Bila kita bercakap pasal ilmu mempertahankan diri , terbayanglah dalam benak fikiran wajah-wajah yang selalu menghiasi kat tv yg slalu buat flying kick , main tumbuk2 bla-bla ..
Uncle Jackie .. |
Them . |
Tapi aku paling suka yg nih
Highlight : PERUT |
In Korea , we have Taek Kwan Do . Jepang we have Judo , China ada wushu ,kung fu , Melayu ada silat .
Interesting huh ? Memang setiap bangsa , budaya pasti ada seni-seni mempertahankan diri dek zaman dulu kala yang belum llagi terciptanya M-16 , senapang gajah , Bom gigit-gigit-pehtu-baling, meriam and banyak lagi ...
Seni mempertahankan diri ini dipelajari untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh . Sama ada untuk defend diri sendiri atau untuk defend orang lain aka org tersayang (teringat cite cintun bf defend gf..pfft). So aim utama is jaga diri daripada serangan musuh yg mencederakan diri dan juga boleh mengorbankan diri . Pastu ada la hiasan-hiasan mcm pisau , keris , tombak , bintang Naruto tu namenye ape ek ?
Nyawa is sumtin precious that is given by Allah untuk kita jaga sebaiknya . Sangatlah berdosa jika membunuh diri . Ia seolah-olah kita merampas hak Allah yg menentukan hidup mati kita . So , menjaga nyawa is sumtin yg crucial sehingga kita diberi keringanan aka rukhsah untuk makan makanan yg haram pada waktu darurat untuk menjaga nyawa daripada mati kebuluran . See. that's how Islam taught us how importante nye menjaga nyawa .
Satu perkara yang bagi aku lagi penting dari nyawa , paling penting dalam hidup seorang yg dinamakan MANUSIA , perkara yg menjadi penentu hidup dan matinya , perkara yg membezakan dirinya dihadapan Allah is tak lain x bukan IMAN .
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah .
Kalimah toyyibah , kalimah keramat , kalimah ajaib , kalimah super , kalimah yg memuliakan anak adam di hadapan Tuhannya . Mengaku hakikat keesan Allah sebagai Rabb dan Nabi Muhammad sebagai utusan Ilahi untuk mengajar manusia mengenali pencipta sebenar alam ini .
Iman juga tak lain tak bukan sebagai kunci kepada Jannah kelak . Hatta keimanan seseorang itu sebesar biji sawi , okey aku bagi perumpamaan bijak sket , Hatta iman sebesar atom , the smallest particles , atau 1/5 atom , malah lebih kecil , itu cukup untuk melayakkan dirinya untuk tetap menjadi ahli syurga eventhough da diseksa di dalam neraka . Syurga yg bakal didiaminya sebesar langit dan bumi .
Maka nikmat Tuhanmu yg mana lagi hendak kita dustakan ?
Therefore , bukankah kita lebih patut mengutamakan keselamatan iman kita melebihi nyawa ? Kerana mati dengan iman , InsyaAllah kita dijamin syurga . Tapi jika mati tanpa iman ? Neraka abadan abada . Naudzubillah . Bukannya niat nak menghukum orang masuk neraka atau syurga . Tapi cuma nak menjelaskan di sini , untuk kita merenung bersama nilai iman yg la ni orang pandang remeh , pandang seblah mate je . Malah ada yang langsung tak mau ambik kisah .
Oleh itu , bukankah juga penting untuk kita mempelajari ilmu-ilmu mempertahankan iman daripada serangan-serangan musuh-musuh Islam yg sangat licik ? Sangat penting kome weyh !!
Rasanya , zaman sekarang , tak belajar kungfu , taek kwan do , silat pun tak pek . Masih lagi dimaafkan . Tapi , ilmu mempertahankan iman adalah sesuatu yang sangat penting untuk dipelajari oleh semua yang beriman kepada Allah dan Rasulullah !
Kini , banyak sungguh , jurus-jurus , taktik-taktik serangan ideologi daripada pihak kafir datang menerjah umat Islam . Semua serangan datang bertubi-tubi non-stop ! Serangan demi serangan mereka lepaskan seperti mesin popcorn .
Serangan berupa ideologi yang menyesatkan dan mengelirukan ummat Islam yang terang tang tang lemah pegangan akidah dan keimanan .
Serangan musuh bertubi-tubi , tapi kita tidak mampu mempertahankan diri , lemah tidak berdaya . apa jadi ? matilah jawab nya !!
Matilah iman kita ?? 0_o !!!
bahaya ! Bahaya ! Bahaya !
Sudahkah kita memahami pluralisme ? Tahukah kita mengenai Islam Liberal ? Kenalkah kita apa itu hedonisme ?
Kenalkah kita dengan Irshad Manji ? Salman Rushdie ? Aminah Wadud ? John Hick ?
Malah musuh pun tidak dikenali , bagaimana mahu ditentangi ?
Jika suatu hari nanti , Jika Malaysia lemah sebegini , menerima ideologi Barat demi nak mengejar kemajuan dengan tangan terbuka , jangan tercengang jika Ramu berkahwin dengan Rahmah tanpa menukar agama , Ah Cheong berkahwin dengan Salmah tanpa menukar agama , Hafiz berkahwin dengan Cindy tanpa menukat agama . Interfaith marriage yg telah diamalkan di Indonesia yg sangat menakutkan .
"Kami saling mencintai . Tak perlu menukar agama . Tuhan kita sama saja . Cuma agama berbeza ."
Menakutkan .
Maka , ilmu apa yang kita ada untuk mempertahankan Iman daripada tecedera ?
Kita cerita psl pluralisme , dan segala -isme itu di lain entry .
Semoga Allah Redha .
No comments:
Post a Comment