mengenai perpaduan kaum sebelum ini.

Teringat satu malam di PLKN, 'gosip 1 Malaysia'.

Aku melayu, dan kawan aku 2 orang, sorang cina, sorang india. Kitaorang sembang kencang malam tu. Sembang apa... itu rahsia.

So, apa-apa pun... jangan berhenti berharap for a better nation.

Jangan berhenti berdoa.

Sentiasa pasang niat untuk memperbaiki keadaan dan kekal optimistik !

Black505, Kelana Jaya, Blackout, dakwat magic.

2 comments:

  1. Semangat tu dah bagus, tapi apepun, kita pun kena 'adil' dalam mencari maklumat bab2 politik ni, kalau tak, sama jea la kita dengan media yang tak adil tu. Bila kita hanya melihat sebelah pihak, semestinya hanya terzahir keburukan pihak yang lagi satu. Sungguhlah, perlu berhati-hati, takut niat kita dah baik, tapi tersebar fitnah pula. Apepun, teruskan semangat tu! :)

    *tak bercakap memihak belah mana, tapi itu hakikatnya kan? :D
    boleh la masukkan pilihan sains politik dalam list upu. #eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kena bertindak matang dan rasional dalam semua benda. payah jadi orang dewasa. haha

      Delete