Selalu jugak terdetik dan berfikir.
Aku tak pernah terlintas di hati akan study kat sini.
Tak pernah terlintas untuk involve dengan kesenian.
tak pernah langsung rasa akan pegang pensel dan melukis (walaupun setakat sketches yang macam jerami)
Apatah lagi untuk berada dalam situasi di mana pergaulan sangat tidak terkawal.
tarbiyyah langsung tidak nampak batang hidung.
Daripada seorang yang tak pernah kawan dengan lelaki,
tak nak pun ada kawan lelaki,
terus terpaksa handle lelaki-lelaki yang pelbagai perangai kat sini.
Daripada seorang yang actually malas nak get active dengan alasan nak menjaga,
terus kat sini kena sangat aktif walau ada risiko yang tinggi,
namun demi ilmu untuk menaikkkan Islam,
demi menjadikan diri asset ummah yang profesional setanding mahasiswa kelas satu yang awesome,
aku terus mara ke hadapan,
berbekalkan keimanan dan tawakal kepada Allah.
Allah yang hantar.
Allah yang pilih untuk aku ke sini.
Allah memang telah menetapkan secara eksklusif untuk aku berada di sini, bersama-sama mereka,
Maka , apakah aku akan rasa Allah akan meninggalkan aku terkontang kanting ?
Apakah Allah akan meninggalkan aku keseorangan menghadapi cabaran maha dahsyat di akhir zaman ini ?
Apakah Allah itu kejam itu menguji aku sesuatu yang aku tidak mampu tanggungi ?
TIDAK .
Allah yang meletakkan aku di sini,
maka Allah tidak akan menyia-nyiakan aku.
Allah tidak akan tinggalkan aku keseorangan.
Allah lah yang menjagaku daripada marabahaya.
Mengambil ibrah kisah Siti Hajar yang tertanya-tanya mengapakah suaminya Nabi Ibrahim pergi meninggalkan dia bersama bayi yang masih merah di sebuah tanah yang gersang.
Tanah gersang yang tidak ada hidupan,
hatta haiwan tidak sanggup hidup di situ.
Yang ada hanya mentari memancar terik bahang membakar pedih,
Apatah lagi manusia dan seorang bayi yang baru berusia beberapa hari.
"adakah ini arahan Allah ?" tanya Siti Hajar kepada suaminya.
Nabi Ibrahim yang sangat galau di hati hanya mampu mengangguk.
Maka jawab si solehah yang pintar, si isteri yang imannya padu kepada Ilahi
"Jika ini arahanNya, maka Allah pasti tidak akan menyia-nyiakan kami !"
Maka, selepas perkataannya diuji dengan berulang-alik dari Safa ke Marwah, Zam-zam muncul dari hentakan kaki si kecil Ismail yang menangis hebat kelaparan.
Rahmat Allah memayungi mereka.
Maka, itulah Mekah, kota suci tempat letaknya Baitullah.
Ah....
sebuah kisah yang sangat hebat untuk membina iman.
Makanya di sini, apakah yang perlu kita lakukan untuk membina sebuah keimanan yang dapat mendorong kita untuk terus tsiqah kepada segala ketentuan Ilahi.
Apakah ?
Teruskan memperbaiki diri.
Teruskan merenungi hakikat kejadian diri.
Teruskan menganalisa kelemahan diri.
Teruskan menambahbaikan dalam diri.
Teruskan menambah ilmu yang bermanfaat.
Teruskan berdoa.
Terus menjadi optimis dalam kehidupan.
Jalani kehidupan dengan fikiran yang benar, perilaku yang tenteram.
Semoga kehidupan ini membawa kita kepada sebuah kehidupan yang terbaik di akhir kelak.
InsyaAllah.
Salam sayang dari UNIMAS.
311013
Thursday, October 31, 2013
Generasi Y yang Terkecuali
Aku bukan perempuan
biasa.
Aku akhawat.
Wanita muslimah mukminah
yang inginkan solehah.
Aku akhawat yang
memegang panji dakwah.
Aku akhawat sejati yang
ingin hanya redha Allah.
Aku wanita yang
mengejar status di mata Allah.
Semoga status aku juga
diangkat di syurga Firdausi.
Bagaimanakah untuk aku
teruskan kehidupan sebegini ?
Semuanya serba serbi
mencabar keimanan yang ku tatang
Semuanya tak jemu
mengajakku untuk sama turun ke pentas tari
Berdansa sekali mengikut
gerak tari mereka
Mereka menggelek,
disuruhnya aku menggelek
Mereka melompat,
disuruhnya aku melompat.
Mereka berpakaian
begini, dipaksanya aku meninggalkan pakaian muslimahku
Mereka bertudung serba
serbi warna warni meriah menghiasi kepala,
Membuat aku tertanya
“hijabnya masih menutup aurat. Apa salahnya..”
Hati berbaki iman terus
memotong
“hijabmu adalah
pelindung, bukan senjata syaitan.”
Pedassss sekali hujah
itu.
setiap hari adalah
perjuangan.
setiap hari adalah
jhad.
setiap hari adalah
peluang untuk mengejar syurga.
setiap hari adalah
peluang merebut pahala berjihad melawan hawa nafsu.
setiap hari ada peluang
untuk syahid di jalan perjuangan.
setiap hari adalah
peluang berdakwah bil hal.
walau bil lisan belum
mampu.
setiap hari adalah
peluang.
setiap hari adalah
latihan menuju improvement.
setiap hari perlu
diperbaharui iman dan taubat.
supaya hati sentiasa
segar menemani hari-hari perjuangan yang masih berjalan.
ini adalah peluang.
ini adalah kelebihan
yang Allah beri khas buat kita.
Ini khas buat kita atas
penilaian maha Adil Allah buat kita.
Penilaian tahapan kita.
Jadi diberikan ujian di
atas kelemahan kita.
supaya kita boleh
memperbaiki kelemahan yang ada.
Ini adalah kelemahanku.
Jadi, Allah mahu aku
menjadi lebih baik.
Teruskan langkah.
Hadapi dengan penuh
keimanan dan tawakal padaNYA.
Usaha untuk mara dengan
machonya.
Allah sebagai penilai.
Namun dia juga sebagai
pelindung,
pemberi petunjuk,
pemberi rahmat,
pemberi kebahagiaan,
pemberi ampun.
Ke mana lagi hendak kau
halakan hatimu ?
Aku mendapat sebuah
ibrah hebat yang sangat menginspirasi hidupku.
Diri kita seperti
android,
Dari semasa ke semasa
perlu dihapdet.
Ehem.
Di- update.
Maka, selari dengan
improvement kita, selari dengan pembaharuan dalam cara kita berfikir,
kematangan kita dari segi mental dan emosi, hatta kematangan iman
Maka Allah datangkan
ujian yang parallel dengan tahap keimanan dan kemampuan kita.
Senyum.
Cantik bukan ?
Makanya di sini, ujian
yang Allah datangkan itu spesifik khas Allah buat untuk kita
(at-taghabun : 11)
Dan Allah itulah yang
paling mengenali kita lebih dari kita mengenali diri kita.
Allah tahu part mana
kita lemah dan kelemahan itu perlu di-improve.
Kita sudah menetapkan
azam, ingin menjadi pekerja Allah.
Ingin menjadi kuli
Allah.
Ingin menjadi anak
panah Islam.
Ingin menjadi
professional muslim yang hebat.
Ingin menjadi yang
hebat-hebat sahaja demi Islam tercinta.
Maka, baru diuji
sedikit sudah terjelepok ?
Wahai Syabab !
Bakarlah hati kalian dengan
hamasah yang panas membara.
Darah dagingkan diri
kalian dengan jantung yang mengepam darah bukan sahaja untuk transport oxygen,
malah membawa iman itu meresap jauh ke dalam setiap sel.
Pusatkan focus kalian
kepada inovasi program islami yang semakin ketinggalan zaman.
Kita adalah generasi Y
yang terkecuali.
Terkecuali dari apa ?
Terkecuali dari
kelalaian dek hedonism.
Terkecuali dari
terkinja-kinja Gangnam dan Harlem Shake.
Terkecuali dari
ber-giyomi tak kira masa,
Terkecuali dari
kejahilan yang menggila
Terkecuali dari budaya
kapel yang memusnahkan kehidupan
Terkecuali dari
kejumudan dalam beragama
Terkecuali dari
perasaan rendah diri
Terkecuali dari fashion
yang memakan diri
Terkecuali dari
menggilai K-pop yang merugikan
Terkecuali dari memuja berhala
artis yang menyesatkan
Terkecuali dari
menonton movie yang semakin rendah standardnya sebagai manusia
Terkecuali dari
berpakaian tapi bertelanjang seperti haiwan
Terkecuali dari sifat
‘ada aku kisah’
Terkecuali dari pemuda
bacul pengecut dan tidak bertanggungjawab
Er…. Emo kah di situ ?
Maaf. Cuma luahan
perasaan.
Mungkin keterlaluan.
Namun itu rasa hati
saya.
-sedang terbakar-
311013
Friday, October 4, 2013
Art Management's student vision for Dakwah
I shared my vision kat page HAS - Hamasah as-Syabab - Daiegraphy Akhawat
Assalammualaikum.
Saya nak share 1 visi yang saya kira berkaitan dengan industri seni tanah air dan tarbiah.
Saya tak pernah terlibat dalam apa-apa aktiviti kesenian sebelum ini.
Tapi, aturan Allah telah menetapkan saya untuk sambung degree di UNIMAS dalam course Art Management.
Basically, course saya adalah untuk.menghasilkan manager-manager yang akan anjurkan pelbagai aktiviti dan event untuk kesenian.
Kami memang dilatih untuk menganjurkan event kesenian seperti konsert akustik, dinner, malam kebudayaan, dan sebagainya.
Agak mencabar memandangkan environment di sini mungkin hampir sama seperti berada oversea. Tambahan course saya akan sentiasa terlibat menguruskan aktiviti kesenian dan kebudayaan yang.. erm.. tak syarie.
Namun, saya sebagai salah seorang akhawat( kalau boleh kira diri ni akhawat la) yang sangat-sangat minoriti di sini nampak semua ini sebagai satu ilmu dan aset yang terlalu berharga buat ummah!
Sudah tiba masanya industri seni kita memerlukan nafas baru.
InsyaAllah, ini tahun pertama dari tiga tahun tempoh pengajian. Doakan saya kuat, dan memanfaatkan peluang ini untuk belajar sebanyak-banyak ilmu selok belok industri seni.
Tidak mustahil satu hari nanti kita boleh anjurkan World Islamic Film Festival, World Islamic Youth Short Film Festival, World Islamic Muzic Festival, Anugerah Filem Islami, International Islamic Fashion Show ( yg benar2 ikut syariat) .
Semoga kalian semua terus berusaha memantapkan diri dan ilmu dalam bidang masing-masing demi kepentingan ummah
Nanti, aku sendiri jemput Ustadh Nouman datang Malaysia lagi .
insyaAllah.
So.
Interesting enough ?
Hm...
Tapi memang pun, nak belajar, it took you tak tidur malam, tonggang terbalik hidup. Itu baru namanya belajar.
Tapi kan.
Hehe. Aku senyum keji.
Jadi budak sains, kita kena stay up siapkan tutorials kan ?
hm... well, kalau itu passion kau, of course kau enjoying staying up bertemankan nescafe nan berjasa tiap-tiap malam stay up.
er... teringat zaman asasi dulu.
I met a abang senior.
He is really really really super good in his job.
Course sama la dengan aku.
The way he describe and cerita kat kami pasal budaya, how to run a cultural event, you've got to be really precise and careful.
Sebab culture is sensitive thing katanya.
Kalau salah, silap-silap kena potong kepala tau !
haha, kalau kau mess dengan culture iban, siap la kau.
I do really admire how he appreciate and cherish the culture.
That value susah nak cari dalam kalangan anak muda.
We don't even bother to deepen our knowledge pasal our culture, ancestor bla bla kan..
We have to do intensive research on sesuatu perkara yang kita nak buat.
Same goes to a presentator, seorang murabbi, pemberi tazkirah, penyampai, lecturer, guru.
Kalau we can't find beauty in each knowledge yang kita spread to others, how they gonna see the beauty ??
Kalau kita sendiri pun tak rasa, tak tahu, tak nampak, ignorance terhadap sesuatu bidang ilmu atau apa sahaja things yang involve conveying a message, macam mana orang nak tahu.
Tadi belajar satu subjek involving Islam. Tapi bukan agama Islam. Tapi bukan subjek Islam. Tapi pasal Islam.
(aku mengada-ngada)
Para pelajar (termasuk aku) , tak rasa apa-apa yang menarik pasal Islam.
Tak rasa perlu Islam untuk membangunkan tamadun nan indah yang harmoni.
tak rasa pun Islam itu cantik seperti orang lain sibuk gembar-gemburkan.
Bagi aku, sang pengajar itu rugi.
Rugi sebab dia tak sedar kuasa yang ada pada dia sangat powerful untuk dia menanam benih fikrah yang betul dalam diri anak didik.
Tak semestinya perlu berdakwah yang lebat-lebat.
Tapi sekiranya dia buat buat homework on how to give a good presentation would be nice.
Sapa nak dengar ustaz boring.
Aku pun lari walau cinta mana sekalipun terhadap ilmu.
Come on, tak perlu nak keji caci maki.
"apalah, yang penting ilmu tu !!"
I know, I know.
Tapi aku memang tak boleh tahan ustaz yang bosan.
Bosan in a way yang end up you learn nothing.
Ustaz yang mendatar tak semestinya bosan.
Ada ustaz yang mendatar, tapi masih mengancam ceramahnya.
Tapi ustaz yang semangat, tapi isinya kurang.
So, sama-samalah kita improve diri.
cara terbaik setakat ni yang aku boleh fikir is,
kita buatlah seperti mana kita mahu orang lain buat untuk kita.
that's the formula for humanity.

Subscribe to:
Posts (Atom)