Tuesday, May 8, 2012

Syurga bertaraf dunia ?

Dengan nama Allah Yang Mulia , Rabbku yang Agung , hambamu memulakan post ini ^^

Ramai manusia beriman di muka bumi , ramai juga yang kufur
kepadaNya . Malah , melemparkan tuduhan yang tidak-tidak kepada Tuhan Sekalian Alam .

Saya pernah terbaca satu belog tulisan kristian-indonesia . Belog yang penuh dengan dakyah-dakyah kristianiti . Persis blog-blog islami kita . Cuma dakyah sebagai isi yang membezakan .

Ada satu post , dimana "mengapa muslim murtad' dijadikan sebagai tajuk .
Di dalamnya tersenarai 'kejayaan-kejayaan' mereka , apabila muslim-muslim ini murtad . Dan juga diselitkan sebab mengapa mereka murtad .

Pada pemerhatian saya yang cetek ilmu ni , mereka murtad kerana
1. Diri mereka yang jahil akan sifat Allah
2. Kemiskinan yang melanda , para pendakyah menggunakan wang untuk
    menarik mereka kepada kristianiti
3. tak ingat la ...... hehe ..sorry ..

Salah satu sebab yang menggegarkan hati saya apabila membaca ulasan-ulasan mereka ialah , mereka mengatakan Allah itu kejam . Kejam kerana 'menggertak' manusia yang kafir , bahawa mereka akan disiksa di neraka .
Allah itu kejam kerana menyediakan siksaan-siksaan yang dahsyat-dahsyat untuk golongan kafir , jika benar Allah itu benar . Oleh itu , muslim yg murtad ini 'takut' dengan Allah yang dikatakan kejam . Islam itu ada Tuhan yang kejam . Suka menyiksa orang kafir dengan siksaan yang berat-berat .

Jadi , untuk menyelamatkan diri dari Allah yang kejam ,mereka murtad .

(-,-)????

Selepas membaca beberapa surah-surah al-Quran dalam juz Amma yang banyak menceritakan tentang hari kiamat , suasana hari akhirat , perihal syurga dan neraka , keadaan orang beriman yg berbeza dengan keaadan orang kafir , Allah bagi saya ilham . Pencerahan .

Jika benar dikatakan Allah itu kejam kerana menciptakan neraka yang mempunyai siksaan yang dahsyat-dahsyat , adakah Allah itu juga kejam menciptakan syurga yang penuh dengan keindahan yang hebat-hebat ?

Ok fine . Neraka korang tak boleh terima sebab ianya penuh siksaan , panas, api marak , tapi syurga korang sukalah bila cakap penuh nikmat , senang, boleh dapat everything ?  cantik ?  Jangan cakap ikut nafsu . Cakap ikut akal .

Bukti Allah itu tidak kejam ??? Ini hanyalah pendapat dari saya yang hina dan cetek ilmu .

Allah terlebih dahulu menyatakan perjanjianNya di dalam al-Quran .
Berjanji bahawa yang berbuat baik akan masuk syurga , manakala yang berbuat jahat akan masuk neraka . As simple as that perjanjian Allah . Terang lagi nyata tanpa perlu bersuluh .

Masakan Allah itu dikatakan kejam , padahal Allah dah warning awal-awal dalam al-Quran .....???? Allah dah kata , siapa yang buat jahat , yang ambil hak anak yatim , yang mengumpat , yang berzina , yang berbuat dosa, tak nak taubat , tak nak mensucikan diri , yang berdegil untuk tidak memahami al-Quran , Allah akan mengazabnya . Itu janji Allah ! Janji . Fahamkan dulu janji tu ape ... Takkan Tuhan nak mungkir janji ?

Bacalah al-Quran . Carilah di dalamnya . Sesungguhnya , al-Quran perlu dibaca dan difahami oleh kita yang masih hidup untuk mengambil peringatan darinya . al-QUran bukan untuk mereka yang dah mati . Budaya kita , hanya membacakan al-quran untuk mereka yg telah pergi . Kita yg hidup perlu diingatkan .

Fine , kenapa azab neraka tu terlalu dahsyat ? Terlalu-lalu-lalu-lalu dahsyat! And siksaannya infiniti . Selama-lamanya . Abadan Abada . Forever and ever . Everlasting . DAHSYAT . AZAB . NGERI .

Surah al-Ghasiyah ada menceritak sedikit , bagaimana kehidupan ahli Neraka . ayat 4-7 .

4. Mereka menderita (siksaan) neraka yang AMAT PANAS !
5. Mereka diberi minum dari sumber yang AIR YANG MENGGELEGAK
    PANAS !!!
6. Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain pohon yang BERDURI !
7. Yang tidak menggemukkan dan tidak pula dapat menghilangkan
    kelaparan .

Allah Maha Adil . Allah seimbangkan dengan kenikmatan syurga yang superb , wallah , hooooyeaaaaahhh , woha! , fullamak dan terbaek !

 well , ayatnye korang boleh cari sendiri di dalam al-Quran ....

Syurga yang Allah janjikan juga , adalah satu bentuk nikmat yang dikatakan , kecantikannya , kenikmatannya , kehebatannya , tak  pernah terlihat oleh mata kita ni mana-mana pun , tak pernah terdengar apa-apa kemerduan pun seperti di syurga (kelunakan suara bidadari menyanyi , kicauan burung , air yang mengalir) , tak pernah hati kita terlintas pun keindahannya , dan , senang cte , tak pernah terbayang di minda kita yang terbatas ini .


Kat syurga , Allah bg istana sorang satu !

lawa !


Syurga lebih berganda-ganda hebat ! Ini pun cantik ....


Allah kata syurga lagi cantik ! 


Hebat kan ? Itulah syurga . Yang Allah JANJIKAN kepada hambaNya yang berbuat baik .

Ok fine , tak puas hati lagi knp neraka tu dahsyat sangat ???

Ingat ni , Allah itu maha Adil .

Jika neraka yang Allah ciptakan , di dalamnya ada siksaan . Tapi levelnye seperti level siksaan di dunia ini ... Kene pukul kat dunia memang sakit , kne sebat , kne cemeti , kne air panas , kne cucuh api , kulit melecur , memang semua tu sakit ! Adakah kita dapat menahan sakit di dunia ??? Mestilah tak!
Dan kita tahu , siksaan di neraka berganda-ganda level of kesakitannya . Sehingga kita berulang-ulang kali mati dan berulang-ulang kali hidup . Di neraka , kita tidak hidup dan tidak pula mati .

Kalaulah , level neraka sama mcm level sakit di dunia . Maka , level kenikmatan syurga pun Allah perlu buat sama level mcm kat dunia lah .
Sama je mcm kat dunia .

Maka , mana specialitynye ??? Mana speciality syurga tu sendiri ?? Kalau mcm ni , tak dek maknenye lah nak sibuk bersabar kat dunia nih , nak beralah je dengan orang , nak korbankan kesenangan kat dunia nih , padahal syurga tu sama je mcm dunia . Baik aku enjoy2 kat dunia , sebab sama je syurga ngan dunia .

Maka , bermalas-malasan lah orang yang beriman dalam melakukan ibadah kepada Allah . Dan juga , tiadalah gentar bagi yang kafir kepada neraka . Tiadalah semangat nak mengejar syurga Allah , kerana syurga sama je nikmat macam dunia .

Kuranglah makna mereka yang syahid . Penat-penat bermati-matian , menanggung perit semasa berperang , padahal syurga sama sahaja mcm dunia .

Oh , alangkah tak bestnyer hidup kalau mcm tu . Nak kejar syurga pun mcm tak semangat .

Kasihan lah bagi mereka yang merasai kesusahan hidup di dunia , kalau syurga sama je mcm dunia .


ha.. ni ada ala-ala syurga ... ada air mengalir ...


kalau syurga=dunia ... ini la rupenye ? Syurga lebih hebatlah !

Kalau bidadari syurga rupa macam wanita di dunia , tiadalah speciality syurga itu , tidak extravaganza lah syurga itu . Bersedihlah wanita-wanita yang Allah uji dengan memberikan rupa yang kurang menarik di dunia ini . Bukan nak mengkeji ciptaan Allah , tapi ,seperti sahabat Rasulullah sendiri pun ada yang hitam sehingga sume org tak mau nak kawen ngan dye , tapi oleh kerana imannya yang tinggi pada Allah , sahabat itu syahid , maka Allah berikan syurga padanya .. mesti la bile da msuk syurga jadi hensem ^^

Oleh itu, jika syurga bertaraf dunia , maka , rendahlah nilai syurga itu sebenarnya . Sedangkan dunia ini tidak bernilai langsung bagi Allah walaupun seberat sebelah sayap nyamuk .

“Seandainya dunia punya nilai di sisi Allah walau hanya menyamai nilai sebelah sayap nyamuk, niscaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir seteguk airpun.
(HR. At-Tirmidzi no. 2320)

Makanya , dengan kata kunci saya berikan tadi , terbuktilah Allah itu Maha Adil .

Walaupun sifat Allah maha penyayang , Maha pengampun dosa , Maha mencintai sehingga kita rasa masih je boleh buat jahat sikit-sikit , dosa sikit-sikit , ingatlah , Allah juga Maha Adil , Maha membalas .

Siapa yang salah , tetap akan dihukum .

Jika Allah tidak adil , kesianlah kat orang yang teraniaya di dunia ini . Di dunia mereka bersabar dianiyai orang jahat , setibanya di akhirat , tentulah dia mahukan pembelaan yang adil dari Allah . Setiap orang akan dapat setimpal dengan apa yang diusahakannya ....

Maka . saya akhiri post ini dengan beberapa ayat surah Al-Muddathir

54: Ketahuilah ! Al-Quran itu adalah SATU PERINGATAN (yang sangat
      besar pengajarannya )
55: Oleh itu , siapa yang mahu (beringat) , maka dia akan mengambil
      pengajaran darinya .
56: Dan (dlm pd itu) mereka yang tidak mengambil peringatan melainkan
      jika dikehendaki Allah . Dialah Tuhan Yang berhak dipatuhi
     perintahNya dan Dialah jua Yang berhak memberi keampunan (kepada
    orang y beriman dan taat) .

Ayuhlah memohon kepada Allah supaya kita tergolong dalam hambaNya yang Dia kehendaki untuk mengambil peringatan , menerima hidayah dan memahami al-Quran .


Jom ke Syurga bersama ? ^^

Semoga Allah Redha.

No comments:

Post a Comment