Sunday, October 28, 2012

Bila si Solehah Bergaya !


Tajuk yang menarik untuk dibahaskan . 

Oh . Saya baru sahaja usai berjalan-jalan sambil memerhati (usyar2) instagram manusia-manusia di muka bumi ini . Err.. boleh kira dalam memerhatikan ciptaan Ilahi tak . eheh ... atau dengan kata lainnya:- Stalking . er.. Terr lebih tepat ... 

Anyway , anda anda juga yang meletakkan gambar chantek bergaya anda untuk tontonan umum . 

Sigh . 

Isunya di sini , pabila si solehah bergaya !  Ewah ! 

Kedengaran papan kekunci riuh dengan bunyi ketakan-ketakan dek jari jemari saya heksaited menaip entri kali ini . 

Sebelum mula . Ada beberapa perkara yang ingin saya jelaskan . 

1. Entri ini ditulis bukan untuk main tuju selipar kepada individu tertentu tetapi hanyalah sebagai isu general remaja dewasa ini . 

2.Sebarang kepatahan hidung atau kesakitan di kepala dek berdebush-debush terasa seperti terkena batang hidung atau batu menimpa kepala bukan dalam tanggungan saya . Teehee . Sengih . 

3. This post gonna be long . Very long . Semoga anda tabah membacanya sehingga penghujung .. seandainya anda sudi ..... 



Hm... Marcapada ini kita rakyat Malaysia yang aman damai lagi tenang boleh sama sama melihat dan memerhatikan perkembangan pesat seperti cendawan tumbuh lepas hujan dalam arena pemfesyenan tudung a.ka. hijab . Lalu , terhasillah pelbagai majalah fesyen untuk si bertudung manis ayu comel lote ini yang kian melambak di pasaran . Paling saya tertarik , 'Hijabista , khas untuk fashionista bertudung' 

Sigh. 

Fuuh . Err.. Saya tidak pernah membeli majalah tersebut , tetapi pernah hanya sekadar membelek-beleknya di kedai aci tepi jalan yang menjual pelbagai majalah termasuklah majalah dakwah yang kini juga kian bercendawan selepas ribut . Eheh. Covernya memaparkan model bertudung yang bermekap tebal berlipstik merah sehingga membuatkan saya tidak pasti sama ada mukanya kulit atau kain kanvas . -,-" . 

Hm.. tanda soal besar menari-nari di pelupuk minda . 

Alhamdulillah , syukur pada Ilahi . Kini , sudah ramai yang concern untuk bertudung atau mengenakan hijab . Tambahan , sejak akhir -akhir ini , kita melihat satu rahmat apabila berbondong-bondong artis wanita kita mula berhijrah dengan kefahaman untuk mengenakan hijab . Senyum lebar . 

Malah kini , tidak lagi seperti zaman era 80-an di mana pada waktu itu , satu-satunya tudung yang tersedia untuk muslimah hanyalah tudung bulat yang labuh atau orang sekarang panggil khemah . Aha , tidak kisahlah apa term sekalipun , tapi saya pasti anda memahaminya bukan ? Kini , pergi sahaja ke mana-mana , pelbagai pilihan tudung terhidang di depan mata . Tunggu anda 'grab and go' sahaja . Baaaannnyaaak pilihan untuk muslimah di luar sana (dan yg sedang menulis ini)mencari gaya hijab yang sesuai dan selesa untuk dipakai atau bergaya dengan hijab . Selain itu , dek pelbagai tudung ekspress yg tersedia , ramai yang ingin berjinak-jinak dengan hijab boleh mula bertudung secara mudah-mudahan dengan 'tudung-bibik-tapi-tetap-cun' sebelum anda beralih kepada selendang atau tudung bawal yang lebih kompleks dengan jurus lilitan-lilitan yang boleh anda pelajari . 

Menarik bukan ? sengih .

Lambakan tutorial tudung yang kini kian pesat berkembang , yang saya kira boleh dipertimbangkan untuk  menjana bajet 2013 juga boleh anda dapati di laman Youtube . Dengan kepesatan dan kecanggihan teknologi maklumat , gadis-gadis bosan di luar sana boleh turut meraih populariti dengan hanya membuat video tutorial selendang/tudung/mekap yang dipenuhi dengan senyuman manja dan perilaku (saya nak tulis 'aksi' tapi macam ...err..) comel seperti anak kucheng serta menyertakan beberapa keping gambar hasil lilitan tudung anda yang berjaya sebagai bukti kejayaan dan kekretifan anda . Kini , anda boleh meluahkan kreativiti anda bukan sahaja di atas kain kanvas atau kertas lukisan , malah juga dengan melilit dan membalut kepala anda dengan bergaya .. hohohoho .

EH !

 Kini , rata-rata remaja pasti sudah menganggap telefon pintar sebagai tangan kedua anda . eh . Maksud saya , anda dan telefon pintar seolah-olah tidak dapat dipisahkan . Rapat dan akrab . Sehingga membuatkan anda lupa anda berada di rumah saudara-mara yang sepatutnya anda santuni . Hm.. Aplikasi-aplikasi android yang mengancam dan menggoda pasti membuatkan anda teruja dengan kemajuan teknologi dewasa ini . 

Instagram memang cool dan ohsemmmm... Efek-efeknya yang menarik dengan pelbagai pilihan ternyata membuatkan anda tampak 100x lebih cun dari gambar asal . Hahahhaha . Dengan pelbagai efek yang tersedia boleh membuatkan kita tampak lebih cerah , anggun , chantek , menarik , kulit licin mulus seperti anak kucheng patong membuatkan hati kita berbunga bunga kembang cina untuk tersenyum ayu di hadapan lensa kamera . *cekiq* *bunyi flash* 

Oh ya , dengan hanya menggunakan telefon pintar yang mempunyai pelbagai aplikasi menarik lagi cool walawehnya juga membuatkan saya tidak lagi perlu menggunakan laptop yang semakin memenyu dimamah usia . Tapi demi menaip belog tersepi ini , haruslah saya menggunakannya berbekalkan kesabaran yang harus ditingkatkan ke tahap yang maksimum ! 

Sedang asyik berjalan-jalan melawat akaun instagram yang cool tidak terperi itu , lalu saya menemukan pelbagai aneka juadah aksi bergambar di situ . Pelbagai ragam gambar yang telah dihaplod naik ke dalam akaun masing-masing . Ya , dengan kemajuan tekonologi kini , kita tidak lagi perlu menaip sepanjang ini untuk meluahkan perasaan . Sekeping gambar ternyata boleh diterjemahkan 1001 mesej .. 

Senyum simpul . 

Oh ya . Berbalik kepada  tajuk yang saya kemukakan di atas sebentar tadi, ternyata spesies yang satu ini bukanlah spesies terancam malahan semakin membiak beranak pinak dengan pesat sekali dek kemajuan teknologi yang sangat ohsem .

Ternyata , saya menemukan ramai golongan yg bertudung litup,bertudung mengikut syariat dengan sempurna secara fizikalnya yakni labuh menutupi dada, bertudung ala-ala tudung bidang gitu, shawl pun yang labuh-labuh gitu . Mereka ini saya dapati bergambar dengan jayanya dengan pelbagai mimik muka yang orang kata (bukan saya kata) seperti itik , ayam , beruang , ikan , malah beruk . er... kita manusia memang berbakat . teehee.

Hm.. malah dengan bantuan efek serbaguna tersebut , ya memang tidak saya nafikan wajah kita anda akan kelihatan sangat cun melecun seperti telur baru dikupas . putih gebu berseri-seri . ewah ! Lalu , anda berasa konfiden untuk menghaplod gambar-gambar tersebut ke mukabuku dan laman sosial yang lain yang tidak terkira banyaknya .

Lalu , anda tidak minta , tetapi apakan daya , ramai pula yang menekan butang 'like' dan mengomen akan kechantekan dan kechomelan anda bak beruang matahari . hm...ahah ! Tidak terkecuali rakan-rakan atau peminat perempuan anda yang lain yang sangat heksaited dengan gaya anda yang moden berhijab menutupi dada tapi masih stylo dan kelihatan hot . Hot solehah giteww . Maka mereka menjerit-jerit di peti komen anda meminta anda membuat satu tutorial bagaimana cara melilit tudung tersebut agar mereka juga dapat chantek dan chun seperti anda :)

Tidak kurang juga yang mengomen memuja muji kechantekan dan keayuan anda yang tersenyum sipu di hadapan skrin telefon pintar anda mahupun ipad atau tab apatah lagi Galaxy Note . eh .

Selain itu , para pengikut (baca:followers) anda lebih teruja tersengih sengih dan heksaited apabila anda menghaplod gambar-gambar anda bersama teman istimewa anda yang tidak kurang chomel pipi gebunya dan jambunya sama ada halal atau masih belum halal. erk. Malah , mereka semakin histeria di hadapan telefon pintar masing-masing . Yang lebih memanaskan punggung membuatkan mereka tidak senang duduk apabila babak-babak manis terlebih gula 'hubby and wife' atau 'mama and papa' anda di dihapload . Lalu bergegaslah mereka mengapdet status masing masing berbunyi : 'NAK KAWENN!!'

GULP. Lap peluh sebentar .

Semakin ramai populasi gadis meroyan mahu berkahwin awal dan mula sibuk bekerja mencari imamnya dengan menyeru-nyeru di dinding muka buku dengan pelbagai status yang berbunga-bunga sakura .



Wahai seseorang yang telah tertulis dalam lauhul mahfudzku,
imam ku dan ayah dari anak-anakku,
engkau yang akan bersama dalam perjalananku nanti.
Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu kelak,
Aku percaya kau sedang belajar, belajar ilmu dunia terutama ilmu akhirat yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti.
Aku percaya Al-Qur'an selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan zikir selalu melantun menemani langkah jihadmu.
Aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu.
Aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, dan keluarga kita nanti.
Aku percaya, kau sedang memperbaiki diri disana, di belahan bumi manapun kau berada.
Aku pun begitu sayang ♥


Muntah darah.

Tudung litup . Tudung bidang . Cantik . Tampak solehah. Raut wajah ayu . Manis . Menyejukkan mata sesiapa saja yang terlihat atau melihat. Bergaya . Sukakan kanak-kanak (selalu boleh dilihat melalui dp mereka bersama bayi yang tidak langsung memandang ke arah lensa kamera . kebanyakkannye lah) .

Apakah ciri-ciri ini tidak lagi cukup ampuh dan berkuasa untuk meruntuhkan iman senipis bawang atau kentang jejaka-jejaka di luar sana . Mungkin para ikhwah juga tidak terkecuali !

Sedang saya sendiri terpacul 'Subhanallah' keluar dari mulut , kagum melihat kecantikan yang Allah pinjamkan kepada rakan-rakan segadis yang galak berposing di laman sosial . Ya , saya juga terpesona dengan kecantikan anda , senyuman manis anda , betapa galaknya mata anda , kulit mulus anda , dan gaya anda . Dan saya seorang perempuan .

Inikan pula kucing yang sedang kebuluran , apa akan jadi apabila berekor-ekor ikan gemok-gemok dihidangkan depan mata ? Tak ke tersembul keluar biji matanya ? Harus mahu diterkam sahaja semuanya ! Tapi apakan daya , ikannya semua hanyalah ilusi di sebalik skrin telefon pintar . Aduuuhh, jelitanya ciptaan Ilahi . Hati sang adam berdegup-degup tanpa had laju , fikirannya hampir 40%(atau lebih) kurang kewarasannya selepas melihat gambar anda . Lalu ...

................................................................................

Girls .

Anda tahu anda itu sangat berharga ?

Anda tahu anda itu sebaik-baik perhiasan dunia dan akhirat(insyaAllah) ? Bukan saya kata , tetapi kekasih hatinya yang tidak pernah berbohong sepanjang umur yang kata .

 Anda tahu anda sangat cantik ?

Anda tahu anda itu bidadari dunia ?

Anda  penguat sang lelaki ? Penyokong segala perjuangan ? Penguat tika kesusahan ?

Anda tahu anda juga boleh menjadi pelemah sang lelaki ?

Anda tahu anda juga boleh jadi senjata syaitan yang tercanggih,terampuh dan paling berkuasa untuk meruntuhkan iman sang lelaki ?

Anda tahu anda merupakan masa depan agama,bangsa dan negara ?

Anda tahu syurga itu di bawah telapak kaki anda (kelak) ?

Anda tahu Baginda Rasulullah sangat memuliakan anda dengan mengatakan anda adalah harta paling berharga di dunia ? Lebih mahal dari Ferari , lebih mahal dari Burj Dubai , lebih mahal dari KLCC .

Anda tahu darjat anda apabila menjadi wanita solehah ?

Anda tahu status anda di Syurga kelak apabila anda menjadi isteri solehah ?

Anda tahu kebanyakkan penghuni Neraka itu siapa ?


Saya yakin , semuanya dapat dijawab dengan baik oleh iman anda masing-masing .


Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Sungguh , dalam dunia serba maju dan moden memang payah nak bermujahadah melawan semua ini . Kini , semua orang ada facebook . Semua orang ada instagram . Semua orang upload gambar cantik-cantik . Semua orang ada boyfriend. 

Tapi ingatlah wahai wanita yang beriman , tidak semua orang masuk Syurga .

Teringat saya akan satu status yang amat menarik di facebook oleh Dr. Zaharuddin

Bila seseorang wanita post gambarnya di Facebook, kemudian ada orang comment, "Cantiknya awak.""Waah.. Comelnya", "isyh keibuannya wajah" atau apa2 yang seertinya dengannya, khususnya dari lelaki bukan mahram atau juga wanita lain. Kemudian, apakah respond si wanita? Bagaimanakah response yang terbaik sebagai tanda dia seorang calon isteri solehah?. 

Biasanya ramai wanita yang menjawab "Thanks", 

"Terima kasih" atau "Alhamdulillah" atau "eh tak ada lah, biasa2 aja" (kononnya tawadhu') dan sebagainya. Adakah itu satu petanda akan sifat yang baik?

Menurut pendapat saya, perempuan yang baik, sangat elok untuk dijadikan calon isteri, ialah apabila muncul komen sebegitu, dia akan DELETE gambar tersebut daripada Facebooknya, tanpa sebarang komen lagi. (Point yang saya kongsikan sewaktu ceramah Langkah 1,2 3 mencari jodoh di Seminar Baitul Muslim pada 6 Okt 2012 yang lalu)


Subhanallah . Indah bukan . Apabila malu masih berfungsi dengan keimanan, insyaAllah , Allah akan membantumu dalam mujahadahmu .

Girls , you guys are too precious . Don't you feel you are beautiful enough that you need outsiders or ajnabi berhidung polka dot to puji and komen all your cute pictures ?

Seriously , we don't even know what's in their mind . Whether it's positive,negative or worst ; dirty .
Even though we think we cover enough our aurat, wear labuh enough tudung , longgar enough shirt and skirt or pants , still we are smiling like sunshine in our pictures . Doesn't that obviously attracting buaya jantan ? I mean guys .

Saya ada satu pengalaman yg ingin dikongsikan di sini. Saya pernah buat eksperimen di facebook saya. Apabila dp saya gambar selain dari gambar saya (e.g : gambar kartun,bunga,buku, etc) , tidak ada langsung friend request dari sesiapa yang asing .

Namun apabila saya menukar dp saya dengan gambar saya kalau zaman jahiliah dulu letak gambar chomel2 la siket . tsk tsk . Jahilnya dulu . Pasti tiba-tiba , banyak pulak friend request . Tak dek la banyak sangat sampai berpuluh-puluh , adalah satu dua tiga empat lima enam tujuh ...

Sekarang ini pun lebih kurang, apabila saya set dp saya gambar yg sekarang ini, hm.. adalah friend request datang menjengah . Kalau kawan perempuan saya tak kisah . Yang saya kisahkan ialah para lelaki .

Apa yang ingin saya sampaikan di sini bukanlah nak menunjuk-nunjuk saya menerima friend request yg banyak . Tidak , friend request saya tidaklah sebanyak anda-anda sekalian . Jumlah friend saya pun tak lah beribu-ribu macam anda sekalian .

Cumanya , kadang kala , kita rasa , bila orang berlainan jantina add kita di facebook , kita rasa macam takdek mendek . "biasalah tu" .

Pada hemat saya, ini pendapat peribadi saya . Bagi saya, facebook adalah satu laman sosial yang amat peribadi bagi saya. Kerana saya selalu berinteraksi dengan kawan-kawan melaluinya. Dan juga kerana saya mempunyai banyak koleksi gambar di dalamnya . Ya, tidak dapat dinafikan , ada beribu-ribu gambar yang pernah saya upload . Gambar zaman sekolah dulu. Gambar kenangan dengan kawan-kawan. Gambar yang susah saya nak delete. Zaman dulu, maka ada juga gambar yang kurang sesuai untuk ditunjukkan pada lelaki memandangkan saya bersekolah satu jantina sahaja . Jadi mungkin ada gambar saya atau gambar kawan-kawan yang aurat kami tidak tertutup dengan sempurna .

Oleh sebab itu , saya tidak mempunyai seorang pun kawan lelaki di facebook . Dan saya tidak mengapprove seorang pun kawan lelaki. Kecuali saudara terdekat. Sebab , jika saya approve satu , mungkin saya terpaksa approve yang lain . Facebook menyediakan khidmat 'message' jika kita hendak berhubung dengan outsider . Jadi bagi saya, tidak ada masalah .

Ini pendapat peribadi saya. Cara saya . Menutup serapat-rapatnya pintu fitnah lebih membuatkan hati saya tenang. Saya tidaklah kuat untuk berhadapan dengan ujian lelaki . So , prevention is better than cure. Senyum.

Dengan hanya meletakkan dp yang tak jelas menunjukkan wajah pun, orang sudah mahu add anda , apatah lagi jika anda meletakkan gambar wajah anda yang cantik rupawan menawan debomb itu . Lihat bagaimana sebenarnya 'kuasa' wanita itu . Masih ragukah kalian dengan 'kuasa kecantikan' wanita itu ??

Maka, tidakkah anda terfikir kecantikan anda sekalian mungkin akan menjadi penyebab 'bakal-bakal imam' anda tidak khusyuk dalam solatnya . Kemanisan senyuman anda mungkin menyebabkan 'bakal-bakal imam' muslimah lain juga hampir teransang atau ............... Maaf , terpaksa saya berterus-terang di sini . 

Malah , jika gambar anda dilihat oleh lelaki yang masih berbaki iman di hatinya , mungkin dia akan menundukkan pandangannya dan segera beristighfar lalu trauma untuk membuka kembali akaun instagramnya . Alhamdulillah , anda selamat . Tapi , saya tidak pasti akan keselamatan iman lelaki soleh yang tidak sengaja terlihat gambar anda tadi . hm...

Manakala , bagaimana pula lelaki-lelaki berhidung belang,polka dot atau warna-warni yang datang menjengah kecantikan anda ? Mereka ini pasti akan tidak segan silu memuji-muji kecantikan anda lalu membuatkan anda terbang sebentar . Bila teringat boyfriend , mungkin baru anda tersedar dari lamunan . hm..



Tak sangka ada gambar macam nih~

Konsekuensi lain yang perlu para gadis di luar sana fikirkan juga , gambar anda bukan sahaja di'like' malah mungkin akan di share bersama-sama teman-temannya yang juga berhidung warna warni . Atau sudah evolve menjadi buaya tembaga ! oh ! Gambar anda akan mereka tatap bersama-sama . Oh! Sama ada mereka memuji,memuja atau mengutuk . hmm *angkat bahu* . Wallahua'lam .

Lagi parah jika mereka 'meminjam' sebentar wajah anda untuk turut serta dalam bayangan atau anganan yang di mana mereka sahaja tahu apakah yang sedang terjadi ....

*speechless .

Bagi pendapat peribadi saya sendiri , saya berasa sangat seram dan takut sekiranya itu terjadi . 


Bagi kalian yang memakai tudung ala-ala muslimah solehah akhir zaman , di mana kalian utuh mempertahankan fesyen syariat Islam yang sempurna , syabas saya ucapkan kepada kalian . Kalian memang superb ! Debab Daebak! Ohsem tidak terkira ! Semoga Allah merahmati kalian :)



Namun , mungkin ada sedikit kesilapan atau tersalah faham atau masih belum faham anda yang membuatkan anda terlepas pandang tentang aktiviti pengambaraan anda di laman sosial .

Muslimahku yang solehah lagi ayu di mata Allah ,

Apabila kalian berpakaian mengikut syariat dengan sempurna , sedarlah kalian akan menjadi lebih perhatian . Lumrah . Sebab spesies kalian merupakan spesies terancam di akhir zaman ini . Sememangnya pasti para lelaki itu memang dok heboh sana sini mempromosikan kata-kata 'yang tertutup itu lebih indah' . Tepat . Kerana Allah yang tetapkan . Sebab itu tampak lebih indah .

Tidak kurang juga mata-mata yang tersembunyi atau terang-terangan dok mengusyar anda sebab anda menutup aurat dengan sempurna . Maklumlah , sekarang ini , tidak kurang juga imam yang sedang sibuk mencari makmumnya walaupun masih muda belia .

Juga mungkin, disebabkan labuhnya tudung anda , tapi masih lagi disertakan dengan gambar-gambar cantik anda , tidakkah anda rasa itu boleh menjadi satu fitnah kepada syariat ?

"oh , boleh ek, pakai tudung labuh tutup dada still posing-posing kat facebook?"

"Pakai je tudung labuh , tapi upload gambar tak senonoh kat instagram. Terkeluar lidah la, mata julinglah.."

Saya tahu label melabel ini satu tindakan yang tidak sihat , namun , bagi saya, mungkin ini boleh menyebabkan kitalah penyebab fitnah tersebut.

GULP.

Cuma , kita kadangkala , tertipu dengan godaan nafsu . Syaitan apatah lagi . Kita tidak boleh nampak syaitan . Jadi , inilah cabarannya . Cabaran itu ikhlas menutup aurat semata-mata 100% demi Allah tanpa sedikit pun mengharapkan pujian , lirikan mata sang adam . Paling kurang pun 'like' . Teehee.

Mujahadah kerana Allah memang payah . Sebab syurga itu indah . 


Di sini , sama sekali tidak terniat di hati untuk mengharamkan anda semua wahai sahibah untuk upload gambar ni laman sosial . Tidak juga terniat untuk mengharamkan anda berfesyen sambil menutup aurat . Saya juga tidak terkecuali dalam mengikuti perkembangan fesyen muslimah kini yang semakin cantik dan cool pada pandangan saya . Saya juga seringkali menonton tutorial-tutorial tudung di youtube . Ternyata ada sebahagian muslimah yang mengambil berat soal menutup aurat dengan sempurna dan menunjukkan cara pemakaian tudung yang lebih kemas dan lebih proper . Syabas . Semoga amal kalian ikhlas keranaNya .

Cumanya , ingin saya kongsikan mengenai tatacara kita apabila ingin upload gambar di facebook . Mungkin bagi kalian tidak ada apa-apa . Mungkin juga mahu berkongsi dengan rakan taulan . Mungkin juga mahu update status dan di mana kalian berada pada saat itu . Sekadar berkongsi dengan rakan-rakan di alam maya .

Sekadar ingin saya ingatkan tentang soal hati . Hati kita , para wanita yang mudah tersentuh hatta dipuji sedikit . Hati kita sangat sensitif . Maka di sini , marilah kita sama-sama koreksi diri . Tanya diri anda (dan saya juga) , apakah tujuannya kita upload gambar gambar kita yang sangat cantik itu ? Tambahan gambar itu , terlalu rapat dengan lensa kamera , sehingga terserlah tahi lalat kecil di pangkal dagu . Itulah yang mungkin kita tidak sedar , penggoncang iman sang adam .

We never know the consequences ~

Girls , again , i suggest you guys to keep all the cutie pie , cun overdose pictures by yourself. Hah , Tangkaplah gambar banyak-banyak , tak dek orang nak marah . But , save it in your collection only . Kalau nak upload sekalipun , tengok betul-betul . Perhatikan betul-betul setiap inci gambar kita tu . Entah terlebih madu ke senyuman kita , entah terliuk lentok over manja sikit ke , entah renungan mata kita tajam sangat hingga menusuk jantung ke , entah aurat terbuka ke , entah aurat rakan kita terbuka ke (take note this !) .

Sesungguhnya mukmin itu sangat berhati-hati dalam setiap urusannya .

Dann.. tanya diri kita balik for the last time sebelum kita tekan butang 'upload' . Kenapa kita nak upload gambar ni ? Simple question , but mean a lot , insyaAllah .

What if , I suggest you guys one thing .

Girls , kalian simpanlah gambar-gambar kalian yang cantik-cantik gila , yang cun-cun gila , yang chomel-chomel gila , err.. banyaknya gila . Simpan baik-baik dalam your collection . Tak payah upload. Simpan dengan penuh sabar .

Tunggu di hari perkahwinan kalian nanti , bila kalian dah jumpa the right man or shall I say your 'imam',  nanti , lepas je akad nikah , terus cakap .

"Abang , ini semua gambar saya yang saya tangkap dan saya simpan hanya untuk abang . Saya tak pernah upload satu pun gambar ni . Saya simpan gambar ni khas , special hanya untuk abang sayang "

Lalu , bersinar-sinar lah mata suami anda keharuan, rasa dihargai, kembang kempis hatinya berbunga berbisik 'oh solehahnya isteriku ini' lalu .....

err.. sambung sendiri lepas anda nikah nanti ..

eh , penah dengar tak , Ustazah Fatima Syarha dan suami pernah kata , kahwin itu merupakan berbuka puasa menahan nafsu ... hanya yang sabar menahan nafsu sahaja akan merasai nikmatnya berbuka puasa.

Bukannya saya hendak bangkitkan isu Baitul Muslim pulak kat sini , cuma nak katakan , buat para bakal makmum di luar sana , jika anda teguh menjaga pergaulan , tak sentuh sini sana , hatta berlapik , menutup aurat dengan sempurna litup atas sampai bawah, tidak mengada-ngada dengan lelaki di laman sosial, tidak salah rasanya jika di sini saya sertakan juga kes mengkhaskan gambar cantik-cun-meletop anda khas untuk suami anda sahaja .

Ada madu tumpah ke ?

Konklusi saya di akhir post yang panjang lebar ini , buat para sahibah di luar sana . Kita perlu berusaha lebih sedikit untuk meningkatkan penghargaan kita terhadap diri kita sendiri. Ya, anda perlulah tahu nilai diri anda yang tidak ternilai itu . Supaya tidaklah akan terjadi kes-kes di mana kita tidak sengaja 'memurahkan diri' baik di dunia realiti mahupun di alam maya .

Caranya tidak lain tidak bukan dengan menambah kuantiti bacaan anda mengenai diri anda . Ya , terdappat pelbagai buku atau artikel-artikel yang mudah untuk didapati yang bercakap mengenai betapa mahalnya anda , betapa berharganya anda , betapa hebatnya anda . Semua itu anda boleh dapati daripada agama mulia lagi indah yakni Islam yang tercinta . Islam telah mengangkat darjat wanita . Rasulullah telah memuliakan wanita . Jangan sekadar tahu islam itu telah memberi keadilan kepada wanita, tetapi ambillah sedikit inisiatif untuk mengambil tahu apa yang telah Islam lakukan. Apa yang terjadi sehingga Islam mengangkat darjat wanita . Ambil tahu bagaimana pada zaman sebelum kedatangan Islam , bagaimana wanita itu dihina dan dikeji bukan hanya sekadar bayi perempuan ditanam hidup . Ambillah tahu bagaimana agama hindu memperlakukan kaum wanita dan balu setelah kematian suami mereka . Bagaimana nasib mereka diperlakukan seperti mereka tidak ada nilai sebagai seorang manusia .

InsyaAllah , kesyukuran kita pasti akan meningkat . Izzah di hati memegang title Islam bukan hanya di IC akan meningkat . Hanya ilmu akan mengangkat nilai diri walau cantik macam mana sekalipun diri kita .

Dan akhir kalam , Allah yang menciptakan kita tetap hanya akan memandang sejauh mana usaha kita untuk menyenangkanNya , untuk menjadi cantik di mataNya dengan iman dan ketakwaan kita .

Dunia ini dilaknat kecuali 4 perkara .
1. Zikir mengingati Allah .
2. Perkara yang mengingatkan,dibuat untuk, Allah
3. Orang yang mengajar ilmu
4. Orang yang belajar

Sini ada beberapa link untuk menambah pembacaan dan 'nilai' diri anda , wahai sahibah fillah

1.Tazkirah hanya Untuk Anda :)
2.Sister:Beriman atau Bergaya (Langit Ilahi)
3.Bidadari Dunia : Jangan Lembik , Binalah Kekuatan ! -HA
4.Malu Bidadari Dunia, Menyebabkan Mereka Mahal
5.Definisi Cantik Bidadari Dunia
6.Kematangan itu Cantik !
7.Cara mencantikkan kematangan

Oh ya , Selain itu , anda juga boleh membaca novel 'Seindah Mawar Berduri' dan 'Tautan Hati' untuk mendapat gambar jelas perwatakan seorang wanita solehah yang boleh dicontohi . Mesti ramai dah baca kan ..



Semoga Allah Redha dan Merahmati kalian :)

Monday, October 22, 2012

Kematian Idaman

Assalammualaikum .

Tadi tertengok satu video , beautiful video mengingatkan kita tentang nilai dunia jika nak dibandingkan dengan nilai akhirat . Allah ...

Most people know this ...

Bila kita celup sejari (satu jari)  di lautan , angkat jari kita dan lihatlah titisan air yg tergantung di jari kita .

Kecil .

Terlalu sedikit.

Nak hilangkan dahaga pun tak mampu .

Apatah lagi nak buat basuh ****

err...

Subhanallah , cuba kita hayati betul-betul hadis Rasulullah ini dengan hati yang betul-betul mahu memahami hikmah disebaliknya .


Dari Al-Mustaurid bin Syaddad r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda :
“Tidaklah dunia ini kalau dibandingkan dengan akhirat, melainkan seperti sesuatu yang seorang di antara kamu semua memasukkan jarinya dalam air lautan, maka cubalah lihat dengan apa ia kembali – yakni, seberapa banyak air yang melekat di jarinya itu. Jadi dunia itu sangat kecil nilainya dan hanya seperti air yang melekat di jari tadi” – Hadis Riwayat Muslim


Subhanallah . Subhanallah . Subhanallah .

Cuba try test berenang kat laut ni . luas tak ? 

Hmm... bila terkenangkan dunia akhirat sana , pasti confirm menyelinap satu perasaan kerdil lagi rendah diri dan takut untuk menghadapinya .

Fuuhh.. bila mana mahu bercakap mengenai dunia akhirat , pasti tidak boleh lekang dari menyebut dulu gerbangnya .

Tidak lain tidak bukan MATI .

Ya , secomel tajuk di atas , 4 huruf ini mampu buat kita terdiam,terduduk,terbisu,terkaku,terkelu malah terbeku (baca : freeze)

Mengingati mati satu tuntutan dalam Islam . Kerana kita , muslim dan mukmin yang menyakini hari akhirat sana, kewujudan surga neraka , al mizan , as sirat , mahsyar dan kiamat itu sendiri mesti tak boleh lepas dari fikir pasal mati dulu .

Sebab mati adalah permulaannya ...

Oh ya , malah , mereka yang dikatakankan paling bijak atau orang kampung panggil paling genius ialah orang yang mengingati mati !

fuh~ ingat mati da boleh dapat title Einstein kaaa ???

Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?


“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)



See.. our prophet Muhammad Rasulullah Salallahu alaihi wassalam sendiri menconfirmkan kenyataan ini .

Na.. mari kita lihat,tenung, dan observe . Adakah cukup sekadar mengingati mati sahaja boleh dapat title 'pandai' tadi ? hmm.. Rasulullah kata lagi , 'paling bagus persiapannya selepas kematian' . Means here , orang yang bijak ni ialah orang yang ingat mati lalu membuat persiapan yang terbagus,terbaik,terdaebak !err.

Sebenarnya , ingat perkataan M.A.T.I tu je pun dah mampu buat kita rasa insaff. tsk tsk .

Namun , mengapa perlu sedih bila mati ??????

Ha... ini pun persoalannya jugak . Mengapa nak sedih bila mati ?

Ha , jawab jawab .

"sebab dosa banyak lagi"

"tak sempat nak taubat"

"tinggal anak isteri"

"tinggal harta benda"

"tinggal kucing gemok kesayangan" -,-"


hm... yeah , typical answer . dari common people. Bukankah melalui kematian kita akan menemui Allah tercinta ? Bukankah melalui mati kita dapat bertemu Rasulullah SAW yang dirindui ? Bukankah melalui kematian kita dapat merasai kenikmatan syurga abadi ? Ya , segala-galanya memerlukan mati .

Tapi , hati kita masih takut . Iyelah , sape tak takut mati bhai ! Sakit seperti dicincang 300 pedang tajam !

uh, ya .. mati memang sakit .. tapi itu bukan yang hendak saya fokuskan di sini ..

Jika kita melalui kepayahan , kesusahan , keperitan malah kesengsaraan di dunia kerana ingin mentaati Allah , maka mati merupakan satu pelepasan bagi kita dari dunia yang kejam ini . Sebagai contoh , saudara-saudara kita di Palestin , Rohingya , Syria dan lain-lain . Mereka diseksa , dihina,dikecam . Mereka hidup dalam ketakutan kerana bersyahadah . Mereka akan ditembak , disembelih , dirogol dan macam-macam lagi perlakuan keji dan kejam yang dikenakan oleh musuh-musuh Islam terhadap mereka .

Semua itu kerana mereka percaya pada Allah . Beriman . Maka , apa lagi yang ada di dunia ini untuk mereka ? Hanya kesengsaraan semata . Hati mereka tidak langsung terikat dengan dunia , malah merindui akhirat dengan kerinduan yang membuak-buak . Kerana mereka mengenali wajah sebenar dunia . Mereka memahami kebusukan dan kehinaan dunia . Maka , apa lagi perlu ditunggu di dunia ini ? Maralah mereka menentang musuh Allah lalu syahidlah mereka . Subhanallah , kematian mereka bukan kematian yang sia-sia. Malah merekalah yang meramaikan syurga berbanding kita yang Allah limpahkan dengan nikmat duniawi ..

Mereka dijamin syurga . Kerana mereka membuktikan cinta mereka kepada Ilahi .

Namun , kita yang dilimpahkan dengan nikmat , seringkali tertipu dengan solekan dunia yang tebal . Sehingga tidak terlihat segala cela, parut marut malah kudis buta dunia yang jijik . Kita melihat,merasai malah menikmati keindahan duniawi . Malah itu pun sudah cukup nikmat bagi kita . Kita terus menerus ingin mencari kenikmatan dunia yang lain . Mahu , mahu dan terus menggila kemahuan kita kepada dunia . Akhirnya , hati kita dipenuhi cinta kepada dunia . Cinta pada kenikmatan dunia . Harta benda , gadget-gadget , i-phone,samsung tab, laptop , movie , drama , hiburan yang mengasyikkan , novel cinta yang indah-indah belaka , rumah besar, kereta mewah, melancong sini sana , kepandaian yang lebih dari orang lain, kecantikan rupa paras yang dipuja manusia, followers, friends beribu-ribu yang sering memuji-muji kelebihan kita, populariti, darjat, nama, pangkat, jawatan, kuasa yang kita kejar. Yang kita gila-gila berusaha mengejarnya .

Sibuk mengejar dunia sehingga tidak sedar akhirat yang tercicir di pertengahan jalan .

No wonder lah mati itu bagaikan hantu dalam hidup kita . takutnya mati .

Suka saya ingatkan diri saya tentang satu bab yang baru sahaja dibaca sebentar tadi dalam buku 'Fanzuru'-Hilal Asyraf . Tajuk bab itu : Hakikat Kehidupan Insan .

Dari dalam kandungan lagi kita sudah mula terbentuk . selama 9 bulan ++ .

Seterusnya kita berada di fasa kehidupan di dunia ini apabila kita dilahirkan . Usia ummat Muhammad hanya lebih kurang 60++ . itu pun kalau umur panjang ...

Kemudian apabila mati , mulalah fasa di alam barzakh . Tempat menunggu atau pun 'R&R' sementara menunggu dunia kiamat . Entah berapa lama . Entah berapa tahun . Entah berapa kurun .
Entah berapa alaf. Sedang balasan sudah mula dijalankan sedikit . Sama ada kubur itu menjadi lubang neraka atau taman sorga.Semua bergantung kepada keadaan amal kita di dunia dulu . DI DUNIA DULU...

Pada hari kebangkitan , kita berhimpun di padang Mahsyar , sebuah tempat seluas saujana mata memandang. Di sinilah akan ditimbang segala amal perbuatan kita di dunia . Di sini Mahkamah Akhirat dijalankan . Membela diri sendiri , mendakwa orang lain , mungkin mendakwa ayah sendiri kerana tidak pernah mendidik anak perempuannya untuk menutup aurat , mungkin juga mendakwa suami sendiri kerana dayus , mungkin juga mendakwa saudara -mara kerana agihan harta yang salah , mungkin juga mendakwa jiran tetangga sendiri yang tidak pernah mengajak kita ke masjid . Di sinilah , saudara menjadi musuh , kawan menjadi lawan . Judgement memakan masa beribu-ribu tahun. Paling koman , 50 000 tahun . Lautan manusia mahu dihisab, bukannya kejap ! Keadaan kita di sini , bersesuaian dengan amalan kita di dunia dulu . DI DUNIA DULU...

Kemudian ,kita akan menempuh as sirat yang sumpah scary . Yang senipis rambut dibelah tujuh,setajam pedang . Ada yang menempuhinya seperti kilat , ada juga berterbangan seperti burung , berjalan kaki , merangkak , tak kurang juga yang terpeleot lalu jatuh ke lembah neraka . Semua sesuai dengan keadaan amalan kita di dunia dulu . DI DUNIA DULU....

Kemudian , masuklah kita ke destinasi abadi kita . Sama ada syurga atau neraka . Fuh. Abadi . Infiniti. Abadan abada . Tiada penghujung . Kita pun hidup selama-lamanya . Ini bukan fairy tail mahupun cerita dongeng Pak Belalang . Inilah realiti yang sebenarnya . Realiti yang hakiki . Sama ada meneguk kenikmatan tidak terhingga yang Nabi gambarkan seluas lautan itu attau kesakitan dan kesengsaraan yang maha sakit sesuai dengan ratio setitis air : seluas lautan .

Semuanya , bergantung dengan perbuatan kita DI DUNIA DULU . Dunia yang sebentar cuma . Dunia yang kurang dari 100 tahun . Dunia yang sangat-sangat pendek kalau nak dibandingkan dengan 3 fasa yang dah disebut tadi .

Ada satu quotes kat Twitter yang sangat comel tapi menyentapkan .

Life ask to death .

Life : Why people love me and hate you ?

Death: because you're the beatiful lie and I am the truthful pain ...

Suka aku kaitkan hidup ini macam kehidupan kat asasi . Pendek . Tapi memenatkan. Gila pack. Tapi itu semua harus diharungi untuk cepat masuk degree .

Fuuh . Seronok bercakap mengenai kematian . Kerana kematian itu gerbang kepada kehidupan abadi di akhirat sana . Suatu kehidupan di syurga yang diidamkan para pemburu syurga . Segala apa yang kita lakukan di atas dunia ini tidak lain tidak bukan bagi meraih pandangan dan kasih sayang ALLAH untuk mengizinkan kita masuk ke dalam syurgaNya itu .

Kematian idaman ? Husnul khatimah ?

Bagaimana mahu mendapatkannya ?

Berbuat baiklah kita sesuai dengan cita-cita dan impian yakni syurga nan abadi, serta taat setialah kepada Allah dan Rasul .

Sebuah video inspirasi yang superb :)

Be like lion !

Yang ini superb . Rasa macam kena tampar !

Subhanallah . Semoga Engkau Redha , Ya Rabb . 

Wednesday, October 17, 2012

Cerpen : Cinta perlukan bukti

"Cinta perlukan bukti,Farhah . Allah mahu bukti sejauh mana kita betul-betul serius di atas jalan ini"

Aku mengangguk perlahan . Air mata berguguran lagi . Entah kali yang ke berapa . Masih berkisar mengenai persoalan yang sama.

Entah mengapa diri ini terlalu lemah keseorangan . Mudah leka dengan masa lapang. Lalai dalam kesunyian .

Ayat itu sangat mengoncangkan hatiku. Manakan tidak, sedang hati galau dan tidak keruan, kucapai kalam suci itu dari rak buku di hadapanku, kubuka secara random , ayat itu yang menyapa retina mataku.

Surah Muhammad , ayat 31 . 
"Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu , dan Kami akan uji perihal kamu."

Ayat ini seolah-olah menyihirku . Aku terkedu. Tergamam.

Kemudian mataku meneruskan pembacaan ayat-ayat seterusnya .

Ayat 33
"Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan jangan kamu merosakkan segala amalan kamu."

Ayat 35
"Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai,kerana kamulah yang paling unggul,dan Allah pun bersama kamu, dan Dia tidak akan mengurangkan segala amal kamu."

Ayat 36
"Sesungguhnya kehidupan di dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman dan bertaqwa, Allah akan memberi pahala kepadamu, dan Dia tidak akan meminta harta kamu."

Aku tersenyum kelat. Aku menghela nafas dalam-dalam, cuba merasionalkan diri. Sungguh tersentuh dengan ayat pujukan Ilahi. Inilah antara sebab mengapa aku sangat menyukai surah Muhammad ini . Mungkin rindukan Rasulullah barangkali .

"Sedang kepandaian memerlukan peperiksaan besar untuk diuji , inikan pula soal keimanan. Soal syurga. Soal Islam. Soal kesetiaan kepada Ilahi." aku masih bermonolog .

"Jika engkau benar serius di atas jalan ini,maka Allah terlebih dahulu mahukan bukti sejauh mana engkau bersungguh-sungguh mengislah diri. Melaksanakan tarbiah kendiri dengan penuh disiplin. Berusaha keras untuk tidak futur."

Aku terdiam. Sungguh terasa seperti berhadapan dengan kaunselor yang
bersemangat .

"Ya. Memang engkau masih hijau di atas jalan ini. Namun, apakah engkau mahu mengalah dan memberi alasan bahawa engkau masih baru ? Lalu berniat untuk berputus asa . Give up macam tu je ? Oh sungguh lemah semangatmu, wahai diriku. Jangan memalukan aku, wahai diriku."

Aku tersengih. Hatiku semakin terubat dengan kata-kata kritikan diriku yang satu lagi. Ya , aku memahami. Perjalanan ini tiada hujungnya. Penuh dengan duri dan kaca yang menyakitkan dan melukakan. Tapi yang pasti, matlamatnya jelas ! Redha Allah , syurgaNya yang agung !

"Usah memberi alasan yang remeh . Orang lain sibuk terkejar-kejar pahala dan syahid . Mahu shortcut masuk ke syurga . Orang lain sibuk berhempas pulas mengejar syurga . Semuanya di atas gerabak yang sama. Mengapa engkau mahu memberi alasan ? Tidak mahu shortcut masuk syurgakah ? Itu pun kalau layak..."

Gulp. Sinis. Ouch.

"Satu lagi.Jangan menyia-nyiakan kefahaman yang Allah anugerahkan kepadamu. Jangan hanya tahu mengeluarkan idea, post ke twitter, tampal di dinding facebook, tapi kontang dari segi praktiknya. Jangan biar kata-kata memakan diri. Jangan mencelakakan diri . Ingat itu."

Aku mengangguk-nganguk perlahan . Mengapa terasa bahang pula ni ? Oh, terlupa nak tanggalkan telekung kagi rupanya. Patutlah panas semacam. Usai mengemas pakaian solat,terus kucapai komputer ribaku lalu mencoretkan cerpen ini .

21.13. 17.10.2012. Rabu .
Semoga Allah Redha . 

Saturday, October 6, 2012

lagi nak habis exam ni la , rajin pulak nak hapdet . ngada-ngada . *jelir lidah .

Dulu , zaman dok rumah , baca2 belog , zaman tu aku kira zaman belajar teori . Teori tentang kehidupan , dari pengalaman orang , cerita-cerita orang , bagaimana diorang meneruskan kelangsungan hidup walaupun diuji .

Hm.. aku kira , zaman itu juga zaman di mana aku tidak pernah merasai kegetiran ujian dari Ilahi . Memang , waktu kat Seseri memang ada ujiannya , memang payah , memang susah , tapi bagi aku , itu belum cukup untuk mematangkan aku , menyedarkan aku tentang hakikat kehidupan . Aku masih lagi Farhah Amalina yang suka berangan , masih kalah dengan nafsu waktu cuti panjang , masih belum berjaya mentarbiah diri la kononnya . Ya , aku masih lagi Nurul Farhah yang terlalu mentah , tak mengenal erti kehidupan , walaupun aku BAJET tahu , bajet kuat sebab konon kononnya pernah diuji sebelum tu . Aku rasa , zaman seseri , akulah antara orang yg paling kuat diuji . Heh , Pehlis . perasan dol minah ni . *rolled eyes . Yeah , annoyed jugak dengan diri sendiri yg kuat membajet . Rakan-rakanku , maafkan daku yang kuat membajet ~

Then , zaman plkn . Eleh , ini lagilah , kebajetan kuat itu makin meningkat . Tak dapat dinafikan , memang plkn menguji ketahanan segala benda yang boleh ditahan . Phew ~ Konon2 kat sini la belajar berinteraksi , bekerja sama dengan lelaki . Heh , takdek makne nye . Ye , aku tau cara aku salah . Sorry people . I just can't do it anymore . Boys ..? no more . hew2.. yeah2 , bajet bajet sudah matang malah sudah mengenal kehidupan lebih dari orang lain . Phew2 ..

Atau kata lainnya , aku nak kata aku BAJET MATANG ~

 Namun, segalanya terungkai pabila aku menjejakkan kaki di bumi puncak lagi megah menjulang ini . Di sini , kehidupan fasa ke 3 aku bermula . Di sini , aku mengenal erti kepayahan dalam erti kata yg sebenar . Kepayahan yang cukup cukup menguji , menggugat gagat jantung hati , yang hampir saja buat aku berdiri terketar-ketar mcm tak cukup kalsium , seriyus , tak tau nak describe mcm mne lagi dah . Phew.

Sungguh , di bumi ini juga aku mengenali tarbiah , Alhamdulillah . Dan aku rasa lah kan , atas asbab perkenalan aku dengan tarbiah inilah , aku mengenal wajah wajah ujian yang datang menyapa . Segalanya memang sangat menguji ketahanan aku untuk bertahan ! Heh , ayat masih lagi tak bley blah ~ haizz..

Macam-macam jadi jugaklah dalam sem 1 yang masih berbaki seminggu lagi , (dan masih aku dah start mengapdet belog , tak tahan godaan betul !) ... bermula dengan cerita aku nak quit asasinye lah , itu la permulaannya . HOO , gua ckp sama lu , memang waktu tu menggelupur nak quit . Bulan puasa tuh . Dah nekad habis dah ni , bergelen-gelen air mata dah tumpah kat umah , dah siap survey nak sambung kat kolej mane dah .. Namun , kita merancang , Allah jua mendahului segalanya . Nehi , I can't quit . waktu tu , ramai dok kata , soh teruskan je , even though aku tak minat sains (anymore) , just teruskan je . setahun je pun ..........

Indeed . Setahun ye kome kata ............

And now , yeah , kadang-kadang tersengih sorang sorang bila mengenangkan yg betapa nekadnya aku nak drop asasi dulu . Dan actually , hikmah yang aku dapat dari peristiwa penuh luka berdarah pekat itu , betapa hebatnya kasih sayang ibu dan ayah . Waktu bgitau ibu aku nak drop tu , ibu terus ckp "kalau tak boleh lagi , nak buat mcm mne kan . tak pelah , kita try cari kolej lain." waktu tu , Allah je yang tahu betapa kembangnya hati aku bak dipam-pam dengan pengepam tayar (eheh?) , tapi air mata waktu tu dah mcm empang pecah , memang berjurai2 je. Sedih la katakan .. waktu tu jugak , aku sangat sangat risau dengan masa depan aku .. apa aku nak buat lepas ni ? U mne aku nak masuk ? the rest is history . (mls nak cerita panjang ...-,-"

Then , yeah . here I am . still here . Asasi student . to be precise , Asasi sains . Foundation in Science ye kome sekalian ...... segala quiz dan test pun aku tempuhi dengan tabahnya . pergh , memang syiok ~

and lately , kan skang musim exam. aku rase sume uitm kot kan ? hm.. bermulalah cerita sadis lagi .. waktu ni lah aku memahami erti ujian yang betul betul menguji keimanan dan pergantungan pada Allah . eh , betul . Aku tak betul 2 3 hari . Otak gelong . Hidup up side down , reverse forward - bak kata orang .. kebengongan jelas menguasai diri .. nak exam math , first paper . betul aku cakap , dalam mujahadah nak study maths tu , pergh , berteman air mata kot .1st time aku study , bertemankan air mata duka lara . punyalah siksa nak keep on study and tak give up . then , aku dicengkam perasaan takut . Takut waktu maths aku blank , tak tau nak jawab ape .

Bila pegi liqa' , memang topik hangat lagi membahang hingga ke tulang : 'Tawakal seperti burung' . Mulalah semua dok pegang hidung masing-masing . Sebab semua rasa terkene batang hidung masing-masing bila murabbi dok cita pasal konsep bertawakal . Ketahuilah aku , selama ini aku seolah olah mempermainkan konsep tawakal itu sendiri . Dek kemalasan , study last minute yg memang setengah minit aku rase , give up terus kata "aku tawakal" . hm.. tawakal la sangat ..

maths done . 5 papers to go .

walaupun physic killer subjek aku sejak zaman purba kala, tapi kali ni aku rasa yakin sket . sket la . sebab haritu , aku da stadi sket la dengan rakan seperjuangan aku , pegi jumpa Prof. Ahmad, siap bertapa lagi depan pejabat dia buat latihan sampai dapat jawapan . konon-kononnye la aku 'dah stadi sket' ..

nak dijadikan cerita , takdir menyapa . Hari khamis tu , paper Bel pagi , pukul 9 . Mlm tu , terjaga pukul 4.30 . bangun lah , perut rasa sakit . hm.. memang , lepas tu membuang . tapi , then aku loya . loya weh ~ memang gedebush muntah ruah . Then da pening kepala , smbg tido la smntara nak tggu subuh , bangun2 .. dengan loya yg teramaaaaat saaaangaaaatnye , UWEKKKKK!` memang muntah segalanya . entah apa aku mkn semalam . pergh . then , pegi buat bel pun dah terhuyung hayang . Tengah jawab pun , blergh , loya kot . Betullah , aku rse mcm morning sickness plak . eh . aku hanta paper bel awal , then cabut balik bilik . tido . memang tak lalu nak jamah ape , tido smpai ke petang .. mlm tu try la nak stadi . perut still sakit menggiga-giga . Gagahkan hati untuk study . Last minute sangat sangat , memang baca spot je . aish . masih lagi air mata menemani . sungguh , kalau Allah nak uji , memang kita tak terdaya langsung . Teringat kata-kata seorang sahabat ,

"nak katakan yg tawakal itu penting , memang penting disertai dengan usaha yg bersungguh sungguh . Tapi , ingatlah jugak yg nak usaha tu pun dengan izin Allah . Kalau Allah tak izin untuk berusaha nak study tu , tak jadi jugak . So , bersyukurlah bila ada kekuatan untuk study :)" 

So today , is physic paper . Petang . So , pagi tu study la . Physic . killer subject . Study last minute , berdozen lagi yg tak faham . what do you expect . Masuk la dewan exam berbekalkan kekuatan yg Allah pnjamkan ... dok la menenung 10 soalan tu depan mata . Honestly aku cakap , memang aku blur .

..............................................................................................................................................

Semua ni buat aku berfikir . Ujian yg Allah campakkan kepada kita hambaNya adalah ujian menguji diri pada titik kelemahan kita (bak kata murabbi) . Memang , aku memang lemah bab-bab study , apatah lagi berusaha . Masuk asasi ni baru aku kenal makna usaha tu ape . Sengal kan aku nih .

Sebenarnya , memang . Waktu fizik tadi , aku da fikir , ini ke penghujung kisah aku di asasi ? Am I failing myself now ? What am I gonna to do after ni ? nak apply dip ape lepas ni ? Nak tengok kolej mne ? Haiz, nak tinggal housemate , roomate , liqa' .. mcm2 persoalan menerjah dalam kepala otak walaupun dekat sejam aku dok tenung soalan physic yg bagi aku luar alam betul tuh ..

Kat sini lah , sebenarnya teruji sejauh mana aku percaya dengan aturan Allah . Oh oh .. sangat sangatlah teruji keimanan aku yang sangat lemah ini .

Tapi , kalau betul you gonna fail this time , mcm tak worth je , Why Allah made you decide to stay ? Kalau betul pun you gonna fail , hm.. must be something better wait for you in the future . Kalau betul pun you gonna to fail , kenanglah seberapa banyaknya pengajaran hidup yang Allah dah ajar sepanjang nak habiskan sem 1 ni . kenanglah betapa  banyaknya peluang Allah beri untuk kau kenal kelemahan diri dan kesedaran untuk perbaiki . carry marks mmg tak tinggi . pengajaran untuk lepas ni , constant study . Now , your vision terhadap dunia da change from different angle to much better angle than before , insyaAllah , kau lebih memahami the pure reason why on earth you are studying . Segala tarbiah yg sedikit itulah sebagai permulaan kau atas jalan yang kau pilih ni . Jalan yang ditempuhi oleh Rasulullah dan para sahabat . InsyaAllah , aku tak mahu terlepas untuk join sama di atas jalan ini hatta penuh dengan duri , kaca, paku , sekalipun . Kerana , jalan ke Syurga memang penuh bnde yang menyakitkan .. Allahu Allah . Allahu Allah . 

3 subjek lagi .. jangan pernah putus asa . kerana putus asa itu adalah kegagalan yg hakiki . oh Allah , kuatkan langkahku di atas jalan ini . Rahmatilah mereka yg bersama-sama denganku . Moga kami Engkau redha .







Baru nak feel tengok quotes2 ni ..... 

Semoga Allah merahmati mereka yg tidak pernah putus asa untuk mempercayaiku , ibu ayah , sahabat tercinta di pulau sana , murabbi tercinta , sahabat-sahabat yg menjadi penguat tanpa kalian sedari , Rasulullah sebagai kekasih hati penguat langkah . Wahai Allah , sesungguhnya ingatkan aku bahawa Engkau sedang mengujiku supaya aku boleh bertahan , boleh menikmati indahnya CintaMu dalam kepayahan di dunia , supaya aku boleh tersenyum kelak pabila bertemu denganMu bersama orang-orang yg aku cintai di dunia ini . Amin . 

Semoga Engkau Redha .