Jurupanggil memanggil :
Wahai ahli syurga , sihat telah diberikan untukmu , kamu tidak akan sakit selamanya .
Hidup telah diberikan untukmu , kamu tidak akan mati selamanya .
Dan muda telah diberikan kepadamu , kamu tidak akan tua selamanya .
Nikmat pun telah diberikan kepadamu , maka kamu tidak akan bosan selamanya ....
WOW !! Hebat betul hadis ni ! Seriously , kalau buat iklan , hadis ni boleh menang the best iklan of the century !!
yang part last tu paling superb ! ...kamu tidak akan bosan selamanya....
Macam mana nak bosan ? Sibuk menikmati nikmat-nikmat di dalam syurga .
Duduk dalam syurga tu ibaratnya mcm pegi melancong high class punyer level la .. VVIP .. bilik yang luxury saje , dlm bilik ada jakuzi , aircond nyaman baik punyer , katil KIng size empuk macam marshmelloW , lampu pun romatik ala-ala redup gitu , wangi je ada bunga-bunga segar bugar , nak makan ape , call je , nanti ada la hotel service hantar , makan hidang atas katil , kalau nak urut pun ada , massage , aromaterapi bagai .....
Tapi , tu sume kejap je . Kalau banyak duit , paling-paling pun seminggu , sebav sibuk dengan komitmen kerja , keluarga dan sbgainya . Itu pun kalau berduit . Hahahha , VVIP punyer bukan murah weh ! Beratus ribu punyer service , silap2 kalau ikutkan napsu omputih , artis hollywood , hotel semalam pun tah bpe juta .. ish ish ish ..*geleng kepala* membazir !
Tapi kalau kat syurga , never end bebeh ! tak kan habis dengan nikmat ! Nikmat makan sodap2 , makan dessert yg buah-buahan segar bugar , caramel enak bagai (perut bunyik) , kek besau mengalahkan resepi rahsia , ayam goreng lebih lazat dari KFC , pizza bertopping baek punyer lagi hebat dari Domino's atau Pizza hut . What else ? tutti fruti pun tak terlawan lah ..
Attention : Kepada yg berpuasa , anda makruh untuk scroll down ... tapi kalau iman mantap , siilakan .........heeee
Melampau kan ? |
coklat cair beb !! pergh ! |
My Fav ! |
Hahaha , Okay ! Sorry ! Sorry !
Tapi itulah sebahagian daripada nikmat di dunia . Makanan yang ...
*telan-air-liur* sedap2 belaka .
Kalau kita orang senang , kaya , boleh ada peluang merasa makanan-makanan tuh . Tapi kalau yang miskin tuh mcm mne ??? Tak dek peluang nak rasa kebahagian makan makanan yang sedap2 ??
Yang kat africa tuh , semedang je anak branak kebuluran . Sampai ada yang mati sebab malnutrisi . Tak cukup zat . Tak cukup makan . Tapi negara kita , mati sebab terlebih makan !
Aish aish , makanlah sekadarnya ...
Dari Abu Hurairah r.a katanya; Ada seorang laki-laki yang biasanya banyak makan. Setelah ia masuk Islam, makannya sedikit. Hal ini diceritakan kepada Rasulullah saw. Baginda bersabda;
"Orang yang beriman makan untuk satu perut. Orang yang kafir makan untuk tujuh perut.”
Baginda turut bersabda,
“Sejahat-jahat umatku ialah mereka yang sentiasa mengisi perutnya dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat, dan batang tubuhnya pula bertambah dengan serba kemewahan.Hanyasanya ingatan mereka ialah aneka hidangan makanan, aneka corak pakaian , dan mereka sering meninggi diri apabila berbicara.”
Sabda Rasulullah saw lagi;
“ Orang yang terlalu kenyang di dunia, terlalu lapar di akhirat.”
So , makanlah sekadarnya . Kerana makan yang banyak tak lain tak bukan hanya memberi padah kepada kita . Nanti , obesiti , berat badan naik , gemuk , kencing manis , darah tinggi , jantung lah dan sebagainya .
Inilah pulak yang jadi bila negara maju . Penyakit orang kaya berleluasa ..
apada....
Ini ada sedikit kisah bagaimana keadaan hidup manusia paling hebat di dunia ini .
Di dalam riwayat Bukhari & Muslim, Aisyah r.a. berkata:
“Keluarga Muhammad tidak pernah merasa kenyang kerana makan gandum selama tiga malam berturut-turut hingga baginda wafat.”
Abu Hurairah r.a. berkata:
“Aku pernah masuk menemui Nabi s.a.w. dan ketika itu baginda sedang mengerjakan solat dalam keadaan duduk.
“Aku pernah masuk menemui Nabi s.a.w. dan ketika itu baginda sedang mengerjakan solat dalam keadaan duduk.
Kemudian aku berkata: “Ya Rasulullah! Aku melihat anda solat dalam keadaan duduk. Apa gerangan yang menimpa anda, ya Rasul?”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Lapar! Wahai Abu Hurairah.”
Aku tak tahan mendengar jawapan itu, aku terus menangis.
Sedangkan nabi pun menahan lapar .....insaf aku ... hukhukhuk ....
Peti ais tuh , penuh dengan macam khazanah yg aku sendiri pun tak dapat nak agak ape bnde ... hari2 makan je keje . Tambah-tambah agi la ni melangu lagi lepas spm . Sume org mesti akan komplain bnde yg sama .
"bosanlah , asyik makan,tido,makan,tido . Badan ni da tembam da ..."
Inilah keluhan anak orang zaman skang .... ish ish ish .... Nabi dulu sibuk fikirkan umat , kita ni .. masih boleh mengadu bosan ... sedangkan kat luar tu ramai lagi yg tak kenal islam . Harap nama je islam .. ini sume sebab orang mcm kita ni lah tak gerak pegi sebarkan islam ....sob sob
Allah Maha Penyayang . Maha Adil . Takpek , kalau tak dapat kat dunia ni makanan yang sedap-sedap , kat syurga nanti , cakap je nak makan ape . Pap! muncul depan mata . tak payah ckp pun takpek .. Niat dalam hati jek !
Ada satu hadis kata , kat syurga nanti , kalau kita tgk ada burung tengah terbang , tetiba kita niat nak makan burung tuh , PAP !! Burung tu terhidang depan mata kita atas pinggan emas , sedia untuk dimakan !!
Pergh ! tak ke hebat ??!!
Lagi , kat syurga nanti , diberikan kekuatan untuk makan 70-100 kali ganda banding kat dunia nih . So , kalau kat dunia nih kita makan 2 pinggan je .. kat syurga nanti ???? hahha , congak sendirilah .
Juga dikatakan Rasulullah , makanann kat syurga ni , setiap suapan ni , makin sedap , makin sedap makanan tuh . Makin kita kunyah , makin kita kunyah , makin delicious jadi nyek !
Seriously .....
So , beringat-ingat lah kita , bahawa dunia ni memang tak dek bnde ... kalau kita nak banding dengan syurga , memang tak dapat nak compare ! Sebab syurga itu adalah kenikmatan yang sangat sangat sangat superb !!!!
Memanglah Allah rahsiakan syurga daripada kita . Untuk menguji sejauh mana kita yakin pada janjiNya . Kalau betul kita yakin kepada janji-janji Allah , kita tahan diri kita daripada berlebih-lebihan di dunia , maka, di syurga nanti , korang smpai rambang mata nak makan apa kat syurga . Haha , don't worry , kita takkan gemuk dan takkan berak-kecing bagai . Tiada istilah perkumuhan dalam anatomi badan ahli syurga .. hahahha ..
So , jagalah diri kita sebaiknya . Jauhkan perbuatan yang Allah tak suka . Berusaha tinggalkan perkara yang melalaikan hati kita daripada Allah seperti tengok drama korea , tengok Super Spontan , mesej lelaki bukan mahram smpai hati kita sakit , main fb , bajet post2 islamik tu kita da baik la (aku lettew!) , main chat2 kat twitter smpai twitlimit , baca novel cinta yang meningkatkan daya imaginasi kita , main game smpai pagi bute , tengok bola sebijik tu yang tah pape ...
Well , dalam hidup moden kini , memang banyak sebenarnya alat-alat syaitan melalaikan kita . Kita yang perlu sedar dan tanya diri kita .
Adakah bende ini memberi manfaat kepada agama kita ? Diri kita ? Menambah ilmu kita ? menambah kesedaran dan kematangan kita ?
Memang lah certain akan rasa , 'ala,kita budak-budak lagi. Teen weh ! Enjoy jella . Rilek-rilek suda , buat cool je . Tak payah nak sbuk fikir. Serabut'
aku jawab : "aku akan mati . Lepas mati kene hisab . Kalau tak pass , masuk neraka la jawabnye . Kene bakar . tak mati tak hidup . tak mau aku !"
Err .. ada unsur kebajetan dan kepoyoan di situ ?? heh~ soal akhirat , jangan dibuat main .
Same goes mcm nak pilih suami (ape pulak nih?) , (aku baru habis baca buku sebarkan cinta-MU) dalam ni yang ckp .
Nak cari suami tu soal akhirat , pasangan yang akan hidup dengan kita selama hayat kita . Kalau dapat pasangan yang jauh dari Allah , dia pun akan tarik tangan kita menjauhi Allah , pegang tangan kita untuk masuk neraka ! er , stay away from me !
So , jalan-jalan yang kita pilih sebagai persediaan untuk mendapatkan pasangan yang baik is to menjauhi jalan-jalan yang mendekati zina . MENDEKATI ZINA .
Memanglah rasa stakat chat on fb and twitter or mesej bertali arus dengan lelaki tak ke mana kan .. ala , aku tau la nak jaga diri aku . Lagipun , takkan smpai berzinanye .. gila ape ? Alah , kawan je .
memanglah , tapi itu dikira jalan-jalan mendekati zina . Sebab , kalau bermesej2 ngan dorg , konfirm , hati tu rasa suka . Syaitan pun pandai-pandailah tiup2 bagi korang rasa apa yang korang rasa tu tak dek mende. Ala , berkawan je .
Kalau calling , tak sah lah pompuan kalau x lembutkan suara ... Yang belah lelaki , tak ke seronok dengar awek suara merdu bak buluh betong ? Alah , kawan je .
Kalau before kawen da main-main mesej ngan pompuan , tak mustahil lepas kawen pun dia akan berani mesej-mesej ngan pompuan lain . Kalau before kawen dye brani gurau-gurau ngan kte org poompuan , tak mustahil lepas kawen pun dye boleh mesra2 dengan pompuan lain . Alah , kawan je .
Kalau kita tego , dye boleh balas , "alah , awak pun sama ! Sebelum kkawen lagi da menggedik dengan lelaki lain !" tak ke naiya ! kite pun balas "alah,kawan je ." Dye pun akan gunakan alasan yang sama !!
Mulalah rumah tangga ada kes curiga mencurigai ... aman ke ? tenang ke ?
Kalau rumah tangga dibina dari keberkatan dan redha Allah , lebih mendapat ketenangan dan InsyaAllah , bermanfaat untuk akhirat ^^
Hahahha , aku bukan nak membebel pasal rumah tangga . tapi , inilah realiti hidup . Bukan nak prejudis dengan orang lelaki . Bukan nak jadi close-minded . Tapi cuma memahami konsep bagaimana nak mendapat redha Allah . Bukan sahaja berkenaan mendapatkan suami baik . Tapi yang utamanya ialah Redha Allah ...
Moga kita semua Allah permudahkan urusan dunia akhirat kita ^^
Sorry , post kali memang nyummy2 sket ... hehe ..
perut pun da bunyik lagi ... haish ...
By the way , sila visit link ini . Kerana huraiannya pasal syurga amat syok untuk dibaca . Kisah pasal shopping mall di syurga ^^ comel je .
Boleh tak saya tak nak suami saya ada bidadari ??
Semoga Allah Redha .
okay , aku terkene ! aku yg lapar tgk post sendiri ~ pffft
ReplyDelete