Dalam hidup ada pasang surutnya.
Tapi kena pandai manage lah bila dah tau air nak pasang...
Saya tak suka nak merungut. Especially di social media di mana beribu-ribu orang boleh baca.
Pasti terserlah kurangnya tahap intelektual apabila kemarahan atau frustration dihamburkan sewenang-wenangnya dengan ayat dan perkataan yang tidak enak dibaca apatah lagi untuk didengari.
Manusia perlu untuk didengari sebagaimana dia perlu untuk makan.
Angguk.
Mungkin juga kita semakin kekurangan insan-insan yang sudi mendengar dan menasihati kita dalam menjalani kehidupan.
Sahabat yang sudi mendengar dan menasihati ke arah kebaikan itu memang mutiara di dalam lautan dalam.
Sukar dicari,
sukar diteropong,
tapi sangat berharga sekali.
Terutamanya nak mencari sahabat yang sudi bersama-sama mengharungi badai kehidupan yang semakin hari semakin dahsyat.
When we're looking for these people, and kecewa sebab tak jumpa....
Rasanya kita dulu perlu menjadi orang yang kita mahu sebagai sahabat kita.
Maka di situ, magnet yang sama akan menarik, insyaAllah, Allah pasti mempertemukan kita dengan mereka-mereka ini.
Setiap orang ada cabarannya di tempat baru,
cabaran adapt dengan environment,
cabaran homesick teringat masakan mak sehingga termimpi-mimpi,
cabaran makanan tempat baru yang tak se-epik tempat asal,
cabaran kos hidup yang naik,
juga cabaran mempertahankan akidah,
mempertahankan cara hidup dan pegangan yang kita percaya.
Life in dunya is not easy man...
You got to realize that.
That's because Allah wanna make you longing for Jannah.
Longing for His Mercy.
Longing and begging for His Help.
May Allah make everything ease,
May Allah make us among the righteous people.
Semoga hidayahNya sentiasa memayungi kita.
Monday, September 30, 2013
wekk
Dah dekat sebulan dah...
boleh tahan gila..
rasa jugak macam anak yatim...
tapi ada ke tak, memang macam tu je...
manusia, manusia, manusia.
I thought masuk art, jumpa berus je.
Rupanya manusia pun macam berus...
tonggak terbalik hidup dibuatnya oleh mereka-mereka yang entah siapa,
tiba-tiba kena bekerjasama.
kalau boleh pakat buat sama-sama, tak apa,
ini sorang je nak markah,
yang lain menunggul kayu macam hapa.
i know, i know, i know
i should be patience, i should be patience with human, i should be tough.
hm.....
anoyying human being created on earth.
i'm afraid if I trouble sedahsyat ini.
i know, ini nothing.
ini biasa.
ini ujian.
derr..
entah.
perhimpunan manusia anoyying berada di sini kot.
aku la tu.
derr..
Sunday, September 15, 2013
Kamek still alive in Sarawak.
It's the end of 2nd week.
1 week of orientation, another 1 kuliah just started. But somehow esok Hari Malaysia. Cuti lagi.
Happy Ber-Malaysia.
I never update anything since my birthday. Kering. No idea.
I fall in love with Sarawak at the first sight.
Kuching is beautiful.
No sky-scratched building, no tol, greenish scenery is everywhere.
And kek Sarawak memang sedap and murah gilak sini.
But it happens only for 2 days.
Then I've got to come hjjnnnkkmnjjjnggggggg
UNIMAS.
Keluar bandar
Semalam baru keluar sekejap, we have this kind of service where a driver drive you anywhere you want to go sekitar Samarahan and Kuching.
From UNIMAS Samarahan to Kuching it takes lebih kurang 20 minutes la. So no prob la kalau weekend nak masuk mode tourist dok pi geledah segala ceruk Kuching.
So, just call the uncle (the driver) and he'll come fetch you kat kolej and bawak keluar.
Last time aku keluar dari UNIMAS is pada hari aku masuk UNIMAS.
Faham ?
Senang cita, masuk je aku dalam UNIMAS waktu hari pendaftaran aku dah tak keluar-keluar. And dah lupa keadaan pintu masuk dia semua macam mana.
But somehow semalam uncle tu bawak keluar ikut pintu lain (UNIMAS ada 3 pintu masuk) , sumpah gua cakap, UNIMAS BAPAK GEDABAK.
Siap ada paya bakau lagi yang tak diteroka, siap ada sungai kecik boleh crocodile-gazing ( ada buaya dalam tu kata si Uncle, tak tau wujud lagi ke tak )
And kalau nak jalan kaki keluar, memang tak la. Pengsan. Mau dekat 3-4 KM dari kolej nak ke pintu keluar.
But somehow, bila dah keluar je dari Pintu UNIMAS tu terbentang lah pekan nan indah.
Ada shopping Mall gedabak nak SUMMER.
Kata orang ada jugak mall lain nama SPRING.
Lecturer aku kata, "later we gonna have Autumn and Winter. Complete the 4 season."
At least tak sengsara macam dok palam dulu la, kena tunggu bas 2 jam, pegi pekan yang tak seberapa. Bla bla. Penat je lebih.
Seriously, dok UNIMAS, kaki aku nanti akan berketul-ketul muscle.
Nak jalan kaki ke fakulti hari-hari mau kat 800 meter. Plus
So, sihat betullah aku duduk sini.
Makanan dalam kampus pun murah.
Ice-blended RM 2.50 boleh dapat dah. Double size kat semenanjung . *senyum-keji*
Nasi Kerabu banyak RM 4.
So, boleh la. Cuma barang keperluan mahal seringgit.
Art Management
First time tengok offer UPU terbeliak jugaklah mata, habis keluar semua latah.
Ape menatangnye Pengurusan Seni ni ?
Aku dah seram sejuk.
Sebab aku tahu tahap kekayuan aku dalam seni.
Tak pernah dapat lebih dari C dan ke atas.
And aku jugak memang nekad nak melompat keluar dari Science stream terjun masuk bidang sains sosial, sastera etc.
UNIMAS tak dek langsung dalam list permohonan UPU aku.
So aku kira special case la.
Kalau orang sains kata, " kene lelong lah tu...."
Well, we'll see siapa yang terlelong.....
Aku ada jugak plan nak tukar course. Nak ambik Sains Kognitif atau Human Resource dan seangkatan dengannya. And UNIMAS ni banyak offer course yang aku minat. Banyak course sastera. Lain dari segala course science yang dah buat aku demam.
Tapi, syarat nak tukar course is after 1st SEM. And kalau kau perform.
So, aku ingat nak just go on with the flow.
Mak ayah aku pun no prob dengan course ni. Dorang siap galakkan lagi.
"nanti boleh uruskan expo kraf tangan, kain batik, bla-bla" kata ayah waktu kiteorg singgah expo kraf tangan kat Kuching hari tu.
Aku pun sengih je. Sebab rasa macam menarik.
So, nama course Art Management.
Faculty of Applied and Creative Art.
Awesome gila.
Aku jadi budak seni !!!!
Tak pernah aku bayang seumur hidup aku.
Course lain bawah fakulti aku is Seni halus, Sinematografi (buat filem), Drama dan Teater, Design Tech ( nanti buat kartun), muzik and art management.
So, semuanya bebudak seni. Fashion pun ada..
And yang awesomenye, lecturer aku semua baik-baik (setakat ni la) hehe.
Student kena la baik, baru lecturer pun tak keluar side hidden singa masing-masing.
And lecturer banyak encourage
"Memang awak nanti di akhir pengajian tak dek produk macam kos lain. Tapi ingat, mereka semua yang ada produk tu nanti perlukan awak untuk memasarkan produk mereka. Siapa yang akan uruskan konsert walaupun kita ada ramai penyanyi ? Siapa yang akan anjurkan pameran seni kalau walau kita ada banyak pelukis ?"
So, kira art management ni, kitaorang belajar managing. macam course managing lain. Cuma focus pada pengurusan sektor seni. Kot-kot nantii, boleh jadi manager muzium, boleh jadi penganjur konsert, boleh anjur banyak-banyak event kebudayaan dan seni. Boleh kerja dengan UNESCO pi travel satu dunia. Boleh jadi pengarah festival seni/fashion/konsert/ dan sewaktu dengannya.
And one of lecturer aku cerita pasal Pengarah Rainforest world music festival. Kerja setahun sekali. Tapi gaji mahsyuk boleh cuti setahun.
Dan aku percaya, ini memang hadiah dari Allah. Allah tahu capability aku untuk further degree. Memang aku minat psychology. Tapi mungkin aku tak boleh buat. So, managing ilmu yang universal. And setakat ini I'm enjoying myself with all the subjects yang awesome.
Kawan aku yang ambik sains kognitif, ambik jugak maths and programming. - susah.
I'm grateful enough. At least, I found my passion in this course.
Tarbiyyah
Hm... yang ini memang isu pokok sebenarnya.
Sini masih kurang.
Pembina sedang cuba menarik ramai.
Sini memang tak dek spesies-spesies hijabista.
Masih belum dicemari.
Oh yeah, UNIMAS tak kisah student pakai purdah.
It amaze me.
And ada few muslimah yang pakai niqab and purdah di sini.
No restriction.
Sini juga peraturan longgar. Okay la. Hidup tenteram.
Cuma pantang besar UNIMAS is hal politik.
Jangan nak gatai bawak isu politik ke demonstrasi pelik-pelik ke apa.
ini je pantang besornye.
So, sekarang sedang meneruskan perjuangan yang sama,
masih cuba sedaya upaya untuk teguh istiqamah di atas jalan yang sama,
menjadi yang asing bukan bermakna kita bakal binasa,
tetapi semoga ini menguatkan langkah dan keteguhan hati.
We should represent the best akhlak and the best character bila kata nak bawak Islam.
Sungguhpun tak sampai tahap kau nak usrahkan semua orang,
the least you can do is to establish the Deen within yourself.
Buat muslimah,
Bila dah pakai tudung labuh, jubah, stoking, sarung tangan.
Kita patut lebih menonjol, terutama dalam bidang kepimpinan dan akademik.
Kita perlu lebih menguasai jawatan-jawatan tinggi di kampus supaya sekurang-kurangnya kita dapat menyumbang sesuatu buat kebaikan bersama.
Walau tak dapat nak mengislamisasikan semua, sekurang-kurangnya kita membawa imej itu.
Jangan hanya gah pada luaran dan pakaian.
Gah juga pada diri.
Semoga kita diberikan petunjuk dan kekuatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)