Tuesday, March 26, 2013

Tutup Aurat cara Mukminah atau Muslimah ?

Maha Suci Allah yang telah mengizinkan untuk blog ini dihapdet lagi.

Allah jua yang beri ilham dan kekuatan untuk bergerak menaip.

Tajuk di atas saya kira jelas sekali menggambarkan isi post kali ini.


Isu aurat, fesyen, pakaian, gaya dan segala yang sama waktu dengannya sangat menjadi satu isu concern pada diri saya.

Kerana saya adalah wanita beriman,

suruhan menutup aurat di dalam surah an-nur, al-ahzab itu adalah untuk saya,

dan saya sangat sangat meminati fesyen !!!


So, let's get started !!

Sejak jadi mahasiswa ni kan (walaupun baru asasi), but still feel dia dah feel jadi budak U. hoho.
So, bila kat U ni, kita boleh lihat macam-macam fesen lah yang ada dalam kalangan remaja,belia, mahasiswi dan pemudi.

Dan.. sejak akhir-akhir ini, memang lambakan fesyen yang berevolusi dengan skala 10 skala Ritcher! Mengalahkan Tsunami kot !

Serious, dahsyat!

So, salah satu jenis fesyen yang mendapat perhatian para gadis kini adalah...... Jeng Jeng Jeng.....

Tudung Bidang Berwarna Warni

senyum.

angkat kening.

Hm... Yesh.

Secara jujurnya, saya merupakan antara peminat fesyen berkaler terang dan kontra. Sebab itu memang fesen zaman sekarang kan...

so, memang syok la bila tengok banyak gila sekarang ni tudung bidang yang 3,4,5,6,7 ton warna.. semakin hari semakin banyak ton dalam satu tudung. Boleh buat contest, siapa warna tudung ada variasi ton paling banyak.

ehem.

So, yes.. I bought around 7 helai tudung la.. Dulu suka sangat dok kumpul shawl. Belit sana belit sini. Tapi sejak jadi mahasiswi, nak nak sem 2 ni makin sibuk pulak, tak dek masa pulak I nak berbelit-belit ni.

Time is business...

kononnye...

Tudung-tudung yang dibeli, memang telah diperhatikan secara dekat dan teliti, struktur tudung yang betul dan tepat, menepati piawai 'taste' agar mudah untuk digayakan kelak.

Tudung ibarat nyawa kami. 'Bad tudung day' sangat menakutkan....

So, waktu tu pun sebenarnya baru nak berjinak-jinak dengan tudung bidang ni,

dari bawal ke shawl panjang ke tudung bidang.

Sungguh, Islam itu mudah especially dalam kes nak menutup aurat. Sungguh fleksibel dan memudahkan .

Sejak dah bertudung bidang, nak nak warna-warna tudung spesis ni semakin berevolusi macam sesumpah, makin lama makin banyak kaler, makin terang kaler-kaler untuk tudung hok spesis labuh-labuh ni, so semakin kelabu la mata ni nak memilih dan memikiorkannye..

Ish, teman ni cepat excited giler bila tengok tudung bebanyak ni. Tambah lagi sekarang ni galak benor jualan mega kat U ni. Sibuk benor. Tak tau ke deme teman nak pekse ni....


Kan trend sekarang kan orang kalau pakai tudung, dia suka main sangkut-sangkut kat tepi kepala dia tu kan ... ala-ala najwa latip, dena bahrin, dan sesiapa sahaja ikon pesen muslimah kontemporari ..

hm.. itu sedikit sebanyak sebenarnya merimaskan saya.

Bila mana kita tengok semua orang bergaya sangkut-sangkut macam tu, buat saya ketawa pun ada kadang-kadang, sebab almost 60% populasi siswi akan buat gaya yang sama. Yang membezakan hanyalah ketinggian dia menyangkut tudung dia.

Sampai ada suatu kisah yang boleh tahan lawak dan sengalnya yang diceritakan oleh sahabat saya.

Satu hari, sahabat saya ternampak seorang kawan lelaki dia dok ushar-ushar seorang budak perempuan lain.

Maka ditegurlah oleh sahabat saya ni..

"ui, tengok mende mu?"

Maka, kawan lelaki dia cepat-cepat kover terkantoi mengusyar anak dara orang.

He came out with one question. Konon-konon nak cover .

"kenapa eh budak perempuan suka sangat sangkut-sangkut tudung kat tepi kepala macam tu ha?"

sahabat saya menjawab "entah. mana la aku tau."

"dorang ni main sangkut-sangkut tudung ni ikut pangkat ke? Yang pangkat tinggi sangkut tinggi-tinggi sikit. Yang kureng pangkat low sikit sangkutnya. huh?"

maka sahabat saya pun ketawa berdekah-dekah dek lurus bendulnya soalan lelaki itu.

sekian.


So, berbalik semula kepada cerita asal tadi. Maaf. Jauh pulak melencongnya.

Bila la nak masuk bab auratnye ni...... panjang pulak hikayatnye..

Basically, apa yang saya ingin perkatakan kali ini adalah mengenai kaitan aurat dan fesyen Islami.

Alhamdulillah, semakin ramai yang sudah tergerak hati untuk mengenakan tudung yang tidak jarang berbanding dengan tudung bawal yang ala-ala main cak-cak, jarang-jarang tapi macam tak jarang padahal sebenarnya jarang esp lalu bawah matahari.

Tudung bidang semakin mendapat sambutan dan semakin murah harga dan mudah untuk didapati.

Sangat-sangat bagus untuk kami-kami yang baru nak berjinak-jinak menutup aurat dengan sempurna di samping melabuhkan tudung ke bawah dada.

Pesen muslimah kontemporari pun kini semakin hangat diperbincangkan oleh para muslimah espesiali sedang memilih tudung atau sedang makan goreng pisang panas sembang-sembang santai bersama girlfriend.

Cantik sangat.

sangat sangat cantik.

Seperti saya pernah mention dalam post Bila Si Solehah Bergaya! dulu, kalau saya yang perempuan pun walawei amaze dengan ke-cun-an muslimah itu, apatah lagi lelaki di luar sana tak kiralah anda mat rempit, mahasiswa berwibawa, si presiden mahasiswa universiti, ketua kepimpinan dakwah, ikhwah atau sesiapa sahaja bernama lelaki yang ada hormon testosterone dengan jumlah yang banyak, pasti! Pasti! akan pandang 2 kali kepada muslimah nan bergaya yang sorang nih.


" Inilah ciri-ciri wanita solehah zaman kini. Tutup aurat dengan sempurna tapi still cun. Pergh, konpom solehah ni. Layak buat bini. Oh wanita solehah.. sudikah engkau menjadi bidadari hidupku? Ayuh kita bercinta hingga ke surgaNya di sana.........."

Facepalm.

Tersedak.

muka biru.

Pengsan !


Anda bertudung labuh tapi lelaki masih tertarik dengan anda ?

Anda menutup aurat dengan sempurna tetapi lelaki masih melihat anda dengan penuh rasa minat dan sexually excited ?

Anda pakai handsock ninja, stoking tutup kaki yet ramai yang curi curi pandang dengan penuh takjub dan terpesona dengan anda?

Bila anda berjalan, anda dapati banyak mata memandang anda, tidak kira lelaki atau perempuan, kerana mereka memerhatikan lilitan shawl di kepala anda, memerhatikan betapa flowy-nya skirt labuh anda yang berwarna peach terang, betapa berkilat-kilatnya manik di atas kepala anda yang membuatkan anda nampak seperti princess muslimah yang memakai crown.

Anda sering mendapat perhatian dek terangnya warna-warna pakaian anda dari sehari ke sehari. Anda rasa excited gila nak cari lagi tutorial tudung yang labuh menutupi dada di youtube dan menggayakannya ke mana sahaja anda akan pergi.

Anda rasa anda betul-betul sedang mempamerkan fesyen islam yang indah. Anda tutup aurat dengan sempurna, pakai handsock sampai jari, pakai stoking tutup kaki, pakaian tak ketat dan tudung anda labuh menutupi dada.

Anda sangat excited nak menambah koleksi tudung bidang berwarna warni, pelbagai ton dan corak supaya anda terus menerus nampak solehah nan indah setiap hari, setiap masa.

Sungguh, hati anda berdegup kencang seperti di panah arjuna apabila melihat jualan tudung-tudung bidang di mana sahaja.


Enough with the examples.

Usai menonton sebuah video di youtube, huraian dan ulasan Dr Zaharuddin mengenai Fesyen Muslimah : Trend dan Hukum.

Fashion Muslimah : Trend dan Hukum

Saya kira, satu explaination yang lazat tidak terkira. Ilmu yang membekas pada telinga yang mendengar, insyaAllah di hati untuk diamalkan.

Sungguh, banyak kali saya sendiri saya terpukul dan terhempap batu besar tatkala mendengan penjelasan UZAR tentang isu ini.

Antara sedikit nota yang sempat saya catat semasa mendengarnya .

Tahap muslim itu ada 3.

1. Muslim- apabila dia sudah mengucapkan kalimah syahadah. Namun, iman masih belum lengkap 
                   sempurna meresapi ke dalam diri.

2. Mukmin- hanya akan dicapai apabila iman sudah meresapi ke dalam hati. Sudah merasai
                    kelazatan  berTuhankan Allah dan Rasul, bertambah jinak dengan Islam dan ilmu-ilmu  
                    Islam, imannya sudah diuji.

3. Muttaqin - mencapai tahap taqwa.

Yang sentap is, Dr Zaharuddin berkata,

Apabila kita lihat 3 kategori ini, fesyen hanya akan hangat diperkatakan dalam kalangan muslimah(muslim) .

Mereka ini yang selalunya concern sangat apa manusia kata, sangat kisah pengiktirafan dan penghargaan manusia, sangat kisahkan perhubungan antara manusia dengan manusia, dan of course pastinya sangat mementingkan kecantikan luaran.

Kalau orang mukmin, mereka tidak berbicara mengenai fesyen. Mereka tidak sembang-sembang pasal bagaimana nak mencantikkan pakaian luaran, tetapi mereka sibuk berbincang mengenai iman dan islam. Mereka sibuk nak mencantikkan iman. Mereka sanggup spend banyak duit demi mencantikkan iman. Mereka sedar hakikat bahawa dalaman itu lebih penting dari fizikal semata-mata.

Subhanallah. Betapa saya rasa sangat terpukul. Memang sentap. Kalau mukmin berbicara mengenai iman, apatah lagi golongan muttaqin.

Ada ayat al quran (maksud lebih kurang) , Allah berfirman yang Allah tak lihat pada luaran dan tubuhmu, tapi Allah lihat pada hati dan amal kita.

Jadi untuk golongan muslim yang kisah mengenai fesyen dan sebagainya, kita dibenarkan untuk berfesyen, tapi masih ada border yang perlu dipatuhi dan jangan dilepasi.

Konsep tutup aurat yang sebenar adalah :

TUTUP APA SAHAJA YANG BOLEH MEMBUATKAN ORANG TERTARIK KEPADA KITA SEHINGGA MENAIKKAN SYAHWAT

Saya kira, kalau dalam fizik, orang kata kalau dah faham konsep, insyaAllah boleh jawablah soalan-soalan nanti. 

Begitu juga dengan soal aurat. 

Main thing yang kita kena pastikan adalah, BUKAN UNTUK TARIK PERHATIAN ORANG

hm... susahkan ? Sumpah , sejujurnya saya cakap, memang susah. 

Kerana fitrah wanita itu, Allah uji wanita dengan fitrahnya yang suka nak nampak cantik, sama ada pada diri sendiri, dalam kalangan kawan-kawan wanita apatah lagi kaum lelaki. 

Maka, Dr Zaharuddin juga kata, 

Barangsiapa wanita yang berjaya tahan keinginan untuk nampak cantik beria-ria di dunia, mujahadah betul untuk keep the beauty properly, tak main tayang free-free pada semua orang, maka, di akhirat nanti, Allah akan bangkitkan dia dalam kecantikan yang sempurna. 

Flawless. 

Putih melepak. 

Hairless di tempat yang tidak sepatutnya.

Allah beri kulit yang gila gebu dan mulus. Tak payah dok usung lotion Nivea tu dah. 

Allah sempurnakan apa yang dulu penah cacat, sama ada parut kudis buta, kedutan seribu, hitam sikit-sikit dek kulit kering atau burnt, dan... apa sahaja yang kalian rasa kalian tak cantik sebab itu dan ini. 

Allah akan sempurnakan penciptaan bidadari itu. ( wanita mukmin akan jadi permaisuri bidadari di syurga nanti. Queen of all bidadari. Andalah yang paling cantik dan hot.) 

Boleh rujuk surah Al-Waqiah ayat 35-37. 

So, satu golongan yang Nabi pernah story dulu is, satu golongan wanita yang berpakaian tapi telanjang. 

- Pakaian jarang nampak kulit.ala-ala main cak-cak. kadang kita tak sedar kain baju kurung kita 
   jarang  kalau tak pakai kain dalam. take note.

- jalan lenggang lenggok, catwalk, singawalk dan sebagainya. Obviously bila pakai kasut tinggi. Konfirm jalan pelik sikit, sebab bila pakai kasut tinggi, otomatikali buntut akan tonggek. Maaf agak direct. Fakta.

- Cakap manja ala buluh perindu. Ketawa manja bertambah concentrated apabila ketawa bersama kawan lelaki . Senyum pun mungkin terlebih gula. Aish. Kadang-kadang, kita pun tak sedar bila kita actually dah overboard. Jadikanlah taqwa sebagai perisai.

-Sanggul tinggi macam bonggol unta. tak kisahlah rambut ke, sanggul artificial ke, buat sendiri ke ape, yet, kalau niatnya adalah untuk tarik perhatian so, tak bau la syurga nanti. Bau pun tak, apatah lagi nak masuk dan jadi bidadari syurga yang rambut tak payah nak sanggul sebab rambut cantik gila malah lebih cantik dari iklan sunsilk guna jari pun boleh.

Imam Nawawi kata, 'tarik perhatian orang' tu actually macam akan buat orang tu pandang kita 2 kali sebab nak tengok lagi. Tak kisahlah sebab tertarik dengan kecantikan kita (mostly sebab ni), atau sebenarnya pelik tengok fashion kita (tak kurang juga sebab ni). Jaga-jagalah, tak pasal-pasal kita ni fashion victim. Payah kalau jumpa fashion police. Kau masuk E! nnt...

Lagi ayat Allah dalam surah al-Ahzab ayat 32, Allah guna perkataan "Ya Nisa An-Nabiyi" untuk kata yang mereka ini tidak seperti perempuan lain..

Maka, alangkah baiknya kalau kita berusaha me-level-kan diri kita untuk menjadi selevel dengan perempuan-perempuan Nabi yakni isteri dan anak perempuan Nabi. Bukankah mereka itu konfirm sudah jadi bidadari syurga ? Malah merekalah penghulu bidadari. Maka, usah dicari-cari bidadari dunia plastik yang konon-konon nya cantik indah dengan busana muslimah kontemporari, tapi hati kering dari mengingati Allah.

Bila kita menutup aurat dengan baik, tak expose dada yang menjadi tempat pertama lelaki akan pandang, kita akan dikenali sebagai wanita yang baik-baik. Kita tidak akan disakiti, di-sexual-harassment kan..

Means like lelaki fasiq tak kan cop kita ni stok yang boleh buat main, boleh usik-usik, ayat-ayat sikit buat main sebulan dua then tinggal sebab bosan .

So, sinergi atau kolaborasi antara wanita dan lelaki dalam soal ini sangat penting.

Para wanita, tutup aurat kemas-kemas, jangan bocor sikit-sikit, bagi purrfect, lengkapkan mana yan kurang, labuhkan mana yang singkat, longgarkan mana yang ketat berpinggang, jaga elok-elok sampai lelaki tension tak dek site yang boleh usha sebab sume da kena tutup.

Para lelaki, wahai pemuda harapan agama, wahai bakal imam para wanita di luar sana, wahai penegak khalifah islamiyah, wahai bapa kepada anak perempuan yang solehah, wahai bayangan Umar al Khattab, Sultan Muhammad al-Fateh, Mus'ab bin Umair, kalian suruhlah anak,isteri,adik,kakak, girlfriend( InsyaAllah bakal isteri) anda tutup aurat. Kemudian anda tundukkan pandangan jangan meliar. Jangan bangkitkan singa itu. Nanti anda merana. Kawal diri dari imaginasi dan fikiran-fikiran yang ....... hm...

So, at the end, ada satu kisah, sau hari saidatina Aisyah berjumpa dengan para wanita islam. So, ada lah among mereka ini yang memakai pakain yang nipis dan tidak sempurna auratnya ditutup.

Saidatina Aisyah berkata

"bertabaruj bukanlah pakaian wanita mukminat. Jika kamu bukan mukminat maka pakailah seperti ini."

Ayuh, kita check balik niat. Usha-usha almari, perhatikan locker kita, sama-sama buat yang terbaik untuk Allah.

Saya yang menulis ini juga banyak salah silapnya. Sebab itu saya menulis entri ini supaya yang paling terkesan sekali ialah diri saya sendiri. Maaf salah silap andai anda lihat saya cakap tidak serupa bikin. Ayuh sama-sama improve diri.

Banyak yang perlu diperbaiki, meskipun terpaksa belanja lebih lagi untuk top up pakaian yang lebih baik dari sebelum ini.

InsyaAllah, paling penting adalah dalaman. Hubungan dengan Allah.

Ayuh, kita menutup aurat tahap mukminat. Improve diri dari hanya menjadi muslimah kepada mukminat.

selangkah anda mendekati syurga ^^

Syurga menanti-nanti para permaisuri jelita yang sedang sibuk beribadah dan bermujahadah di dunia ini.

Semoga Allah Redha.
NFA
26.3.2013
2.44 am.
musimexamlagatalnakupdetblog. 


  

20 comments:

  1. alhamdulillah...bermanfaat

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Terima Kasih atas perkongsian. sedikit sebanyak dapat mendidik hati agar tidak terikut ikut trend yg kadang2 boleh mendatangkan fitnah. Pada pendapat saya, betul juga walaupun kita dah tutup semua and perfect tapi bila pakaian tu boleh menarik perhatian ajnabi rasa macam sia sia je yelah kita dah pakai pakaian yg menutup pun org masih pandang lagi. ini just pendapat saya shj.

    ReplyDelete
  4. Anonymous : Ini adalah satu isu yang sering dipandang enteng dalam masyarakat kita. Mungkin ramai akan beralasan "ala, okay la tu. Dia dah nak pakai tudung labuh.." . Namun, pakaian kita adalah refleksi keadaan iman kita. So, sama-sama kita aware dengan isu ini dan cuba untuk ajak muslimah lain untuk take note perkara ini. Terima kasih sudi membaca :)

    ReplyDelete
  5. Salam ukhti Farhah..saya ada buat post and link pada post awak ni..pendapat kita lebih kurang sama..kiranya awak dah sort out this issue..hehe..Jazakillahu khairan kathira..dlm nak buat baik pun tipudaya still brlaku..mmg kena hati2 sgt..InsyaAllah..sama2 usaha dan doakan utk semua muslimat..solehah itu tak memandang dan tidak dipandang. :)

    ReplyDelete
  6. Bukan senang untuk bertudung mengikut syariat. Tetapi tidaklah terlalu susah malah jauh lebih senang dari kita terperangkap dengan segala fesyen2 bertudung yang jenuh nak membuatnya. Membazir masa nak bertudung tu satu hal. Kita tidak merdeka sebenarnya....kita terperangkap dalam tipudaya syaitan. Tutup aurat bukan utk bagi orang tengok, tapi supaya orang tak tengok. Kita akan merdeka bilamana kita ikut betul2 apa yang Islam ajar. Kita pakai tudung dan tak peduli orang suka ke tak, yang penting Allah suka dan redha pada kita. Hati kita bebas dari memikirkan apa orang kata...merdeka kan.....kepada Muslimah, sahabat2 yang dikasihi...berhenti jadi hamba fesyen.

    ReplyDelete
  7. Jazakillah khairan kasira
    :) mohon share

    ReplyDelete
  8. dr form 1 smpai sekarang, alhamdulillah masih istiqomah dgn tdung bulat labuh... tak mao buang mase belit2 tudung sume tu. ISLAM tu kan MUDAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, Allah protect anda dengan istiqamah :). semoga terus usaha untuk tambah ilmu dan amal untuk terus memahami al quran ^^

      Delete
  9. Salam , ive read this post and it was so good, and first time jumpaa blogger macam anda , seriously memang berkesan di hati sbb , i do layan Runningman and stuffs , and tutup aurat but still tak purrfect . i think we've got something in common , kott ? and i wanna ask , about the naked feet , hmm saya pernah pakai skinsocks kalau keluar mana-mana sbb nak cover , but suddenly there's one Hamba Allah ni , dia cakap yang saya should stop tengok RM and stuffs dulu baru pakai , i was like , apa kaitannya ? tapi somehow just curious , kalau kita tutup aurat semua perfect takda cacat cela, we cant do things like a tengok drama ke, main basketball ke (among girls) benda-benda macam kita biasa buat ? i hope youu notice ni sister ! Pleaaseeeeeeeeeeeeeeee tell me what im supposed to do , tak nak jadi hipokrit ke apa ke . okayy thats all Jazakallah ~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm ukhti. Jazakillah :). one thing to clarify, covering aurat ni wajib as in Quran surah an-nur ayat 31, al ahzab ayat 59. Rasullullah SAW pun ada cakap nak tutup aurat mcm mne which semua kecuali muka dan tapak tangan. So, kewajipan tutup aurat mcm kewajipan solat dan puasa. Even kita tgk apa skali pun, buat salah apa, we still have to solat dan puasa kan. Sbb ianya wajib.

      but then, part tgk RM and stuffs tu perlu kita usaha untuk get rid dari hidup kita. Nak get rid benda2 tu tak boleh mcm tu je. Susah kan. I know. sbb dulu I was among the biggest fan of suju. Usahakan untuk cari kefahaman, kenapa kita as muslim, tak boleh tengok benda tu. Kita kena cari hujah untuk diri sendiri, so kita sendiri boleh slowly buang benda2 ni dari hidup kita. InsyaAllah ukhti. Just make a baby step closer to Allah, Allah akan setel kan benda lain untuk kita, asalkan kita want to get closer to HIM.

      Delete
  10. krn yg tertutup itu sangat indah, tertutup itu adalah dari perintah Allah. kita tutup krn kita sygkan Allah. kita tutup krn kte inginkan hati ini hanya ada untuk Allah. AQIDAH. walaupun org akan kata ia subjek yg berat, susah nk bincang tanpa ilmu yg benar2 faqih2. andai...alasan ini terus diberi, lalu sampai kapan kah kte akan fakih? iAllah, andai kte faham KASIH dan CINTA Allah, pasti kte ok2 je untuk hidup di dunia. hee... iAllah. Jazakillah ukhti, farhah ye... owh sedap nama, mcm nama habibati saya. :))

    ReplyDelete
  11. macam mana cara untuk melembutkan hati orang sekeliling dengan perubahan kita? saya ada keluarga yg mudah memperlekehkan apa yg diusahakan oleh saya. mereka akan menganggap perubahan saya hanya sementara. kakak yg menghina . saya tertekan. perubahan pun terbengkalai. pakaian kat rumah pulak ketat, jarang. bila pakai baju kurung dikatanya fesyen orang tua, alim sangat.
    ianya sangat menyakitkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik anonymous sayang.

      Setiap penghijrahan kepada Allah itu ada payment nya yang kadang-kadang sangat sakitt. Especially yang datang dari keluarga sendiri. Memang, tak dapat dinafikan memang sakit bila keluarga sendiri mencemuh. Namun, itu adalah satu bonus untuk anda. Kerana ujian yang datang dari keluarga itu sebenarnya sangat valuable untuk ketahanan mental dan iman. Anda seorang mukminah yang kuat dan hebat. Kerana itu Allah menguji anda dengan keluarga.

      Teruskan usaha anda perlahan-lahan walaupun sedikit. never give up, sebab Allah x pernah jemu dengan kita. Teruskan usaha itu ya.

      Menutup aurat ini, prosesnya bukan kejap. kita sentiasa perlu perbaharui kualitinya dari semasa ke semasa supaya kita semakin menghampiri kesempurnaan dalam berpakaian. Kerna ini tanda pengabdian kita kepadaNya.

      So, kuatkan hati. InsyaAllah, akan datang satu masa nanti, anda dapat mencari kekuatan baru di tempat baru dengan suasana baru.

      Asalkan tidak pernah berhenti berharap kepadaNya.

      InsyaAllah.

      Delete
  12. macam mana nk jwb isu ni?

    bila sy tnye kenapa tak pakai stokin pd kwn sy,

    die jwb,
    " Tapak kaki & bawah dagu tu aurat yg boleh dimaafkn.
    sbb nye ramai je lagi yg xtutup bhgian bwh dagu. kalau nk betol2 sempurna la. melainkn berniqab. itu xpenting sgt.

    lagipun pakai stokin tu mengikut bentuk tapak kaki jgk kan. same la kalau pakai handsock.
    kalau nk mrah pompuan pakai bju ketat ikut body. kenapa tak marah pakai handsock n stokin yg ketat ikut lengan or kaki.
    rasa aku xsah solat kalau nmpk stokin sbb ikut bentuk kaki.

    plus, macam xadil je kn.
    contoh A ikut mazhab tak perlu tutup tapak kaki. so dorang xtutup
    B ni ikut mazhab yg perlu tutup kaki. so kena tutup. tapi B xbuat walaupun perintah yg lain dia buat.
    akhirat nanti, even A n B ni sama2 beriman, cuma bab tutup kaki je beza. akan dipersoalkn jugak ke mengikut mazhab masing? kenapa tak universal? kate islam tu universal.

    p/s : saya copy paste dari post salah sorg senior sekolah saya. Klau ade org ckp cmtu, agak2 nk jwb cne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hm... gawat jugak budak tu. hahaha. gurau.

      Saya jahil pasal mazhab-mazhab ni.

      Macam ni lah, bila kita berdepan dengan orang macam ni, dan kita blur, maknanya Allah suruh kita belajar lagi. Bukan untuk bash orang ni, tapi untuk hujah diri sendiri juga. Dan untuk ajar kepada anak-anak atau sahabat-sahabat.

      Bagi saya, diri ini terlalu precious untuk didedahkan walaupun kaki. Kaki kita, tetap berpotensi menaikkan syahwat lelaki. Kita tak tahu apa yang mereka fikir bila lihat kaki kita. Maka, bagi saya, lebih baik tutup kaki. Lebih terjaga, lebih waspada, lebih tenang.

      Dan mujahadah tutup kaki ni pun bukan senang. SO, berbahagialah menjadi orang yang bermujahadah. Ingat senang ke ? haha.

      Bila jumpa orang mcm ni, hold dulu diri kita dari nak menjawab. Sebab kita pun kurang ilmu. Mungkin berdiam lebih baik dan pergi mencari jawapan.

      Dapat juga ilmu baru :)

      Delete
  13. Alhamdulillah, semenjak membaca komen awak, perubahan ini mengekal. saya ambil keputusan untuk tetap bertahan. sindiran mereka saya balas dengan senyuman. perubahan itu indah. lebih indah jika hati itu ikhlas.
    terima kasih atas nasihat awak yg sngt membantu

    ReplyDelete