I know i talked a lot about
clothing.
Entah. Maybe sebab aku perempuan.
So salah satu major percentage in
our life memang pasal clothing.
How we cover ourselves.
Sebab memang cara kitaorang cover
badan memang totally difference la dengan lelaki.
Lelaki ape je nak fikir ?
sarung t-shirt, sarung seluar.
Dah siap.
Warna je kot yang lain.
Heh.
And clothes is the first impression
of someone kepada kita.
Memang la kebanyakan orang tengok
rupa, tapi rupa tu fixed variable.
Tak boleh nak ubah.
Memang Allah bagi muka kau macam
tu.
The only thing kau boleh buat is
make up, but still, tak mengubah apa-apa sangat ~~
Tadi lepas maghrib, Allah bagi aku
satu ilham.
Ilham kenalah share kan.
So, how you dress yourself would be
the first impression of someone on you.
Sekarang ni, put you feet on
someone else shoes.
Er… fikir dari sudut orang yang
melihat kita.
Apakah impression dia ?
And benda ni, of course aku akan
bagi point of view seorang lelaki.
Sebab perempuan pakai lelawa sebab
gapo selalunye ?
So, bayangkanlah,
Scene 1
ada seorang gadis ini….
Duduk seorang termenung (ada ke
lagi orang termenung zaman teknologi ni ?),
Bertudung bawal selempang, berbaju
t-shirt ketat, berseluar skinny jeans, berselipar.
Ada seorang mamat ternampak gadis comey
ini.
Dan dia tertarik.
Magnet.
Opposite
poles attract each other.
Law
of nature.
Sunnatullah.
Dan, dia scan atas sampai bawah
gadis itu.
………….
Scene 2 .
Ada seorang gadis. Duduk termenung
berseorangan.
Berjubah hitam, bertudung labuh
menutup lengan, berkasut tutup.
Ada seorang mamat ni ternampak
gadis ini.
……………..
Rasa-rasa, apa yang boleh kita
coretkan sebagai sambungan kepada kedua-dua kisah di atas ?
Mempunyai situasi yang sama, yang
membezakan adalah pakaian si gadis.
Boleh tak aku buat sambungan
mengikut imaginasi aku ?
Scene 1..
Sambungan…
Sunnatullah magnet itu telah
menarik hati sang adam yang melihat keindahan tubuh seorang gadis comel yang
sedang termenung itu.
Aduuh, comeynya gewe ni. Dok
sorang-sorang.
Rugi nih kalau tak try.
Kaki melangkah laju ke arah si
gadis.
Daya tarikan gravity ke arah gadis
itu serasa sungguh kuat.
Bila didekati, mula-mula si gadis
menjeling marah.
Perempuan mana suka dikacau ?
Namun, bila dilempar senyuman penuh
gulaa,
Dipujuk seayat dua,
Si gadis memberi izin untuk duduk
bersama.
Mula-mula hanya sekadar bertanya
masa .
Lama-lama bertukar gelak dan tawa.
Dengan bantuan bisikan yang tak
nampak dek mata, tarikan magnet serasa bertambah kuasanya.
Dalam masa sejam, no telefon, facebook,
twitter, instagram berjaya diperoleh.
Bersambung lebih panjanglah
al-kisah mereka.
Menambah seorang kenalan dalam
hidup.
Mungkin menambah koleksi teman
wanita.
Mungkin menambah pilihan calon
dibuat isteri.
Mungkin perlu cari lagi.
Mungkin ada yang lebih baik.
Ini trial pack. Mahu mencuba dan
lihat.
Scene 2
Sambungan….
Maka, si teruna melihat seorang
gadis bertudung litup, berjubah sokmo.
Tak terlihat langsung lekuk
tubuhnya, apatah lagi warna kulitnya.
Er…
Tudung labuh.
Berjubah.
Duduk seorang.
Mungkin tunggu suami.
Atau ayah.
*walk away*
Belum
sempat bisikan halus menerpa , sang adam sudah surrender.
Saya kira, ini imaginasi yang
common.
Mungkin ada yang setuju, mungkin
ada yang membantah.
Tak semestinya gadis 1 itu melayan.
Dan tak semestinya lelaki 2 tak
mendekati langsung gadis 2.
Mungkin juga boleh jadi gadis 1
yang menunggu suami atau ayah.
Boleh jadi juga gadis 2 yang
menunggu buaya-friend durjana !
Ahah !
Namun, secara logika, ini apa yang
minda saya katakan.
Ini apa yang saya rasa
berkemungkinan akan terjadi berdasarkan situasi yang diberi.
Dan ini hanya pandangan saya.
Komen untuk situasi 1.
Situasi 1 itu, lelaki itu bertindak
secara separuh sedar (sub-concious mind) yang gadis itu mudah didekati.
Dan melalui penafsiran jejaka
Malaya, adalah normal untuk gadis itu melayan.
Tapi apa yang tidak normalnya, jika
wanita itu naik angin tahap naga dikacau sebegitu rupa.
Er.. saya tak mau membayangkan jika
yang datang kemudian ialah boyfriend sebenar gadis itu rupanya abang ber-muscle
besar, pakai spec hitam, bersilang tangan.
Sekali hanyun, lebam besar di biji
mata.
Melalui pakaian yang tidak menutup
aurat dan mencolok mata, gadis itu telah berbuat sesuatu secara tidak sedar.
1. Dia telah melakukan dosa yang
besar.
2. Dia telah menyebabkan lelaki
yang melihatnya berdosa.
3. Maka si gadis mendapat 2 dosa.
Dosa sendiri dan dosa lelaki yang melihatnya.
4. Dia juga telah membuka pintu ke
arah maksiat apabila lelak itu datang approach, minta no telefon, minta
facebook, minta instagram.
5. saham dosa mungkin akan
berpanjangan melalui chatting di facebook, gambar-gambarnya yang tidak menutup
aurat di facebook dan instagram.
6. Dan, lelaki tersebut mungkin
akan berkongsi cerita bersama rakan-rakan lelakinya yang lain dengan
menunjukkan gambar gadis itu yang baru dikenalinya. Maka, bertambahlah lagi
saham dosa.
7. takkan mahu jumpa sekali je.
Pasti si lelaki akan mengajak untuk berjumpa lagi. Jumpa lagi, dosa mata.
Mungkin tersentuh. Dosa lagi. Mungkin berdua-duaan walau di tempat awam. Dosa
lagi.
8. jalan kepada zina sudah
terbentang. Mungkin boleh terjerumus ke lembah zina. Mungkin sekali, lepas tu
insaf. Tapi, boleh jadi berkali-kali. Plus dosa lagi.
9. Berzina sudah, mengandung pula.
Sama ada insaf, atau gugurkan pula kandungan. Lagi dosa berkepuk-kepuk.
10….. sambung sendiri.
Kebanyakan mungkin akan sampai
level 7 sahaja ye.
Mungkin.
Tapi, macam manalah nak menahan
godaan yang kuat tarikannya, sedang dia sudah di depan mata !
Okay-okay, mungkin situasi 1 tak
sepanjang itu.
Mungkin si lelaki hanya tengok dan
berlalu pergi.
Tapi, bayangan tubuh menawan gadis
itu masih dalam ingatannya.
Masih segar dalam ingatan.
Sehingga tidak keruan dibuatnya.
Hanya iman boleh menyelamatkan,
tapi itu bukan juga satu jaminan yang kukuh.
Lalu.. mungkin dirembat mana-mana
bohsia murahan.
Hm.. dosa lagi.
Konklusinya, membuka aurat hanya
mendatangkan keburukan yang jijik dan merosakkan hidup.
Merosakkan individu.
Merosakkan kedua-duanya.
Merosakkan masyarakat.
Merosakkan Negara.
Merosakkan ummah.
Implikasinya hanyalah kerosakan dan
kejahatan yang melata.
Pertumbuhan pesat ekonomi
berasaskan maksiat adalah berpunca dari wanita yang mendedahkan tubuhnya kepada
orang ramai.
Industri porno berjumlah ratusan
billion laris di pasaran global.
Produk untuk kegunaan dan kepuasan
seks juga bernilai jutaan dolar.
Industri pelacuran sangat-sangat
menguntungkan.
Minuman keras juga termasuk.
Dadah.
Kelab-kelab malam.
Hotel-hotel bajet.
Apabila lelaki melihat aurat
wanita, akan timbul kejahatan di hatinya. Sama ada dia menolak dan melawan
kehendak nafsunya atau dia diperbudakkan oleh nafsu keji.
Namun, berapa ramai dalam sejarah
lelaki yang tersungkur disebabkan wanita ?
Sebab itulah, ketokohan Nabi Yusuf
a.s dalam menolak godaan isteri si al-Amir itu wajar dijadikan silibus
pembelajaran di awal umur setiap remaja Islam.
Bukan pula tersalah memahami
pelajaran iaitu mengagungkan kisah forbidden love Yusuf dan Zulaikha yang tidak
pernah dimention langsung di dalam al-quran .
Novel-novel cinta remaja sangat
membantu bukan ?
Drama-drama korea.
Filem-filem barat romantic seperti
Breaking Dawn yang menjijikkan.
Hidup ini adalah pilihan.
Kita yang menentukannya.
Pengakhiran hidup jualah yang
terpenting.
Banyak je kisah gadis seperti gadis 1 itu bertaubat dan kembali kepada Allah.
Menutup aurat dengan sempurna,
malah menjadi sangat solehah dalam beragama.
Dan tidak kurang gadis seperti
gadis 2 yang pakaian hanya sekadar pakaian.
Akhlak dan cara hidup tidak
melambangkan langsung ajaran daripada cara berpakaiannya.
Mungkin ada gadis 1 yang kecewa
dengan gadis 2 yang tak sesolehah tudung labuhnya, jubahnya.
Usah bergantung kepada manusia lain
untuk diambil pedoman.
Ambillah pengajaran dan ikutilah
hanya Rasulullah SAW, manusia mulia sempurna luar dan dalam.
Ikutilah baginda SAW yang
benar-benar conform tidak mengecewakan kita.
Buat gadis 1, jika anda bertaubat,
anda kembali menjadi sesuci bayi yang baru dilahirkan.
Anda juga boleh mencapai syurga
sebagai wanita solehah.
Allah tidak memandang dosamu
sekiranya engkau ikhlas bertaubat.
Allah itu Ar-Rahman.
Maha pemberi harapan.
Maha penerima taubat.
Maha baik dan Maha Memaafkan.
Buat gadis 2,
Solehahkan pula hati mu sesolehah
tudung labuh dan jubahmu.
Tingkatkan keimanan dan tambahlah
ilmu sebanyaknya.
Usah kau pandang gadis 1 seperti
sampah,
Kerna itu hanya membuktikan bahawa
engkaulah sebenarnya sampah dalam beragama.
Pegang tangan mereka, dan bantulah
mereka menuju Allah.
Kerna pakaianmu itu bukanlah tiket syurga yang sebenar.
Kerna pakaianmu itu bukanlah tiket syurga yang sebenar.
ISu pakaian mungkin tak sepenting
Bajet 2013.
Tapi ia menentukan masa depan
sosial Negara.