Selalu jugak terdetik dan berfikir.
Aku tak pernah terlintas di hati akan study kat sini.
Tak pernah terlintas untuk involve dengan kesenian.
tak pernah langsung rasa akan pegang pensel dan melukis (walaupun setakat sketches yang macam jerami)
Apatah lagi untuk berada dalam situasi di mana pergaulan sangat tidak terkawal.
tarbiyyah langsung tidak nampak batang hidung.
Daripada seorang yang tak pernah kawan dengan lelaki,
tak nak pun ada kawan lelaki,
terus terpaksa handle lelaki-lelaki yang pelbagai perangai kat sini.
Daripada seorang yang actually malas nak get active dengan alasan nak menjaga,
terus kat sini kena sangat aktif walau ada risiko yang tinggi,
namun demi ilmu untuk menaikkkan Islam,
demi menjadikan diri asset ummah yang profesional setanding mahasiswa kelas satu yang awesome,
aku terus mara ke hadapan,
berbekalkan keimanan dan tawakal kepada Allah.
Allah yang hantar.
Allah yang pilih untuk aku ke sini.
Allah memang telah menetapkan secara eksklusif untuk aku berada di sini, bersama-sama mereka,
Maka , apakah aku akan rasa Allah akan meninggalkan aku terkontang kanting ?
Apakah Allah akan meninggalkan aku keseorangan menghadapi cabaran maha dahsyat di akhir zaman ini ?
Apakah Allah itu kejam itu menguji aku sesuatu yang aku tidak mampu tanggungi ?
TIDAK .
Allah yang meletakkan aku di sini,
maka Allah tidak akan menyia-nyiakan aku.
Allah tidak akan tinggalkan aku keseorangan.
Allah lah yang menjagaku daripada marabahaya.
Mengambil ibrah kisah Siti Hajar yang tertanya-tanya mengapakah suaminya Nabi Ibrahim pergi meninggalkan dia bersama bayi yang masih merah di sebuah tanah yang gersang.
Tanah gersang yang tidak ada hidupan,
hatta haiwan tidak sanggup hidup di situ.
Yang ada hanya mentari memancar terik bahang membakar pedih,
Apatah lagi manusia dan seorang bayi yang baru berusia beberapa hari.
"adakah ini arahan Allah ?" tanya Siti Hajar kepada suaminya.
Nabi Ibrahim yang sangat galau di hati hanya mampu mengangguk.
Maka jawab si solehah yang pintar, si isteri yang imannya padu kepada Ilahi
"Jika ini arahanNya, maka Allah pasti tidak akan menyia-nyiakan kami !"
Maka, selepas perkataannya diuji dengan berulang-alik dari Safa ke Marwah, Zam-zam muncul dari hentakan kaki si kecil Ismail yang menangis hebat kelaparan.
Rahmat Allah memayungi mereka.
Maka, itulah Mekah, kota suci tempat letaknya Baitullah.
Ah....
sebuah kisah yang sangat hebat untuk membina iman.
Makanya di sini, apakah yang perlu kita lakukan untuk membina sebuah keimanan yang dapat mendorong kita untuk terus tsiqah kepada segala ketentuan Ilahi.
Apakah ?
Teruskan memperbaiki diri.
Teruskan merenungi hakikat kejadian diri.
Teruskan menganalisa kelemahan diri.
Teruskan menambahbaikan dalam diri.
Teruskan menambah ilmu yang bermanfaat.
Teruskan berdoa.
Terus menjadi optimis dalam kehidupan.
Jalani kehidupan dengan fikiran yang benar, perilaku yang tenteram.
Semoga kehidupan ini membawa kita kepada sebuah kehidupan yang terbaik di akhir kelak.
InsyaAllah.
Salam sayang dari UNIMAS.
311013
krn Allah Maha Tahu kamu mampu. Sememangnya, penghuni2 syurga itu, ialah insan2 LUAR BIASA di dunia. tetapi, mereka masih manuia... cuma, bekal CINTA & REDHA ALLAH bekal mereka, kan3... :)) hee,hows unimas???
ReplyDelete