Lagi 3 minggu dok umah . Skang nih pun dah stat berkarat . Krek~
So , 2 Jun nanti pegi daftar kat uitm puncak alam . Setahun dok sana ... ????
I wonder how my life would be .....
Setahun je . Aku nak pulun ah . Nanti degree leh smbung fav course .
Hm.. HOnestly , aku sendiri tak tau aku nak jadi ape .... The exact ambition tu tak tau lagi . Aku tak nampak lagi path hidup aku lepas ni ape . Tapi aku da bayangkan ape yang aku nak buat lah ~ heeee... berkhidmat untuk masyarakat ^^
Insyaallah , niat di hati nak ambik degree related with Biology . Cintahatipengarangjantung. Hm... maybe major in genetics . Tapi tu la . I don't have much info on it . SO , mcm blur2 je lagi . Insyaallah kat U nnt nmpk la tu ..
Tu lah , kalau ikutkan , condition aku skang ni masih sempat lagi nak aim betul2 cita-cita nanti nak jadi ape .
Lagipun , aku memang sc stream student . Banyak cabang boleh pegi .
Ibu beria suruh ambik medic . With my spm result , memang boleh je kalau nak further kat Mesir ambik medic . With my result gak still boleh apply mane2 tuk medic . Even tak stret pun .. Tapi tu lah , hati aku ni memberontak tamau ambik medic .
Anyone out there , yang memang nak ambik medic , can you guys just drop a comment , tell me why ! WHy on earth korg nak ambik medic ? Mana yang cinta mati sama doktor , WHY ?? why ? why ? why nak jadi doktor ?
please ek . Do enlighten me . Mana tau , hampa punya reason boleh kasi ceq lembut hati nak ambik medic jugak nnt ..........-,,-"
Apa bagusnye jadi doktor ? Ye , aku faham , jadi doktor keje mulia . Tolong orang , selamatkan nyawa org , lagi , bagi org ubat bila org sakit ...hm...
Kalau aku jadi doktor , apa yang aku nak buat ?
Haaaaa..... banyak sebenarnya visi dan misi aku kalau jadi doktor !
(sebab cita-cita aku dari kecik is jadi doktor...pfft -,-")
1. Aku nak jadi sukarelawan pegi Gaza , Palestin . Merawat para mujahid dan saudara seagama . Kalau rezeki , aku syahid sekali kat sana ! Insyaallah, mati untung aku !!
2. Aku akan pergi lah rumah-rumah orang miskin , esp org Islam lah , tolong mana yang aku mampu sebagai doktor . Kesian dorg , duit takdek , sakit parah nak pegi hosp pun fikir 2 3 kali . Aku akan tolong dorg lah yg termampu .
3. Mcm sume doktorlah , aku nak bukak hospital sendiri ! Hospital yg mengamalkan syariat sepenuhnya . Sume pekerja aku tutup aurat . Sian aku tgk misi2 kat hosp. ELok2 je sume da tutop , tp lengan terbukak . Ai akak , wpun tgn kita yg dosa , tp satu badan kene bakar dlm neraka . Nauzubillah . Hosp aku Free of charge kepada orang miskin . Juga , hosp aku akan bagi biasiswa kat budak2 yang betul2 komited nak jadi doktor . Dorg2 nih nnt , kirenye dah keje kat hosp aku le .. Jadi doktor2 yg beriman dan bertaqwa ^^
And , selain perubatan modern , hosp aku ada jugak sediakan perubatan tradisional dan juga perubatan menggunakan ayat-aya suci al-Quran . Bagaimanakah caranya ? wallahua'lam . Aku tak blaja la pulak . Tapi aku tau , ada ....
4.Aku nak banyak buat talk kat masyarakat pasal gaya hidup sihat yang patut orang kat Msia ni titikberatkan . Msian skang kan ramai bersaiz L,XL,XXL mahupun XXXL . Banyak jugak yang mati sebab kencing manis , darah tinggi , gout dan sebagainya . Semuanya berpunca dari pemakanan yang berlebihan dan gaya hidup yang tidak sihat . Melalui talk ni , juga boleh ajar masyarakat cara pemakanan gaya Rasulullah yg patut kita contohi . Kerana baginda tidak pernah sakit , tidak gemuk malah perut nabi kempis mcm padang bola . Betapa machonya Nabi kita ^^
Dan aku tahu dengan kefahamann yang tinggi , semua ini memerlukan $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ yang baaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaak . Ye , aku tau .
Hah , da ada visi dan misi , ape lagi , pegi la ambik medic !
Hm... aku tak nak ambik medic . tak nak ! sebab belajar giler . ek ? itu apa yang aku tau la . Jadi doktor ni mmg life dengan buku lah . Sabar , sabar . Jangan cepat nak judge aku ni kurang bijak . aku tau , adat belajar memang berchenta dengan buku . ye , aku faham , malah aku dah 'in-relationship' dengan buku ni dah lama dah .
Cuma , aku just x nk jadi doktor . Biarlah , jadi doktor ni orang akan pandang tinggi pada family kte ke , org respek lebih la , senang dpt diskaun masuk hosp la , tp just aku x nk . Itu bukan tujuan aku kalau aku nak jadi doktor pun . Aku nak niat aku suci daripada keinginan duniawi . Biarlah kita ikhlas kerana nakkan Redha Allah yang mulia ^^
Kalau Allah redha pada kita , kemulian akan menyusul .... percayalah .. Kemuliaan seseorang bukan hanya sebab dia ada Dr. , Ir. , Prof , Dato' , datin bla2 ... Kemuliaan seseorg terletak kepada ketinggian ilmunya dan peribadinya . Ketinggian ilmu tidak hanya bergantung kepada title PROF at depan . Mana tau , ilmu tu tak berkat , menjadikan dia seorang hamba yang makin jauh dari Allah . Who knows ...
Alhamdulillah , Allah bagi cahaya kefahaman kepada aku . Aku akhirnya faham dengan iman kenapa aku belajar .
*hek-eleh-minah-ni.sian,baru-nak-tau..*
FAHAM DENGAN IMAN . ini nikmat Allah bagi pada aku ....
Aku kene belajar sebab ilmu itu cahaya , ilmu itu yang akan menjaga kita dari kebodohan dan kejahilan yang boleh menjerumuskan kita ke lembah neraka . Ilmu itu jugak yang memberi kita kefahaman untuk menjadi manusia yang lebih baik dan diredhai Allah . Ilmu itu membezakan manusia berakhlak mulia dengan manusia keji . Ilmu itu juga menjadikan hidup seorang mukmin lebih tenang dan bahagia walaupun banyak liku dan cabaran . Ilmu itu membantu manusia meninggalkan perkara yang tidak perlu untuk mendapat segalanya di akhirat . Ilmu itu membuatkan manusia lebih bersyukur dan merasa cukup sekadar dengan apa yang ada .
Contohnye , kita ada ilmu mcm mana nk tau nasik dah basi ke tak . Caranye, bau pun da tau . So , bile kita bau nasi tu da masam , kita pun tak la makan nasik tuh . Kalau yg tak tau nasik tuh da basi , p makan jugak , hah , memulas lah perut nanti keracunan .
*apela-bg-contoh-tah-pape-mcm-ni*
Korang tu budak tahu membaca , Insyaallah la tahu nasik busuk k tak . Kalau budak umur stahun due tu , tau ke nasik basi k idak ? Ha , kat sini la pentingnya kefahaman . Budak2 mne faham kan ?
Insyaallah , ilmu yang berkat akan memberi sejuta manfaat kepada pemiliknya .
So , aku belajar kerana Allah mencintai orang yang berilmu . Dimudahkan jalan ke syurga lgi tuh .. spe tamau weh ..
Sesiapa yg pergi mencari ilmu, maka Allah akan membuka pintu syurga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan-ikan di lautan mendoakan untuknya (Riwayat Abu Daud).
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telahbersabda Rasulullah s.a.w: ³Barangsiapayang dikehendaki oleh Allah kebaikan padanya sudah tentu Allah menjadikannyaseorang yang mengerti dengan hal-hal agama´.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Jom termenung kejap .
Rasanya kan , kita ni termasuk tak dalam kategori orang yg memahami agama ? Orang yg memahami agama ni bukan stok-stok ustaz-ustazah , tdung labuh berkopiah je .
Tanya diri kita , adakah kita faham agama kita ? COntoh termudah , adakah kita faham tentang tuntutan menutup aurat dengan semporna ? Ayat mana dalam Quran yg menyuruh kita org pompuan tutup aurat ? Kita faham x kene tutup bahagian ape je ? Kita faham tak dengan kefahaman yang sebenar-benarnya why on earth , yela kat dunia je , Allah suh kita tutp aurat ? Kenapa ? why ? Kita faham x ? Kita faham tak yg orang lelaki ni susah nak jaga mata ? Kita faham tak kes rogol meningkat sebab ramai saudari kita tidak faham bagaimana menutup aurat dengan sempurna ? Kita faham tak sebenarnya impak tidak menutup aurat ini boleh mengakibatkan sesuatu yg dahsyat seperti zina , buang bayi , rogol , langgan pelacur dan sebagainya . Juga penularan HIV ...
Fahami dengan mata hati . Mintak pada Allah , bagi kita cahaya kefahaman . InsyaAllah , Allah akan bukak mata hati kita untuk faham . Bila dah faham , baru kita boleh taat pada Allah dengan rela . Malah , kita akan rasa kita memang perlu buat mcm tu sebab bnde tu memang memberi kebaikan kepada kita . Segala yang Allah tetapkan, segala yg Allah larang dan wajibkan , semuanya untuk kebaikan kita jugak .
Siapa yang menciptakan kita ? Allah kan ? For sure Dia lah yg tahu yang terbaik untuk kita . *kenyitmatakiri*
Hm.. aku pun x pandai sangat nak hurai pasal ilmu ni . Tapi yang aku tahu lah kan , kalau Allah bagi nikmat faham dengan hikmah pada kita , bahagia sangat hidup ! Sebab setiap bnde yg terjadi , pasti ada sumtin yg kita boleh belajar darinya . Walaupun stakat pegi restoran makan nasik peh tu balik , kalau org yg Allah bg dia hikmah , mesti ada je peristiwa2 kat restoran tu yg dia akan perhatikan dan otak dia dok verfikir dengan ligatnya . Betul , tak tipu . Akhirnya , dia akan dapat sesuatu pengajaran yg berguna dlm hidup . Contohlah kan , dia ni perhatikan pekerja restoran tu . Bagaimana kegigihan pekerja tu bekerja tuk cari rezki . Then bagaimana politenye waiter tu layan . Dengan lemah lembut , menarik hati . So , dia akan lebih llemah lembut dlm kehidupannya . Kalau dapat yg kuang ajo plak , terbalik la , dia takkan jadi mcm tu .
Itulah sedikit contoh yg boleh diselitkan . Hidup ni akan jadi bermakna kalau kita yang memberi erti kepadanya .
So , kepada anda-anda sekalian yang sedang membaca , kuasailah ilmu yang kita pelajari itu sehingga tahap yang tertinggi !
Kalau korang belajar apa-apa bidang sekalipun , belajarlah sehingga pHD ! Kalau boleh . Sebab , Kita orang Islam . Islam sentiasa di atas ! Jadi , sekurang-kurangnya kita menjadi aset Islam yang bermanfaat dengan ilmu kita !
So , aku percaya , jika aku ikhlas menuntut ilmu , aku tak payah risau pasal pekerjaan . Insya-Allah , ada je nanti keje kat luar tu .. tak yah nak risau2 .
Aku tahu apa aku buat . Aku tahu apa yang aku rancangkan untuk hidup aku .
Dan ingat satu perkara penting yang menjadi pokok kepada segala persoalan .
Kenapa aku hidup di dunia ini ?
Apa tujuan penciptaanku ?
Ke mana hala tuju ku kelak ?
Allah ciptakan kita untuk beribadah kepadanya , memakmurkan dunia bukan mencintainya , buatlah bersungguh-sungguh di dunia , kerana di syurga tempat kita menikmati hasil .
Insya-Allah . Sama-sama didik jiwa menjadi jiwa ahli syurga ^^
Berilah erti kepada setiap detik kehidupan kita dengan sesuatu yang membawa kita kepada syurga .
Sesiapa yang Allah beri kefahaman kepadanya , cukuplah itu untuk menjaga dirinya .
So , mcm biasa , ni ada link tuk further reading .
1. 42 Hadis Menuntut Ilmu ^^
2. Kelebihan Orang Yang Menuntut Ilmu
3. Ketinggian Darjat Ilmu !!
4. Adab Menuntut Ilmu
5. Hikmah Menuntut Ilmu
See You Di IPT !!!!
Semoga Allah Redha .
No comments:
Post a Comment