Sunday, May 6, 2012

I learn it today ! Bersahabat kerana Allah ^^




Selama ni aku dok dengar orang cakap frenship , frenship . Haha , sorrylah , I memang keras hati sket nak emo2 bab fren2 nih ..

Memang , kawan tu a part of our life . Tak tipu . Hakikat . Memang hidup memerlukan kawan . manusia itu sendiri makhluk sosial . Perlukan teman .

Selama ni memang aku berkawan . Berkawan dengan rakan-rakan sekolah rendah , lepas tu sekolah menengah , sekolah asrama , jumpe kat kem2 , plkn  dan sbginye ...

Kita datang dari Allah . Akan dikembalikan kepada Allah . Akan dihitung segala Amalan oleh Allah . Akan diadili oleh Allah . Diberi markah oleh Allah . Maka , apakah hidup kita ini akan kita jalani dengan perkara yang langsung tidak berkait dengan Allah ? Bagaimana agaknya perasaan kita kelak apabila Allah menyoal kita tentang drama-drama korea yang kita tonton , novel-novel cinta yang kita baca , movie-movie omputih yang kita ikuti di wayang setiap minggu , masa-masa kita yang berlalu begitu sahaja tanpa mengingatiNya ? Maka , sebab itulah , hidup ini perlu dijadikan ibadah . Berbuatlah sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada diri . Letakkan syurga sebagai matlamat akhir . Insyaallah , apabila kefahaman ini datang , segala yang tidak perlu akan kau tinggalkan .....

Maka , berkawan juga perlu menjadi ibadah . Mesti terliur mengenangkan sepanjang tempoh kita bersahabat mengalirkan pahala kepada kita . Sama konsep seperti kita menutup aurat . Sepanjang tempoh kita menutup aurat itu , pahala mengalir seperti air sungai . Begitu juga jika mendedahkan aurat . Mengalirnya dosa seperti air terjun ...

Ukkhuwah fillah . Bersahabat kerana Allah . Berpaksikan keimanan . Pasti membuahkan kebahagian jiwa , ketenangan hati , kesenangan dalam kesusahan malah , penyejuk jiwa tatkala bersedihan dan menjadi sumber kekuatan dikala lemah .

Jujurnya , selama ini berkawan , kadang-kadang timbul rasa geram dengan kawan karib yang kadang-kadang tidak mempedulikan diri . Diri rasa sangat lonely , rasa lemah pabila tak dilayan  .

Kadang-kadang rasa jugak mcm nak biarkan je dorg . Biarlah dengan kejahilan , biarlah dorg dengan keseronokan sementara , sedang kita tahu mana baik mana buruk . Sebab kadang-kadang dorg nampak mcm tak berminat dengan apa yang kita minat . Rasa mcm, kalau betul dye kawan aku , kenapa dye tak nak faham aku ??

Lebih-lebih lagi kalau yang tak rapat sangat .. lagilah aku tak peduli . Bukannye rapat pun . Lagipun , kau ada kawan sendiri . Biaq pi lah . Tambah-tambah kalau stok2 selfish , gedik , sombong .. lagi tak sior teman ..

Tapi , persepsi tu semua salah . Ye , salah . Sebagai seorang yang beriman kepada Allah , kepada Rasul , aku kene ubah paradigma dalam bersahabat .

Bersahabat kerana Allah . Bagaimana ?

Bersahabat-kerana-Allah . Kita berkawan , mendekatinya , berbuat baik kepadanya , memberinya hadiah , menceriakannya , memudahkannya , menolongnya , meringankan bebannya , sanggup bersama dengannya pada waktu susah , sanggup berpayah deminya malah sanggup berkorban deminya . Semuanya kerana apa ? Kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah . Kerana Allah yang menyuruh kita mencintai sahabat lebih dari diri kita sendiri . Begitulah mulianya ajaran Rasulullah .



Juga , kita berkawan dengannya bukan kerana cantik/kacak wajahnya , banyak hartanya , bakatnya yang hebat , popularitinya yg tinggi , orang ternama , genius , anak datuk /Tan Sri/perdana menteri atau apa sahaja ... Tapi semata-mata demi Allah .

Ya , tak dapat dinafikan . Sifat berkira masih menebal dalam diri . sifat pentingkan diri masih lagi menguasai diri . Mata hati masih lagi buta dengan silauan dunia yang penuh tipu daya . Kedangkalan iman masih lagi lemah untuk menunjukkan hakikat kehidupan dunia yang fana . Yang kekal selamanya hanyalah akhirat . Dunia yang dikejar , akan musnah , malah akhirat jualah yang kekal abadi . Allah sahaja yang abadi .

"Daripada berkawan dengan si A yang miskin, baik aku pegi kawan dengan si B yang kaya . Sekurang-kurangnya boleh slalu blanja aku makan.."

"kawan ngan si B , boleh tumpang populariti .Naik saham aku nak ngorat2.."

"Uuu .. si B anak Datuklah .."

"dye ni comellah , nak kawanlah ..atau lebih senang dengan nak add lah ..-,-"

Tapi , jika iman menjadi pemandu , semua ini boleh diraih . Jika syurga menjadi matlamat hidup , semua negativiti boleh dikikis . Persahabatan akan menjadi suci . Malah diredhai .

Tatkala kelelahan datang menjengah dalam menyeru sahabat kepada kebaikan , rasa lemah akan menjengah , juga terbit rasa ingin berputus asa . hm..

"biarlah , kubur lain-lain !"
"ah , bosanlah dye tuh . Tak paham-paham ke orang nak ajak kepada kebaikan ?!"
"Ish , orang nak dakwah , dye marah-marah pulak , ah , ingat aku nak sangat buat baik dengan kau ?!"
"jangan cari aku kat akhirat nanti kalau kau jadi ahli neraka !"

Woha !! sampai macam tu sekali kita ni kan ???

Rasulullah tidak pernah putus asa dalam mendidik ummat . Rasulullah dihina , dibaling taik , dipukul , dibaling batu , diugut bunuh , dikasari , dicerca , dicemuh dan segalanya yang menyakitkan Baginda sama ada fizikal mahupun emosi . Tapi baginda tetap senyum , tenang , sabar , tabah malah mendoakan kesejahteraan . seperti kisah di Taif , Baginda dibaling batu sehingga berdarah , sehingga malaikat offer untuk menghempapkan gunung ke atas kaum itu . Tapi nabi menolak malah mendoakan mereka .
kata baginda "sesungguhnya mereka tidak tahu ."

dari mana Rasul akhir zaman ini mendapat kekuatannya ? bagaimana kekasih hati kita ini boleh bersabar ?

Semuanya kerana iman . Kerana Allah adalah asbab segala perbuatannya . Semuanya dilakukan demi redha Allah . Jika Baginda berhenti , berputus asa , kecewa , maka , adakah kita hari ini dapat merasai nikmat iman yang precious ni ??

Wahai diriku , bersahabatlah kerana Allah . Sesungguhnya Allah itu adalah matlamat . SyurgaNya menjadi idaman . Murkanya yang utama perlu dihindari . Kasih sayangnya harus diraih .  

Jika ada yang tidak suka , tidak mengapa , Allah melihat usahamu .
Jika ada yang mencela , Baginda lebih teruk dihina .
Jika ada yang menherdik , Baginda pernah dipukul .

Allah melihat usahamu .


Indahnya ukkhuwah ni tidak femes macam cinta laki-pempuan . Yelah , cinta laki-pempuan tu terang-terang lebih menarik kerana ianya kesan law of attraction yg menjadi fitrah manusia .

”Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, Yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak…” (QS 3 / Ali Imran : 14)

See , Allah sendiri sebut . Kecintaan kepada wanita/lelaki ... Tapi , tu lah .
Pada pendapat aku , cinta laki-pempuan ni hanya sesuai bila sudah
bersedia . Bersedia dengan ilmu yang lengkap . Barulah layak bercinta . Bukankah bercinta bermaksud mahu berkahwin ? Jika mahu bercinta tapi tidak mahu berkahwin , itu namanya main-main . Tertipu dengan hawa nafsu .

Jika masih lagi belum bersedia untuk bercinta laki-pempuan , tersedia cinta yang halal tanpa ikatan yang kita terlepas pandang dalam zaman yang menjulang tinggi cinta laki-pempuan . Apa cinta halal tanpa ikatan tuh ? Ukkhuwah fillah la .. tapi dengan sejantina lah , tak dek istilah ukkhuwah fillah untuk sahabat lain jenis . Ngarut . Tu sume mainan nafsu je .

So , ber'couple' la dengan kawan-kawan . Berkasih sayang dengan sahabat kerana Allah . Dialah akan jadi penguat , penasihat , penolong , peneman , penceria , penaikkan semangat , pemberi bantuan , dan segala pe yang boleh
^^ ...



" Hatta engkau terjun ke neraka sekalipun , aku tetap akan terjun untuk mengambilmu semula . Kerana aku cintakan kau keranaNya . Mahu berpimpinan tangan masuk ke syurga . Ukhuwah ke syurga" - Hilal Asyraf

Baru setel baca ! Beautiful brotherly-love <3

Semoga Allah redha ^^

1 comment: