Friday, May 24, 2013

Al Kahfi, Dajjal dan anak-anaknya .

Al Kahfi, the 18th.

Sunnah dibaca hari Jumaat, sama ada keseluruhan surah atau 10 ayat awal dan 10 ayat akhir.

Pembacanya akan dijamin selamat dari tipu daya Dajjal dan fitnah-fitnahnya yang dahsyat.


SIGH~

Aku tak cukup ilmu kalau nak cakap pasal surah al-kahfi dan dajjal. Kita kena sama-sama cari ilmu dan memahami lah surah ini.

Tapi, aku suka nak cakap pasal betapa peningnya kepala aku dengan dunia la ni.

Pening. Konon macam buat kerja je. kalau kau buat kerja, mesti kau tak sempat mengeluh. 

Betullah, di zaman ini, zaman modernisasi, maklumat di hujung jari, kita ada Professor Google, highly paid and tersangatlah sibuk .

Zaman di mana, information tu memang senang gila lah nak dapat. Just google, read the you get rough idea pasal sesuatu perkara.

just name anything, I google it straigth away.

Dan, ini sebenarnya satu fenomena menakutkan apabila bab agama pun kita google. Seterusnya menjadikan kita 'tahu' pasal agama dan berani berkata-kata tanpa segan silu mengenai agama.

Maka, kalau kita lihat, rate tertinggi yang produce ustaz-ustazah tak rasmi dan lantang bersuara ni tak lain tak bukan, satu-satunya universiti maya yang paling ramai penuntut.

Universiti Facebook.

Kat facebook ni, information spread tanpa sekatan, tanpa had.

JUst tekan button share, just tekan like, other people akan terbaca jugak benda-benda tu.

Cara senang untuk kaut pahala, senang juga nak double triple up dosa sebab spread berita palsu.


Kalau baca buku-buku tokoh-tokoh ternama dan current issue yang memang current la sekarang ni, memang most scholars akan cakap pasal Perang Pemikiran. Ghawzul Fikr.

Manusia itu adalah apa yang dia fikirkan. Fikiran adalah hasil kepercayaan. Tindak tanduk, character itu pula  menterjemahkan apa yang dipercayai dan apa yang difikirkan.

That's how human work. Human ni kan macam incredible machine yang Allah ciptakan.

Untuk jadi machine yang bagus, perlu ada blueprint yang bagus, perlu install software yang berkualiti dan download programs yang betul .

Even though takdek blueprint,software,programs or application yang bagus, human still akan working on. Tapi cuma, dia akan larilah daripada the real purpose dia diciptakan. Dia jadi kuasa perosak yang paling berpengaruh lah. Kuasa pemusnah paling hebat. Lalu, menyebabkan kerosakkan di muka bumi dan pertumpahan darah, macam yang malaikat dok komplain kat Allah bila Allah kata nak cipta manusia tu.

Tapi, Allah kata, He knows better than anyone . Dan no one boleh figure apa Allah rancang, kecuali Allah yang beritahu.


So, sebab tu Psychologist kata, budak umur 0-6 tahun macam sponge. Dia akan absorb segala benda yang dia tengok, yang dia dengar, yang dia buat, absorb 100 %. Suasana dia membesar, environment, siapa mak bapak dia, mak bapak dia cakap apa dengan dia, mak bapak dia behave macam mana, character mak bapak dia macam mana, and etc.

Itulah yang membentuk segala blueprint,software,and programmes dalam diri seseorang.

Semua ini diprogramkan di bawah sedar budak tu. In sub-conscious mind. Minda separa sedar.

Manusia ni kan 90% sub-conscious mind, 10% je yang conscious.

Sub-conscious tu karakter kita lah, behaviour, cara berfikir dan sebagainya.

Aku pun kena cari gali ilmu balik pasal benda ni. Lupa.


Apa yang aku nak highlight kat sini is, memang manusia ni adalah apa yang dia baca, apa yang dia dengar, apa yang dia lihat dan apa yang dia percaya.

Fuuh, berat jugak nak nuleh pasal ni.

Mesti manusia yang baca novel Suamiku Ustaz berbanding baca novel Ungu Karmila lain pemikirannya.

Pasti manusia yang baca Lawak Kampus lain cara berfikirnya dengan orang yang baca Batu Bata Kehidupan.

Pasti manusia yang baca novel p/s I love You lain corak pemikiran dan imaginasi banding kalau baca buku Thursday with Morrie.


Definitely, akan lain.


Manusia umpama gelas kaca yg lutsinar. 

Apa yg dituang itulah yg akan terzahir. 

Karat air yg dituang maka, keruhlah airnya. 

Banyak bendasing yang dituang tanpa filter, banyaklah keladaknya. 

Maka, knowledge merupakan filter manusia. 

Filter utk buang yg keruh ambil yg jernih.

Iman datang sebagai double triple action filter buat knowledge tadi.

Matlamatnya adalah utk bagi air dalam gelas lutsinar itu jernih sejernihnya tanpa bendasing, tanpa keladak.

Inilah manusia yg positif, optimis, baik hati, suka bersangka baik, beriman, bertaqwa, suka menolong orang dan bahagia.

So, we are what we listen, what we see, what we read and what we think.

Dalam zaman sekarang ni, kalau tak dek filter yg baek punya, memang kecundang ~



Filter tu la. Mana mau cari. Bukan boleh main beli kat Cosway ke ape.

Filter ni hanya boleh didapati dengan adanya Al Quran dan Sunnah di dalam hati.

Cakap memang sesenang ABC, tapi nak applicate tu bukannye senang.

Kita ni, sirah nabawiyah pun tak khatam-khatam lagi, novel entah berapa banyak dah kumpul.

Surah dalam Quran pun entah berapa baris je dah hafal, balik-balik Qulhuwallahu Ahad, quotes novel, filem berabuk kita quotes satu persatu.

Kisah perjuangan para syuhada, berapa banyak je yang kita pernah baca. Nak banding kisah silam hikayat artis korea, artis hollywood, yang kita boleh sebut satu persatu nama anak-anak diorang, nama ex dorang.

Bila kita bercakap, macam tak dek topik lain selain lelaki, laki tu hot la, laki tu dah ada awek la, laki tu dah tunang la, laki tu mintak nombor kita la, laki tu usha kita la. Kalau yang ada balak, cakaplah pasal balak tu  berhenti-henti. Kalah orang dah berlaki.

Kalau lelaki pun inversekan je jantina tu.

Duh, serious aku rasa, peperangan fikiran ini lagi gila mencabar dari perang fizikal.

At least, perang fizikal, kau kuat kau menang, kau kalah, kau mati. Kalau untung sket, dapatlah syahid. That's it. Bila kau mati, memang kau mati betul .

Tapi perang pemikiran ????

Kalau kita kena jajah, kita tak sedar pun !

kita tak sedar pun hati kita dah mati. Hati kita dah tertutup.

Kita  tak sedar pun kita dah dimanipulasikan media.

Kita tak sedar pun cara kita berfikir sangat sekular, sehingga kita alergik dengan agama sendiri.

ini kes lain lah, jaranglah ada dalam kalangan pembaca-pembaca ni. Korang kan semua bagus-bagus. Solehah-solehah. Cintakan agama.

Tapi kita sedar, kadang-kadang, kita alergik dengan kebenaran.

Kita lebih suka dengar gosip, fitnah, kisah hal konflik orang, kisah rumah tangga orang, kisah aib orang.

Kita alergik dengan politik, bila kita rasa politik tu kotor, kita rasa jijik, dan kita ambik keputusan tak nak ambil tahu. Konon-konon kita selamat dari mainan kotor politik.

Kita mudah sangat terpengaruh dengan apa yang media war-warkan. kita letakkan kepercayaan penuh kepada media. Konon-konon, bila dah publik macam ni, takkan dorang nak menipu ?

Kalau dah bersumpah depan Kaabah, takkan dorang menipu ?

Kalau dah media bagi title pemberontak, maka mereka selamanya orang jahat, pengkhianat, teroris.


Lepas tu, kita selesa dengan apa yang kita ada. Janji hidup bahagia dengan family, dengan mak ayah, dengan kawan-kawan, dengan tanggungjawab sebagai student, dengan title setiausaha kelab, dengan kerjayanya, dengan itu ini dan sebagainya membuatkan kita 'sibuk' dan tak sempat nak ambil tahu.

tak sempat nak kaji-kaji. Betullah tu semuanya.

Tak sempat nak meningkatkan pembacaan.

Tak sempat nak cari lebih banyak knowledge.

Selagi mana, family kita dia tak kacau, pointer tak drop, duit gaji masuk, kenapa perlu skeptikal ? Oh, bersyukurlah !

Tidak mempunyai masa yang mencukupi. Mungkin aku belum faham, sebab aku belum bekerja, belum ada anak, belum kena tanggung orang, so, aku should shut off. Gitu ?


This post might sound racist. Might sound negative. Might sound very immature. Might sound very emotional.

............................................................................................................................................

Kadang-kadang, semua ni buat aku takut nak kahwin. Kadang-kadang.

Kalau dapat pasangan tak sefikrah, payah, maunya tak survive aku nanti.

Nak didik anak lagi, supaya ada filter yang baik. Memang kena kaw-kaw jadi intelligent parents lah.

Nak halang dari main teknologi, mustahil. Smartphone dah macam anak sendiri. Computer, laptop pun dah macam anak angkat. Gila lah zaman ni.


Bila minda kita tidak kritis, tidak mahu berfikir, maka kita akan jadi bangsa yang lemah. Mudah terpengaruh. Mudah terikut-ikut. Tiada jati diri. Tiada pegangan yang utuh. Tiada stand. Tiada pendirian.

Dengan mudahnya kita akan terpengaruh dan terikut-ikut dengan bangsa yang mendominasi dunia.

Barat.

Kalau setakat gangnam style, Gwiyomi, Lady gaga, kita boleh terikut-ikut, malah obses padanya, bagaimanakah kalau datang satu pengaruh yang ternyata lebih hebat dan menarik hati dari itu ?

Bagaimana datang magik yang lebih real dari David Copperfield ?

Ini bukan magik dah ni, ini Tuhan yang turun sendiri. Menghidupkan orang yang mati.

Menurunkan hujan sesuka hati. Menyuburkan tanaman dan ternakan.

Segalanya real gila depan mata kita. Bohonglah kalau ini semua satu pembohongan !

Itulah Tuhan ! Itulah Tuhan !

Maka, kita pun bersujudlah kepada dia dan beriman kepada dia.


Waktu itu, yang benar-benar berpegang kepada kebenaran sahaja boleh survive. Yang benar-benar ikhlas dan teguh keimanan berpegang kepada Al Quran dan sunnah nabi SAW sahaja yang akan terjaga imannya. Yang tidak akan murtad dek segala pembohongan, tipu daya Dajjal yang hebat-hebat belaka.

Surah Al Kahfi pun tak hafal, bagaimana mahu selamat ????

Nanges.



Statement ni dikeluarkan kira-kira 800 tahun dahulu. 

Tengok Peha artis korea pun tak rasa apa kan. Biasalah tu. Modern la sikit. Jangan jumud sangat. Kau ni ekstrimlah ! 

Bed scene, tak sah lah kalau takdek, filem Melayu pun dah maju kot, bed-scene hot gila . Nampak real kot! Sebab tu blockbuster ! 

The more skin you expose, the modern you are. Tak gitu ?  

Orang pakai bikini is nothis bagi kita, kalau naked pun kita anggap lebih sikit je. 

Agak-agak, perkara ni affect tak cara kita anggap aurat tu apa kebendenye ? Affect tak cara kita cover aurat macam mana ? Affect tak cara kita pakai tudung ? Cara kita berpakaian.

Kita boleh nilai diri sendiri.


Serious talk la kawan, kalau kita tak sedar sekarang, takut tak cukup mantap iman ni nak hadap si Dajjal tu. 

Kalau kita mati sebelum Dajjal keluar sekali pun, boleh ke kita survive dalam keadaan dunia yang semakin gila sekarang ni ? Iman senipis kulit bawang, cabaran dan fitnah dunia sebesar gajah. 

Bagaimanakah ??? 

Konklusi : kita harus serious bila kita kata kita perlu balik back to basic. Balik kepada Al Quran dan sunnah. 
                Otak ni perlu dicuci,di clorox dan disental kembali. Agar dapat berfikir dengan jernih dan lurus. 

Aku pun still belajar. still terkapai-kapai mencari kebenaran. Tapi percayalah, Rasulullah SAW pesan, kalau kita pegang pada 2 tu, pasti kita takkan sesat. 

Maka, jadilah kita semua remaja matang yang bergaya dengan iman. Moga-moga ini semua aset untuk kita mendidik generasi yang akan berada di zaman Dajjal yang sebenar. Kita didik generasi muda agar mereka menjadi generasi yang akan menegakkan semula islam di muka bumi . 

We are the future moms and dad. We are the future teachers and lecturers. We are the future ulama' and scholars. We are the future ministers and leaders. 

And our real future is akhirat. Live for akhirat ! insyaAllah ! 

Maybe boleh start kaji Al Kahfi dengan video ni : 


May Allah Pleased. 

Thursday, May 9, 2013

#Family


Family means no one gets left behind or forgotten.

Sister is probably the most competitive relationship within the family, but once the sisters are grown, it becomes the strongest relationship.

Family is not an important thing. It's everything.

A happy family is but an earlier heaven.

Without a family, man, alone in the world, trembles with the cold.

If one is desperate for love, I suggest looking at one's friends and family and see if love is all around. If not, get a new set of friends, a new family.

My family is my strength and my weakness.

One's family is the most important thing in life. I look at it this way: One of these days I'll be over in a hospital somewhere with four walls around me. And the only people who'll be with me will be my family.

I think togetherness is a very important ingredient to family life.

One of the things that binds us as a family is a shared sense of humor.

In every conceivable manner, the family is link to our past, bridge to our future.

The family you come from isn't as important as the family you're going to have.

I don't think anyone has a normal family.

There's nothing I value more than the closeness of friends and family, a smile as I pass someone on the street.

 I have to google the meaning. Seems like I lost. Life, teach me well please..


Review Filem : Jiwa Taiko

Tak pernah-pernah aku review pasal filem. Nak nak filem kurang 'tarbiyyah' malah memang hanya mendatangkan dosa free bagi penonton.

Oh ya, sejak akhir-akhir ni aku semakin rapat dengan syaitan besar di rumah ini. Maafkan aku. Masa lapang memang sangat membunuh para pemuda. Bahasa aku juga tak semolek mana. Jika rasa meluat atau sudah tidak tsiqah dengan saya, maafkan saya, saya hanya manusia penuh dosa dan salah.




Jiwa taiko. Accidently tertengok sebab dah berpuluh kali aku tukar channel tv sebab tak tau nak tengok channel mana sebab tak dek yang menarik. Hm.. walhal astro dah menyediakan beratus siaran. Manusia memang tidak tahu bersyukur.

Dan aku harap, selepas membaca post ini, kalian semua tidaklah rasa makin nak tengok tetapi perlulah kalian makin membenci maksiat kerana itulah tanda iman anda segar bugar serta hidup sejahtera.

So, aku pun tak faham sangat apa yang filem ini cuba nak sampaikan sehingga aku terpaksa google untuk lebih faham sinopsi dan apa temanya.



Oh, barulah aku faham pengarahnya cuba nak memberi nafas baru kepada filem tanah air dengan memasukkan unsur-unsur seni persilatan dan banyak aksi lawan-lawan yang mungkin kelihatan cool di mata para penonton.



Mungkin.

Tapi rasanya dahi aku semakin berkerut dan otak aku semakin penuh dengan tanda soal apabila terlalu banyak aksi berahi dan aksi yang jelas menggambar kerendahan moral yang dimiliki oleh para pelakon apatah lagi si tuan pengarahnya.



Secara terbukanya saya menyatakan di sini bahawa pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang boleh kita lihat melalui filem ini jelas sekali memberi mesej penting buat kita semua bahawa masyarakat kita sememangnya sudah kronik tahap 4 dengan barah pergaulan bebas dan zina.

Aksi si hero dan heroin yang tak habis-habis berpelukan konon-kononnya nak tunjuk pada penonton semua bahawa cinta mereka cinta yang sejati dan ada juga babak-babak yang pheww, berpeluh-peluh untuk ditonton. Pada saya, sangat sangat sangat 'maju' filem Malaysia dewasa ini.

Dan si hero bukan sahaja berpelukan dengan si heroin malah sesiapa sahaja yang dinamakan perempuan di dalam filem itu dipeluknya. Dan ya, mereka sebenarnya bebas berpelukan dengan sesiapa sahaja. Dan pada pendapat saya yang sangat jarang menonton filem ini, tak perlu kot kau nak cium dahi semua perempuan dalam filem atas tiket 'berlakon'....

Oh ya, part terlanjur tu lah paling aku loading sekali ... Perlu ek tunjuk sampai mcam tu sekali ??
Ampunkan saya kerana menonton filem kotor ini. Ya, saya bersalah pada diri saya sendiri kerana menonton semua ini hanya menyesakkan iman yang senipis kulit bawang.

Paling irony sekali babak ni pantai. Mereka bersuka ria girang gembira bermain mandi bersama di pantai lelaki dan perempuan, bila masuk maghrib yang lelakinya semua menunaikan solat . Kemudian di waktu malamnya mereka bersama menyanyi sambil petik gitar.



Sahabat, tak perlulah sama sekali kalian menonton filem ini atau mana-mana filem yang seangkatan dengannya. Kalau sesiapa yang pernah menonton "anak halal' , filem ini satu spesies dengannya, tapi telah diupgrade jadi lebih panas.

Neraka panas weh !



Pakaian pelakon wanita dalam filem ini pun sama sekali membuatkan otak aku semakin Jam dan sesak dengan pelbagai persoalan. Atas tiket 'berlakon', mereka rela membiarkan diri mereka memakai pakaian sesingkat itu dan rela diri mereka dipeluk pelbagai lelaki asing yang konon-kononnya rakan sekerja.

Inilah dunia lakonan. Dunia seni. Dunia perfileman.


Jika inilah yang dihidangkan kepada anak remaja kita saban hari, maka tunggulah, seperti apa yang ada di dalam filem itu, itulah yang bakal kita temui pada realitinya. Malah, pasti lebih parah. Lebih menyedihkan.

Kita buta jati diri. Kita tiada satu pegangan yang membuatkan kita cukup kuat untuk menghadapi cabaran nafsu sehebat itu.

Apa yang ada pada manusia tanpa malunya ?

Apa yang ada pada melayu tanpa Islamnya ?

Satu persoalan yang menghantui aku sampai sekarang ..

Inikah realiti masyarakat Melayu sekarang ?

Serendah ini akhlak kita ?

Semurah ini wanita kita ?

Separah ini keadaannya ?

Seperit ini realitinya ?




Aku tak layak mengkritik, kerana aku tak pernah buat kerja.

Kerja untuk memperbaiki semua ini. Satu-satunya jalan terbaik untuk mengembalikan kita semua pada fitrah yang suci.

Ini baru satu filem.

Belum yang lain-lain.

Dan pada hemat aku yang kerdil ini, jika inilah kualitinya , jika inilah isinya, maka usahlah ditonton. Usahlah disokong.

Pengarah filem kita perlu memikirkan satu wawasan yang lebih luas daripada nilaian wang ringgit semata.

Sebab itu, aku kagum dengan team Hamasah As-Syabab, sekumpulan anak muda yang sebaya yang bercita-cita menggegarkan dunia perfileman, dunia fesyen, dunia fotografi dengan tarbiyyah islamiah.

Tiada yang mustahil.

Selagi Allah tempat kita bermohon.


PRU13

Actually aku nak mula menulis pada 5.5.13. Tapi macam tak dek idea pulak.

Tapi, alang-alang dah macam ada idea ni..

Macam....

So, PKR tak berjaya menguasai kerajaan. We still dengan BN, which is buat aku kecewa.

Mungkinlah aku baru 19 tahun hidup di Malaysia nan indah ini, but somehow, I know, I need a better government and a better PM...

5 years lagi untuk mengundi..

2018. LOL! aku bercadang nak kahwin 2018 kot ! hahaha. bocor rahsia.

Nanti aku 24.

A better me yang akan pergi mengundi nanti. InsyaAllah.

Tapi, apa pun, PRU13 adalah titik permulaan bagi aku untuk cakna dengan politik tanah air.

Aku agak ignorance dengan politik sebelum ni sebab rimas dengan muka-muka yang sama, dengan beberapa anjuran mereka yang tidak enak buat kami para remaja, so buat aku tidak berminat langsung.

But somehow, the moment when Allah gerakkan aku untuk bukak Youtube and watch videos on pihak pembangkang, things yang kerajaan buat and banyak perkara yang didedahkan yang tak pernah (tak akan) keluar kat TV 3 suku, Utusan meloya atau apa je siaran nasional Malaysia... which is bagi aku sangat unfair!

Nak bagi pihak bercakap, bagilah kedua-dua belah pihak hak yang sama rata. Supaya rakyat boleh menilai sendiri mana manifesto dan idea yang lebih baik.

Ini, dari TV 1 sampai al hijrah sekalipun semuanya siarkan yang biru je.

Ini bukan soal aku tak suka biru, ini soal keadilan . Soal hak.

Dan of course, rakyat yang pangkat opah-opah aku mana reti bukak google search maklumat, bukak youtube cari video.

Jangankan opah, mak aku pun belum tentu lagi...

So, of course lah mereka-mereka ini, tambahan dengan masa silam mereka bersama UMNO bukan main lama, mereka orang lama yang menyaksikan perjuangan orang dulu-dulu, sehingga tertubuhnya UMNO, MCA, MIC dan sebagainya.

Tambahan, dengan mentaliti lama bahawa DAP itu cina yang tak berapa baik, dengan momokan kerajaan bahawa negara kita akan jatuh ke tangan cina, nanti akan jadi macam singapore, nasib islam tidak lagi akan dibela...

Tak pernah-pernah aku rasa sepatriotik ini untuk tunggu sampai 2 pagi semata-mata nak tahu keputusan PRU.

Tak pernah rasa concern macam ini sekali untuk ambil peduli mengenai negara sendiri.

Tak pernah rasa membara seperti ini untuk lihat Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang disayangi.

Aku rasa, orang muda, jangan cemarkan fikiran dan mentaliti kita dengan fitnah dan berita palsu. Itu akan affect sangat kita punya cara berfikir. Cara kita memandang kehidupan. Dan effect cara berfikir itu akan affect kehidupan kita.

wahahah. pehe dok ??

Macam kes anwar ibrahim meliwat .

Korang percaya tak cerita tu ?

hm...

jijik betul negara kita. fitnah suka hati je cakap terang-terangan di berita, rancangan khas, dan surat khabar.


Dan semalam, 8.5.13

Malaysia menyaksikan Tsunami rakyat Malaysia berhimpun di Stadium Kelana jaya.

Melimpah-limpah orang pergi ke stadium itu. Tak kurang juga yang menonton dari rumah, malah, rakyat Malaysia di serata dunia juga turut menyatakan sokongan.

Ada suara-suara berkata ..

"tak pelah, lepas ni kita tengoklah macam BN nak memerintah negara. Kalau ada perubahan ke, atau mereka akan teruskan perangai lama..."

Memang senangkan kalau nak give up macam tu je. Tak payah serabut kepala otak fikir banyak-banyak. Dah kalah.

Tapi, yang menimbulkan persoalan aku....

Nanti segala hak rakyat diorang akan rompak lagi. Tol dorang kutip lagi. PTPTN tak mansuh, duit kereta mahal jugak macam dulu, harga barang akan naik, segalanya akan naik.

Hm... bukan ke duit tu semua hak kita ? Kenapa baik hati sangat nak bagi pemimpin tu rompak duit kita ?

"bersyukurlah kerajaan dah bagi baucer buku..."

hahaha. Itu duit rakyat. Memang patut pun kita dapat. bukan duit parti diorang bagi kita.


Hm... aku pun sebenarnya, dengan ilmu politik yang sangat dangkal ni, aku tertanya-tanya, sejauh mana semua ini akan memberi impak kepada kerajaan. Apa yang akan terjadi lepas ini ?

apa apa pun, sangat mengharukan bila lihat beratus-ribu rakyat Malaysia turun ke Stadium Kelana jaya semalam.

Aku rasa, hikmah semua ni, semangat patriotik dalam kalangan anak muda semakin membara.

Perpaduan kaum juga semakin erat.

tak pernah rasanya timbul satu perasaan haru dalam diri mengenai perpaduan kaum sebelum ini.

Teringat satu malam di PLKN, 'gosip 1 Malaysia'.

Aku melayu, dan kawan aku 2 orang, sorang cina, sorang india. Kitaorang sembang kencang malam tu. Sembang apa... itu rahsia.

So, apa-apa pun... jangan berhenti berharap for a better nation.

Jangan berhenti berdoa.

Sentiasa pasang niat untuk memperbaiki keadaan dan kekal optimistik !

Black505, Kelana Jaya, Blackout, dakwat magic.

Friday, May 3, 2013

Fashionista in Jannah


change your focus, 
change your life. 

I used to focusing on how nice is my hijab,
how fashionable I am with hijab.

I try to show the best appearance of Islam with fashion,
which I think is a part of dakwah.

I think by appear to be a fashionable muslimah
with colourful hijab and accesories,
with flowy skirt,
with colours on my face,
I could attract other girls to become just like me.
To cover aurah perfectly.

but deep inside my heart,
I feel different.
I felt something that I know it is wrong.

but I deny the feeling.
I just ignore the feeling.

I keep watching more tutorials on how to style my hijab,
follow those muslimah that appear to become famous because of their beautiful muslimah fashionista,
I follow their blogs, their facebook page, their youtube videos, their instagrams
So I think I would get more inspiration to be inspire others.

I keep doing this for couple of months.

I do aware the all the attention I got either from the girls and
the boys , of course.

I started to feel something that is not right here.
Even I already cover my aurah perfectly,
I wear socks, i wear loose dress and shirt,
I wear big hijab or shawl that is big enough to cover my chest,
I don't feel that I am closer to Allah.
I don't feel that I am much more calm with Islam.
I am not spiritually happy.

Boys should lower their gaze.
Girls should cover their aurah perfectly.

I think it is not only about covering perfectly,
but I have to consider also about 'not attracting their attention'
whether the attention of the boys or the girls.

I think I am not fulfilling the real definition of covering aurah and being modest.

You are wearing big shawl, labuh enough to cover your chest, but still boys staring at you with jaws dropped
They are attracted to you.
They fancy you.
They send request on your facebook.
They follow you on your twitter
They read your blog
They follow your instagram.
They dream on you
They imagining you

Because you appear to be attractive muslimah.

Girls love you because you are beautiful with fashion.
Your hijab is stylish
Your outifit is fashionable
You have many crushes on you *koff koff*
You are still muslimah yet you are famous.

I felt so wrong with this.

it feel like I am using Islam to get attention.
I am using Islam to be popular.
to the like
to get the compliments
to be favourited

If in this dunya I appear to be beautiful with expensive dresses and accesories,
Am I eligible to get the same quota with those bidadari ?
who appear to be the most beautiful woman of Jannah in their palace,
who is the queen of their kingdom
with the breath taking beauty
dazzling garments

layak ke nak dapat semua tu bila dah merasa kat dunia ?

A muslimah should inspire others to be spiritually beautiful
Beautiful with modesty
lowering our gaze
guard our interaction with opposite gender
stay close to al quran
keep in touch with Allah all the time
gain more knowledge everyday

so we can together achieve to be mukminah
and strive together to be women of Jannah
to be the most beautiful women in our palace
with the most beautiful heart
with sacred love to Allah and Rasulullah (peace be upon him)

to appear to be beautiful with fashion and stylish hijab is not haram.

but to appear beautiful with akhlak and imaan are much valuable

increase our spiritual level to Allah.

this dunya is deceiving
and it appear to be more attractive day by day.
so then we have to stay strong.
protecting our precious iman to Allah

May Allah make us as sincerely muslimah
cover aurah and being modest just to please HIM

May Allah increase our iman
and beautify us with beautiful heart and character

May Allah bless those muslimah and mukminah
who got mocked and cursed just because they wear hijab.

our focus is spiritually beautiful.
shift the paradigm from only focusing on being physically beautiful.

Let's strive to be women of Jannah
Where you will get the title
'killing with smile'
because you are the most beautiful women alive for your husband ^^

Thursday, May 2, 2013

Komen dengan akhlak

Aku personally rasa, kita patut perbaharui cara kita komen sesuatu isu. 

Jika berkunjung ke page/video/artikel muslim barat, para peminat akan komen sesuatu yang sangat positif jika mereka menyukai perkara itu. 

"MashaAllah, may Allah bless you brother/sister !"

"May Allah bless you and your family !"

" Jazaka Allahu Khairan, beautiful lecture"

"MashaAllah. May Allah reward you! Amin"

"MashaAllah amazing and powerful Reminder .. May Allah make us among those who say Ahad Ahad from within our hearts and out till the Day we shall Meet Him"

"Beautiful work mashalllah....thanks for helping me find the right path. May Allah bless you "

ni antara contoh yang aku kopipes je. 

kita yang kat malaysia boleh je buat macam ni 

"bagus gila ! teruskan usaha! semoga Allah beri lebih ilham!" 

"ohsem tahap tak ingat ! Thanx buat saya tersenyum. Semoga Allah merahmati anda, bro !"

"cool gila ! aku doa kau panjang umur murah rezeki !" 

"terima kasih atas nasihat yang gila sentap ! semat doh! Allah bless you, bro!"

"woah, aku suka, aku suka. Keep it up. Aku nak lagi !" 

hm.. bila kita ubah cara bercakap, cara komen, pasti hati ini lebih merasai ketenangan dan kebahagiaan. 

Mungkin nampak janggal. Sebab kita tak biasa. 

Kita lebih biasa kritik, komen negatif, memperlekehkan usaha orang tu, merendah-rendahkan dia. 

Tak pun, kadang tuh, aku tengok komen depa, kosong sikitlah.. 

"ihiks. lawak la awak ni."

"hahaha. bro, kau memang lawak."

"cutenya !" 

"awak nyanyi untuk saya boleh? ihiks!"

"comel forever"

"hensem gila !"

"ah, cair.." 

"marry me, pleeeeeeeeeeeeeaaaaaaaaaaseeeeeeeeeee"

hm.. nampak semacam eh di situ ...

kita kadang-kadang macam memuji dia tu sampai macam dah memuja si dia. 

sesak dada bila membacanya. terasa tercemar fikiranku dengan kata-kata kesat, kata-kata yang kosong dari kebaikan. 

Tapi aku rasa, kalau kita minat seseorang itu, biarlah minat kita itu juga minat yang memberi manfaat pada kita. 

Biar minat itu membuahkan pahala. 

Tak ke untung macam tu. Komen kat fesbuk, utube boleh dapat pahala.

Tapi itu bukan alasan untuk lengahkan solat dan tinggalkan ibadah utama yg lain. 

bila kita komen, apa kata komen yang membina. yang positif. yang menyenang hati kita si pengomen dan hati orang lain yang membaca dan terutamanya hati orang yang kita nak komen tu. 

Kalau nak kritik, berilah kritikan yang membina dengan perkataan dan bahasa yang sopan tanpa provokatif. 

Tak ke bahagia rakyat Malaysia kalau macam tu ?? 

Komen dengan mendoakan dia. 

Komen dengan memberi cadangan idea bernas kepada dia. 

Komen dengan feedback yang bagus-bagus. 

Tak pun komen apa ibrah atau pengajaran yang kita dapat dari kisah atau penyampaian dia.

aku rasa ini sangat indah. 

dan aku rasa ini akan memberi kesan positif pada di dia yang korang minat tu. 

err.. minat di sini membawa maksud public figure atau celebrity atau artis atau youtubers atau bloggers atau instagrammers. eh.

akhlak. 

jika ada pada seseorang, dia akan dilihat cantik. Walau senget macam mana hidungnya. Walau sepet macam mana matanya. Walau apa kekurangan sekalipun pada dia. Jika punya akhlak, pasti cantik menawan. 

Barat, memang memberi impak yang besar pada kita. 

ambil yang keruh, buang yang jernih. 

ambil yang baik-baik.

delete yang kotor. 

spam.

Anthem : the hidden art of dakwah.

It's already 3.18 a.m.

Gi-la ! aku pun tak sedar. Konon-konon khusyuk sangat baca Anthem sampai ke pagi. Heh.

Aku start baca since dalam ktm petang tadi (or semalam), baru balik dari kl.

ANTHEM : Keindahan tarbiyyah disebalik tajuk yang gila tak dek kena mengena.

Hlovate, tak pernah fail buat aku tersenyum sendiri. Memang kadang2 tuh, sama je flow macam hidup kita.

Anthem, kali ni karya dia rasa dekat gila di hati. Mungkin sebab part Dash questioned almost everything about the environment, people yang judgemental, nak nak sorang kawan dia, mamat Russia tu blaja psycho merangkap kaunselor tak rasmi dia.

Macam-macam feeling bila baca. Seriously. Bercampur baur. Kejap rasa macam tengah tengok drama anak orang putih dengan budaya kuning, kejap rasa macam tengah tengok hindustan dengan setting dekat Delhi, ada pulak Taj Mahal, kejap aku rasa macam tengah liqa' pulak ! adeh..

Tapi tu semua buat aku tersengih sendiri.

The Ireland family in previous 2 novels pun ada. Trisy. The very one yang pernah suffer dan bangkit dengan jayanya. I read her story. Remarkable. Johanna and husband. Oh ya, don't forget Hang lima bersaudara. Ada sorang sesat. haha.

Kagum dengan keberanian dan curiousity Dash yg nak kenal Islam sampai sanggup daftar sendiri Yong Caliph Camp. Then inspired adik dia, Haikal, yang lepas beberapa tahun jugak pergi cari Youth Islamic Camp la bagai semata-mata nak mengenali satu status yang tak pernah mereka sedar.

Muslim.

Kisah mujahada Dash yang sibuk pakai beanie even dalam rumah sebagai alternatif tutup aurat and in the same time tak nampak suspicious depan family.

Teringat kisah aku dulu juga...

Ada cute part bab Dash dengan Haikal. Ho... sumpah jeles rapat dengan adik lelaki macam tu. Ada ala-ala Addin dengan Kuchai.

Watak utama Hlovate still dengan satu karakter yang takkan berubah aku rasa.

Perempuan yang gila hati batu. Ganas. Whether by word or act.

And kali ni, watak utama tak ambik medic or bio.

Dia ambik engine. Which buat aku nak muntah dengan daily routine dia. Tutorials. Lab report.



Novel kali ni rasa dekat gila di hati sebab satu.

Tarbiyyah.

Even Hlovate tak mention langsung the vital part of tarbiyyah , which is usrah, but still, terasa bahawa didikan itu perlu. Kita perlukan tarbiyyah. Untuk kekal putih seperti fitrah.

This novel beautifully written again by Hlovate.

And a good beginning to introduce the tarbiyyah part to the readers.

She's rocks ! Like always!

Part akhir tak boleh bla ! Memang aku dapat bayangkan dalam kepala Dash buat intro macam tu bila nak bagi taujih Ahammiatul Tarbiyyah!

Superb.

Dan aku honestly rasa, novel kali ni memang banyak 'perencah'nya.

Rasalah 'kenyang'nya.

Banyak idea yang dibangkitkan terutamanya soal mentaliti. Mentaliti muslim yang dah over shadow kan agama sendiri dengan budaya. Sampai tak kenal mana adat mana syariah.

Ho...

Sedap aku menghadam dua buku yang sangat 'kenyang' untuk dibaca.

Di Hamparan Shamrock, ku seru namaMu !

This one rock.


Tak salah rasanya untuk aku katakan, mereka yang banyak merantau, Allah berikan hikmah yang banyak.

Dan aku rasa beruntung jugak kepada budak-budak persediaan ke obersea.

Tabiyyah korang before fly kuat.

Tempat korang ada biah yg solehah.

Korang sedikit, maka korang melahirkan kualiti.

Memang tak boleh nak stereotaip main hukum je budak persediaan bagus-bagus belaka.

Tapi korang memang akan bagus.

Bila da fly, duduk tempat orang, semoga Islam di dalam diri lebih kuat.

Lebih 'izzah'nya.


mata dah kuyu.

Esok kena bangun awal.

Ceramah motor menanti.

Oh malasnya !

0348| 2/5/2013