Sunday, June 16, 2013

Daie si Tanggang

Tribulasi dalam perjuangan.

Sunnatullah dalam perjuangan adalah pengorbanan dan kesulitan.

Tanpa keduanya, bukanlah perjuangan namanya.

Allah menguji setiap hambaNya dengan ujian yang berbeza. Lebih tepat lagi, Allah memberi ujian yang mampu ditanggung dan ditempuhi oleh sang hamba itu tadi.

Cakap memang senang. Tapi, bila ujian itu benar-benar datang di depan pintu rumah, kita sudah gelabah. Kita sudah mahu cepat melatah. Kita terus berfikiran negatif. Menyangka yang tidak-tidak. Berfikir yang bukan-bukan.

Boleh juga jadi selama ini kita selalu degil dengan Allah. Kita bermalas-malasan dalam pengabdian kita kepadaNya. Kita acuh tak acuh dengan soal Allah. Kita buat tak tahu dengan urusan hubungan dengan Allah. Namun, bila datangnya ujian, baru kita terasa seperti dihempap batu. Dilastik batu. Baru sedar akan perangai buruk kita. Baru perasan langit itu tinggi rupanya. Barulah kita berhempas pulas berusaha memohon ampun padaNya dan berdoa siang malam agar Dia mempermudahkan segala urusan kita.

Manusia tetap manusia. Manusia punya kuasa untuk memilih. Manusia juga cepat lupa. Manusia juga degil dan suka berbantah-bantah. Manusia memang suka membuat kerugian. Manusia memang cepat lupa diri. Lupa daratan manupun lautan. Lupa dan lupa. Degil berkali kali degil. Sombong mungkin bakal menjengah. Bongkak pula menyusul.

Habis selesai diuji, kehidupan menjadi setenang air tasik. Buaya sudah lama pergi berhijrah. Berkampung di tasik lain. Manusia kembali alpa. Manusia kembali degil. Manusia kembali hu ha tak ingat Allah.

Untungnya manusia. Untung punyai Tuhan seperti Allah. Untung kerana Allah itu Maha Penyayang. Untung sangat kerana Allah itu suka memaafkan. Untung gila kerana Allah mencintai pula hambaNya yang membuat dosa lalu bertaubat. Dan Allah berkali-kali berkata, Dia tetap akan mengampun dosa hambaNya yang bertaubat hatta dosanya sebesar gunung, seluas lautan. Kerana Allah ingin kita tahu bahawa kasih sayangNya dan pengampunanNya lebih besar dari segalanya.

Idea asal mahu berkata mengenai ujian dalam berdakwah. Ujian dari ibu dan bapa tercinta.

Si anak mula menjejakkan kaki ke menara gading. Berkat doa dan usaha ibu bapanya, si anak mendapat kejayaan. Lalu, si anak terus melangkah maju tanpa menoleh ke belakang. Ibu bapa terus menerus mengiringi anak dengan doa, menyiram anaknya dengan berbaldi-baldi kasih sayang tak bersyarat, menatang anaknya bagai mangkuk yang penuh.

Si anak mahu apa, katanya untuk keperluan belajar, terus ibu bapanya tak senang duduk selagi tidak mendapatkan buat anak tercinta. Takut anaknya susah. Kesiankan anaknya tertinggal akan pelajaran barangkali jika tiada barang tersebut. Risau mereka penuh dengan cinta. Cinta tanpa syarat. Itulah anugerah Tuhan paling bernilai. Itulah yang akan mereka tatang semampunya.

Namun, bila si anak mula berjumpa gerakan dakwah di kampusnya, mula belajar berfikir dengan ajaran agama, mula konon-kononnya tersedar dari lamunan yang panjang, berbekalkan semangat membara di dalam hati, si anak itu terus ingin bergerak aktif dalam dakwahnya. Kerana dia percaya, inilah jalan Rasulullah SAW. Inilah jalannya ke syurga. INILAH JALANNYA !!

Si anak juga seolah-olah si rabun yang mendapat cermin mata. Atau contact lens. Si anak nampak jelas. Dilihatnya ada kelompangan dalam didikan ibu ayahnya. Dilihat bahawa ibu bapanya kurang mendidiknya dengan ajaran agama. Si anak kesal ! Si anak marah !

Mengapakan kalian tidak memahami ? Mengapakah kalian sanggup membelakangkan agama ? Mengapakah kalian tidak mahu memahami agama ?

Si anak sudah berada di puncak kemarahannya. Dihukum ibu bapanya yang kurang memahami. Dihukumnya dengan pelbagai label.

Mungkin si anak lupa, dosa kedua terbesar di dalam agama ialah menderhakai ibu bapa selepas mensyirikkanNya.

Si anak makin marah apabila perjalanan dakwahnya ditentang. Si anak seolah-olah tidak dapat menerima, mengapakah ibu bapanya menghalang dia untuk melakukan perkara yang mulia ? Si anak ego. Dia rasa ibu bapanya salah. Dia malah berani berdendam.

Si anak terus laju dalam gerakan dakwahnya. Dia ingin pergi jauh dari kongkongan ibu bapanya. Dia sudah muak dengan sikap ibu bapanya yang dia rasa tidak memahami kehendak dirinya. Dia malah sekali lagi, berani menyimpan dendam.

Si ibu dan bapa, tidak lain tidak bukan mahu melihat anaknya berjaya dalam pelajaran. Supaya di masa depan, anaknya hidup senang. Tidak sesusah mereka dahulu. Apa yang mereka harapkan supaya anaknya serius dan dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dengan baik. Supaya diharapkan, dengan keputusan yang cemerlanglah anak-anak boleh mendapatkan pekerjaan yang baik, gaji yang baik, kehidupan yang baik.


Wahai sang anak, kalian adalah orang muda. Cara pandangan kita terhadap kehidupan sangat berbeza dengan ibu bapa. Mereka terlebih dahulu hidup dan menghadapi kehidupan di dunia yang penuh kegilaan ini. Mereka sudah di-mindset-kan dengan cara hidup mereka sejak kecil, pengalaman hidup mereka, latar belakang keluarga, apa yang mereka baca, apa yang mereka lihat, apa yang mereka dengar dan segalanya bercampur baur lalu membentuk cara fikir mereka. Cara mereka memandang dunia.

Mungkin ada beberapa peristiwa yang telah menjadikan mereka berfikiran seperti itu. Pasti ada sebab atas setiap pandangan dan tindak tanduk mereka.

Wahai sang anak, kita masih hijau. Namun, itu tidak menjadikan kita hanya perlu patuh dan dengar. Kita sama sekali tidak sepatutnya menindas amanah terbesar ini iatu akal untuk berfikir. Kita seolah-olah si buta yang tiba-tiba boleh melihat. Kita tidak semena-mena boleh membezakan hitam dan putih. Yang selama ini yang kita rasa hanyalah hitam pekat dalam kegelapan, namun dengan rahmatNya, kita sudah boleh melihat cahaya.

Semakin kita mendalami ilmu agama, ilmu hikmah, al-kitab, semakinlah kita nampak akan kebusukan dan kejelekan dosa lampau yang pernah kita lakukan sewaktu kita buta dahulu. Kita juga didorongkan oleh Allah untuk bergerak meninggalkan yang buruk dan mula berbuat yang baik-baik.

Tambahan, suasana di kampus yang indah-indah belaka, dikelilingi teman sebaik malaikat, kita rasa kita sahaja yang bagus.

Dengan mata yang sudah boleh melihat cahaya, apabila kita pulang ke kampung. Kita terkejut. Kita melihat ibu bapa kita juga masih buta. Disebabkan kebutaan itu, mereka ada melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Kita mula naik melenting. Kita mula ingin menghukum. Kita rasa kita sudah bagus dengan ilmu yang sebesar hama, kita sudah pandai melabel ibu bapa sebagai pendosa.

Apakah ini yang kita capai setelah menjadi kader dakwah ? Apakah kecelikkan kita tentang kehidupan telah membutakan kita akan hakikat ibu dan bapa ? Sudah butakah kita akan kasih sayang yang mereka curahkan kepada kita sejak kita hanya sebesar tangan mereka ?

Tidak lain tidak bukan, celakalah si anak. Celakalah si anak dengan kecelikkannya. Celakalah anak dengan agamanya.

_____________________________________________________________

Dakwah vs. Ibu Bapa

Tidak sedikit golongan yang perlu berhadapan dengan ujian dari ibu bapa.

Tidak sedikit juga mereka yang ditentang ibu bapa untuk terlibat dengan dakwah dan tarbiyyah.

Tidak sedikit juga mereka yang telah terhenti perjalanan dakwahnya dek kekangan keluarga.


Realitinya, ini adalah satu isu yang memberi persimpangan dilema yang cukup besar kepada sang anak. Sang anak ingin  melibatkan diri dengan kegiatan dakwah, menyampaikan ajaran Rasulullah SAW, memperbaiki ummah yang semakin kronik, ingin membawa manusia sejagat kepada Allah, juga ingin sama-sama ke syurgaNya.

Namun, langit tidak selamanya cerah. Guruh berdentuman. Hujan renyai-renyai. Terkadang lebat menghujam bumi dengan peluru air. Kilat memetir. Ada juga air yang mengalir deras di pipi, datang dari mata sang anak.

Apa yang perlu kita lakukan ? Apa yang boleh kita buat ? Apa ?


Jalan penyelesaian.

Wahai anak, tidakkah engkau menyakini firmanNya di dalam Surah Muhammad ayat ketujuh ?

Allah tahu niat murnimu. Niat yang tulus dan ikhlas.

Allah ingin mentarbiahmu. Dengan tarbiah direct dariNya sendiri.

Allah akan uji titik kelemahan kita. Agar kita tidak lagi selamanya lemah. Malah kita jadi lebih kuat dan sasa. Kita kuat mental dan yang penting, kita semakin dekat denganNYA.

Manusia membenci apa yang tidak diketahuinya.

Kerna itu boleh terkeluarnya kata 'Tak kenal Maka tak CINTA'.

Kita juga sama. Setelah mengenali dunia tarbiyah dan dakwah dengan lebih dekat, setelah semakin mendekati dunia ini, merasai sedikit pengalaman dari dunia ini, kita juga telah jatuh cinta !

Bukan sekadar jatuh, malah kita ingin terus melemaskan diri dalam lautan tarbiyyah. Eheh.

Kita sudah rasa nikmatnya. Maka, tidak adil untuk kita hukum ibu bapa kita yang belum pernah mengenali dunia ini. Mereka belum pernah rasa manisnya ukkhuwah, mereka belum juga rasa bahagianya pengorbanan.

Maka, apa yang perlu kita lakukan ?

Setiap ibu bapa, lain peelnya. Lain pendapatnya. Lain cara pandangnya. Lain kefahamannya. Lain kisah hidupnya. Lain pengalaman asam gelugor, garam bukit, garam laut dalam hidupnya.

Ibu bapa yang pernah ke universiti lain dengan ibu bapa yang sudah lama bekerja sejak kecil.

Ibu bapa yang ada phD lain dengan ibu bapa yang zaman mudanya penuh dengan kisah-kisah bakti mencari rezeki.

Si anak jualah yang paling memahami kehidupan dan peel ibu bapa mereka sendiri. Mungkin masih banyak yang belum kita fahami dan kenali karakter sebenar mereka. Terkadang kita pun keliru dengan mereka. Namun, kita tinggal dengan mereka sejak kecil. Kitalah yang paling akrab dengan mereka.

Oleh itu, si anak perlu ambil inisiatif untuk memahami ibu bapa sebelum kita mahu ibu bapa fahami kita. Kita dah besar. Kita dah matang. Allah dah beri kita celik dan nampak cahaya. Masakan kita mahu berdalih untuk memahami mereka ?

Cara approach ibu bapa sudah tentu lain dengan cara kita approach mad'u yang rata-rata sebaya atau hanya berbeza setahun dua.

1. Fahami ibu bapa sebelum meminta untuk difahami.
2. SABAR

SABAR. Pendakwah tanpa kit sabar, sukar untuk berjaya. Mereka akan buang masa merungut dan melampiaskan kegeraman dan kemarahan daripada sibuk mencari alternatif lain untuk mendekati mad'u.

Usah berharap ibu bapa kita akan faham dengan sekali penerangan. Usah harapkan mereka terus akan memberi feedback yg positif. Jika ya, alhamdulillah.

Jika belum, itu tandanya memang Allah mahu didik kita. Allah mahu kita jadi dai'e yang lebih kuat dan sasa. Kerana dalam dunia dakwah, pasti akan ada tribulasi yang lebih besar dan menakutkan sedang menunggu kita di hadapan. Maka, Allah mendidik kita untuk jadi kuat dan sabar supaya kita hadapi ujian mendatang dengan senyuman hensem lagi bergaya.

Hakikat ibu bapa, mereka ingin menyenangkan kehidupan kita. Mereka ingin kita seronok dan gumbira. Mereka ingin memenuhi hasrat dan keinginan kita kerana mereka akan down jika tidak dapat memenuhi hasrat kita.

Mungkin kita bukanlah nak sangat pun benda tu, mintak pun acuh tak acuh, tapi, pada mereka, itu adalah satu permintaan yang perlu dipenuhi. Mereka risau kita akan sedih atau susah kalau tak ada benda itu.

Ibu bapa, deep inside, tersimpan kasih sayang yang tidak bertepi kepada kita. Mereka mencintai kita tanpa syarat. Mereka tidak membezakan kita kerana kita cantik atau kacak. Mereka bukannya sayang kita kerana gambar kita lawa atau dapat banyak like. Mereka sayang kita bukan kerana kita ada ramai followers.

Maka, jika mereka berselisih dengan kita sekali dua, maafkanlah mereka. Ingatlah betapa banyaknya kita memecahkan cawan,pinggan,gelas,mangkuk mak kita waktu kecil. Ingatlah kita asyik menangis di waktu kecil guling-guling meronta-ronta di shopping mall sebab nak beli set power rangers, mereka tetap melayani kita dengan penuh sabar dan kasih sayang.

Jika mereka tidak benarkan kita ke program, maka taatilah mereka.

Sebagai balas dendam tak dapat pergi ke program, rebutlah peluang untuk buktikan pada ibu dan ayah bahawa kita seorang anak yang sangat baik dan soleh/solehah. Masaklah untuk mereka, atau bawalah mereka jalan-jalan, atau buat apa sahaja yang menggembirakan hati mereka. Mungkin di situ, akan lembut hati mereka . Atau timbul rasa bersalah, "kesian pulak anak aku ni tak dapat pergi ke program dia.."

Selain itu, 'action speak louder than word'. Love is a verb. Allah juga mahu kita beramal bagi membuktikan iman.

Maka, periksalah diri kita. Adakah ada perubahan pada diri kita semasa di rumah setelah kita sertai tarbiyyah ?

Jika kita masih along yang sama yang suka bangun tidur bila matahari sudah terpacak, masakan ibu dan ayah mahu percaya jika kita katakan dakwah dan tarbiyyah telah mengubah kita. Apatah lagi kalau kita kemukakan kita nak berkahwin. Confirm kena rejek.

Kalau kita masih angah yang sama yang degil nak tolong ibu menguruskan hal-hal kerja rumah, malas nak sidai kain, malas nak basuh pinggan, malas nak kemas meja dapur, malas nak tolong angkat pinggan adik-adik dan ayah, masakan ibu ayah percaya yang tarbiah telah memberi kesan baik pada kita. Apatah lagi kalau nak minta berkahwin, goreng telur pun rentung.

Jika demikian, maka sangat perlu untuk kita periksa terlebih dahulu diri kita. Kadangkala, ibu bapa sudah terbiasa melihat perangai buruk kita sejak kita kecil. Sudah biasa lihat kita makan sambil baring depan tv, sudah biasa tengok kita tak kemas tempat tidur lepas bangun, sudah biasa lihat kita cakap tak sopan dengan mereka, sudah biasa melihat kita pekakkan telinga bila mereka sedang bersyarah. Mereka mengenali kita luar dan dalam. Maka, jika kita yang tidak ambil inisiatif untuk mengubah yang buruk-buruk yang hodoh-hodoh pada perangai dan akhlak kita, masakan mereka mahu percaya pada kita ?

Menjadi daie umpama menjadi doktor. Doktor pakar lebih dipercayai dan bergaji lebih tinggi kerana pengalamannya yang mahal dan sangat profesional. Doktor pakar lebih ramai berjumpa dengan pesakit bermacam-macam penyakit dan peel, lebih matang untuk memberi rawatan yang terbaik sesuai dengan penyakit, dan lebih osem.

Ibu bapa mana yang tidak akan tersenyum sampai ke telinga jika melihat anaknya rajin menolong mereka, rajin berbakti kepada mereka, baik tutur kata, tidak bermasam muka apabila ditegur, pandai masak (ehem), dan segala yang indah-indah pada anak.

Jadikan peribadi bakal jodoh kita yang kita impikan sebagai benchmark untuk kita turut perbaiki dan improve diri. Baru syok. Baru sonang hati mak ayah. Baru senang nak ke program atau pegi halaqah.

Maka, tidakkah anda merasakan bahawa ini adalah satu pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga buat bekalan anda dalam perjalanan yang panjang dan payah ini ? Pengalaman ini juga boleh menjadi satu aset untuk anda kongsikan bersama adek-adek mutarabbi yang juga mempunyai masalah yang sama.

Mungkin pada waktu itu, anda akan tersenyum nampak gigi apabila mendengar musykillah mereka mengenai ibu bapa. Anda sudah terlebih dahulu merasainya. Maka, kisah anda boleh menjadi inspirasi kepada mereka untuk turut menjadi anak soleh/solehah. Sudah dapat satu tong pahala. InsyaAllah.

Tidaklah mampu untuk saya ungkapkan satu persatu masalah dalam kalangan ibu bapa para dai'e di sini. Setiap dari kita punyai masalah yang tersendiri.

Maka, Allah mahu ajar kita untuk berfikir dengan baik. Bertindak dengan matang bagi menangani isu ibu bapa ini.

Ibu bapa juga manusia biasa. Cumanya mereka itu kita wajib untuk muliakan dengan semulia-mulia perbuatan dan perkataan.

Janganlah kita menjadi daie derhaka. Kelak takut-takut kerja dakwah kita terbengkalai dek dosa kita seperti si tanggang.

Usahlah kita menjadi fitnah . Usahlah kita yang memalitkan lumpur pada nama dakwah dan tarbiyyah kerana perangai buruk dan kebusukkan ego kita.

Mak ayah. Ibu bapa. Umi dan walid. Emak dan abah. Daddy dan Mummy. Otosan dan okasan. Atau apa saja. Mereka tetap 2 sosok yang wajib kita muliakan.

Usahlah mengunakkan term dakwah vs ibu bapa. Itu kedengaran terlalu negatif. Seolah-olah ibu bapa watak antagonis.

Kita bukannya punya ibu bapa seperti Nabi Ibrahim, anak si pengukir berhala.

Ibu bapa kita bukannya seperti ibu bapa Mus'ab bin Umair, yang menghalang anaknya memeluk Islam.

Ibu bapa kita masih seislam dengan kita. Masih sama pegangan akidah.

Mungkin ini lebih kepada soal kita. Soal bagaimana kita handle. Dan ingatlah Allah sedang mendidik.

sama-sama kita cuba hadapi musykillah ini dengan baik.

semoga tiada hati yang terluka lagi selepas ini.

semoga mereka juga diberikan hidayah untuk turut serta atas jalan ini.

Merekalah racun, mereka jugalah penawar.

Sabarlah tatkala mereka menjadi racun, dan bersyukurlah apabila mereka sudah menjadi penawar.

Semoga Allah redha.
1629
16/6/2013
prepare untuk forum mendatang!

Saturday, June 15, 2013

On-yor-mak, gesek go !

Hi. I'm 19.

Mula mendekati untuk memahami Islam pada usia 14 tahun setengah walaupun Islam sejak lahir. Kad pengenalan kata Islam. Family pun sembahyang pegi masjid sume, kena pakai tudung, kena puasa, sambut raya dengan baju baru and boleh dapat duit raya walau tak banyak. At least, bila lagi orang nak bagi duit macam tu je. Kat sekolah pun kena belajar subjek Pendidikan Islam. Cukup Islam dah tuh....

Then, entah macam mana, satu petang tu tv tak menghidangkan apa-apa rancangan yang sedap lagi menyelerakan. Tak selera I nak tengok tv waktu tu. So mata ni macam melilau untuk cari apa yang lebih sodap di mata.

Currently bought beautiful blue al-quran translation spotted.

It's beautiful. Seriously. But why it only be kept in the almari ?

*flash-back*

Venue : Popular Bookstore
Year : 2008

I saw my mother pegang a very thick blue book. I ambik and belek. Oh, it is an al-quran translation. Then I looked at the price. RM 80.00. EEE... mahalnya !

me : Ibu, mahalnya quran ni !

Ibu: tak pe lah. ada kad popular. boleh dapat diskaun.

me: hm... it's your money anyway...

-the end-


Seriously, I don't really care about that al-quran. The only thing that attracting me about the quran is the corak-corak yang sumpah memang cantik. Kerawang-kerawang dia kat al-quran tu. And corak dia different untuk each surah.

Zaman tu mana ada lagi al-quran rainbow ke baldu ke ape. So, it's kinda attractive and exclusive la jugak.

So sambung balik, when I saw the quran. It's still new. Tak bukak lagi pun. No one pernah bukak lagi kot. Dan ia tersimpan rapi elok-elok, comei-comei dalam lemari tu. Ala-ala mangkuk antik. Cantik tapi terkurung. eheh.

So, I decided to belek-belek la quran tu. At first I was realllyyyy admiring dia punya corak bagai. And that quran looks like a very exclusive book. So macam excited la bila bukak en.

Bila dah selak-selak, of course lah akan terbaca few ayat kan dalam quran tu. Tapi, sayanglah I tak ingat ayat apa yang I first sekali baca !

Tapi apa yang I still can recall is, I was a bit amaze dengan translation of al-quran. I was like "eh, apsal quran ni macam bestnye nak dibaca translationnye ? Apsal macam tak pernah tau je before this ?"

Nak dijadikan cerita, one of Allah punya story untuk one of hamba dia, I took the quran into my bedroom.

Since that, I read the translation macam baca novel Harry Potter. Harry Potter and The Half Blood Prince kan tebal ya amat kan. Kalau baca sambil baring, so of course akan banyak kalih ke kiri, kejap-kejap ke kanan pulak. Kalau excited moment akan terus menerap baca. So, that's how I read quran translation waktu tu. Err.. bunyi macam sangat tak beradab kan ? Tapi, waktu tu baru nak kenal. So, lagu tu la jadinya.

Apa yang I boleh recall, I memang akan baca bila nak tidur. Before sleep akan bacalah. Maybe habiskan satu surah yang panjang. Atau dapat dua surah ke. So betullah, macam baca buku cerita. Because I only read the translation part. I sleep with it everyday. Dah macam teddy bear pun ada la jugak. Sumpah rasa tak beradab. Tapi itulah rutin, baca sambil tertidur-tidur.

Since that, rasalah otak ni macam pokok yang semakin subur. Dahan semakin tumbuh dengan banyak. Ranting-ranting kecil juga semakin panjang. Terasa neurons dalam otak tu tiba-tiba connecting with each others dengan jayanya.

It's the moment where I start to think !

err.. bunyi macam baghal pulak. Maksudnya, itulah permulaan I start to wonder and my brains work more than just in the classroom. Maths especially.

I remembered the moment baca satu ayat yang kata Allah ciptakan binatang tu ada yang berkaki dua, empat dan lapan.

I was like "eh, Allah sebut benda ni dalam quran ? hm..."

He mention about His creations. Itu baru satu.


Waktu tu terasalah juga nikmat membaca the translation sebab tak pernah baca kan sebelum ni. Tak pernah tahu pun yang maksud al quran sangat majestic and interesting tahap gaban macam tu sekali.

And kat bahagian belakang quran tu ada jugak a brief explanation pasal each of the surah dalam al quran. Surah ni cakap pasal apa and apa, ada hukum apa, ayat ni sampai ayat ni Allah nak cakap apa. Tapi simple je la. Just untuk dapat rough idea pasal surah tu.

Ini permulaan jalanku kepadaNya. Ini moment first-first kenal al quran. Bila ingat balik, rasa macam sweet je. Sebab Allah pilih untuk baca translation sampai habis. Alhamdulillah. Sebab waktu tu, memang ignorance sangat pasal agama. Lagipun budak form 2, dia fikir apa je .. Tak matang lagi.

Actually, in the same time, waktu tu jugak tengah kemuncak kegilaan pada Super Junior. Erk. Tu la pasal. Waktu tu memang tahap genting. Kalau ada graf, itu tahap peak lah. konon-konon minat habis. *rolled eyes*

Waktu tu jugak tengah in battle nak tunaikan satu kewajipan utama sebagai seorang muslimah. Which is tutup aurat. Tudung memang pakai dah. Tapi, tudung yang macam mane ye. Biasalah, tudung bawal, selempang. Depan cousins, bukak. Sebab no one yang aku tengok pakai tudung bila kitaorang ramai-ramai gather.

Pernah baca novel anthem ? Part Dash pakai beanie as pengganti tudung ? Me did almost the same. Cuma I pakai snowcap. Tak la yang betul-betul snowcap. Yang mat-mat botak suka pakai tu. Tak tau la nama dia apa. Tapi, memang rasa awkward. Sangat. Cousins tengok pun cam pelik je. Tapi they just dont say anything. But me. Dalam ni dah rasa macam apa dah. Malu ada, ragu-ragu ada, macam-macam ada.

Tapi form 2 ni still lagi tak kuat. Still fragile and macam lalang. In battle sorang-sorang without any preparation(ilmu).

Tapi aura nak change tu adalah sikit.

Hujung tahun, Nov-Disember breaks tu, parents hantar ke kem. Kem al-barakah. Bawah kelolaan ustaz Kazim. Dulu tak se-femes sekarang. Dan tak sebesar sekarang. Sekarang al-barakah dah maju. Samalah dengan ustaz Kazim. Dah jadi retiss yaw. eheh.

Dipendekkan cerita, berkat tarbiah solat jemaah 5 waktu selama 2 minggu, pergh... waktu tu rasanya macam dah jadi super saiya dah. Dulu lah rasa.

Form 3. Waktu ni penyakit gila buku tu mula timbul. Inkuiri macam sangat tinggi. Lebih dari scale yang sepatutnya. Waktu ni la banyak baca segala buku yang boleh dibaca. Nak-nak yang relate dengan Islam. Blog-blog pun habis digeledah (bebudak waktu tu. Blog je lah harapan nak cari bahan bacaan).

Blog yang paling addict dulu waktu tu is Kereta Mayat-Hamka. Blog ni walaupun kadang tuh ada kandungan untuk orang yang dah kahwin, peluh besar jugak baca, tapi kebanyakkan menyentapkan dan menyedarkan. Waktu tu nak tambah iman baca blog la. Mana faham muwasoffat-muwasoffat ke ape benda ke lagi.

Antara ayat Quran yang paling best dulu yang minat gila is 24:30-31

An-Nur: 30 & 31. Sebab mungkin waktu tu baru nak bertatih tutup aurat kan. So ayat tu memang sesuailah. And ayat 30. Sesuai lah untuk saya si peminat korea. Tak reti-reti nak jaga pandangan. So, ayat itulah penyentap dan penyedar.

Bercerita mengenai kenangan mengenali ISLAM dengan lebih mesra ini sememangnya satu peristiwa yang paling indah dalam kehidupan yang singkat ini.

Bagaimana Allah telah menyusun kehidupan ini dengan banyak babak menarik, cliche' nye lagi, sedih, in battle sorang-sorang selama beberapa tahun yang menggilakan dan menghancur-remukkan hati jiwa raga, dan etc.

Secebis kisah hidup ini hanyalah starting point dalam perjalanan menuju akhirat.

Starting point tidak bermakna kita sudah jadi baik dan boleh bersenang lenang dan berasa selamat dengan hidayah.

Hidayah jika tidak disertai dengan bertambahnya ilmu dan amal hanyalah sia-sia.

Nak mengharungi hidup dengan nyawa yang masih berbaki ini saja masih terlalu banyak rintangan dan cobaan di tengah jalan.

Boleh saja kita tersungkur di tengah jalan.

Boleh saja kita berpatah balik, terasa gila nak mengharungi dunia dengan Islam ini.

Kerna ISLAM ini sudah terlalu pelik dan aneh untuk dipraktikkan.

Seakan-akan engkau adalah manusia yang berjalan tanpa kepala di tengah khalayak .

Engkau aneh lagi memelikkan, engkau menakutkan lagi menyeramkan, dan orang ramai ingin menghapuskan engkau. Disebabkan betapa peliknya engkau. Dan mereka menyangka disebalik kepelikkan engkau tersembunyi ancaman yang merbahaya dan mengancam keselamatan awam.

Rasulullah SAW yang Amin berkata, pada akhir zaman, orang yang berpegang teguh kepada agama seolah-olah orang yang mengenggam bara api.

Genggam bara api ? Apa yang akan kita rasakan ?

Sakit ! Pedih ! Perit ! Terasa ingin lepaskan saja. Terasa ingin berputus asa. Kerana ramai orang menyangka dengan melepaskan bara api itu kita akan lebih bahagia. Tanpa kepedihan dan kesakitan menanggung bara.

Buat yang masih merangkak di jalan ini, teruskan merangkak.

Merangkaklah dengan hati yang tidak pernah berputus harap dariNya.

Bila kita mencari, Dia pasti akan memberi.

Dia pasti akan menemukan kita denganNYA.

Sudah hampir 7 tahun semenjak peristiwa itu, hidupku sentiasa dalam peperangan.

Peperangan itu tidak akan berakhir, sehinggalah engkau sudah duduk bersila di atas kusyen syurga yang empuk.

Peperangan akan makin hebat. Tambahan dengan dunia yang semakin gila.

Dunia mengejarmu. Dengan godaannya, dengan segala tipu dayanya, dengan segala hiburan yang membius kewarasan kita dalam hidup bertuhan.

Jika engkau tidak memecut, bersedialah untuk ditelan dunia.

Futur itu biasa.

Bangkit dari kefuturan dengan bergaya itu luar biasa !

Teruslah berusaha menjaga imanmu dengan senyuman bergaya.

Genggamlah bara api ini semampumu, usah kau lepaskan.

Akan Tuhanmu gantikan bara itu dengan sebuah kunci kelak.

Kunci membuka pintu gerbang istanamu di Syurga kelak !



Manisnyaiman
0120
Semoga Dia terus memelihara iman kita.

nanti boleh buat part 2 la pulak. rasa mcm tergantung je. hm.. 

Thursday, June 13, 2013

Nasihat untuk Akhawat

Saya nak share satu ucapan dari Syeikh Abul A'la al- Maududi, Ketua Jamaah Islamiyyah Pakistan (1941) yang saya kira sangat penting untuk share bersama akhawat sekalian. Ini adalah petikan daripada buku

p/s : buku ini diterbitkan pada tahun 1984, sebab itu bahasanya pelik sikit ya. Saya edit semampu saya shj.

BEBERAPA PERINGATAN UNTUK PARA DAI'E ( TAZKIRAH DU'AH AL-ISLAM)
SYEIKH ABUL A'LA AL-MAUDUDI



Nasihat Untuk Akhawat 

Saya menyampaikan kata-kata saya secara khusus kepada kaum wanita. Ia mempunyai hubungan dengan jama'ah atau mereka yang mengambil berat akan kejayaan risalah ini yang didokong oleh generasi Islamiyyah.

Perkara yang paling utama ialah : 

Mereka wajib melaksanakan semaksima mungkin terhadap tanggungjawab mereka dan memberi perhatian yang cukup serius terhadap hal agama. Dalam hal ini, tidak memadai bagi kaum wanita hanya sekadar memahami dan mengamati Al-Quran. 

Malah mereka berkewajipan mempelajari hadith-hadith dan ilmu feqah menurut masa yang dibenarkan. Mereka tidak seharusnya berpuas hati sekadar mengetahui prinsip-prinsip agama dan tuntutan-tuntutan iman yang pokok sahaja malah disamping menguasai semua itu mereka juga berkewajipan menekankan dan mengetahui hukum-hukum agama yang mempunyai pertalian terus dengan kehidupan peribadi, kekeluargaan dan masyarakat.  

Kerana, kejahilan kaum wanita akan mengakibatkan perkara-perkara yang tidak mematuhi aturan syari'e boleh berlaku dan diterima dalam rumah tangga kaum muslimin. Adat-adat jahilliyah dan segala bentuk tradisi-tradisinya boleh mencelah masuk ke dalam rumah tangga mereka. Akhawat kita berkewajipan memikirkan jalan dan cara bagaimana boleh mengatasi kekurangan-kekurangan ini dalam diri mereka sendiri sebelum menjangkau perkara-perkara lain. 

Di samping itu, pihak jamaah juga perlu berusaha untuk memberikan sepenuh perhatian yang diperlukan seperti mengadakan program-program khusus buat para wanita untuk mendidik mereka secara intensif. Insya Allah. 

Namun demikian, ada sedikit halangan-halangan ke arah pencapaian matlamat-matlamat jamaah sehingga ke hari ini. Kita telah membuat keputusan untuk memberi perhatian yang khusus kepada kaum wanita. Antaranya adalah dengan menggalakkan penglibatan mereka bersama kaum lelaki di dalam kursus-kursus yang akan dianjurkan. Ini adalah antara salah satu alternatif untuk mendidik mereka. 

Kalaulah ianya diadakan, maka perlulah kaum wanita untuk menjaga sempadan-sempadan hijab dengan sempurna ( penjagaan aurat dipelihara dengan sempurna). Para akhawat pula mestilah perlu memanfaatkan semua peluang yang ada diberikan untuk mereka menyertai program-program tarbiyyah seperti itu. 

Perkara kedua yang perlu diusahakan oleh setiap akhawat ialah mencorakkan diri, kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat, akhlak dan kehidupan umum para wanita sesuai dengan ilmu-ilmu agama yang telah mereka perolehi melalui pembelajaran-pembelajaran al-Quran ,al- Hadith ,ilmu Feqah, dan kursus-kursus pendidikan yang lain. 

Di antara kewajipan yang mesti diusahakan oleh setiap wanita Islam ialah memperkuatkan akhlak mereka. Akhlak mereka perlu diperkuatkan (dimantapkan) sehingga mereka mencapai satu tahap di mana apabila mereka telah mempercayai kebenaran di dalam sesuatu perkara, mereka akan terus berpegang kukuh dan istiqamah dengannya tanpa berganjak walaupun seinci. 

Begitulah juga apabila mereka mengetahui tentang perkara-perkara palsu dan tidak benar di dalam suatu perkara, mereka akan terus menolaknya tanpa ragu-ragu. Mereka tidak akan sama sekali cenderung kepada kepalsuan itu walau sedikit meskipun penolakkan itu akan mendapat tentangan hebat dan ejekan daripada keluarganya sendiri. Dalam hal ini, ibu bapa dan suami mereka berhak menerima penghormatan mengikut kadar darjat masing-masing. 

Walaubagaimanapun, semua hak mereka ini tidak ada nilainya apabila dibandingkan dengan kewajipan kaum wanita terhadap ALLAH dan Rasulullah S.A.W. Wanita Islam mestilah menolak segala bentuk ketaatan kepada sesiapa jua yang mahu membawa mereka kepada penderhakaan terhadap ALLAH dan RasulNYA. 

Mereka mestilah sanggup menanggung sebarang kemungkinan yang dihadapi di dalam perjalanan ini dengan kesusahan dan kepayahan. Semua ini diserahkan sebulat-bulat tawakal kepada ALLAH SWT dengan penuh harapan menunggu pembalasan di akhirat nanti. 

DEMI ALLAH ! Tahap apa pun pencapaian, perlaksanaan dan istiqamah serta keadilan hati dalam menerima kebenaran, ianya tetap akan memberi kesan baik terhadap rumah tangga dan anak-anaknya. Seterusnya berpeluang pula untuk memperbaiki rumah tangga dalam realiti masyarakat yang semakin rosak. 

Demikianlah jua sebaliknya. Sejauh mana seorang wanita Islam rela dan menurut sahaja tuntutan-tuntutan dan aturan daripada orang dan pemerintah yang zalim supaya menyesuaikan diri dengan kerja-kerja yang bertentangan dengan syariah ALLAH, maka sejauh itulah jua diharamkan keberkatan Islam dalam kehidupannya. Dia akan menjadi contoh yang buruk terhadap rumah tangganya, anak-anak dan masyarakat kerana kelemahan iman dan akhlaknya yang rosak. 

Tugas ketiga, kewajipan wanita Islam yang terlibat dalam Dakwah dan Islam (Dakwah dan Tarbiyyah), ialah mereka perlu menekankan dan mengutamakan usaha untuk memperbaiki keluarganya, sanak saudara dan sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan persaudaraan lebih dari memperbaiki orang lain. 

ALLAH mengurniakan zuriat kepada akhawat. Kurniaan ini umpama penyerahan kertas-kertas peperiksaan dari ALLAH. Jika mereka tidak mendapat markah yang secukupnya untuk satu kertas, maka mereka tidak memperoleh kejayaan dalam kertas-kertas peperiksaan yang lain. Oleh itu, anak lelaki dan anak perempuan merekalah yang terlebih dahulu mendapat keutamaan untuk dididik dan diberi perhatian. Anak-anak inilah yang sangat dituntut supaya ibu-ibu membina mereka dengan pendidikan dan akhlak agama. 

Di antara tugas para akhawat yang sudah berkahwin ialah berusaha mengarahkan suami mereka ke jalan yang benar. Kalau suami telah memilih jalan ini, maka akhawat mestilah membantu mereka. Tugas anak gadis Muslim pula ialah menjaga akhlak dan maruahnya dan seterusnya ialah menyampaikan perkataan-perkataan yang benar ini kepada kedua ibu-bapanya. Dan dia seharusnya berusaha untuk memberikan kepada kedua mereka bahan bacaan yang baik berhubung dengan dakwah. Tugas akhir wanita muslim ialah mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada wanita-wanita di sekelilingnya pada waktu-waktu tertentu selepas menunaikan kewajipan di dalam rumahtangga dengan baik.

 Ia berkewajipan mengajarkan kepada anak-anak Muslim akan prinsip-prinsip asas Islam dan pengajaran-pengajaran pokoknya. Mengajarkan agama kepada wanita-wanita yang jahil tentang agamanya. Menyebarkan bahan-bahan bacaan Islam kepada wanita-wanita yang terpelajar. Mengadakan pertemuan-pertemuan dan menyampaikan ceramah agama kepada wanita lain. Membacakan kitab-kitab yang baik jika tidak mampu berpidato. Ringkasnya, wanita Muslim berkewajipan melaksanakan semua jalan yang bersih untuk membanteras kejahilan dan memerangi amalan jahiliah dalam kalangan kaumnya. 

Masih ada lagi satu tugasan khusus yang penting bagi akhawat daie yang berilmu dalam suasana hari ini iaitu bergerak menentang arus kesesatan, keruntuhan fikiran dan kerosakan akhlak yang didokong oleh wanita-wanita Pakistan yang telah dibaratkan. Kita semua sedia maklum dengan kesesatan mereka. Mereka pula akan menyesatkan orang lain. Pihak lain pula akan mempergunakan mereka untuk tujuan-tujuan jahat yang merosakkan. Mereka akan menggunakan segala alat-alat dan kemudahan-kemudahan jentera pemerintah untuk menyebarkan kerosakkan. Kerana itu, janganlah para akhawat yang berilmu dan terpelajar mengabaikan tugas ini lalu menyerahkan sepenuhnya kepada kaum lelaki sahaja. Seluruh wanita Muslim Pakistan perlulah menyedari akan tanggungjawab ini dan mengetahui akibat kerosakkan yang lahir dari aliran ini. 

Golongan yang mempunyai kepentingan diri akan melaungkan kata yang menyesatkan kaum wanita dengan mengatakan : 

"Sesungguhnya manusia Muslim hari ini mahu memperhambakan, memperkosa dan menguasai kaum wanita. Mereka melarang kaum wanita keluar rumah. Mereka menghalangi wanita dari menikmati kemerdekaan dan kebebasan dalam kehidupan dunia." 

Alhamdulillah masih ada wanita Muslim yang masih berpegang teguh dengan sifat-sifat kebaikkan, kemuliaan, taqwa dan fadhilat. Namun demikian banyak juga kumpulan-kumpulan wanita Pakistan yang telah dibaratkan. Golongan ini berilmu, cerdik, luas pengetahuan, mempunyai kemampuan berpidato dan menulis. Akhawat bertanggungjawab untuk tampil ke hadapan, mencabar dan menentang mereka. Menghentikan dan menghancurkan segala bentuk fitnah yang mereka sebarkan. 

Hadapilah mereka yang telah diserapi dengan budaya Barat. Laungkanlah kepada mereka bahawa wanita muslimah sesekali tidak akan melampaui batas-batas yang telah ALLAH tetapkan. Wanita muslimah memandang benci dan jijik terhadap kemajuan yang melanggar hukum ALLAH. Wanita muslimah tidak akan melanggar sempadan-sempadan yang telah ALLAH tetapkan. Malah lebih jauh dari itu, akhawat mestilah menyusun diri mereka dan memastikan mereka mengekalkan diri mereka dalam aturan Islam. Akhawat mestilah memelihara dan berpegang dengan fadhilat-fadhilat dan amal-amal kesopanan. Setiap tuntutan ke atas sesuatu perkara walau di anggap mustahil mestilah dilaksanakan kecuali apabila ia melanggar hukum-hukum Allah. Yang demikian itu adalah supaya dapat dikenali dan dibezakan dari orang-orang yang sesat lagi menyesatkan. 


Sesungguhnya mutiara kata dari Syeikh al-Maududi khas buat para akhawat ini benar-benar telah menyedarkan kita bahawa sememangnya kita mempunyai banyak tanggungjawab. Sebagai wanita Islam, kita seharusnya berusaha keras untuk memahami Islam dan menghayati agama suci ini dengan mempelajari Islam itu sendiri . Seterusnya, apabila kita sudah memahami, menjadi satu kewajipan pula untuk mengajarkannya kepada wanita Islam lain agar mereka juga turut memahami Islam dengan baik.

Akhawat, usahlah mengalah dengan kefuturan. Usah bermalas-malas dengan hiburan. Usah lembik dengan godaan para artis. Usah memberi pelbagai alasan lagi. Ayuhlah kita sama-sama berusaha semampu kita untuk mendidik diri dan mendidik orang lain. Kelak, kitalah bakal mencorakkan anak-anak kita, generasi Islam yang akan datang.

Jika kita tidak mewarnai anak-anak dengan warna-warna Islam,
maka kita sedang mencontengnya dengan arang-arang Jahiliyyah- Afiq Sazlan. 

Semoga Allah Redha. 

Tuesday, June 11, 2013

Si buncit dan si kering

Apa erti saya menganut agama islam ?

Great question. Tapi memang kena perah hati dan akal untuk cari jawapan.

Meniti hari-hari kehidupan seharian sebagai seorang muslim, melakukan ibadah yang sama setiap hari dalam sedar tak sedar membuatkan kita seperti robot.

Diprogram untuk melakukan itu dan ini dengan begitu efisyen, tapi kosong dari makna.

Kosong dari penghayatan dan rasa.



Tapi robot lain. Robot tidak mungkin akan bosan. Tapi manusia cepat bosan.

Kadang-kadang, dalam menjalani kehidupan yang 'sibuk' ini, rasanya kita perlu untuk cari mana-mana RnR untuk rehat dan rawat hati dan jiwa kita.

Duduk sebentar bersama kitkat . Duduk diam sebentar. Buat sekian lamanya kita bekerja dengan begitu tekun dan bersungguh untuk kemajuan syarikat, untuk bisnes yang semakin hari semakin menguntungkan, setiap hari ke kuliah dan buat esaimen untuk markah tambahan, setiap hari penuh dengan pelbagai tuntutan tanggungjawab yang menjerit-jerit bertengkar meminta kita untuk menyelesaikannya.

Kita kata kita sibuk. Nak uruskan itu dan ini. Kita sibuk ! Kita sibuk ! Kita sibuk !

Sibukkan apa ?

Si anak bertanya pada ibu dan ayahnya.

"ayah dengan ibu sibukkan ape ?"

"sibuk bekerjalah. Nak cari duit. Nak bagi kamu makan. Bil-bil tu semua nak kena bayar. Kereta ni bukan free. Rumah ni pun masih banyak hutangnya. Nanti kata nak beli itulah inilah, kamu pun sama. Banyak je benda yang nak mintak. Kalau tak dek duit, macam mana ??"

anak pun terdiam. Ada betulnya kata-kata ibu dan bapanya. Lalu, si anak pun diprogramkan kelak untuk bekerja mencari duit, bagi memenuhi tuntutan kebendaan dunia yang kian hari semakin mendesak dan mencekik darah.

Gua kaya, lu ada apa ?


The cycle repeat.

Tapi, apa akan jadi sekiranya si anak mengambil satu langkah yang boleh mengubah hidupnya untuk berpuluh tahun akan datang ?

"ayah, ibu, memang duit itu satu keperluan. Tapi apa sebenarnya tujuan utama kita hidup kat dunia ini ? Adakah untuk belajar separuh mati untuk dapatkan ijazah,lepas tu kerja keras, sibuk sampai tak dek masa bersama keluarga semata-mata untuk mengumpul duit, membayar bil, memberi barang keperluan untuk kehidupan lepas tu tua dan mati ? Tak ke macam sia-sia je hidup macam tu ?"

"........................................."

ibu bapa yang sibuk sangat ini, pasti tidak sedar, perubahan yang ada pada diri anak-anaknya. Tambah lagi apabila mereka sudah remaja.

Mungkin, jika satu hari mereka accidently berborak dengan anak mereka, mereka akan terkejut besar. Kerana mereka sudah tidak mengenali karakter baru seorang yang bergelar anak itu di hadapan mereka. Anak mereka berubah, menjadi seseorang yang sangat asing yang tidak pernah mereka kenali sebelum ini.

epic.

Namun,jika anak ini diajar cara berfikir dengan betul, pasti hidupnya akan turut berubah dengan cara fikiran yang lebih baik. The cycle stop, The new healthy cycle will start.

Saya belum pernah bekerja. Belum punya tanggungjawab untuk mencari wang. Belum berkahwin. Belum ada anak. Belum ada kereta sendiri. Belum ada rumah sendiri. Belum lagi kena bayar bil air, letrik, astro, broadband, wifi, celcom broadband, hutang rumah, duit insurans, duit tabung haji untuk haji dan sebagainya.

Ya, saya sebenarnya belum layak untuk bercakap soal cari duit, sebab saya masih mentah.

Okay then, kalau macam tu, biar saya bercakap dari perspektif seorang anak, seorang remaja, seorang pemuda, seorang yang baru mengenali kehidupan, seorang mahasiswa, seorang yang mentah.

Dah terbiasa sebagai anak no.2 , saya lebih banyak berdiam diri. Tak banyak cakap. Banyak memerhati. Banyak berfikir. Banyak merepek sorang-sorang. Hah, inilah antaranya.

Mungkin sebab saya tak disibukkan dengan tanggungjawab yang berat-berat sehingga terlalu banyak masa untuk berfikir secara kritis, mengkritik itu dan ini, komplain dan tak reti bersyukur. Erk, macam familiar je slogan tu.


Kita sangat menikmati kehidupan ini dengan keadaan kewangan mewah yang kita ada. Seseorang pernah berkata pada saya, "kehidupan seseorang itu akan stable bila mencecah umur 40 tahun.".

kat situ lah kot boleh keluarnya quotes " Life begins at 40"



Alhamdulillah, lahir dari keluarga yang stable memang menjadikan saya seorang anak yang boleh tahan manja.

Bukan manja yang gedik gelenyar tu, tapi manja yang nak apa main mintak je kat mak bapak.

Bak kata ibunda tercinta, " nak apa main order je.."

Hm.... agaklah, tambah-tambah lagi anak perempuan. Memang malas je sebenarnya nak kerja cari duit. Sebab saya masih belum rasa duit itu satu keperluan atau satu kepentingan.

Kehidupan yang stabil macam ini, secara tak langsung sebenarnya telah membunuh sensitiviti kita untuk bersimpati dengan dengan keadaan orang lain.

Simpati tu mungkin ada, tapi tidak cukup kuat untuk push kita dalam bentuk perbuatan.

Boleh dikatakan keluar makan di restoran itu biasa. Sebab semakin sibuk, maka nak masak pun payah. Makan masa. Lebih mudah untuk keluar makan.

Saya sedih sebenarnya bila tulis post ni. Sebab terasa diri sangat selfish dan bersenang lenang.

Asyik sibuk membaca kisah hidup pejuang agama di medan dakwah, yang syahid dengan bangganya, yang hidupnya dikorbankan untuk dakwah, yang harta bendanya disedeqahkan di jalan Allah, sehingga sedikit sekali harta yang ditinggalkan mereka buat keluarga . Kehidupan mereka tidak pernah bersenang-lenang, disibukkan dengan memenuhi keperluan ummat, apatah lagi nak duduk duduk santai di restoran menikmati makanan mewah sehingga gemoks.Mereka kembali kepada Allah dalam keadaan yang cool. Tak perlu risau dengan harta yang banyak yang akan menyebabkan lamanya kita dihisab dek harta yang berkepuk.

Irony dengan kehidupan si pembaca.

Sedih juga, bila keluar makan di restoran sehingga mencecah ratusan ringgit. Paling-paling pun beberapa puluhlah. Itu belum makan di Ibu Kota. Pasti harga makanan sangat mahal.

Hasilnya, perut sangat kenyang. Lepas tu ? Balik rumah, tidur. Esoknya, liat nak bangun subuh, sebab kekenyangan.

Makanan tu semua jadi apa ? Lemak, tahi. Dibuang dan diflush. Langsung tidak ada manfaat.

Entah berapa persen je yang betul-betul diserap sebagai nutrisi untuk tubuh badan.

Dan kita terus leka dan enjoy kesenangan hidup sebegitu.

Tak terbit rasa bersalah.

Nak makan apa, order sahaja.

Nak advance sikit, tangkap gambar, edit, upload dalam instagram. Bagi semua orang tengok. Bagi semua orang terliur. Bagi orang-orang lain jeles. Bagi mereka yang tidak mampu tengok dan hanya telan air liur.

Kita begitu kejam dalam kehidupan ini bukan ?

Kadang-kadang, sedang saya scroll di wall facebook atau di instagram, terlihat post sahabat mengenai nasib saudara kita di Syria, diseksa, ditindas,dibom, mereka dicabut hak kemanusiaan untuk hidup aman dan tenteram, timbullah sikit rasa sedih. Tapi rasa sedih itu segera dibunuh apabila muncul pula gambar kek secret recipe penuh coklat gebu yang mengecurkan air liur. Gambar itu pemiliknya sedang tersenyum bangga dengan makanannya.



Wahai ~~~~~~

Malu!! Malu sebenarnya untuk angkat muka ni pada masyarakat !

Tambah lagi bila terserempak dengan pekerja tukang sapu sampah, makcik-makcik yang cuci toilet, pakcik-pakcik angkat sampah, adik-adik yang sangat muda sudah membantu ibu bapa berniaga kecil-kecilan di jalanan.


Terasa benar mereka ini lebih mulia dari diri ini.

Mereka lebih mulia di mata Allah agaknya.

Mereka bekerja setiap hari dengan tekun demi mencari wang untuk makan malam itu.

sudah mengenali erti kesusahan sejak kecil.


Kita terlalu miskin. Yang kita ada hanyalah wang.



Kita terlalu faqir. Terlalu dhaif.

Kita tidak punya belas kasih sesama manusia, apatah lagi binatang-binatang yang ada.

Kucing datang meminta sedikit makanan dari kita di restoran, kita halau. Kita sepak.

Kita tidak punya nilai dalam diri sebagai manusia. Kita kehilangan sifat kemanusiaan yang ingin membantu.

Kita kehilangan ihsan kepada Tuhan bahawa setiap kali kita menolong dan memudahkan urusan makhluk lain, kita pasti akan dipermudahkanNya di masa lain.

Kita kehilangan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, yang terus menerus membantu dan memberi makan kepada faqir miskin.

Kita sibuk dengan harta kita. Kita sibuk dengan persoalan profile picture kita. Kita sibuk dengan berapa like dan komen kita dapat untuk blog kita, kita sibuk dengan gambar baru yang perlu diupload ke instagram.

Kita sibuk !!!

Kalau sebagai daie', kita sibuk berapa ramai like status dakwah kita, sibuk lihat berapa ramai share status kita, sibuk fikir berapa ramai suka dengan penyampaian kita, sibuk dengan segala yang boleh memfofularkan lagi diri kita.

Jika sibuk kita itu menguntungkan kita dengan sebenar-benar keuntungan, pasti berbaloi bukan ?

Kedengaran macam tak realistik pulak kalau nak keluar makan pun tak boleh.

Okay, saya bukan nak kata keluar makan tu salah, tak pun. Actually itulah bonding time dengan family.

Namun, janganlah sampai kita terlalu selesa dengan kesenangan yang kita ada sehingga semakin menebal cinta kita kepada dunia.

Semakin gemoks kita dengan lemak dan kalori.



Semakin slow pergerakkan kita dalam kerja dakwah.

Semakin rimas pulak kita dengan program yang makanannya tak sesedap mana.

Semakin ignorance kita dengan homeless yang sehelai sepinggang.

Semakin buta dan tuli kita dengan nasib saudara kita di Syria, Palestin atau yang paling parah di negara sendiri yang semakin tak kenal Tuhan.

Semakin tak sedar yang diri tu makin dekat dengan kematian.


Berbalik semula kepada persoalan yang pertama ?

Apakah erti saya menganut agama Islam ?

eerrr... saya sibuk. Tak dek masa nak fikir.

Friday, June 7, 2013

Kahwin : Pakej Tera-tanggungjawab



Bila cakap pasai kahwin, aku punya pemikiran melalui berlevel-level fasa.

Paradigm atau pandangan aku pasai kahwin berubah-ubah mengikut tahap pengalaman, environment, dan sudut pandang aku terhadap dunia . Dunia realiti to be precise.

Dulu, zaman aku susah nak keluar rumah, zaman aku still anak gadis tidak bersalah (baca : innocent), zaman aku tak berapa nak tau hal dunia luar yang menggila, waktu tu aku merancang nak kahwin awal. Konon-kononnya, bila aku kahwin awal, senanglah ada husband yang bawak pi jalan-jalan, adalah seorang protector lelaki yang boleh dipercayai (kononnya) untuk aku bergantung. And aku jugak merancanglah konon-kononnya aku nak kahwin waktu study. around 22 maybe.



And lagi satu sebab aku nak kahwin awal is sebab aku nak anak cecepat. Konon-kononnya nanti bila anak aku dah besar, taklah jauh beza sangat umur dorang dengan aku. Motif ? Sendiri fikirlah.

Lagi sebab apa aku nak kahwin awal dulu, sebab aku ingat kahwin tu indah-indah belaka, seindah syurga. Wahahaha. Aku ingat perkahwinan ni macam endless happiness. Agaknya. Lagipun momokan kahwin itu best banyak sangat. Manalah tak terpengaruh.

Sengih sumbing.

Apa punya minded. Tak matang sungguh !

Lepas tu, aku mula dengar-dengar orang-orang mula berkata, kalau nak yang soleh, solehahkan diri dulu. Lepas tu, aku mula baca Batu-bata Kehidupan-Hilal Asyraf. Ada kot dalam buku tu sentuh pasal kematangan dan pembinaan diri. Aku mula tertarik dengan isu kematangan yang perlu dibina. Nak nak lagi Hilal tu memang penulis yang hebat dan kaya dengan pengalaman. Bila borong buku dia, so banyak input lah jugak pasal isu pemantapan diri, remaja yang membina jati diri, aset berharga kematangan buat para pemuda dan etc.

Dan aku mula mendalami isu jodoh-kahwin-cinta dan sewaktu dengannya bila adalah something happen, lepas tu terus eager nak kaji pendapat dan pandangan Islam tentang konsep perkahwinan and stuffs.

Couple sebelum berkahwin hanya akan memburukkan keadaan. Ia akan menjadi barah tahap 4. Couple dan excessive affection before marriage juga akan menyebab 'neraka kehidupan' di alam perkahwinan. Kalau before kahwin dia tak kisah nak chat dengan boyfie sepanjang malam, tak mustahil bila dah kahwin, dia boleh buat dengan lelaki lain. Cemburu dan prasangka akan menjadi duri dalam perkahwinan. Maka, tak hairanlah ramai yang bercerai. Kalau mereka bahagia sekalipun, pasti-pasti anak-anak mereka mengikut jejak langkah mereka. The cycle repeat. Aku menyaksikannya depan mata. Ada alive evidence.

Aku mula korek-korek cerita dengan kakak sepupu yang ada pendapat sendiri pasal kahwin dan stuffs. Dia kata, kahwin ni bukan setakat bercinta, lovey dovey je. Itu semua 10% je dari erti perkahwinan yang sebenarnya. Lepas tu dia berkongsi cerita pasal kawan-kawan dia yang dah kahwin. Ada yang jadi, ada jugak yang tak menjadi. Lepas tu, dia add lagi pasal anak. Orang suka fikir pasal kahwin tanpa fikir pasal lampin. Ustaz hasrizal pun mentioned benda yg sama dalam buku dia. So, kat sini, kakak sepupu ku ini berjayalah expand aku punya view terhadap isu genting ini.

Bila baca buku 'Aku Terima Nikahnya' kompilasi sekaligus 3 buku Ustaz Hasrizal, lagi lah makin kembang otak aku dengan pandangan yang wise dan logik. Ustaz memberi pandangan melalui pengalamannya dari kaca mata seorang manusia, yang punya pelbagai ragam. Ustaz tak memberi kisah yang hanya terhad tentang isu agama sahaja, tetapi menyeluruh, sesuai dengan realiti kehidupan yang sebenar. Buku itu tidaklah bercerita mengenai perkahwinan yang ideal, tapi lebih kepada kehidupan perkahwinan yang realistik berdasarkan pengalaman dirinya sendiri dan juga orang-orang lain.

Dalam buku ini juga, ustaz banyak ceritakan perihal couple sebelum kahwin yang mengakibatkan banyak masalah lepas berkahwin.

Buku ni memang awakening projek yang benar-benar membangunkan jiwa yang terlena dan tertipu dengan cerita dongeng bahawa perkahwinan itu bahagia 100% tanpa terkurang.

Waktu ni, aku mula memandangan perkahwinan bukanlah suatu benda yang simple. Bukan boleh dilaksanakan dalam masa 2 hari kenduri. Bukan hanya berkisar mengenai 2 insan yang bercinta. Bukan hanya pasal baju pengantin yang penuh labuci, penuh lampu lip lap, bukan hanya pasal wedding konsep garden dan vintage, bukan hanya pasal bunga telur dan gift comel untuk tetamu , bukan hanya pasal video kahwin dan nikah yang paling gempak, bukan lagu Maher Zain yang dimainkan sampai semua tetamu hafal doa untuk orang kahwin, bukan juga pasal nak honeymoon kat Paris, Italy atau buat umrah dulu sama-sama. Atau nanti bila dah kahwin, si suami akan mengimamkan solat, ajar ngaji, kejut tahajjud, tolong masak kat dapur, bagi surprise bunga, main-main kejar nak ikut sunnah dan mungkin juga boleh tangkap gambar banyak-banyak dengan hubby, nak uplod kat insta.

Jika ini yang tergambar di minda kita apabila mendengar perkataan kahwin, nikah atau walimah, sedarlah kita sudah tersasar dari landasan. Kita mungkin akan terkejut beruk bila lihat gerabak perkahwinan kita sedang menuju ke arah gaung rupanya, siap sedia untuk terjun ! Fight or flight !

Bila dah kahwin, akan datanglah insan-insan lain dalam kehidupan kita. Anak-anak.



Baby ni, kalau dalam gambar memang comel gebu. Di alam realiti pun dorang still comel. Memang akan excitedlah para gadis bila tengok sang bayi, lalu terbit keinginan di hati untuk mempunyai anak sendiri. Bila ada anak comel-comel, bagi dia pakai baju comel-comel, tangkap gambar banyak-banyak, upload kat instagram. Banyaklah pujian dan like yang diterima. And this cycle repeat.

Pernah tak kita terfikir dalam-dalam, membayangkan kita nanti sebenarnya akan buat kerja lebih dari sekadar snap pics anak kita itu. Kita akan membasuh berak 5-6 kali sehari, tukar pampers, dengar baby merengek,meraung,menjerit dan segala macam jenis kebingitan yang mampu diluahkan oleh sang bayi, kita juga perlu menanggung risiko berjaga tengah malam sebab anak mintak susu. Kalau sebelum ni memang selalu berjaga malam sebab online, study,  mungkin kita tak sangka kita akan stay up jugak sebab anak dah terjaga ! Waktu tu, kalau husband kita betul-betul lelaki yang penyayang, maka, dia akan dengan penuh rela membantu kita dalam hal menguruskan rumah dan anak. Mungkin husband kita rela untuk masak sendiri atau bawa kita keluar makan. Atau sebaliknya. errr...


Baru-baru ni, aku baru balik dari sebuah kem. 2 hari 1 malam. Aku dan sahabat aku jadi faci. Tapi aku rasa, kteorg lebih kepada menjadi babysitter dari jadi faci ! So, adalah anak sorang akhawat ni. 3 anaknya. lingkungan umur 4 tahun ke bawah. MasyaAllah subhanallah aku memang garu kepala bila tengok perangai bebudak nih.

Agak nakal. (sangat sebenarnya). Memang hobi budak-budak nih adalah buat bising pada 2 waktu. Waktu program sedang berjalan. Dan juga waktu solat.

Biasalah, budak-budak. Mereka mahukan perhatian. So, bila orang tak layan, mulalah dorang buat bising, kacau penceramah, tarik telekong bila orang tengah solat, duduk tempat sujud, main lori depan orang tengah solat, tiup trumpet sewaktu program dan sebagainya. Ini baru sikit.

Si ibunya juga terikat dengan anak bongsu, lebih kurang setahun setengah. spesis koala. Nak bergayut je dengan maknya. Tak boleh terpisah kejap. Mulalah meraung sekuatnya.



Phew... aku memang belajar banyak benda dari bebudak nih. Belajar sabar, dan ambil pengalaman untuk persediaan masa hadapan. Sangat mencabar sebenarnya.

Aku terfikirkan, nanti kalau dah kahwin, dah ada anak, macam mana nak pergi program ? Macam mana dengan urusan dakwah ? Macam mana dengan liqa ?

Aku memang jarang jumpa budak. Sebab dalam family aku dah tak dek spesis kecik-kecik ni. Semua dah bosar. Jadi maybe aku je kot yang culture shock .

Ada akhawat pernah share, yang perempuan ni memang akan slow sikit momentumnya dalam dakwah bila dah berkeluarga. Dah tak boleh bawak banyak halaqah. Dah kurang masa untuk hafal quran, pulun marathon khatam quran, dah tak boleh nak berjaulah sangat, dah tak boleh itu, tak boleh ini.

So, hargailah masa bujang ini untuk menjadi super saiya. Untuk mantapkan ibadah dan 10 muwasoffat tarbiah. Pulunlah hafal sebanyaknya al quran dan marathon khatam quran.

Bila ada sharing moment dengan akhawat anak tiga tu, ada satu soalan cepu emas yang diajukan moderator.

"Apa perkara yang dikesali tak dapat nak buat zaman bujang bila dah berumah tangga ?"

Antaranya :

1. Tak sempat hafaz banyak surah
2. tak belajar masak dengan baik
3. tak belajar jahit
4. tak berbakti sepenuhnya, sebaiknya, semaksimanya kepada ibu bapa
5. tak spend time dengan ibu bapa sebaiknya
6.Tak belajar psychology kanak-kanak

ini antara yang aku ingatlah.

So, bila aku makin banyak 'list to do' dalam senarai impian nak buat, dan juga memikirkan apa yang aku  masih kurang sebagai seorang individu, dengan pakej tanggungjawab yang akan datang dengan perkahwinan, memang aku rasa aku akan menganjakkan sedikit umur untuk bernikah.

Memanglah orang kata, kalau nak kata ready untuk kahwin, sampai bebila pun akan rasa tak ready.

Tapi, ibadah pada Allah pun belum banyak perkara sunat yang dah istiqamah, belum banyak ilmu agama yang dipelajari, belum banyak pengalaman dan hikmah yang dikutip, belum cukup baik sebenarnya diri ini untuk memberi dalam bahtera perkahwinan kelak.

Memang indah perkahwinan itu apabila 'erti hidup pada memberi' itu dijadikan motto dan pegangan. Tapi, kita tidak boleh memberi apa yang kita tidak ada.

Belum baik lagi karakter diri ini untuk menjadi ibu yang memberi qudwah yang baik kepada anak, banyak lagi sunnah yang belum menjadi darah daging jika ingin anak sehebat para sahabat.

Belum banyak lagi buku-buku tentang ilmu perkahwinan, ilmu komunikasi, ilmu mendidik, ilmu memasak, ilmu mengurus rumah tangga, ilmu kehidupan yang belum diselongkar dan digali.

Perancangan untuk travel ke negara-negara asing juga perlu di-accomplish sebelum berkahwin. Supaya diri ini penuh dengan pengalaman dan bermanfaat.

Perancangan untuk mempelajari bahasa syurga juga perlu dicapai supaya al quran itu dihayati dan difahami dengan kefahaman yang mendalam jika ingin mempunyai kehidupan yang bahagia dunia akhirat.

Perancangan untuk belajar ilmu psychology jugak perlu diusahakan demi ummah tercinta.

Masih terlalu jauh diri ini dari checkpoint Baitul Muslim.

Individu Muslim saja masih belum menjadi yang terbaik.

maka, sebelum punyai husband dan anak-anak, maka utamakanlah mereka yang dihadapan kita !

Ibu bapa, sahabat fillah dan juga mad'u-mad'u yang sentiasa datang dalam kehidupan kita.

Post ini hanyalah pendapat peribadi saya yang marhaen ini, saya masih jauh dalam perjalanan memperbaiki diri.

Suka saya ingatkan diri dan sahabat semua, kehidupan ini hanyalah untuk Allah dan agamaNya. maka, perlulah kita sebagai hambaNya berusaha sebaiknya untuk memenuhi kehidupan ini dengan kebaikan dan menyebarkan agamaNya.

Jika anda sudah bersedia dan mampu untuk bernikah, maka lakukanlah ia secepatnya, kerana ini adalah sunnah yang mulia dan juga sebagai menyempurnakan agama seseorang.

Jika datang seorang yang dipercayai agamanya, baik pula akhlaknya untuk meminang, berbincanglah dengan baik bersama ibu bapa, dan buatlah perancangan sebaiknya.

Andai jodoh sudah menyapa, tak kiralah muda ke berusia, pasti perkahwinan akan datang menyusul.

Semoga Allah menambah petunjuk buat kita semua.

Semoga Allah menambah kebaikan buat kita lebih dari apa yang kita minta.

Semoga jodoh kita juga dipelihara Allah sebaiknya.

Semoga Allah redha. 
7 Jun 2013
Di sebuah homestay yg indah, 
Baling, Kedah .