Tuesday, December 11, 2012

...

Futur memang jijik.
Sangat mengerikan.
Kesannya sangat dahsyat.

Aku,
salah seorang mangsa futur.
Dek kerana kelemahan kemahuan dalam diri.

Perasaan berbunga-bunga sakura kembang ala-ala mangkuk di dapur,
hanya terbit tatkala duduk bersimpuh ayu di dalam bulatan yang menggumbirakan hati.
Tatkala itu, iman meletus-letus di dalam hati,
membuak-buak sehingga melimpah ke serata pancrease dan intestine.
Agaknya, jika disuruh mengangkat senjata turun ke medan tempur pada waktu itu,
pasti akan ku turut....

Namun, semua itu bagaikan tidak pernah kurasa,
tidak pernah terjadi,
apabila aku kembali ke dunia realiti,
bersama kawan-kawan yang belum mengenali,
merasai kemanisan iman yang meluap-luap.
Kami bergelak tawa bagai tiada apa yang perlu dirisaukan,
merungut-rungut kelas ganti yang diadakan pada hari cuti,
bermalas-malasan dan tidak bersungguh-sungguh.
Seakan-akan tidak pernah memahami apa itu ujian Ilahi.

Walaupun aku akhirnya telah berjumpa dengan dunia tarbiah,
telah masuk dan menjadi ahli,
mengubah pakaian menjadi lebih sopan dan bermaruah,
tampak seperti wanita solehah akhir zaman,
tapi deep inside,
aku tahu. Hati aku tidak solehah.
Jiwa aku belum lagi solehah.
Diri aku belum lagi solehah.

Aku belum lagi khusyuk mencintai Ilahi,
belum lagi cinta mati dengan sunnah Nabi,
masih pekak dan buta dengan nasib saudara di sana,
masih terperangkap dengan dunia jahiliah,
masih dalam tabiat jahiliah,
masih kabur dengan akhirat.

Aku tahu.
iman ku tidak sehebat dulu.
ketahanan tidak sekuat dahulu,
kalis godaan rakan sebaya,
kalis televisyen perosak iman,
kalis wayang membuang masa,
kalis hiburan yang menyihir.

Dan...
Masih aku berasa keseorangan,
berada di atas jalan yang panjang dan payah ini keseorangan,
jatuh terpeleot,
aku harus bangun sendiri,
mengumpul kekuatan dengan air mata,
sehingga putus asa berkali-kali,
untung kerana kepercayaan kepada Dia masih ada,
pemangkin aku untuk terus percaya,
walau percaya itu makin terhakis dek arus jahiliah yang menarik-narik hatiku,
untuk turut berenang bersama walau aku tahu aku bakal tenggelam.

Munafik itu ada.
Aku merasainya.
Bermuka-muka mengikut keadaan,
siapa aku bersama.

Segala bayangan keindahan bersusah payah kerana Tuhan,
belum aku jumpa dalam dunia ini.

Aku bukan berasal dari dunia kopiah dan tudung labuh seperti telekung,
aku bukan berasal dari dunia masjid dan surau,
aku bukan berasal dari dunia keluarga islamik berjanggut,
aku bukan berasal dari dunia ceramah dan ta'alim,
aku bukan berasal dari dunia akhwat dan ikhwah,
aku bukan berasal dari dunia jubah dan serban.

To accept that I am all alone in this path is sweet pain.
Truth is always painful.

4 comments:

  1. sedih kakcik baca. memang kt bukan dalam keluarga berjanggut berserban taklim tiap2 pagi tp kt umat nabi Muhammad dan hamba Ilahi... kita tak perlukan sebab lain untuk berubah melainkan kerana Allah.

    dari ramai2, kita dipilih oleh Allah untuk keluar dari kejahilan. puan hidayah dan encik iman mengetuk pintu hati. itu semua hasil invitation dari Allah.

    kita manusia. berkali2 jatuh dan bangun dalam kejahilan. dalam dunia yang rakus menarik kita balik supaya bersama dgn tuan jahiliyyah. tapi, berpegang tangan erat2 dgn encik iman, peluk erat2 puan hidayah.

    in sya Allah. selalu bergaul dgn sahabiah2 yang baik. yang tak akan mintak kita ikut lawatan makcik kiah dengan tuan jahiliyyah. sentiasa berpesan2. :)

    ReplyDelete
  2. Keimanan kita sentiasa teruji. inilah antara peristiwa yang berlaku di akhir zaman kini.Iman umat akhir zaman bgitu rapuh,disentuh dek nafsu terus roboh.Ditiup dek angin remaja terus berkecai.Subhanallah.

    " Daripada Abu Hurairah, bahawa rasulullah s.a.w bersabda: Bersegeralah kame beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi kemudian pada waktu petang dia menjadi kafir,atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang kemudian pada esok paginya ia sudah menjadi kafir. Dia telah sanggup menjual agamanya dengan sedikit perkara-perkara dunia." (H.R. Muslim)

    Berdasarkan hadis ini, Rasulullah sendiri telah membayang bagaimana lemahnya iman kita. Ingatlah, walaupun kita sentiasa di uji, Allah S.W.T akan sentiasa bersama kita dan hendaklah kita sentiasa istiqamah dalam beribadah dan bertaqwalah kepada Allah kerna taqwa itu adalah pakaian kepada iman. Insya ALLAH.

    ReplyDelete