Monday, June 11, 2012

1st day kuliah .. oh! menguji keimanan !

Assalammualaikum ~ fresh story mari !

OKay , 1st day , alhamdulillah , pagi ok . subuh ok . sempat la buat pape yg patut . The class pon CTU085 . Tasawur Islam . Terus gedebuk dapat assignment .

Kejadian manusia , Darwin , Sains Moden dan Islam : Perbezaan . Sort of mcm ni lar~

hm . actually , the class started at 10.30 and ends at 12.20 . So , aku ngan budak grup pegi la lepak kat Raff kejap discuss . ada la dalam 5 minit .

Niat nak pegi rumah seblah , solat jemaah sme2 ngan ainshah . haaa... this is the beginning .

aku fikir , 'ala rumah seblah je . Kejap je . Tak payah bawak phone , kunci bagai ..' dan aku pun ke sana dengan gumbiranya dengan hanya memakai telekong , bert-shirt dan berkain . SAHAJA . So , solatlah jemaah , dalam 15 minit gitu ...

Bila nak balik .........

Aku pun bukak la pintu rumah ..."PRAP!" eh ! kunci ?? aku pusing2 kan lagi tombol tu . KUNCI .

Like seriously kunci ???!!!!

kecuakan datang . errrk .. dey ... aku pun ketuklah pintu banyak kali . I thought my housemate kuar makan jap . Then masuk balik rumah ainshah , pinjam phone , call la dye .. tak dek bunyik langsung .............tettt .. tak dapat .. pfft~

waktu tu jam dalam pukul 2 petang . ada lagi 2 jam la nak ke kelas .. kelas kol 4.30 . BEL .. english ..

aku pun menanti dengan penuh sabar ... dalam otak dah fikir mcm2 ..

'nak pegi kelas ke tak ?'
'nak pnjm bju ainshah ke?'
'ke nak pakai telekong je naik atas ? GI-LA !'
'nak pakai kasut siapa ?'
'dye ni balik pukul bpe ?!!'
'ada roomate lain balik x ?'

aku pun menjenguk kat tingkap rumah dekat 5 6 kali untuk pastikan ada tak housemate aku balik ...
TAK DEK :'((( ......

rase nak nangis doh ... aku pun cuba untuk istighfar banyak2 .. sebab istighfar ni memudahkan , rezeki datang dari arah tak sangka2 , dikeluarkan dari kesusahan ...

hm ... memang da tawakal habis la ... memang menanti ...

kesabaran sangat sangat sangat teruji ... teringat satu Firman Allah

Allah SWT berfirman bermaksud, “Kamu sekalian Kami uji dengan keadaan serba ketakutan, lapar dan serba kekurangan, baik mengenai harta, jiwa, mahupun mengenai hasil tanaman, dan buah-buahan, gembiralah orang yang sabar, tidak ditimpa sesuatu musibah, mereka (berserah diri kepada Allah) dengan mengucapkan: kami kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali.” (Al-Baqarah: 156).

memang sadis ...

jam pukul 3.35 ... aku da mcm cacing kepanasan ... 'memang takdek jalan lain ... i have to....'

"ainshah ! pinjam baju !"

Apa lagi , sesi menggosok baju bermula . Pinjam baju kurung ainshah , stokin , kasut even bag and notebook. Tdung pulak pinjam kat housemate dye , Fatin . Tudung hitam , tapi ada corak bunga bungi atas kepala .. haila ... bunga pun bunga la ... punye la kalut . memang aku dah masuk mode redha je .... tergelak-gelak pun ada mengenangkan nasib sebegitu .. dengan puasanya (err. ganti sehari lagi) .. memang Allah nak uji . kene sabar . kene redha . Anything from Him .

Dalam pukul 4 .. keluar rumah ... aku pun sje nak bukak pintu rumah balik ....

terbuka ....


WHAT ???? SAPE PULAK DA BALIK NI ????

aku pun masuk je rumah , tuka beg , capai segala buku nota , tuka pape yg patut . oh yeah , lupe nak mention. Aku pun pakai contact . Kalau nak buta la nak berjalan ... aku da malas nak intai bilik orang lain . Enough ! da jadi da pun ...

then , pegi kelas BEL . PANAS . aircond entah kenapa .... jumpe la housemate aku tu  yg supposely she open the door for me...

"tadi pegi mne ?" aku still cool . Tapi nada da tegang .
"tak dek mne .. dalam bilik je .." muke innocent tak tau pape .
" serious ? tak dengar org ketuk pintu ?" aku da naik satu oktaf .
Geleng . muka tak tau pape .

Fine . Aku redha . Tak leh nak marah dye . Entah . tak tau spe yg salah . aku ke dia .

Yang penting , ini memang kenangan 1st day pegi kuliah kat U ... pfft .. pinjam atas smpai bawah barang org .
Haila ..

Allah memang nak uji aku . Sebab tadi , aku sangat sangat sangat susah hati . Anyway , kelas BEL kejap je .
Lecturer pun cool ! slang stok Anwaq Hadi ... boleh la ..

end .


Allah mencintai hambaNya yang bersabar .

Allah SWT berfirman bermaksud, “Kamu sekalian Kami uji dengan keadaan serba ketakutan, lapar dan serba kekurangan, baik mengenai harta, jiwa, mahupun mengenai hasil tanaman, dan buah-buahan, gembiralah orang yang sabar, tidak ditimpa sesuatu musibah, mereka (berserah diri kepada Allah) dengan mengucapkan: kami kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali.” (Al-Baqarah: 156).


Semoga Allah Redha .

No comments:

Post a Comment