Sunday, October 28, 2012

Bila si Solehah Bergaya !


Tajuk yang menarik untuk dibahaskan . 

Oh . Saya baru sahaja usai berjalan-jalan sambil memerhati (usyar2) instagram manusia-manusia di muka bumi ini . Err.. boleh kira dalam memerhatikan ciptaan Ilahi tak . eheh ... atau dengan kata lainnya:- Stalking . er.. Terr lebih tepat ... 

Anyway , anda anda juga yang meletakkan gambar chantek bergaya anda untuk tontonan umum . 

Sigh . 

Isunya di sini , pabila si solehah bergaya !  Ewah ! 

Kedengaran papan kekunci riuh dengan bunyi ketakan-ketakan dek jari jemari saya heksaited menaip entri kali ini . 

Sebelum mula . Ada beberapa perkara yang ingin saya jelaskan . 

1. Entri ini ditulis bukan untuk main tuju selipar kepada individu tertentu tetapi hanyalah sebagai isu general remaja dewasa ini . 

2.Sebarang kepatahan hidung atau kesakitan di kepala dek berdebush-debush terasa seperti terkena batang hidung atau batu menimpa kepala bukan dalam tanggungan saya . Teehee . Sengih . 

3. This post gonna be long . Very long . Semoga anda tabah membacanya sehingga penghujung .. seandainya anda sudi ..... 



Hm... Marcapada ini kita rakyat Malaysia yang aman damai lagi tenang boleh sama sama melihat dan memerhatikan perkembangan pesat seperti cendawan tumbuh lepas hujan dalam arena pemfesyenan tudung a.ka. hijab . Lalu , terhasillah pelbagai majalah fesyen untuk si bertudung manis ayu comel lote ini yang kian melambak di pasaran . Paling saya tertarik , 'Hijabista , khas untuk fashionista bertudung' 

Sigh. 

Fuuh . Err.. Saya tidak pernah membeli majalah tersebut , tetapi pernah hanya sekadar membelek-beleknya di kedai aci tepi jalan yang menjual pelbagai majalah termasuklah majalah dakwah yang kini juga kian bercendawan selepas ribut . Eheh. Covernya memaparkan model bertudung yang bermekap tebal berlipstik merah sehingga membuatkan saya tidak pasti sama ada mukanya kulit atau kain kanvas . -,-" . 

Hm.. tanda soal besar menari-nari di pelupuk minda . 

Alhamdulillah , syukur pada Ilahi . Kini , sudah ramai yang concern untuk bertudung atau mengenakan hijab . Tambahan , sejak akhir -akhir ini , kita melihat satu rahmat apabila berbondong-bondong artis wanita kita mula berhijrah dengan kefahaman untuk mengenakan hijab . Senyum lebar . 

Malah kini , tidak lagi seperti zaman era 80-an di mana pada waktu itu , satu-satunya tudung yang tersedia untuk muslimah hanyalah tudung bulat yang labuh atau orang sekarang panggil khemah . Aha , tidak kisahlah apa term sekalipun , tapi saya pasti anda memahaminya bukan ? Kini , pergi sahaja ke mana-mana , pelbagai pilihan tudung terhidang di depan mata . Tunggu anda 'grab and go' sahaja . Baaaannnyaaak pilihan untuk muslimah di luar sana (dan yg sedang menulis ini)mencari gaya hijab yang sesuai dan selesa untuk dipakai atau bergaya dengan hijab . Selain itu , dek pelbagai tudung ekspress yg tersedia , ramai yang ingin berjinak-jinak dengan hijab boleh mula bertudung secara mudah-mudahan dengan 'tudung-bibik-tapi-tetap-cun' sebelum anda beralih kepada selendang atau tudung bawal yang lebih kompleks dengan jurus lilitan-lilitan yang boleh anda pelajari . 

Menarik bukan ? sengih .

Lambakan tutorial tudung yang kini kian pesat berkembang , yang saya kira boleh dipertimbangkan untuk  menjana bajet 2013 juga boleh anda dapati di laman Youtube . Dengan kepesatan dan kecanggihan teknologi maklumat , gadis-gadis bosan di luar sana boleh turut meraih populariti dengan hanya membuat video tutorial selendang/tudung/mekap yang dipenuhi dengan senyuman manja dan perilaku (saya nak tulis 'aksi' tapi macam ...err..) comel seperti anak kucheng serta menyertakan beberapa keping gambar hasil lilitan tudung anda yang berjaya sebagai bukti kejayaan dan kekretifan anda . Kini , anda boleh meluahkan kreativiti anda bukan sahaja di atas kain kanvas atau kertas lukisan , malah juga dengan melilit dan membalut kepala anda dengan bergaya .. hohohoho .

EH !

 Kini , rata-rata remaja pasti sudah menganggap telefon pintar sebagai tangan kedua anda . eh . Maksud saya , anda dan telefon pintar seolah-olah tidak dapat dipisahkan . Rapat dan akrab . Sehingga membuatkan anda lupa anda berada di rumah saudara-mara yang sepatutnya anda santuni . Hm.. Aplikasi-aplikasi android yang mengancam dan menggoda pasti membuatkan anda teruja dengan kemajuan teknologi dewasa ini . 

Instagram memang cool dan ohsemmmm... Efek-efeknya yang menarik dengan pelbagai pilihan ternyata membuatkan anda tampak 100x lebih cun dari gambar asal . Hahahhaha . Dengan pelbagai efek yang tersedia boleh membuatkan kita tampak lebih cerah , anggun , chantek , menarik , kulit licin mulus seperti anak kucheng patong membuatkan hati kita berbunga bunga kembang cina untuk tersenyum ayu di hadapan lensa kamera . *cekiq* *bunyi flash* 

Oh ya , dengan hanya menggunakan telefon pintar yang mempunyai pelbagai aplikasi menarik lagi cool walawehnya juga membuatkan saya tidak lagi perlu menggunakan laptop yang semakin memenyu dimamah usia . Tapi demi menaip belog tersepi ini , haruslah saya menggunakannya berbekalkan kesabaran yang harus ditingkatkan ke tahap yang maksimum ! 

Sedang asyik berjalan-jalan melawat akaun instagram yang cool tidak terperi itu , lalu saya menemukan pelbagai aneka juadah aksi bergambar di situ . Pelbagai ragam gambar yang telah dihaplod naik ke dalam akaun masing-masing . Ya , dengan kemajuan tekonologi kini , kita tidak lagi perlu menaip sepanjang ini untuk meluahkan perasaan . Sekeping gambar ternyata boleh diterjemahkan 1001 mesej .. 

Senyum simpul . 

Oh ya . Berbalik kepada  tajuk yang saya kemukakan di atas sebentar tadi, ternyata spesies yang satu ini bukanlah spesies terancam malahan semakin membiak beranak pinak dengan pesat sekali dek kemajuan teknologi yang sangat ohsem .

Ternyata , saya menemukan ramai golongan yg bertudung litup,bertudung mengikut syariat dengan sempurna secara fizikalnya yakni labuh menutupi dada, bertudung ala-ala tudung bidang gitu, shawl pun yang labuh-labuh gitu . Mereka ini saya dapati bergambar dengan jayanya dengan pelbagai mimik muka yang orang kata (bukan saya kata) seperti itik , ayam , beruang , ikan , malah beruk . er... kita manusia memang berbakat . teehee.

Hm.. malah dengan bantuan efek serbaguna tersebut , ya memang tidak saya nafikan wajah kita anda akan kelihatan sangat cun melecun seperti telur baru dikupas . putih gebu berseri-seri . ewah ! Lalu , anda berasa konfiden untuk menghaplod gambar-gambar tersebut ke mukabuku dan laman sosial yang lain yang tidak terkira banyaknya .

Lalu , anda tidak minta , tetapi apakan daya , ramai pula yang menekan butang 'like' dan mengomen akan kechantekan dan kechomelan anda bak beruang matahari . hm...ahah ! Tidak terkecuali rakan-rakan atau peminat perempuan anda yang lain yang sangat heksaited dengan gaya anda yang moden berhijab menutupi dada tapi masih stylo dan kelihatan hot . Hot solehah giteww . Maka mereka menjerit-jerit di peti komen anda meminta anda membuat satu tutorial bagaimana cara melilit tudung tersebut agar mereka juga dapat chantek dan chun seperti anda :)

Tidak kurang juga yang mengomen memuja muji kechantekan dan keayuan anda yang tersenyum sipu di hadapan skrin telefon pintar anda mahupun ipad atau tab apatah lagi Galaxy Note . eh .

Selain itu , para pengikut (baca:followers) anda lebih teruja tersengih sengih dan heksaited apabila anda menghaplod gambar-gambar anda bersama teman istimewa anda yang tidak kurang chomel pipi gebunya dan jambunya sama ada halal atau masih belum halal. erk. Malah , mereka semakin histeria di hadapan telefon pintar masing-masing . Yang lebih memanaskan punggung membuatkan mereka tidak senang duduk apabila babak-babak manis terlebih gula 'hubby and wife' atau 'mama and papa' anda di dihapload . Lalu bergegaslah mereka mengapdet status masing masing berbunyi : 'NAK KAWENN!!'

GULP. Lap peluh sebentar .

Semakin ramai populasi gadis meroyan mahu berkahwin awal dan mula sibuk bekerja mencari imamnya dengan menyeru-nyeru di dinding muka buku dengan pelbagai status yang berbunga-bunga sakura .



Wahai seseorang yang telah tertulis dalam lauhul mahfudzku,
imam ku dan ayah dari anak-anakku,
engkau yang akan bersama dalam perjalananku nanti.
Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu kelak,
Aku percaya kau sedang belajar, belajar ilmu dunia terutama ilmu akhirat yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti.
Aku percaya Al-Qur'an selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan zikir selalu melantun menemani langkah jihadmu.
Aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu.
Aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, dan keluarga kita nanti.
Aku percaya, kau sedang memperbaiki diri disana, di belahan bumi manapun kau berada.
Aku pun begitu sayang ♥


Muntah darah.

Tudung litup . Tudung bidang . Cantik . Tampak solehah. Raut wajah ayu . Manis . Menyejukkan mata sesiapa saja yang terlihat atau melihat. Bergaya . Sukakan kanak-kanak (selalu boleh dilihat melalui dp mereka bersama bayi yang tidak langsung memandang ke arah lensa kamera . kebanyakkannye lah) .

Apakah ciri-ciri ini tidak lagi cukup ampuh dan berkuasa untuk meruntuhkan iman senipis bawang atau kentang jejaka-jejaka di luar sana . Mungkin para ikhwah juga tidak terkecuali !

Sedang saya sendiri terpacul 'Subhanallah' keluar dari mulut , kagum melihat kecantikan yang Allah pinjamkan kepada rakan-rakan segadis yang galak berposing di laman sosial . Ya , saya juga terpesona dengan kecantikan anda , senyuman manis anda , betapa galaknya mata anda , kulit mulus anda , dan gaya anda . Dan saya seorang perempuan .

Inikan pula kucing yang sedang kebuluran , apa akan jadi apabila berekor-ekor ikan gemok-gemok dihidangkan depan mata ? Tak ke tersembul keluar biji matanya ? Harus mahu diterkam sahaja semuanya ! Tapi apakan daya , ikannya semua hanyalah ilusi di sebalik skrin telefon pintar . Aduuuhh, jelitanya ciptaan Ilahi . Hati sang adam berdegup-degup tanpa had laju , fikirannya hampir 40%(atau lebih) kurang kewarasannya selepas melihat gambar anda . Lalu ...

................................................................................

Girls .

Anda tahu anda itu sangat berharga ?

Anda tahu anda itu sebaik-baik perhiasan dunia dan akhirat(insyaAllah) ? Bukan saya kata , tetapi kekasih hatinya yang tidak pernah berbohong sepanjang umur yang kata .

 Anda tahu anda sangat cantik ?

Anda tahu anda itu bidadari dunia ?

Anda  penguat sang lelaki ? Penyokong segala perjuangan ? Penguat tika kesusahan ?

Anda tahu anda juga boleh menjadi pelemah sang lelaki ?

Anda tahu anda juga boleh jadi senjata syaitan yang tercanggih,terampuh dan paling berkuasa untuk meruntuhkan iman sang lelaki ?

Anda tahu anda merupakan masa depan agama,bangsa dan negara ?

Anda tahu syurga itu di bawah telapak kaki anda (kelak) ?

Anda tahu Baginda Rasulullah sangat memuliakan anda dengan mengatakan anda adalah harta paling berharga di dunia ? Lebih mahal dari Ferari , lebih mahal dari Burj Dubai , lebih mahal dari KLCC .

Anda tahu darjat anda apabila menjadi wanita solehah ?

Anda tahu status anda di Syurga kelak apabila anda menjadi isteri solehah ?

Anda tahu kebanyakkan penghuni Neraka itu siapa ?


Saya yakin , semuanya dapat dijawab dengan baik oleh iman anda masing-masing .


Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Sungguh , dalam dunia serba maju dan moden memang payah nak bermujahadah melawan semua ini . Kini , semua orang ada facebook . Semua orang ada instagram . Semua orang upload gambar cantik-cantik . Semua orang ada boyfriend. 

Tapi ingatlah wahai wanita yang beriman , tidak semua orang masuk Syurga .

Teringat saya akan satu status yang amat menarik di facebook oleh Dr. Zaharuddin

Bila seseorang wanita post gambarnya di Facebook, kemudian ada orang comment, "Cantiknya awak.""Waah.. Comelnya", "isyh keibuannya wajah" atau apa2 yang seertinya dengannya, khususnya dari lelaki bukan mahram atau juga wanita lain. Kemudian, apakah respond si wanita? Bagaimanakah response yang terbaik sebagai tanda dia seorang calon isteri solehah?. 

Biasanya ramai wanita yang menjawab "Thanks", 

"Terima kasih" atau "Alhamdulillah" atau "eh tak ada lah, biasa2 aja" (kononnya tawadhu') dan sebagainya. Adakah itu satu petanda akan sifat yang baik?

Menurut pendapat saya, perempuan yang baik, sangat elok untuk dijadikan calon isteri, ialah apabila muncul komen sebegitu, dia akan DELETE gambar tersebut daripada Facebooknya, tanpa sebarang komen lagi. (Point yang saya kongsikan sewaktu ceramah Langkah 1,2 3 mencari jodoh di Seminar Baitul Muslim pada 6 Okt 2012 yang lalu)


Subhanallah . Indah bukan . Apabila malu masih berfungsi dengan keimanan, insyaAllah , Allah akan membantumu dalam mujahadahmu .

Girls , you guys are too precious . Don't you feel you are beautiful enough that you need outsiders or ajnabi berhidung polka dot to puji and komen all your cute pictures ?

Seriously , we don't even know what's in their mind . Whether it's positive,negative or worst ; dirty .
Even though we think we cover enough our aurat, wear labuh enough tudung , longgar enough shirt and skirt or pants , still we are smiling like sunshine in our pictures . Doesn't that obviously attracting buaya jantan ? I mean guys .

Saya ada satu pengalaman yg ingin dikongsikan di sini. Saya pernah buat eksperimen di facebook saya. Apabila dp saya gambar selain dari gambar saya (e.g : gambar kartun,bunga,buku, etc) , tidak ada langsung friend request dari sesiapa yang asing .

Namun apabila saya menukar dp saya dengan gambar saya kalau zaman jahiliah dulu letak gambar chomel2 la siket . tsk tsk . Jahilnya dulu . Pasti tiba-tiba , banyak pulak friend request . Tak dek la banyak sangat sampai berpuluh-puluh , adalah satu dua tiga empat lima enam tujuh ...

Sekarang ini pun lebih kurang, apabila saya set dp saya gambar yg sekarang ini, hm.. adalah friend request datang menjengah . Kalau kawan perempuan saya tak kisah . Yang saya kisahkan ialah para lelaki .

Apa yang ingin saya sampaikan di sini bukanlah nak menunjuk-nunjuk saya menerima friend request yg banyak . Tidak , friend request saya tidaklah sebanyak anda-anda sekalian . Jumlah friend saya pun tak lah beribu-ribu macam anda sekalian .

Cumanya , kadang kala , kita rasa , bila orang berlainan jantina add kita di facebook , kita rasa macam takdek mendek . "biasalah tu" .

Pada hemat saya, ini pendapat peribadi saya . Bagi saya, facebook adalah satu laman sosial yang amat peribadi bagi saya. Kerana saya selalu berinteraksi dengan kawan-kawan melaluinya. Dan juga kerana saya mempunyai banyak koleksi gambar di dalamnya . Ya, tidak dapat dinafikan , ada beribu-ribu gambar yang pernah saya upload . Gambar zaman sekolah dulu. Gambar kenangan dengan kawan-kawan. Gambar yang susah saya nak delete. Zaman dulu, maka ada juga gambar yang kurang sesuai untuk ditunjukkan pada lelaki memandangkan saya bersekolah satu jantina sahaja . Jadi mungkin ada gambar saya atau gambar kawan-kawan yang aurat kami tidak tertutup dengan sempurna .

Oleh sebab itu , saya tidak mempunyai seorang pun kawan lelaki di facebook . Dan saya tidak mengapprove seorang pun kawan lelaki. Kecuali saudara terdekat. Sebab , jika saya approve satu , mungkin saya terpaksa approve yang lain . Facebook menyediakan khidmat 'message' jika kita hendak berhubung dengan outsider . Jadi bagi saya, tidak ada masalah .

Ini pendapat peribadi saya. Cara saya . Menutup serapat-rapatnya pintu fitnah lebih membuatkan hati saya tenang. Saya tidaklah kuat untuk berhadapan dengan ujian lelaki . So , prevention is better than cure. Senyum.

Dengan hanya meletakkan dp yang tak jelas menunjukkan wajah pun, orang sudah mahu add anda , apatah lagi jika anda meletakkan gambar wajah anda yang cantik rupawan menawan debomb itu . Lihat bagaimana sebenarnya 'kuasa' wanita itu . Masih ragukah kalian dengan 'kuasa kecantikan' wanita itu ??

Maka, tidakkah anda terfikir kecantikan anda sekalian mungkin akan menjadi penyebab 'bakal-bakal imam' anda tidak khusyuk dalam solatnya . Kemanisan senyuman anda mungkin menyebabkan 'bakal-bakal imam' muslimah lain juga hampir teransang atau ............... Maaf , terpaksa saya berterus-terang di sini . 

Malah , jika gambar anda dilihat oleh lelaki yang masih berbaki iman di hatinya , mungkin dia akan menundukkan pandangannya dan segera beristighfar lalu trauma untuk membuka kembali akaun instagramnya . Alhamdulillah , anda selamat . Tapi , saya tidak pasti akan keselamatan iman lelaki soleh yang tidak sengaja terlihat gambar anda tadi . hm...

Manakala , bagaimana pula lelaki-lelaki berhidung belang,polka dot atau warna-warni yang datang menjengah kecantikan anda ? Mereka ini pasti akan tidak segan silu memuji-muji kecantikan anda lalu membuatkan anda terbang sebentar . Bila teringat boyfriend , mungkin baru anda tersedar dari lamunan . hm..



Tak sangka ada gambar macam nih~

Konsekuensi lain yang perlu para gadis di luar sana fikirkan juga , gambar anda bukan sahaja di'like' malah mungkin akan di share bersama-sama teman-temannya yang juga berhidung warna warni . Atau sudah evolve menjadi buaya tembaga ! oh ! Gambar anda akan mereka tatap bersama-sama . Oh! Sama ada mereka memuji,memuja atau mengutuk . hmm *angkat bahu* . Wallahua'lam .

Lagi parah jika mereka 'meminjam' sebentar wajah anda untuk turut serta dalam bayangan atau anganan yang di mana mereka sahaja tahu apakah yang sedang terjadi ....

*speechless .

Bagi pendapat peribadi saya sendiri , saya berasa sangat seram dan takut sekiranya itu terjadi . 


Bagi kalian yang memakai tudung ala-ala muslimah solehah akhir zaman , di mana kalian utuh mempertahankan fesyen syariat Islam yang sempurna , syabas saya ucapkan kepada kalian . Kalian memang superb ! Debab Daebak! Ohsem tidak terkira ! Semoga Allah merahmati kalian :)



Namun , mungkin ada sedikit kesilapan atau tersalah faham atau masih belum faham anda yang membuatkan anda terlepas pandang tentang aktiviti pengambaraan anda di laman sosial .

Muslimahku yang solehah lagi ayu di mata Allah ,

Apabila kalian berpakaian mengikut syariat dengan sempurna , sedarlah kalian akan menjadi lebih perhatian . Lumrah . Sebab spesies kalian merupakan spesies terancam di akhir zaman ini . Sememangnya pasti para lelaki itu memang dok heboh sana sini mempromosikan kata-kata 'yang tertutup itu lebih indah' . Tepat . Kerana Allah yang tetapkan . Sebab itu tampak lebih indah .

Tidak kurang juga mata-mata yang tersembunyi atau terang-terangan dok mengusyar anda sebab anda menutup aurat dengan sempurna . Maklumlah , sekarang ini , tidak kurang juga imam yang sedang sibuk mencari makmumnya walaupun masih muda belia .

Juga mungkin, disebabkan labuhnya tudung anda , tapi masih lagi disertakan dengan gambar-gambar cantik anda , tidakkah anda rasa itu boleh menjadi satu fitnah kepada syariat ?

"oh , boleh ek, pakai tudung labuh tutup dada still posing-posing kat facebook?"

"Pakai je tudung labuh , tapi upload gambar tak senonoh kat instagram. Terkeluar lidah la, mata julinglah.."

Saya tahu label melabel ini satu tindakan yang tidak sihat , namun , bagi saya, mungkin ini boleh menyebabkan kitalah penyebab fitnah tersebut.

GULP.

Cuma , kita kadangkala , tertipu dengan godaan nafsu . Syaitan apatah lagi . Kita tidak boleh nampak syaitan . Jadi , inilah cabarannya . Cabaran itu ikhlas menutup aurat semata-mata 100% demi Allah tanpa sedikit pun mengharapkan pujian , lirikan mata sang adam . Paling kurang pun 'like' . Teehee.

Mujahadah kerana Allah memang payah . Sebab syurga itu indah . 


Di sini , sama sekali tidak terniat di hati untuk mengharamkan anda semua wahai sahibah untuk upload gambar ni laman sosial . Tidak juga terniat untuk mengharamkan anda berfesyen sambil menutup aurat . Saya juga tidak terkecuali dalam mengikuti perkembangan fesyen muslimah kini yang semakin cantik dan cool pada pandangan saya . Saya juga seringkali menonton tutorial-tutorial tudung di youtube . Ternyata ada sebahagian muslimah yang mengambil berat soal menutup aurat dengan sempurna dan menunjukkan cara pemakaian tudung yang lebih kemas dan lebih proper . Syabas . Semoga amal kalian ikhlas keranaNya .

Cumanya , ingin saya kongsikan mengenai tatacara kita apabila ingin upload gambar di facebook . Mungkin bagi kalian tidak ada apa-apa . Mungkin juga mahu berkongsi dengan rakan taulan . Mungkin juga mahu update status dan di mana kalian berada pada saat itu . Sekadar berkongsi dengan rakan-rakan di alam maya .

Sekadar ingin saya ingatkan tentang soal hati . Hati kita , para wanita yang mudah tersentuh hatta dipuji sedikit . Hati kita sangat sensitif . Maka di sini , marilah kita sama-sama koreksi diri . Tanya diri anda (dan saya juga) , apakah tujuannya kita upload gambar gambar kita yang sangat cantik itu ? Tambahan gambar itu , terlalu rapat dengan lensa kamera , sehingga terserlah tahi lalat kecil di pangkal dagu . Itulah yang mungkin kita tidak sedar , penggoncang iman sang adam .

We never know the consequences ~

Girls , again , i suggest you guys to keep all the cutie pie , cun overdose pictures by yourself. Hah , Tangkaplah gambar banyak-banyak , tak dek orang nak marah . But , save it in your collection only . Kalau nak upload sekalipun , tengok betul-betul . Perhatikan betul-betul setiap inci gambar kita tu . Entah terlebih madu ke senyuman kita , entah terliuk lentok over manja sikit ke , entah renungan mata kita tajam sangat hingga menusuk jantung ke , entah aurat terbuka ke , entah aurat rakan kita terbuka ke (take note this !) .

Sesungguhnya mukmin itu sangat berhati-hati dalam setiap urusannya .

Dann.. tanya diri kita balik for the last time sebelum kita tekan butang 'upload' . Kenapa kita nak upload gambar ni ? Simple question , but mean a lot , insyaAllah .

What if , I suggest you guys one thing .

Girls , kalian simpanlah gambar-gambar kalian yang cantik-cantik gila , yang cun-cun gila , yang chomel-chomel gila , err.. banyaknya gila . Simpan baik-baik dalam your collection . Tak payah upload. Simpan dengan penuh sabar .

Tunggu di hari perkahwinan kalian nanti , bila kalian dah jumpa the right man or shall I say your 'imam',  nanti , lepas je akad nikah , terus cakap .

"Abang , ini semua gambar saya yang saya tangkap dan saya simpan hanya untuk abang . Saya tak pernah upload satu pun gambar ni . Saya simpan gambar ni khas , special hanya untuk abang sayang "

Lalu , bersinar-sinar lah mata suami anda keharuan, rasa dihargai, kembang kempis hatinya berbunga berbisik 'oh solehahnya isteriku ini' lalu .....

err.. sambung sendiri lepas anda nikah nanti ..

eh , penah dengar tak , Ustazah Fatima Syarha dan suami pernah kata , kahwin itu merupakan berbuka puasa menahan nafsu ... hanya yang sabar menahan nafsu sahaja akan merasai nikmatnya berbuka puasa.

Bukannya saya hendak bangkitkan isu Baitul Muslim pulak kat sini , cuma nak katakan , buat para bakal makmum di luar sana , jika anda teguh menjaga pergaulan , tak sentuh sini sana , hatta berlapik , menutup aurat dengan sempurna litup atas sampai bawah, tidak mengada-ngada dengan lelaki di laman sosial, tidak salah rasanya jika di sini saya sertakan juga kes mengkhaskan gambar cantik-cun-meletop anda khas untuk suami anda sahaja .

Ada madu tumpah ke ?

Konklusi saya di akhir post yang panjang lebar ini , buat para sahibah di luar sana . Kita perlu berusaha lebih sedikit untuk meningkatkan penghargaan kita terhadap diri kita sendiri. Ya, anda perlulah tahu nilai diri anda yang tidak ternilai itu . Supaya tidaklah akan terjadi kes-kes di mana kita tidak sengaja 'memurahkan diri' baik di dunia realiti mahupun di alam maya .

Caranya tidak lain tidak bukan dengan menambah kuantiti bacaan anda mengenai diri anda . Ya , terdappat pelbagai buku atau artikel-artikel yang mudah untuk didapati yang bercakap mengenai betapa mahalnya anda , betapa berharganya anda , betapa hebatnya anda . Semua itu anda boleh dapati daripada agama mulia lagi indah yakni Islam yang tercinta . Islam telah mengangkat darjat wanita . Rasulullah telah memuliakan wanita . Jangan sekadar tahu islam itu telah memberi keadilan kepada wanita, tetapi ambillah sedikit inisiatif untuk mengambil tahu apa yang telah Islam lakukan. Apa yang terjadi sehingga Islam mengangkat darjat wanita . Ambil tahu bagaimana pada zaman sebelum kedatangan Islam , bagaimana wanita itu dihina dan dikeji bukan hanya sekadar bayi perempuan ditanam hidup . Ambillah tahu bagaimana agama hindu memperlakukan kaum wanita dan balu setelah kematian suami mereka . Bagaimana nasib mereka diperlakukan seperti mereka tidak ada nilai sebagai seorang manusia .

InsyaAllah , kesyukuran kita pasti akan meningkat . Izzah di hati memegang title Islam bukan hanya di IC akan meningkat . Hanya ilmu akan mengangkat nilai diri walau cantik macam mana sekalipun diri kita .

Dan akhir kalam , Allah yang menciptakan kita tetap hanya akan memandang sejauh mana usaha kita untuk menyenangkanNya , untuk menjadi cantik di mataNya dengan iman dan ketakwaan kita .

Dunia ini dilaknat kecuali 4 perkara .
1. Zikir mengingati Allah .
2. Perkara yang mengingatkan,dibuat untuk, Allah
3. Orang yang mengajar ilmu
4. Orang yang belajar

Sini ada beberapa link untuk menambah pembacaan dan 'nilai' diri anda , wahai sahibah fillah

1.Tazkirah hanya Untuk Anda :)
2.Sister:Beriman atau Bergaya (Langit Ilahi)
3.Bidadari Dunia : Jangan Lembik , Binalah Kekuatan ! -HA
4.Malu Bidadari Dunia, Menyebabkan Mereka Mahal
5.Definisi Cantik Bidadari Dunia
6.Kematangan itu Cantik !
7.Cara mencantikkan kematangan

Oh ya , Selain itu , anda juga boleh membaca novel 'Seindah Mawar Berduri' dan 'Tautan Hati' untuk mendapat gambar jelas perwatakan seorang wanita solehah yang boleh dicontohi . Mesti ramai dah baca kan ..



Semoga Allah Redha dan Merahmati kalian :)

8 comments:

  1. subhanallah.terima kasih sahabat :) semoga allah merahmati kamu..banyak manfaat yang awak kongsikan..

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHAHAHAHHAHA . Lu bikin gua rindu sama lu . Cantik sahaja post ini macam awak :) *mampus komen aku kena delete :P*

    ReplyDelete
  3. Haha .. LoL . ANda juga sudah lama kesepian dalam arena pembelogan .. mengapakah? tiada idea ? tulislah mengenai saya . pasti idea mencuurah2 ke ladang gandum :) teehee

    ReplyDelete
  4. Ayat pedas gilaaaaaa..... tapi masih boleh tahan lagi....hehe

    Syukran atas perkongsian..... ^_^ semoga terus maju...

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana menasihati para wanita yang makin kurang ilmu agama pada masa sekarang ini.Tidak terkecuali diri saya sendiri,syukran jazilan:)

    ReplyDelete
  6. =='' sentap... terima kasih... *salam goncang laju laju

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum sohabat *peluk rapat-rapat gaya arab* anda mengagumkan. Setuju setap inci daripada entri anda yang ohsem ini walaupun tersentap dua-tiga part mengenang zaman jahiliah. Astaghfirullah. Nak tambah sikit.....lagi. Sikit je. Memetik kata Habib Mahdi dalam satu tausiah beliau "Sampai tahap ini (zaman ini) wanita seharusnya diwajiban memaka niqab (purdah) kerana pandangan lelaki ajnabi sekarang amat amat amat amat amat payah dikawal" the best part is bila beliau cakap macam tu, ramai pulak mata-mata liar lelaki (padahal dalam masjid) mecari wanita-wanita sekelilng masjid tu, sebab tempat wanita dekat je dengan lelaki time tu. So, time tu kami yag belum berpurdah dan masih single bertukar menjadi ninja menarik-narik telekung atau menepis muka dengan buku di tangan. Begitulah dahsatnya keadaan dunia sekarang ini.. Itulah perkongsian ringkas saya bersama saudari paa malina. Love you !

    ReplyDelete
  8. sekadar untuk berkongi, pernah terbaca pada satu kata2, yang mana lepas je baca status tu...terus je pergi cari gambar2 yg ada diri sendiri dan hide from timeline dan buat je lah apa2 pon yg tidek membolehkan sesiapa melihatnya. ayat dia mcm ni, "gambar2 itu tidak akan membantu tambah iman sesiapa pon"
    semoga bermanfaat... thanks for the sharing. :))

    ReplyDelete