Aku tak nak menjadi wanita biasa-biasa . Biasa-biasa saja dalam mengerjakan amal , biasa-biasa saja dalam kehidupan beragama.
Menjadi islam , tapi masih lagi gemar menonton movie orang putih , masih boleh layan lagu-lagu kat radio , masih boleh baca novel jiwang-jiwang , masih boleh keluar lepak-lepak ngan kawan ...
Bukannye nak menjadi ekstrim , no ! Bukan jugak nak menjadi terlalu menjaga sehingga menyekat kemahuan untuk berhibur . Bukan jugak nak menghukum semua perkara tu haram . Jauh sekali !
Cuma , tatkala hati ini diilhamkan olehNya untuk berfikir . Untuk mengenang sejenak ,
"apa ertinya aku menganut agama islam aku tidak mengamalkan Islam sepenuhnya di dalam kehidupan ?"
"apa ertinya aku menganut agama islam jika hari-hari ku sama dengan hari-hari seorang kafir?"
"apa erti aku menganut agama islam jika aku menonton filem mereka , mendengar lagu mereka , makan seperti mereka , berhibur seperti mereka , berkata seperti mereka , berpakaian seperti mereka , malah , hidup seperti mereka ."
"adakah ada ertinya aku menganut agama Islam ?"
Semua sedia maklum , semua tahu , bahawa Islam is way of life . Cara hidup yang syumul . Islam memahami fitrah kehidupan manusia . Islam menganjurkan sesuatu yang disenangi semua pihak . Kerana ia agama fitrah .
So , adakah masih boleh aku duduk melepak di Secret Recipe , menikmati sepotong kek yang memang sedap dengan harga yang tinggi , sedangkan aku juga tahu bahawa di luar sana , masih ramai saudara seislam aku yang kebuluran , yang hampir kafir kerana kepapaan , yang berhempas-pulas bekerja siang malam demi mencari wang sebanyak wang yang aku keluarkan untuk membeli sepotong kek ???
Adakah hati ini masih lagi boleh makan besar dengan enaknya di restoran-restoran , makan hingga kekenyangan , makan semahunya mengikut nafsu , order sesuka hati selagi mampu , sumbat selagi muat , sedangkan aku tahu bahawa saudara seislamku di Palestin sana , yang sebaya denganku malah lebih muda sedang bersiap-siap untuk berjihad mempertahankan tanah suci Islam yang ketiga ? Sedang mereka tahu , mungkin itu adalah kali yang terakhir mereka menatap wajah keluarga yang tercinta .
Syahid dalam bayangan , syurga sudah memanggil , rahmat Tuhan tersedia , apa lagi yang mereka tunggu di dunia untuk menikmati kesengsaraan . Kesengsaraan hati yang terlalu pilu mengenang ummat yang masih lagi terlena dengan dodoian hendonisme Yahudi .
Aku tidak mahu jadi wanita islam yang biasa-biasa , menutup aurat sekadarnya , tidak mengambil tahu isu semasa tentang dunia kerana menyangka aku masih 18 , masih belum tiba masa untuk mengetahui hal-hal besar seperti itu , masih belum mahu mematangkan diri , masih belum mahu menjadi dewasa , masih lagi mahu bermalas-malasan , masih lagi mahu berpacar-pacaran . Masih menyangka diri terlalu muda untuk mengambil tahu hal-hal besar . Remeh . Bosan .
18 , terlalu muda untuk mengambil tahu hal-hal politik . "Bukan boleh mengundi pun lagi ..."
18 , terlalu muda untuk mengambil tahu isu global . "alah , bukan nak jadi menteri pun nanti ..."
18 , terlalu muda untuk mengambil tahu isu Palestin . "alah , bukannye negara kita ..."
18 , terlalu muda untuk menonton berita , menyelak surat khabar . "Itu hal-hal orang tua . Tak payah sibuk-sibuk penuhkan kepala otak dengan isu dunia yang serabut .Kita muda lagi . Tak enjoy la hidup ...."
Kita lihat fakta ini satu persatu.
1. Usamah bin Zaid .
12 tahun – Menjadi salah seorang yang dirujuk Rasulullah ketika Baginda ingin meminta pendapat tentang permasalahan genting iaitu ketika 5 Hijrah berlaku peristiwa Hadithul Ifki (peristiwa Saidatina Aisyah dituduh melakukan perbuatan tercela) sedangkan tiada wahyu yang turun bagi menjawab permasalahan tersebut dalam tempoh yang agak lama.
14 tahun – Banyak mengikuti sariyah dan ghazwah, antaranya penaklukan kota Mekah, Perang Hunain, dll.
15 tahun – Sering menjadi perantara para sahabat dengan Rasulullah dalam hal-hal yang para sahabat segan untuk membicarakan secara langsung kepada Rasulullah.
18 tahun – Dilantik oleh Rasulullah menjadi komandan bala tentera Muslimin untuk menentang bangsa Romawi, bahkan beliau bukan sekadar memimpin golongan anak-anak muda atau orang yang tidak biasa berperang. Tetapi, di belakang beliau ramai lagi tokoh-tokoh yang lebih berpengalaman dan berwibawa seperti Abu Ubaidah bin Jarrah, Zubair bin Awwam, Khalid bin Walid, dan ramai lagi. Sedangkan umur beliau belum lagi mencecah 20-an. Cuba bayangkan, negara kita dipimpin oleh seorang budak lepasan SPM bersama-sama di belakangnya Najib, Anwar Ibrahim, Nik Aziz, dan ramai lagi tokoh-tokoh di Malaysia ini, mustahil kah? (copy-paste)
2. Zubair Al-Awwam
- Mengucapkan syahadah pada usia 15 tahun .
3. Thalhah bin Ubaidillah
- Suka mendermakan hartanya sedangkan umurnya baru 16 tahun .
Kita ? Usia 16 tahun sibuk menyimpan duit nak beli henset baru ....
4. Sa’ad bin Abi Waqqash
- Sudah menjadi tentera memanah pada usia 17 tahun .
- Sudah melihat syurga di hadapannya
- Sudah mengalirkan darah demi Islam
Kita ? Sedang sibuk berhempas pulas untuk SPM . Masih lagi tidak matang dan tak tahu hala tuju hidup .
Masih terkapai-kapai . Hidup dirasakan begitu bosan .
5. Arqam bin Abi Arqam Al-Makhzumi
- Menyumbangkan RUMAHnya sebagai markas kepada dakwah Rasulullah pada usia 16 tahun . RUMAH BHAI ....
kita ? Menyumbangkan RM5 untuk surau saje belum tentu ........
6. Ali bin Abi Thalib - 1o tahun
- memahami tahapan dakwah secara rahsia
- mampu pergi ke rumah Arqam bin Abi Arqam secara rahsia
- mampu solat secara sembunyi
- mampu sembunyi-sembunyi membaca Al-Quran supaya tidak dilihat Musyrikin
- sanggup menggadai nyawa menggantikan tempat tidur rasulullah sewaktu peristiwa hijrah Nabi ke Madinah
waktu 10 tahun/darjah 4 .. apa yang sedang kita fikirkan ek ??? angry bird ? Ultraman ? Tak , Barbie ..............
7. Zaid bin Thabit
Kisah kali ini agak menarik untuk remaja 13 tahun. Agak-agaknya kalau kita tanyakan kepada remaja 13 tahun tentang impiannya pada masa hadapan, pasti jawapan mereka samada tidak ada impian lagi, atau hendak jadi penyanyi, atau hendak menjadi doktor, dsb. Tapi, korang tahu apa impian pemuda 13 tahun ini? Saat terdengar pasukan Islam bersiap ke Badar, anak muda ini mengimpikan untuk turut serta dalam peperangan tersebut, satu perjuangan dengan darah. Tapi, korang tahu anak muda ini tubuhnya sangat kecil bahkan diceritakan ketika beliau berazam untuk turut serta dalam peperangan tersebut, anak muda ini mengheret pedangnya yang lebih panjang dari tubuhnya yang kecil. Namun, azamnya untuk turut serta sangat besar dan membara. Bayangkanlah, seorang pelajar Form 1 berazam untuk mati syahid, mustahil? Saudara fikir-fikirlah sendiri. Tetapi, agak sedih kerana Rasulullah telah menolak permintaan pemuda ini untuk turut serta dalam peperangan tersebut atas sebab tubuhnya yang kecil.
Kemudian, adakah pemuda ini menghabisi sebegitu sahaja? Adakah pemuda ini bersorak kegembiraan kerana tidak perlu turut serta dalam peperangan? Sesekali tidak. Pemuda ini akhirnya kembali kepada ibunya, Nawwar binti Malik dalam keadaan penuh kesedihan. Kalau zaman sekarang adalah sebaliknya, para remaja kegembiraan kerana tidak disenaraikan dalam PLKN atau pasukan beruniform. Sebabnya, takut sakitlah, taku penatlah, takut luka sana, luka sini, takut kena pacat, takut muka hitam lah, dan macam-macam lagi alasan yang remeh temeh.
Bagi pemuda ini, impiannya mesti terapai. Lantas, anak muda ini mengadukan hal ini kepada ibunya. Ibunya yang bijak sesekali tidak menghalang niat mulia anaknya itu, bahkan ia mencadangkan agar beliau berjihad melalui lisan dan mata pena.
Dirakamkan kata-kata ibunya,
"Kamu harus tekun belajar membaca dan menulis (satu kegiatan yang jarang sekali dilakukan ketika itu) serta menghafal Al-Quran dengan baik! Setelah itu berangkat menghadap Rasulullah untuk mengetahui, bagaimana cara menggunakan potensi dan kemampuan yang kita miliki untuk berkhidmat kepada Islam dan Kaum Muslimin!"
Apakah hasilnya?
Tahukan anda bahwa dengan segala kemahiran yang ada oleh pemuda ini. Akhirnya, Rasululllah telah mengarahkan supaya beliau belajar bahasa Ibrani (bahasa terpenting waktu itu), bahasa Suryani (bahasa yang popular), menjadi juru bicara, perunding bagi umat Islam, malah diplih sebagai salah seorang dari penulis wahyu tatkala umurnya masih 13 tahun. Allahuakbar!
Hebat bukan bagi kisah remaja 13 tahun?
(copy-paste)
8. Muadz bin Amr bin Jamuh (14 tahun) & Mu’awwidz bin Afra’ (13 tahun)
Bagaimana pula kisah 2 orang pemuda ini, lain pula dengan kisah Zaid, mereka berdua berkesempatan untuk turut serta dalam peperangan Badar atas faktor tubuh mereka yang agak besar. Mereka berdua adalah dari golongan Anshar dan berazam untuk membunuh Abu Jahal kerana mereka mendengar bahawa Abu Jahal seringkali mencaci Rasulullah. Oleh itu, mereka yang tidak pernah melihat Abu Jahal sebelum ini, bertanya kepada orang sekeliling tentang perihal Abu Jahal. Ketika perang sedang berkecamuk, Saidina Abdur Rahman bin Auf menunjukkan kepada mereka akan Abu Jahal yang saat itu dikawal rapi oleh para Musyrikin. Tapi, di atas keazaman yang kuat mereka tetap berusaha untuk mencapai Abu Jahal. Malah antara Muadz dan Muawwidz sendiri, mereka bersaing untuk membunuh Abu Jahal. Akhirnya, Muadz sampai dahulu kepada Abu Jahal, dan peluang tersebut beliau gunakan dengan sebaiknya. Muadz terus melibas betis Abu Jahal hingga putus serta merta. Namun, apakah pengorbanannya? Beliau terpaksa membayar dengan satu libasan pedang oleh Ikrimah (anak Abu Jahal yang ketika itu masih belum memeluk Islam) hingga hampir putus lengan itu dan hanya tergantung-gantung di kulitnya sahaja. Subhanallah.
Namun, adakah ia menangis? Sesekali tidak. Namun apa yang dikisahkan beliau ketika saat itu,
"Pada hari itu saya benar-benar berperang seharian penuh. Tangan saya yang hampir putus itu hanya bergelantungan di belakang. Dan ketika ia menyulitkan saya, saya pun menginjaknya dengan kaki, lalu saya menariknya hingga tangan saya terputus."
MashaAllah, apakah ada remaja 14 tahun yang sanggup berbuat demikian? Muadz sanggup memisahkan tangan dari jasadnya agar bisa bebas mengobarkan jihad buat agama.
Bagaimana pula halnya Mu’awwidz, kata Muadz,
Lalu Mu’awwidz bin Afra melintas di hadapan Abu Jahal yang sedang terluka parah, kemudian ia pun menebasnya dengan pedang. Kemudian membiarkannya dalam keadaan tersengal-sengal dengan nafas terakhirnya.
Dan akhirnya Mu’awwidz mendapat bayaran mati syahid atas usahanya itu. Subhanallah. Itulah kisah pemuda 13 dan 14 tahun yang jarang sekali kita dengar.
9. Ta’labah bin Abdul Rahman
- pemuda yang terlihat perempuan sedang mandi kerana angin yang meniup langsir .
- Menangisi dosanya hingga wafat
- Rasulullah terpaksa bersesak-sesak di pengkebumiannya kerana terlalu banyak malaikat yang hadir ..............
Hakikatnya , pada umur 18 , kita masih lagi lemah dengan minda kita . Kita masih lagi kebudak-budakan .
Kita masih lagi tidak mampu untuk melakukan apa-apa . Kita rasa kita tidak layak untuk bersuara . Kita belum dewasa untuk segala-galanya . Kita hanya perlu berseronok . Kita sibuk mencari pasangan . Kita sibuk memikirkan soal jodoh . Kita sibuk menghias diri dengan solekan dan baju seksi . nanti-nanti matanglah ...
Adakah kita masih lagi tidak tercabar dengan kehebatan para sahabat Rasulullah , tidak rasa mahu ikut sama berjuang ..... tidak rasa kitalah harapan ? Tak rasa kitalah yang patut membuat perubahan ? Tak rasa kita memegang suatu kuasa yang mampu menggemparkan dunia ?
Hinalah dirimu yang berpendapat sebegitu ! Tak rasa hinakah mempunyai pemikiran sebegitu ?!
Siapa yang mengesan masalah ,dialah yang akan menyelesaikannya . - Novel Impuls/Roh
Masalah ummah sudah menimbun . Golongan yang umur 18 inilah yang paling banyak sekali rosak . Yang umur 18 inilah yang masih lagi tidak mahu sedar , masih lagi tidak mahu bangkit , tidak mahu bangun dari pelukan Yahudi yang hangat menyelesakan.
Dodoian Amerika kelihatan begitu mengasyikkan . Adakah sanggup kutinggalkan nikmat ini hanya kerana ummah yang tidak pernah kukenali , yang tidak mempunyai hubungan darah denganku , yang tidak pernah memberi apa-apa kebaikan kepadaku , yang bla bla bla bla dan bla .
Wahai remaja Islam yang Allah cintai , berhenti menerima . Belajar untuk memberi .
Ummah memerlukan kita ! Ummah perlukan kebijaksanaan kita ! Ummah perlukan kebangkitan kita ! Ummah dahagakan kesedaran kita !
Kenanglah agama yang kita anuti .
Kenanglah iman yang yang kita pegang .
Kenanglah saudaramu atas nama Islam yang kita anuti .
Lihatlah dunia ini dengan kacamata iman .
Dengarilah suara hati saudara kita dengan iman .
Bangkitlah membina diri . Bangun dari dodoian Amerika dan Yahudi ! Bina dirimu dengan iman ! Persiapkan dirimu dengan ilmu! Itulah senjata paling ampuh abad ini !
Pasakkan cita-cita dan azam baru . Tidak mahu jadi yang biasa-biasa . Mahu jadi yang luar biasa ! Mahu jadi yang hebat perkasa!
Bukan demi mendapatkan pasangan yang soleh-solehah , bukan untuk disanjung manusia , bukan untuk dipuja-puja , jauh sekali untuk dijulang tinggi . Tapi semuanya demi pandangan Allah . Redha Allah .
Mahu jadi yang luar biasa pada pandangan Allah . Mahu jadi hamba yang hebat di mata Allah . Mahu jadi yang bersungguh-sungguh kepada Allah , mahu jadi hero di mata Allah , segala-galanya kerana mahukan Allah .
Indahnya hidup kerana Allah , Tuhan Yang Menguasai Segalanya ...........
Antara link-link untuk furtherkan bacaan :
1. Kisah Pemuda Super - Yang ni the best !
Semoga Allah Redha .
No comments:
Post a Comment