Tuesday, June 11, 2013

Si buncit dan si kering

Apa erti saya menganut agama islam ?

Great question. Tapi memang kena perah hati dan akal untuk cari jawapan.

Meniti hari-hari kehidupan seharian sebagai seorang muslim, melakukan ibadah yang sama setiap hari dalam sedar tak sedar membuatkan kita seperti robot.

Diprogram untuk melakukan itu dan ini dengan begitu efisyen, tapi kosong dari makna.

Kosong dari penghayatan dan rasa.



Tapi robot lain. Robot tidak mungkin akan bosan. Tapi manusia cepat bosan.

Kadang-kadang, dalam menjalani kehidupan yang 'sibuk' ini, rasanya kita perlu untuk cari mana-mana RnR untuk rehat dan rawat hati dan jiwa kita.

Duduk sebentar bersama kitkat . Duduk diam sebentar. Buat sekian lamanya kita bekerja dengan begitu tekun dan bersungguh untuk kemajuan syarikat, untuk bisnes yang semakin hari semakin menguntungkan, setiap hari ke kuliah dan buat esaimen untuk markah tambahan, setiap hari penuh dengan pelbagai tuntutan tanggungjawab yang menjerit-jerit bertengkar meminta kita untuk menyelesaikannya.

Kita kata kita sibuk. Nak uruskan itu dan ini. Kita sibuk ! Kita sibuk ! Kita sibuk !

Sibukkan apa ?

Si anak bertanya pada ibu dan ayahnya.

"ayah dengan ibu sibukkan ape ?"

"sibuk bekerjalah. Nak cari duit. Nak bagi kamu makan. Bil-bil tu semua nak kena bayar. Kereta ni bukan free. Rumah ni pun masih banyak hutangnya. Nanti kata nak beli itulah inilah, kamu pun sama. Banyak je benda yang nak mintak. Kalau tak dek duit, macam mana ??"

anak pun terdiam. Ada betulnya kata-kata ibu dan bapanya. Lalu, si anak pun diprogramkan kelak untuk bekerja mencari duit, bagi memenuhi tuntutan kebendaan dunia yang kian hari semakin mendesak dan mencekik darah.

Gua kaya, lu ada apa ?


The cycle repeat.

Tapi, apa akan jadi sekiranya si anak mengambil satu langkah yang boleh mengubah hidupnya untuk berpuluh tahun akan datang ?

"ayah, ibu, memang duit itu satu keperluan. Tapi apa sebenarnya tujuan utama kita hidup kat dunia ini ? Adakah untuk belajar separuh mati untuk dapatkan ijazah,lepas tu kerja keras, sibuk sampai tak dek masa bersama keluarga semata-mata untuk mengumpul duit, membayar bil, memberi barang keperluan untuk kehidupan lepas tu tua dan mati ? Tak ke macam sia-sia je hidup macam tu ?"

"........................................."

ibu bapa yang sibuk sangat ini, pasti tidak sedar, perubahan yang ada pada diri anak-anaknya. Tambah lagi apabila mereka sudah remaja.

Mungkin, jika satu hari mereka accidently berborak dengan anak mereka, mereka akan terkejut besar. Kerana mereka sudah tidak mengenali karakter baru seorang yang bergelar anak itu di hadapan mereka. Anak mereka berubah, menjadi seseorang yang sangat asing yang tidak pernah mereka kenali sebelum ini.

epic.

Namun,jika anak ini diajar cara berfikir dengan betul, pasti hidupnya akan turut berubah dengan cara fikiran yang lebih baik. The cycle stop, The new healthy cycle will start.

Saya belum pernah bekerja. Belum punya tanggungjawab untuk mencari wang. Belum berkahwin. Belum ada anak. Belum ada kereta sendiri. Belum ada rumah sendiri. Belum lagi kena bayar bil air, letrik, astro, broadband, wifi, celcom broadband, hutang rumah, duit insurans, duit tabung haji untuk haji dan sebagainya.

Ya, saya sebenarnya belum layak untuk bercakap soal cari duit, sebab saya masih mentah.

Okay then, kalau macam tu, biar saya bercakap dari perspektif seorang anak, seorang remaja, seorang pemuda, seorang yang baru mengenali kehidupan, seorang mahasiswa, seorang yang mentah.

Dah terbiasa sebagai anak no.2 , saya lebih banyak berdiam diri. Tak banyak cakap. Banyak memerhati. Banyak berfikir. Banyak merepek sorang-sorang. Hah, inilah antaranya.

Mungkin sebab saya tak disibukkan dengan tanggungjawab yang berat-berat sehingga terlalu banyak masa untuk berfikir secara kritis, mengkritik itu dan ini, komplain dan tak reti bersyukur. Erk, macam familiar je slogan tu.


Kita sangat menikmati kehidupan ini dengan keadaan kewangan mewah yang kita ada. Seseorang pernah berkata pada saya, "kehidupan seseorang itu akan stable bila mencecah umur 40 tahun.".

kat situ lah kot boleh keluarnya quotes " Life begins at 40"



Alhamdulillah, lahir dari keluarga yang stable memang menjadikan saya seorang anak yang boleh tahan manja.

Bukan manja yang gedik gelenyar tu, tapi manja yang nak apa main mintak je kat mak bapak.

Bak kata ibunda tercinta, " nak apa main order je.."

Hm.... agaklah, tambah-tambah lagi anak perempuan. Memang malas je sebenarnya nak kerja cari duit. Sebab saya masih belum rasa duit itu satu keperluan atau satu kepentingan.

Kehidupan yang stabil macam ini, secara tak langsung sebenarnya telah membunuh sensitiviti kita untuk bersimpati dengan dengan keadaan orang lain.

Simpati tu mungkin ada, tapi tidak cukup kuat untuk push kita dalam bentuk perbuatan.

Boleh dikatakan keluar makan di restoran itu biasa. Sebab semakin sibuk, maka nak masak pun payah. Makan masa. Lebih mudah untuk keluar makan.

Saya sedih sebenarnya bila tulis post ni. Sebab terasa diri sangat selfish dan bersenang lenang.

Asyik sibuk membaca kisah hidup pejuang agama di medan dakwah, yang syahid dengan bangganya, yang hidupnya dikorbankan untuk dakwah, yang harta bendanya disedeqahkan di jalan Allah, sehingga sedikit sekali harta yang ditinggalkan mereka buat keluarga . Kehidupan mereka tidak pernah bersenang-lenang, disibukkan dengan memenuhi keperluan ummat, apatah lagi nak duduk duduk santai di restoran menikmati makanan mewah sehingga gemoks.Mereka kembali kepada Allah dalam keadaan yang cool. Tak perlu risau dengan harta yang banyak yang akan menyebabkan lamanya kita dihisab dek harta yang berkepuk.

Irony dengan kehidupan si pembaca.

Sedih juga, bila keluar makan di restoran sehingga mencecah ratusan ringgit. Paling-paling pun beberapa puluhlah. Itu belum makan di Ibu Kota. Pasti harga makanan sangat mahal.

Hasilnya, perut sangat kenyang. Lepas tu ? Balik rumah, tidur. Esoknya, liat nak bangun subuh, sebab kekenyangan.

Makanan tu semua jadi apa ? Lemak, tahi. Dibuang dan diflush. Langsung tidak ada manfaat.

Entah berapa persen je yang betul-betul diserap sebagai nutrisi untuk tubuh badan.

Dan kita terus leka dan enjoy kesenangan hidup sebegitu.

Tak terbit rasa bersalah.

Nak makan apa, order sahaja.

Nak advance sikit, tangkap gambar, edit, upload dalam instagram. Bagi semua orang tengok. Bagi semua orang terliur. Bagi orang-orang lain jeles. Bagi mereka yang tidak mampu tengok dan hanya telan air liur.

Kita begitu kejam dalam kehidupan ini bukan ?

Kadang-kadang, sedang saya scroll di wall facebook atau di instagram, terlihat post sahabat mengenai nasib saudara kita di Syria, diseksa, ditindas,dibom, mereka dicabut hak kemanusiaan untuk hidup aman dan tenteram, timbullah sikit rasa sedih. Tapi rasa sedih itu segera dibunuh apabila muncul pula gambar kek secret recipe penuh coklat gebu yang mengecurkan air liur. Gambar itu pemiliknya sedang tersenyum bangga dengan makanannya.



Wahai ~~~~~~

Malu!! Malu sebenarnya untuk angkat muka ni pada masyarakat !

Tambah lagi bila terserempak dengan pekerja tukang sapu sampah, makcik-makcik yang cuci toilet, pakcik-pakcik angkat sampah, adik-adik yang sangat muda sudah membantu ibu bapa berniaga kecil-kecilan di jalanan.


Terasa benar mereka ini lebih mulia dari diri ini.

Mereka lebih mulia di mata Allah agaknya.

Mereka bekerja setiap hari dengan tekun demi mencari wang untuk makan malam itu.

sudah mengenali erti kesusahan sejak kecil.


Kita terlalu miskin. Yang kita ada hanyalah wang.



Kita terlalu faqir. Terlalu dhaif.

Kita tidak punya belas kasih sesama manusia, apatah lagi binatang-binatang yang ada.

Kucing datang meminta sedikit makanan dari kita di restoran, kita halau. Kita sepak.

Kita tidak punya nilai dalam diri sebagai manusia. Kita kehilangan sifat kemanusiaan yang ingin membantu.

Kita kehilangan ihsan kepada Tuhan bahawa setiap kali kita menolong dan memudahkan urusan makhluk lain, kita pasti akan dipermudahkanNya di masa lain.

Kita kehilangan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, yang terus menerus membantu dan memberi makan kepada faqir miskin.

Kita sibuk dengan harta kita. Kita sibuk dengan persoalan profile picture kita. Kita sibuk dengan berapa like dan komen kita dapat untuk blog kita, kita sibuk dengan gambar baru yang perlu diupload ke instagram.

Kita sibuk !!!

Kalau sebagai daie', kita sibuk berapa ramai like status dakwah kita, sibuk lihat berapa ramai share status kita, sibuk fikir berapa ramai suka dengan penyampaian kita, sibuk dengan segala yang boleh memfofularkan lagi diri kita.

Jika sibuk kita itu menguntungkan kita dengan sebenar-benar keuntungan, pasti berbaloi bukan ?

Kedengaran macam tak realistik pulak kalau nak keluar makan pun tak boleh.

Okay, saya bukan nak kata keluar makan tu salah, tak pun. Actually itulah bonding time dengan family.

Namun, janganlah sampai kita terlalu selesa dengan kesenangan yang kita ada sehingga semakin menebal cinta kita kepada dunia.

Semakin gemoks kita dengan lemak dan kalori.



Semakin slow pergerakkan kita dalam kerja dakwah.

Semakin rimas pulak kita dengan program yang makanannya tak sesedap mana.

Semakin ignorance kita dengan homeless yang sehelai sepinggang.

Semakin buta dan tuli kita dengan nasib saudara kita di Syria, Palestin atau yang paling parah di negara sendiri yang semakin tak kenal Tuhan.

Semakin tak sedar yang diri tu makin dekat dengan kematian.


Berbalik semula kepada persoalan yang pertama ?

Apakah erti saya menganut agama Islam ?

eerrr... saya sibuk. Tak dek masa nak fikir.

No comments:

Post a Comment