Thursday, June 10, 2010

Love at what age ?


Love or cinta adalah perkataan paling selalu kita dengar tapi tak bosan - bosan mendengarnya tapi tersengih-sengih bila dengar . 

Fitrah ...

Tetapi , fitrah tak fitrahnya bnde ni , memang this word memang ada 'aura' yang 
boleh membuatkan sesiapa tertarik . 

esp to teenagers yang tengah mencari / angau / nak kahwin / mencari calon and ect ...

tak dapat den nak menafikan yang this word has strong power . simple but deep . 

cinta antara ibu terhadap anak , cinta ibu haiwan terhadap anak haiwan ...  memang 
sangat mendalam ... ibu haiwan ada macam - macam gelagat untuk melindungi anak - anaknya yang tercinta . 

pelbagai kajian yang dilakukan mat saleh teerhadap haiwan . salah satunya , ibu haiwan 
akan bertindak agresif apabila merasakan anaknya diancam musuh . Ibunya akan 
menjadi Hulk semata - mata nak melindungi anaknya . 

itu antara contoh - contohnya lah ... 

tapi itu semua 1% daripada cinta Allah . 99% selebihnya disimpan Allah untuk kelak . 
untuk 'reunion' kita denganNya . Subhanallah . Maha Suci Engkau Ya Allah .


SEBESAR MANAKAH KASIH SAYANG DAN CINTA ALLAH PADA KITA ? 


berbalik semula kepada tajuk utama ... love at what age ? 


fitrahnya , segala perasaan 'pelik' akan muncul sejak kita baligh . 
sejak itu , segalanya akan berubah (heheh) 
sejak itu jugalah kita akan 'ter'-sibukkan diri untuk mencari pasangan yang Allah dah kata 
da ditentukan sejak azali . 
sejak itu jugalah nafsu dan iman mula main peranan , 
malaikat dan syaita mula berebut akan hati anak adam .


Remaja , 
             pernahkan terlintas di hati , 
yang aku ini keseorangan ? 
Kesunyian tanpa teman di sisi (urgh ..) 
terasa ada satu kekosong di qalbu ?


sudah pastinya ia terjadi , kerana aku pun merasainya . 


Jiwa remaja memang akan merasai kekosongan . Kerana kita mula mencari . 
mula mencari kebenaran tentang diri . 

Siapakan diriku ?
Apa tujuan aku di bumi ? 
Melawan kejahatan dan mencari keamanan buat dunia ? (itu sudah pasti )


Dalam perjalan mencari diri , remaja yang terpandu akan menemukan jawapan . 
Remaja yang tidak terpandu , yang lupa apa yang memandu dirinya menemukan jua 
jawapannya , namun ... jalannya berbeza ....


siapakah remaja yang terpandu ?? 


Remaja yang terpandu ialah remaja yang berfikir , yang mencari jawapan mengenai dirinya 
melalui Tuhannya . Bersungguh - sungguh mengenali diri melalui Pencipta Yang Esa . 
Pasti Sang Pencipta ada jawapannya yang tepat 100% . 


Remaja yang tidak terpandu . What will happen ? Mereka ialah remaja yang lupa untuk mencari siapa dirinya yang sebenar , tapi menemukan diri yang ingin mereka jadi . 
Dibantu bisikan nafsu remaja yang bergelora , mereka makin hanyut dalam keasyikan.
Terlupa tujuan utama . Terlupa mencari Pencipta . 

jiwa remaja memang kosong . kita merasakan yang perlukan cinta . bukan cinta daripada
ibu bapa , tetapi cinta daripada pasangan . 


namun , belum tiba masanya lagi Wahai rakan seperjuanganku ! 
Medan Jihad dengan nafsu belum dapat kita tempuhi pada usia mentah ini . 
Hanya satu Cinta yang menjadikan kita Juara di apa saja medan pertempuran . 


tidak lain tidak bukan Cinta Ilahi Yang Agung . 


Cinta yang menjadikan Rabiatul Adawiyah tidak bernafsu terhadap manusia , 
yang menjadikannya tidak merasai dirinya manusia , 
tetapi hamba yang sangat tersiksa , 
menahan rindu pada Sang Agung . 


Cinta itu juga menjadikan para sufi yang lain 
bertindak seperti tiada akal 
tapi hanya mereka tahu 
hati mereka yang sedang terbakar 
hangus dalam cinta kepada Ilahi .


Cinta yang sama juga akan memimpin kita 
mujahid - mujahidah untuk berjuang 
demi menegakkan Islam di mana saja 
mendaulatkan islam tercinta . 


Ayuh ! Let's go ! Jom ! 
carilah cinta itu ! 
Bukan di jalanan , 
bukan di Fb 
bukan di blog 
bukan di Ym 
bukan di Ms 
bukan di Tv 
bukan di hp 
bukan di restoran
bukan di mana - mana 
tetapi dalam hati yang sujud kepada Kebesaran dan Keagungan 
Tuhan yang Menciptakan Cinta . 


Ya Wadud ............



No comments:

Post a Comment