'Perang sudah bermula. Tentera Amerika kian mendekati Kota Makkah. Garisan akhir di Jeddah masih cekal dipertahankan, tapi dijangka robek pada bila-bila masa. Serangan udara bertalu-talu untuk membolehkan pasukan darat musuh lalu. Tumpuan pertahanan ialah Makkah sendiri.'
Mukasurat 163, bab kesepuluh , 1511 H [KOMBAT] , FAISAL TEHRANI.
Pernah anda semua terfikir ?
Apa agaknya akan terjadi jika satu hari nanti , Amerika bertekad mahu menguasai Madinah dan Makkah ?
Takut untuk memikirkannya ?
Saya juga . Tapi inilah yang harus kita depani. Realiti.
Makkah dan Madinah merupakan dua kota tersuci umat Islam yang sangat-sangat berharga bagi kita, umat Islam. Termasuklah Palestin , letaknya al-Quds yang tercinta, bumi kebanyakan para anbiya menyampaikan risalah Tauhid kepada manusia zaman dahulu kala.
Madinah, tempat jasad mulia Kekasih Allah dimakamkan . Negara Islam pertama ditubuhkan. Piagam Madinah menjadi bukti.
Makkah, tempat Kaa'bah terletak,selari dengan Kaa'bah di langit sana, tempat di mana kuasa magnetik terkuat, pusat bumi yang diakui sendiri oleh Neil Amstrong, tempat di mana air penyembuh ajaib yang tidak pernah berhenti mengalir sejak beribu tahun lampau, tempat di mana umat Islam bersatu menjadi satu Ummah pabila musim Haji datang berkunjung.
Inilah pusat kekuatan umat Islam. Jika 2 kota ini ditakluki, pasti Islam dapat dilenyapkan dari muka bumi, lalu berkuasalah Yahudi Laknatullah memerintah dunia.
Novel hebat ini menghidangkan kepada pembaca satu juadah penulisan yang sangat mampat dengan aksi segar dari medan perang . Apabila Presiden Amerika gila yang obsesi mahu melenyapkan Islam dari muka bumi. Berbekalkan kebencian berskala infiniti, dia nekad mahu menakluki Makkah dan Madinah. Kisah sejarah Abrahah dengan tentera bergajahnya berulang kembali. Kali ini , Abrahah Amerika dengan kereta kebalnya. Mengimpi untuk mengebom Ka'abah , mencuri jasad mulia Rasulullah SAW yang dicintai, menjadikan tapak manusia beribadah itu sebagai tempat pelacuran, restoran yang menghidangkan arak,babi dan anjing, menjadikan marmar Masjidil Haram sebagai marmar di tandas awam. Itu citanya.
Jika terjadi sekarang, impian itu mungkin tercapai .
Namun, setting novel 1511H [KOMBAT] ini bukanlah pada tahun 2012. Anda semua melepas nafas lega ? Mungkin untuk seketika.
1511 Hijrah = 2087 Masihi.
Penulis hebat kegemaran saya tidak pernah mengecewakan dengan hasil karya yang begitu segar, membuka minda,menyesakkan dada dengan kesedaran, membina jati diri, membangun minda yang lena dibuai dodoian kafir, serta membuat jiwa menjadi rindu kepada Ilahi .
Tahun 2087. Era kemodenan mengambil alih. Tahun itu pasti sangat canggih ! Pasti Apple sudah berevolusi. Ipad pasti sudah menjadi lapuk. Manusia tidak lagi mengenali kertas dan buku. Hanya e-book menjadi mainan sejak lahir.
Oh ya. Tahun itu juga di mana kita, anda, saya, dan semua pembaca dikatakan sebagai 'nenek moyang' . Tahun di mana mungkin saya telah terkujur layu di tingkat 7 bawah tanah, secara rasmi telah menjadi penghuni Barzakh , hanya menanti untuk dibangkitkan di Mahsyar nanti.
Era kemodenan yang menuntut manusia untuk mereka dan mencipta alatan yang lebih canggih demi kepentingan bersama. Juga tidak dilupakan, di mana senjata harus lebih canggih dan berkuasa untuk menghapuskan musuh tanpa sisa. Ngeri.
Komander Syarifah Zinnera, saintis muda genius berketurunan Arab berumur 20 tahun, pernah menggemparkan dunia kerana boleh bertutur dalam 5 bahasa pada usia 10 tahun, diterima masuk ke Oxford pada usia seawal 15 tahun dan graduate dengan sarjana dalam bidang fizik. Beliau bertungkus lumus dalam projek kajiannya untuk menghasilkan senjata bioteknologi dengan menggunakan lipas dan belalang.
Komander Ali Halimah, berasal dari Syria, mempelajari selok belok perkomputeran sejak berusia 4 tahun dan jarang meninggalkan skrin komputer. Pernah mencipta cecacing(worm) atau virus komputer yang menggegarkan dunia beberapa tahun lalu. Menjadi buruan CIA dan FBI, tetapi maklumat tentangnya sangat terhad menyukarkan dirinya dikesan. Oh ya, and he's 18.
Nampak macam cool en ? Nampak macam awesome tak terhingga en ? Teringat pulak filem 'Agent Cody Banks' . Sengih.
Itu adalah antara 2 watak yang saya kira boleh saya jadikan intro dalam memperkenalkan novel ohsem-tahap-tak-ingat ini kepada anda semua. Oh , by the way, Zinnera is married. Teehee.
Novel Kombat ini mengisahkann bagaimana apabila perang antara Islam dengan kafir . Islam dengan misinya untuk mempertahankan 2 kota suci yang menjadi lambang tegaknya syiar Ilahi di muka bumi ini. Lenyap 2 kota suci itu, maka hilanglah peradaban Islam itu sendiri. Ibarat manusia tanpa wajah. Sia-sia belaka. Kuffar durjana Amerika yang berketurunan Yahudi itu pula menyimpan dendam yang tidak lagi tertahan membuatkan ia nekad untuk memenangi pilihan raya dan menjadi Presiden Amerika yang menguasai ekonomi dunia, yang menguasai media utama, lalu menguasai dunia. Habis muslim di Amerika ditekannya lalu mereka berhijrah berbondong-bondong keluar dari bumi jijik yang menyaksikan deretan pemimpin syaitan bertopengkan manusia. Lalu dia tekad memaklumkan kepada dunia serta siap menggubal dasar-dasar negara , Makkah dan Madinah akan dicerobohnya . Alasan? Terlalu ramai teroris bersembunyi di dalam kota suci mereka.
Dalam pada masa yang sama juga, dia dimaklumkan oleh CIA, kumpulan remaja Islam telah mula berhimpun di luar Madinah dan Makkah. Sedikit demi sedikit.
REMAJA.
Watak utama novel ini . 11 Komander yang mengetuai peperangan mulia ini semuanya terdiri dalam kalangan REMAJA. Mereka semuanya masih belasan tahun, kebanyakkannya di awal 20-an, dan minoriti awal 30-an. Dan ketua keseluruhannya , seorang pemuda melayu islam berumur 19 tahun . Muhammad Ameen, berasal dari Kuala Lumpur. Seorang pemuda yang sudah mencapai maqam yang tinggi dalam kesufian. Seorang Hafiz. Futuwwah terulung.
Senyum. Dada sudah berombak menahan badai semangat yang membara :)
Syarifah Nusaybah, namanya persis sahabiah ulung zaman Rasulullah, Nusaybah binti Ka'ab, jururawat perang Uhud. Namun apabila tentera Quraisy semakin menghampiri Rasulullah, melindungi Nabi semahunya dengan busur dan anak panah, sehingga mendapat luka 11 liang serta putus tangannya. Hanya kerana melindungi Rasulullah.
Syarifah Nusaybah,63, hartawan ulung yang menjadi tulang belakang segala pemprosesan senjata untuk kegunaan umat Islam . Mempunyai kilang senjata bawah tanah 10 tingkat. Beliau menjadi buruan CIA dan FBI kerana dituduh teroris .Namun, banyak sumbangannya dalam membangunkan masjid, Pusat Pengajian Oksidentalis (pengajian mengenai ilmu-ilmu dunia Barat) , serta Rumah Tahfiz di seluruh dunia. Malah Muhammad Ameen yang yatim piatu itu merupakan penuntut di Pusat Tahfiz Negara di Malaysia di bawah kelolaan Syarifah Nusaybah. Beliau juga nenek kepada Syarifah Zinnera dan Syed Habib. Beliau juga sangat dibenci oleh Presiden Amerika kerana selalu membakar semangat remaja Islam di seluruh dunia untuk menentang Barat dengan apa jua cara termasuk penguasaan ekonomi, pemasaran budaya serta sastera Islam, kerja-kerja sosial serta pembangunan persenjataan.
"...enta akan memimpin kami untuk memelihara Kaa'bah yang mulia dari diceroboh sementara Komander lain akan memimpin pasukan mempertahankan jasad junjungan mulia Rasulullah SAW."
-Kata-kata Syarifah Nusaybah apabila pertama kali bertemu dengan Muhammad Ameen.
Pekerja-pekerja di kilang senjata Syarifah Nusaybah terdiri daripada saintis-saintis Islam yang hafiz, yang hati dan jiwa mereka sudah diserahkan bulat-bulat untuk menjadi tentera dalam perang yang bakal tercetus kelak. Mereka sudah sedia untuk syahid !
Malah, pasukan saintis Komander Zinnera sendiri terdiri daripada pakar neuro,pakar komputer, pakar biologi, dan sejumlah lagi pakar-pakar yang hebat belaka.
Komander perang 11 orang tersebut terdiri daripada muslim dari pelbagai pelosok dunia, ada Arab, India, Melayu, Perancis dan Afrika. Setiap satunya mempunyai latar belakang yang hebat belaka serta terlibat dengan aktiviti kesufian di bawah pengelolaan Syarifah Nusaybah.
Cukup dengan watak yang mengkagumkan , kita beralih cerita dengan senjata moden yang tak kurang menggiurkan.
Tentera cyborg -Manusia yang dipasang dengan cip di dalam otak,anggota badan bagi meningkatkan keupayaan. Kiranya mereka ini seperti bionik human la. Semua komander juga dipasang cip di dalam otak mereka bagi memudahkan mereka berhubung melalui fikiran, mengawal mesin dan robot .
Cypher- Helikopter robotik yg boleh terbang dan mendarat dengan sendiri. Boleh memuatkan 4 orang manusia. Boleh memuatkan 30 kg bom.
Sarcos-model seakan-akan manusia diperbuat dari rangka plastik. Pergerakkannya secekap manusia. Dikawal melalui minda Komander Emrullah.
Ababil- model burung kecil . Diprogramkan untuk menyerang musuh.
"...untuk seorang Abrahah yang gila,kita memerlukan Ababil yang ganas." -Komander Zinnera.
Bio-bots lipas & Belalang -dipasang dengan back-pack microprocessor untuk menerima arahan kepada urat saraf bagi menggerakkan anggota badan mengikut arahan untuk mencocok mata musuh, menggemparkan mereka dengan gelombang aneh.
Itu serba sedikit mengenai kelengkapan senjata moden yang osem-tahap-tak-ingat.
Antara scene menarik yang boleh saya cungkil-cungkil keluar dari novel ini dengan penyungkil gigi :
1. Apabila seorang tentera Amerika ditugaskan untuk melancarkan peluru berpandu menghala ke Masjid Nabawi, ternyata peluru itu berhenti sesaat betul-betul di atas kubah hijau Masjid Nabawi lalu berpatah balik menghujam si penembak. Kapal perang itu meletup berkecai di udara. Semua itu tersebar dengan pesat di serata dunia melalui video scene tersebut yg dirakam oleh seorang jemaah haji dari China. Ternyata peristiwa ini telah membangkit negara-negara Islam semuanya. Berbondong-bondong remaja Islam seluruh dunia ingin menyertai peperangan, menjadi tentera tambahan.
2. CIA kecoh apabila semua sistem data dan komputer mereka telah diserang oleh semacam jenis virus yang membingungkan. Habis hilang semua data-data penting lokasi dan maklumat ketenteraan dan perkembangan terkini tentera Islam di serata Tanah Arab dek virus tersebut. Lebih merumitkan, virus tersebut tidak boleh dibunuh malah boleh menklonkan dirinya dan 'beranak pinak' merosakkann sistem data Amerika Syarikat.
3. Dataran Kaa'bah dijadikan tujuh tingkat. Setiap dataran untuk golongan yang dikhaskan. Dataran paling bawah paling sesak. Dataran kedua untuk muslimah sahaja. Dataran ketiga untuk mereka yang berkerusi roda. Kerusi itu bergerak dengan sendiri di atas rel dan berkuasa solar. Dataran keempat untuk jemaah yang cacat seperti buta. Dataran kelima dan keenam untuk orang tua. Dataran ketujuh untuk mereka yang ingin Tawaf Wida'. Gua Hira' pula dimodenkan dengan kereta kabel bagi pengunjung yang ingin naik melawat.
4.Teknologi hologram membantu mengelirukan musuh apabila tentera Islam cuba untuk menyerang Amerika Syarikat. Bayangan beribu kapal pejuang di dada angkasa pasti akan menggerunkan musuh.
5.Negara-negara besar seperti Moscow dan New York diserang dengan ribuan lebah yang akan merosakkan sistem penghubungan dan elektrik. Habis terputus semua maklumat dari dunia luar dan semua alatan elektronik berhenti berfungsi.
6.Pertama kali Muhammad Ameen bertemu dengan Zinnera ditemani Habib. Muhammad Ameen tertunduk malu dengan kejelitaan Zinnera.
Erm.. itu serba sedikit babak-babak di dalam novel ini. Tapi saya rasa itu hanyalah secebis daripada novel ini oleh sebab saya cungkil mengunakan penyungkil gigi. Jika saya guna sudu atau sudip, mungkin hasilnya lebih banyak. Tambahan pula, ayat ayat saya tidaklah sehebat penulis asal. Saya hanya cuba memberi gambaran kasar kepada anda semua.
Anda perlu baca sendiri bagaimana di akhirnya nanti, rusuhan mahasiswa di Amerika Syarikat berlaku. Lambakan mahasiswa yang susah muak dengan propaganda demokrasi kerajaan mula protes dan berkumpul di hadapan White House.
Komander Muhammad Ameen tidak mahu kemenangan yang beku. Tidak memadai hanya tentera kuffar durjana yang dihapuskan, tetapi Amerika harus ditakluk dan dibersihkan segala anasir jahat Amerika yang selama ini meracuni pemikiran remaja Islam dengan pelbagai helah yang dicucuk halus ke dalam minda remaja melalui hiburan, filem, lagu, media, majalah . Tanya diri anda, adakah anda masih terselamat dari penjajahan minda Amerika terhadap diri anda ?
Tidak saya nafikan, pada akhir novel ini tentera Islam telah menang dengan jayanya . Serta kejayaan menakluki White House yang akhirnya Muhammad Ameen jadikan sebagai 'White Mosque'. Ya, memang indah sekali rasa di hati, berbunga-bunga bak bunga kembang semangkuk kembang mekar di Taman Cik Siti Wan Kembang apabila membaca kemenangan Islam dalam menumbangkan berhala-berhala yang sekian lama didewakan oleh remaja Islam sendiri.
Tambahan, kepandaian penulis mengusik naluri remaja dengan mengetengahkan watak-watak belia sebagai pemimpin turus angkatan perang Islam yang canggih dan serba moden menandingin kehebatan Barat yang sudah lama merajai dunia. Apakah itu anda rasa mustahil ?
Jangan pernah lupakan sejarah. Para sahabat semuanya belia belaka. Semuanya masih hijau. Tapi, berbekalkan akidah yang mantap, mereka mengenali Tuhan dan bersahabat denganNya. Menjadikan syahid sebagai cita-cita, cinta mereka kepada Tuhan menjadi point tambahan umat Islam berbanding kuffar. Kita punya Tuhan dengan kita.
Novel ini sebenarnya, berasaskan kesufian yang tidak reti untuk saya gambarkan di sini. Konsep kesufian yang tidak saya punya ilmu tentangnya membuatkan saya kekurangan kepuasan dalam pembacaan. Namun, satu perkara yang saya faham mengenai kesufian, hati mereka telah larut dengan cinta kepadaNya, mereka telah mencapai maqam yang tinggi di sisi Tuhan, ruh mereka bersih dari nafsu yang membelenggu, mereka tidak bertuhankan nafsu, malah nafsu mereka sendiri sudah berjaya mereka jinakkan untuk mengikuti kemahuan mereka dalam mengabdikan diri kepadaNya.
Selebihnya, apakata anda kaji sendiri. Jangan pula terlalu bergantung kepada Ustaz Google atau Syeikh Wikipedia. Jika bapak anda mufti negeri, abang-abang anda merupakan imam-imam muda sepanjang siri, ibu anda pernah menjadi panel 'Tanyalah Ustazah', bertanyalah kepada mereka. Rujuk yang lebih pakar.Senyum.
Dan setelah BINGO!, maka usahlah segan dan ragu untuk berkongsi dengan saya apa itu kesufian . Sengih nampak gigi.
"Kita mesti ke sana, ini sahaja caranya. Kita mesti membebaskan dunia daripada penjajahan Amerika.Untuk meleraikan penjajahan fikiran yang mereka lakukan selama ini, kita perlu bermula dengan Pembukaan Washington.."
Persis Pembukaan Kota Makkah...
" Sudah tiba masanya Barat membayar kejahatan yang mereka lakukan ke atas kita. Bukan membalas dendam, tetapi kita tidak dapat mengusir mereka begitu sahaja, sebaliknya kita perlu menggempur mereka, seterusnya membetulkan mereka supaya kita tak kan dikucar-kacirkan lagi oleh mereka. Kemenangan budaya tidak akan dicapai tanpa kemenangan fizikal. Kedua-duanya mesti berlaku serentak seperti mana yang mereka lakukan terhadap kita selama ini."
Komander Muhammad Ameen , sidang Komander sebelum 'Pembukaan Washington'.
"Kita memiliki paling kurang tiga kekuatan. Pertamanya kekuatan akidah, keduanya kekuatan sumber asli, ketiganya kekuatan sumber manusia. Sudah tiba masanya umat Islam mengeksploitasi semua ini.."
-Komander Habib, abang Komander Zinnera.
"Selamat bersidang dan bersimposium sepanjang pertemuan ini.Harapnya anak-anak tidak akan terleka daripada berbincang soal langit ketika bertengkar soal bumi ..."
Petikan Khutbah terakhir Syarifah Nusaybah di Pertemuan Remaja Islam Sedunia Kedua.
Usah katakan novel sebegini terlalu berat buat anda. Jangan mengalah wahai remaja Islam. Kalianlah harapan agama. Pemuda pemudi sama penting buat menegakkan kalimah La Ila Ha Ilallah di muka bumi ini. Novel Kombat ini bukan realiti. Tapi ianya boleh dijadikan satu pemacu imaginasi kemenangan Islam di dunia kelak.
Kemenangan itu pasti berlaku. Namun kita tahu bila. Apa yang boleh kita lakukan, berusahalah ke arah itu. Allah akan bertanya kepada kita kelak, apakah usaha kita untuk menegakkan KeesaanNya.
Teruskan membaca, kerana itu FirmanNya yang pertama. Semua novel Faisal Tehrani InsyaAllah semuanya membangunkan jiwa anda. Mematangkan pemikiran serta membuka satu dimensi baru dalam tempurung kepala anda itu.
Buat para pemuda, bacalah novel ini untuk mengambil inspirasi watak pemuda Islam yang cintakan syahid. Masing-masing saling mencemburui apabila khabar berita syahidnya rakan mereka. Syahid bererti anda pulang kepangkuanNya dengan bukti. Semoga kalian tetap teguh memperhebatkan semangat juang !
Buat para pemudi, sahabiahku di luar sana, membaca novel sebegini pastinya membuatkan jiwa kalian lebih kuat. Perasaan dan emosi apabila terusik dengan kesyahidan pasti membuahkan makna yang agung berbanding air mata yang mengalir kerana hero dan heroin putus cinta, break up di tengah jalan mahupun penceraian. Usahlah membazirkan masamu, tenagamu, duitmu untuk membeli novel picisan yang tidak membangunkan jiwa kalian. Bacalah sesuatu yang membuatkan anakmu kelak bangga dengan didikan perjuangan yang kalian terapkan buat mereka dalam kehidupan seharian. Bacalah sesuatu yang membuatkan suamimu bersyukur dikurniakan isteri solehah peniup semangat di atas jalan perjuangan. Pasti mereka tersenyum tatkala menarik tangan kalian ke pintu syurga kelak, InsyaAllah.
Oh , pesanan terakhir. Tak, saya bukan nak suruh anda angkat senjata pergi perang, tidak. Saya cuma nak ajak anda sekalian , baca novel ini, baca novel lain yang bermanfaat, pilih bacaan yang berguna dan bermanfaat untuk menjaga diri anda dan keluarga serta teman-teman dari kemurkaan Allah . InsyaAllah, tidak akan rugi buat selamanya.
|
Waktu PBAKL hari tu :) |
Untuk rujukan memilih novel bagus-punyer :
|
Semua Faisal Tehrani punyaa.. |
Dari atas :
1.Tiga kali seminggu : himpunan cerpen
2.Perempuan Nan Bercinta : sekuel dari Tuhan Manusia : berkisar mengenai Falsafah Ketuhanan, femisnisme
3.Tunggu teduh dahulu: erm.. paling tebal. Novel yg normal. Jalan cerita yang normal. Masih punya mesej.
4.Nama Beta Sulta Alaudddin: err.. tak baca habis wpun nipis, sebab penceritaan atuk kepada cucu-cucunya.. er.. saya x minat. hehe
5.3 serangkai detektif indigo : yang tiga ni superb. pasal akademi genius islam yang ada 6-sense . Ala-ala CIA. Cool.
6. Saasatul Ibaad : err.. politik Johor zaman raja-raja melayu dulu. hm... tak baca lagi sebenarnya. hehe. 'macam' bosan.
7.Karbala : berbentuk drama mcm zaman sekolah dulu belajar drama. Cerita pasal peristiwa Karbala. Sedih. Nangis.
8.Advencer Si Peniup Ney: ini pun kira favourite giler la ni. Sumpah best. Pasal hedonisme.
9.Bila TUhan berbicara: bentuk drama , best la jugak
10. Tuhan Manusia: penuh falsafah. Berat. Pening kepala.
11.Sebongkah batu di Kuala Nerang: tentang industri Perfileman Malaysia. Best :)
12. 1515: zaman melaka kena serang dengan POrtugis, dia twist cerita bila Melayu jajah Portugal sana. Intriguing .
Link untuk melanjutkan pembacaan :
Selamat Membaca !
Semoga Allah Rahmati Kalian :)