This post is dedicated to Nur Shamimie Hidayah bt. Abdul Hamid
So , bestie . You're 18 now ^^ Alhamdulillah , Allah have given a chance to you to meet your 18 years of your life ^^
sayang , we've together since we're 6 kan ? Alhamdulillah , our friendship diberkati Allah until now !
Dear Shamimie ^^ , I will always pray the best for you , your family , your future and your life . Hope Allah always give His precious blessing for you , my dear ^^
So , shamimie . I just want you to know something . Maybe tak terluah selama ni . Hahaha . I'm sorry if never be there for you when ever you need me . Sampai membuatkan kau wanna find others instead of me . Sorry .
Actually kan , aku bgtau kau straight jelah ek .. kehkehkeh ... nanti kau akan tau jugak .
This is your birthday present yang aku beli 2 minggu lepas ....
Nah ... nasib kau la kawan dengan penggila buku . Hadiah pun dapat buku la kan ... kehkehkehkeh ..
Actually , I do really think of you whenever I read this book . Tak tau kenapa . I think because of this . I wanna you to read the same thing yang aku baca . Aku nak kau together with me read this great book so we can actually be a great mukmin . You're my friend sayang . My friend yang akan bawak aku pergi syurga . We're more than just a friend .
Tak dapat dinafikan , kita memang masing-masing dah ada new version of life and even people yang kita kenal pun makin bertambah dan berbeza . And even there are something yang quite new in our life kan .. hikhikhik ..
I hope , among those people dalam hidup kau , I'll be one of them yang kau remember sebagai sahabat dunia untuk akhirat ^^ . Sorry kalau aku pernah lepaskan tangan kau when I should hold them tightly .
Aku tahu , aku masih lagi belum jalankan tanggungjawab aku sebagai kawan kepada kau . Seriously .
18 . Mimie , for me ..(philosophy ... my feveret ..sila_tadah_telinga...) 18 is a good start in our life to take this life seriously . 18 is the begining of adulthood . So , I hope you can together with me , viewing this world from different angle , start to realised yang we have responsibilities towards others ^^ esp for our Deen .
Just remember this . Insyaallah , with Allah wills , I'll always be there when you need me . I'll always be there for you when you feel you have no body else . Allah is always with us .
Guide me to be your good friend . Sebab aku tau aku pandai cakap je .. kehkehkeh ..
Friday, April 27, 2012
Wednesday, April 25, 2012
Ciri-Ciri Pemimpin Yang Diredai
PEMIMPIN satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”
Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.
Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’
Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .
Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.
Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.
Syarat ketiga ialah ‘selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?
Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”
Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.
Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.
Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.
Cara berkomunikasi ada empat:
1) Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.
Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddassir.
i- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
ii-Mesti membasarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
iii- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
iv- Tinggalkan dosa.
v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.
Semoga bermanfaat..InsyaALLAHmdh2
Friday, April 20, 2012
kasih parents dan Tuhan .
malam b4 balik seseri .. after ayah bawak aku pegi beli kasut .
"ibu , suh la yong beli pendrive cepat ." aku ckp kat ibu dgn agak kasar .
"hah , knp tak beli tadi ?" ibu tnye dengan nada kesal sbb tak ckp awl2. aku diam sbb bnde tu bukan atu necessity sgt ..
ibu pegi masuk bilik dpn ... 5 minit kemudian , ayah pakai baju siap2 nk kluar . ayh nk g mne ? skola ? heh ..
biar la ...
after bout 15 minit .. ayah balik .. dye hulur kat aku plastic . "nah , try . 8GB tu .."
aku bukak .. it was pendrive . 8 gb . RM65 ... i was speechless ..and about to cry ..
what the ....????
ouh my my ... my parents .. kenapa dorg buat aku cm ni ? aku tak nak susahkan dorg . tp dorg susahkan diri dorg tuk aku .. dorg buat aku rse mcm aku nih ank paling menyusahkan dorg .

Monday, April 16, 2012
Sunday, April 15, 2012
Wednesday, April 11, 2012
Politik ? Naa .. it's reality .
We're the teenagers . We're the future .
Remaja adalah saham masa hadapan manusia (batu-bata kehidupan -Hilal Asyraf)
Currently reading on 'Sengsara Kem Kamunting' ..
"ini buku orang tue . aku tak layanlah buku2 mcm nih"
Yes , buku nih mmg standard untuk pak-pak , mak-mak .. cerita psal kesengsaraan pejuang-pejuang keadilan dan reformasi yang menjadi isu hangat sekitar tahun 1998++ .. ekonomi negara lumpuh disebabkan hampir setengah juta rakyat terlibat sama demonstrasi dalam nak menumpaskan kerajaan . Ok , sejak bila aku pandai cakap pasal politik ??
For me , this is not about politic . it's about the future . Yeah . Future yang tak lama lagi menjelang ... because we're the future ...
Buku Sengsara kem kamunting ditulis oleh Saari Sungip . Beliau menulis pengalamannya bersama rakan-rakan yang ditangkap oleh ISA . Bagaimana perjalanan hidup beliau dan rakan-rakannya meniti hari-hari yang sengsara di Kem Kamunting,Taiping yang dikawal ketat oleh ISA .
Aku tanak ulas lanjut psal buku nih . Tapi seriously , buku ni honest and directly sebut je nama2 orang2 besar yang buat khianat pada negara .. Hahaha , kalau buku ni is a blog , mesti da kene hentam giler2 da ..
So , ape yang aku nak katakan di sini adalah , memang kita sebagai remaja mostly da hilang selera dengan mainan politik orang-orang yang kita anggap 'dewasa' . Ramai remaja yang da fed-up dengan 'orang-orang dewasa' ni yang hari-hari dok bergaduh mengalahkan budak tadika . Mungkin bagi 'orang-orang dewasa' ni , dorg tak sedar yang remaja semakin meluat dengan segala propaganda , janji-janji masam atau apa-apa sahaja isu yang ditimbulkan untuk menjatuhkan lawan mereka .
Okey , aku rasa entry aku makin bohsan dengan isu-isu 'orang-orang dewasa' ni ..
Bagaimana pulak dengan isu 'anak-anak remaja yang bosan dengan orang-orang dewasa' nieh ??
Well , itu pun satu topik yang menarik . Apa yang boleh kita lihat , saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai masalah atau cerita-cerita yang negatif yang ditimbulkan oleh 'anak-anak remaja' .. kan ? Aku yakin dan pasti korang akan teringat balik segala isi-isi karangan korang bila nak menulis karangan tentang 'gejala sosial , gejala negatif dalam kalangan remaja , remaja yg rosak akhlak , remaja yang bla2 ...'
Bagi 'anak-anak remaja yang bosan dengan orang-orang dewasa' , mereka akan patah hati dengan negara . Rasa mcm tak perlu nak jadi permata negara yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara . "buat ape ? nanti aku jadik jugak mcm 'orang-orang dewasa' tu ..." Dan akibatnya , mulalah , mereka akan mencari alternatif lain untuk menyalurkan sumbangan yang sepatutnya disalurkan kepada pembangunan negara . Dan perkara ini akan merebak dalam kalangan remaja sendiri . Maka , lahirlah remaja yang rosak akhlaknya .
Permata negara yang sepatutnya menjadi harapan bangsa menjadi sampah yg merosakkan imej negara .
Actually , aku pon x minat langsung ngan politik . mengarut . tengok pakcik2 rambut putih yang dok merepek2 kat tv , tak kiralahh dye ape pun .. sme je sume ..
tapi bila difikirkan balik , aku dah 18 . tak lama lagi 20 . pastuu 25 , pastu 30 , pastu 40 , pastu 50 dan ... kojol .. kalau umur aku panjang la kan ... sampai bila tanak ambik tahu pasal semua nih ? sampai bila nak tutup mata je pasal sume ni , buat2 pekak , buat2 tak paham dan sebenarnya tanak langsung paham ! bukan lah aku nak ajak korang sume join politik ... No . Just , as a reminder .. spe plak yang akan mentadbir negara nih ? spe ? spe ? spe ????????????? selepas semua 'orang-orang dewasa' dan 'pakcik2 rambut putih yg kuat mengarut' tuh kojol apabila maut datang menjemput ..
Tak Lain Tak Bukan : KITA .
kita . remaja . saham masa hadapan . Penentu masa hadapan . Jatuh bangun negara terletak di tangan kita . KITA ! KITA ! dan KITA !
tak dek orang lain ..
Oleh itu , bangunlah wahai kita para remaja ! Bangun membina diri ! Bangun mematangkan diri ! Bangun melengkapkan diri ! Bangun mempersiapkan diri ! Bangun dengan penuh kesedaran di hati bahawa kitalah yang mencorakkan masa hadapan negara ini !
Kalau korang sume rase yang 'orang-orang dewasa' dah tak boleh nak harap , korang dah hilang kepercayaan pada pimpinan dorg , rasa mcm mereka tak layak dijadikan contoh , maka BANGUNKAN DIRI SENDIRI !
Kita semua dah cukup matang untuk menentukan hala tuju hidup kita . Kita mempunyai kuasa yang hebat di tangan kita untuk memilih masa depan kita . Kita sudah punya kuasa itu !!
Cuma kita saja yang mensia-siakan peluang yang ada , kita rasa kita mcm takdek kuasa , kita rasa kita lemah , kita rasa kita tak besar lagi untuk membuat keputusan sendiri . Ah ! itu semua hanyalah tipu daya syaitan(ttibe) ..
itu semua sebab kita rasa kita lemah . Mindset . lemah . sebab kita tak pernah rasa kita hebat . sebab kita tak yakin pada diri . kita rasa kita lemah . lemah . lemah . lemah . NAK LEMAH SAMPAI BILA ????
SAMPAI BILA NAK CAKAP " tanak la , aku tak berani " "aku tak yakinlah" "tanaklah , aku mmg tak boleh"
teruskan lah dengan ucapan-ucapan negatif mcm nih , dan korang akan lemah sampai bila2 . Mundur , tak maju , dan takkan rasa bangga dengan diri sampai bila-bila . Itu salah satu azab jugak tuh .. sampai mati tak penah rasa diri hebat .. kesiann ~
Remaja , bersedialah untuk jadi matang . Buka hati untuk jadi matang . Kematangan itulah yg membawa kpd kejayaan . Bina kematangan dari sekarang , bina kekuatan diri dari sekarang , persiapkan diri dengan ilmu sebanyaknya , timba pengalaman untuk bina kematangan ...
Kelak kita akan jadi pemimpin ! walaupun bukan sebagai perdana menteri , menteri2 kabinet , menteri laci dan almari , ketua polis negara , menteri kesihatan , menteri pertahanan dan sebagainya , kita tetap akan menjadi ibu dan ayah dalam institusi kekeluargaan ...
Renungkan ...
Sekiranya kita masih lagi sebegini ... bagaimana kita hendak memimpin keluarga kita kelak ? bagaimana kita hendak mendidik anak-anak kita kelak ? bagaimana hendak kita membina keluarga bahagia kita kelak ?
adakah cukup dengan mencari harta bertimbun-timbun sprti yg dilakukan oleh ibu bapa kita hari ini ? harta bertimbun , makan 12 kali sehari , tv , laptop , ipad , iphone , apple , pineapple , astro , aircond , tablet dann segala bende yg korang lagi expert . bagi kat anak-anak segala kemudahan , sayang kononnya ...
Tanggungjawab .
tanggungjawab kita kini adalah sedar . sedar dengan keadaan dunia yg dahsyat dengan dugaan . Ramai yg telah hanyut dengan arus duniawi yg ganas . ada juga yg berjaya patah balik . Alhamdulillah . Tapi , lagi ramai yg hanyut dan terus tenggelam hingga lemas .. tidak jumpa jalan keluar ..
tanggungjawab kita hari ini adalah untuk mematangkan diri . Mempersiapkan diri dengan ilmu . Memperkasakan diri dengan pengalaman yg mengajar erti ketabahan dan kecekalan .
Dunia semakin menunjukkan taringnya . Kita perlu sedia dengan senjata terhebat . Tipu daya dunia bukan mainan. Kita perlu pintar dengan ilmu . Dunia semakin mengancam . Siap sedialah wahai remaja !
senjata paling ampuh : IMAN.

to be continue Insyaallah ...
Friday, April 6, 2012
ntah . tetibe rasa gatal nak menaip . gatal . saje . nak . taip .
for me , typing (?) is one of my satisfaction after reading . Aku actually , suka bercakap , berkongsi idea , berdebat membincangkan sesuatu perkara , mengupas persoalan-persoalan yg bermain-main di benak .
Simple je . Aku baca satu buku . Then , waktu baca tu actually otak aku ligat mentafsir apa yg penulis tu cuba nak sampaikan ... kalau ada org nak dengar , takdek lah aku sibuk nak menulis . As you know , I'm alone je kat rumah ni ...heee .. takkan mak ayah aku sanggup nak dengar aku berceloteh , menghurai pasal buku . Nevamind . aku pun berat mulut nak bercerita .
Membaca bagiku adalah satu kepuasan . Menghayati setiap bait kata yang ditulis . Terbayang di benak fikiran betapa gigihnya si penulis tidak berputus asa dalam menghasilkan sebuah karya yang berguna kepada masyarakat . Mereka ialah insan yang dipilih oleh Allah untuk diberikan segala ilham demi jihad dengan mata pena yang tajam .
Manakala , apabila bahan pembacaan dihadam dengan baik , proses penghuraian bermula . Di sini , bermulalah membuak-buak keinginan aku untuk meluahkan buah fikiran yang manis . Ingin berkongsi bersama . Juga ingatan buat diri yang sering alpa .
Manusia tidak sudi menadah telinga , di sini aku curahkan segalanya . Pantang terfikirkan sesuatu yang bernas ,
terus kucapai buku nota yg menjadi medan aku meluahkan buah fikiran .
Puas . Nikmat .
Buku yang hebat . Ditulis oleh cendekiawan yang hebat . Karya yang hebat .
Huraian serta penceritaannya tentang kenikmatan membaca yang memukau . Sangat mengkagumkan .
Saranannya supaya kita tidak hanya sekadar membaca , tetapi juga mengkaji . Juga tidak bersikap memilih-milih bahan bacaan . Bacalah semua bidang dan jadilah orang yang berhikmah .
*I wish I can write in English just like this ~* Insyaallah .

Thursday, April 5, 2012
aku semakin mengerti ...
Semakin aku meniti kedewasaan , semakin waktu berganti , semakin jiwaku mencari , semakin diri ingin matang ... aku sedang merasainya , menujunya , menuju kedewasaan ....
Kedewasaan yang bagaimana ?
aku mahu kedewasaan yang matang dan bermakna .
Bermakna ? Apakah definisi bermakna bagiku ?
Bermakna . Punya nilai . Punya Manfaat . Tidak sia-sia . Bernilai di dunia dan akhirat . Punya manfaat buat diriku dan orang lain . Paling penting , diredhai Tuhan Pencipta Diri ...
Aturan Tuhan sungguh menakjubkan . Ya , aku kagum .
Kadangkala , tika aku memerhati hidup mereka yang bagiku 'lebih baik' dari hidup ku .. aku mempersoalkan .. kenapa aku tidak diberikan nikmat seperti mereka . Merasai kehidupan dalam suasana tarbiah sejak muda agar tidak terlanjur membuat kesilapan lampau .
Tapi , perasaan sebegitu segera kutepis dengan ayat sakti surah Ar-Rahman...
"nikmat Tuhanmu yg mana lagi hendak kau dustakan?"
Ya , nikmatnya terlalu banyak . Tidak terkira . Tidak terhitung . kadangkala hingga tidak sempat nikmat itu disyukuri , nikmat lain datang menjengah . Langsung diriku terdiam .
Ilham dariNya datang menjengah fikiran yg kusut , cuba meleraikan satu persatu benang persoalan yang tersimpul .
'tanpa masa lampau , tiadalah aku yang kini'
Tersentak dengan fakta dari hati ....
Ya , tanpa segala kejahilan lampau , tidak akan datang penyesalan .
Tanpa kesalahan lalu , tidak ada pengajaran yang bermakna .
Tanpa dosa lampau , tidak ada sempadan dalam perbuatan .
Ya . Aku tersenyum kerana sering kali membahaskan persoalan ini berulang kali dengan hati dan fikiran . Berdebat dengan diri . Pengalaman dan ilmu menjadi rujukan . Menjadi bukti untuk mengukuhkan hujah . Tidak dilupakan doa memohon agar diberikan ilham dan hidayah supaya tidak menyimpang dari akidah yang lurus . BAHAYA .
Segala memori lampau diselak semula , meniti satu persatu kesalahan ...
Dari situ timbul rasa diri ini memang kotor dilumuri dosa ....
Setiap perbuatan lampau , dibentangkan untuk dibahas bersama hati dan jiwa . Iman dan nafsu menjadi hakim . Hidayah dan ilham Tuhan menjadi pemerhati . Sekali sekala mencelah .
Sekali lagi aku tersenyum . Kagum dengan aturan takdir diri oleh Dia Yang Maha Bijaksana .
Tanpa masa lampau , tanpa dosa silam , tanpa kesalahan bodoh , tanpa perbuatan yang melulu oleh nafsu , aku tidak sematang kini . Aku bukan diriku kini yang aku cintai .
Tanpa kesalahan , keterlanjuran lalu , aku mungkin masih lagi dengan anganan palsu "diriku suci,diriku putih"
Wahai Engkau Yang Maha Perkasa , sambil mataku bergenang , bibirku tersenyum sungging dengan aturanMu .
Aku pasrah dengan takdirku . Aku redha dengan masa laluku . Engkau tidak mahu manusia lain ikut campur dengan didikanMu kepadaku ... Aku rela Ya Allah , hanya Engkau yang mendidikku .. aku rela jika yang hak tidak memberikan hakku .. jika Engkau mahu aku berdikari dalam membina diri ..
Aku mengerti wahai Maha Pecinta ..
Engkau mahu agar aku bergantung hanya kepadaMu .
Engkau mahu aku mengharap hanya padaMu .
Engkau mahu aku meminta-minta hanya kepadaMu .
Engkau mahu aku merasai , hanya Engkau punca segalanya datang ...segala nikmat , segala kesusahan , segala ujian ..
sebagai hadiah buat diriku yang ingin membina diri menuju kedewasaan . Kedewasaan yang matang dan bermakna .
Bermakna . Punya nilai . Punya Manfaat . Tidak sia-sia . Bernilai di dunia dan akhirat . Punya manfaat buat diriku dan orang lain . Paling penting , diredhai Sang Maha Perkasa yang semua makhluk tunduk padaNya . Si Dia Yang Amat Berkuasa . Si Dia Yang Maha Lembut . Si Dia Yang Maha Bijaksana dan Kreatif . Si Dia yg ingin kuteguk CintaNya sehingga puas ...
Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan
Monday, April 2, 2012
Supergirl ? nop .. ganas terlebih jek ..
30 Mac 2012 - Kg.Ara Payung - Garaj rumah seorang penduduk dipercayai telah runtuh akibat kemalangan kecil yang diakibatkan oleh anak gadisnya . Kejadian berlaku kira-kira pada pukul 7.00 malam waktu tempatan . Kejadian berlaku apabila remaja ini cuba untuk memandu kereta kepunyaan ibunya untuk diparkirkan di bawah garaj yang agak sempit hasil pujuk rayu rakannya yang sudah memegang lesen P . Kemalangan telah mengakibatkan 2 tiang garajnya patah 2 dan bumbung garaj tersebut hampir jatuh menyembah bumi . Tiada kemalangan jiwa yang terbabit , Alhamdulillah~
Well , itulah dia .. sengal kan ? Hish .. cuak kot waktu jadi.. bunyi kuat gile , sampai datang pak cik dua orang blakang rumah ... aish .. tp , dorg r jadi penyelamat ... hehehe .. terima kaceh pak cik ^^
And , waktu tu , da la ibu ayah pegi ipoh . so , mmg takdek orang kat umah . hm.....*gelengkepala*
Kereta remuk depan dengan tepi ... patah jugak lah no plet kete tu ... kikiki .. paling menakjubkan yg aku x leh nak trime dengan kepala otak , WOW , tiang tu boleh patah 2 ... 2 tiang plak tuh !! then , aku terfikir .. What am I ? A monster ????
Well , rasa bersalah sangat - sangat kat ayah and ibu .. yelah , those damages cost at least RM1500++ ... that amount of money , boleh bayaq aku pi kelas memandu tau ....
so , yeah .. i learnt from my mistake .. don't worry ! it won't happen again in the future . I promise ~ -,-"
Subscribe to:
Posts (Atom)