Friday, June 7, 2013

Kahwin : Pakej Tera-tanggungjawab



Bila cakap pasai kahwin, aku punya pemikiran melalui berlevel-level fasa.

Paradigm atau pandangan aku pasai kahwin berubah-ubah mengikut tahap pengalaman, environment, dan sudut pandang aku terhadap dunia . Dunia realiti to be precise.

Dulu, zaman aku susah nak keluar rumah, zaman aku still anak gadis tidak bersalah (baca : innocent), zaman aku tak berapa nak tau hal dunia luar yang menggila, waktu tu aku merancang nak kahwin awal. Konon-kononnya, bila aku kahwin awal, senanglah ada husband yang bawak pi jalan-jalan, adalah seorang protector lelaki yang boleh dipercayai (kononnya) untuk aku bergantung. And aku jugak merancanglah konon-kononnya aku nak kahwin waktu study. around 22 maybe.



And lagi satu sebab aku nak kahwin awal is sebab aku nak anak cecepat. Konon-kononnya nanti bila anak aku dah besar, taklah jauh beza sangat umur dorang dengan aku. Motif ? Sendiri fikirlah.

Lagi sebab apa aku nak kahwin awal dulu, sebab aku ingat kahwin tu indah-indah belaka, seindah syurga. Wahahaha. Aku ingat perkahwinan ni macam endless happiness. Agaknya. Lagipun momokan kahwin itu best banyak sangat. Manalah tak terpengaruh.

Sengih sumbing.

Apa punya minded. Tak matang sungguh !

Lepas tu, aku mula dengar-dengar orang-orang mula berkata, kalau nak yang soleh, solehahkan diri dulu. Lepas tu, aku mula baca Batu-bata Kehidupan-Hilal Asyraf. Ada kot dalam buku tu sentuh pasal kematangan dan pembinaan diri. Aku mula tertarik dengan isu kematangan yang perlu dibina. Nak nak lagi Hilal tu memang penulis yang hebat dan kaya dengan pengalaman. Bila borong buku dia, so banyak input lah jugak pasal isu pemantapan diri, remaja yang membina jati diri, aset berharga kematangan buat para pemuda dan etc.

Dan aku mula mendalami isu jodoh-kahwin-cinta dan sewaktu dengannya bila adalah something happen, lepas tu terus eager nak kaji pendapat dan pandangan Islam tentang konsep perkahwinan and stuffs.

Couple sebelum berkahwin hanya akan memburukkan keadaan. Ia akan menjadi barah tahap 4. Couple dan excessive affection before marriage juga akan menyebab 'neraka kehidupan' di alam perkahwinan. Kalau before kahwin dia tak kisah nak chat dengan boyfie sepanjang malam, tak mustahil bila dah kahwin, dia boleh buat dengan lelaki lain. Cemburu dan prasangka akan menjadi duri dalam perkahwinan. Maka, tak hairanlah ramai yang bercerai. Kalau mereka bahagia sekalipun, pasti-pasti anak-anak mereka mengikut jejak langkah mereka. The cycle repeat. Aku menyaksikannya depan mata. Ada alive evidence.

Aku mula korek-korek cerita dengan kakak sepupu yang ada pendapat sendiri pasal kahwin dan stuffs. Dia kata, kahwin ni bukan setakat bercinta, lovey dovey je. Itu semua 10% je dari erti perkahwinan yang sebenarnya. Lepas tu dia berkongsi cerita pasal kawan-kawan dia yang dah kahwin. Ada yang jadi, ada jugak yang tak menjadi. Lepas tu, dia add lagi pasal anak. Orang suka fikir pasal kahwin tanpa fikir pasal lampin. Ustaz hasrizal pun mentioned benda yg sama dalam buku dia. So, kat sini, kakak sepupu ku ini berjayalah expand aku punya view terhadap isu genting ini.

Bila baca buku 'Aku Terima Nikahnya' kompilasi sekaligus 3 buku Ustaz Hasrizal, lagi lah makin kembang otak aku dengan pandangan yang wise dan logik. Ustaz memberi pandangan melalui pengalamannya dari kaca mata seorang manusia, yang punya pelbagai ragam. Ustaz tak memberi kisah yang hanya terhad tentang isu agama sahaja, tetapi menyeluruh, sesuai dengan realiti kehidupan yang sebenar. Buku itu tidaklah bercerita mengenai perkahwinan yang ideal, tapi lebih kepada kehidupan perkahwinan yang realistik berdasarkan pengalaman dirinya sendiri dan juga orang-orang lain.

Dalam buku ini juga, ustaz banyak ceritakan perihal couple sebelum kahwin yang mengakibatkan banyak masalah lepas berkahwin.

Buku ni memang awakening projek yang benar-benar membangunkan jiwa yang terlena dan tertipu dengan cerita dongeng bahawa perkahwinan itu bahagia 100% tanpa terkurang.

Waktu ni, aku mula memandangan perkahwinan bukanlah suatu benda yang simple. Bukan boleh dilaksanakan dalam masa 2 hari kenduri. Bukan hanya berkisar mengenai 2 insan yang bercinta. Bukan hanya pasal baju pengantin yang penuh labuci, penuh lampu lip lap, bukan hanya pasal wedding konsep garden dan vintage, bukan hanya pasal bunga telur dan gift comel untuk tetamu , bukan hanya pasal video kahwin dan nikah yang paling gempak, bukan lagu Maher Zain yang dimainkan sampai semua tetamu hafal doa untuk orang kahwin, bukan juga pasal nak honeymoon kat Paris, Italy atau buat umrah dulu sama-sama. Atau nanti bila dah kahwin, si suami akan mengimamkan solat, ajar ngaji, kejut tahajjud, tolong masak kat dapur, bagi surprise bunga, main-main kejar nak ikut sunnah dan mungkin juga boleh tangkap gambar banyak-banyak dengan hubby, nak uplod kat insta.

Jika ini yang tergambar di minda kita apabila mendengar perkataan kahwin, nikah atau walimah, sedarlah kita sudah tersasar dari landasan. Kita mungkin akan terkejut beruk bila lihat gerabak perkahwinan kita sedang menuju ke arah gaung rupanya, siap sedia untuk terjun ! Fight or flight !

Bila dah kahwin, akan datanglah insan-insan lain dalam kehidupan kita. Anak-anak.



Baby ni, kalau dalam gambar memang comel gebu. Di alam realiti pun dorang still comel. Memang akan excitedlah para gadis bila tengok sang bayi, lalu terbit keinginan di hati untuk mempunyai anak sendiri. Bila ada anak comel-comel, bagi dia pakai baju comel-comel, tangkap gambar banyak-banyak, upload kat instagram. Banyaklah pujian dan like yang diterima. And this cycle repeat.

Pernah tak kita terfikir dalam-dalam, membayangkan kita nanti sebenarnya akan buat kerja lebih dari sekadar snap pics anak kita itu. Kita akan membasuh berak 5-6 kali sehari, tukar pampers, dengar baby merengek,meraung,menjerit dan segala macam jenis kebingitan yang mampu diluahkan oleh sang bayi, kita juga perlu menanggung risiko berjaga tengah malam sebab anak mintak susu. Kalau sebelum ni memang selalu berjaga malam sebab online, study,  mungkin kita tak sangka kita akan stay up jugak sebab anak dah terjaga ! Waktu tu, kalau husband kita betul-betul lelaki yang penyayang, maka, dia akan dengan penuh rela membantu kita dalam hal menguruskan rumah dan anak. Mungkin husband kita rela untuk masak sendiri atau bawa kita keluar makan. Atau sebaliknya. errr...


Baru-baru ni, aku baru balik dari sebuah kem. 2 hari 1 malam. Aku dan sahabat aku jadi faci. Tapi aku rasa, kteorg lebih kepada menjadi babysitter dari jadi faci ! So, adalah anak sorang akhawat ni. 3 anaknya. lingkungan umur 4 tahun ke bawah. MasyaAllah subhanallah aku memang garu kepala bila tengok perangai bebudak nih.

Agak nakal. (sangat sebenarnya). Memang hobi budak-budak nih adalah buat bising pada 2 waktu. Waktu program sedang berjalan. Dan juga waktu solat.

Biasalah, budak-budak. Mereka mahukan perhatian. So, bila orang tak layan, mulalah dorang buat bising, kacau penceramah, tarik telekong bila orang tengah solat, duduk tempat sujud, main lori depan orang tengah solat, tiup trumpet sewaktu program dan sebagainya. Ini baru sikit.

Si ibunya juga terikat dengan anak bongsu, lebih kurang setahun setengah. spesis koala. Nak bergayut je dengan maknya. Tak boleh terpisah kejap. Mulalah meraung sekuatnya.



Phew... aku memang belajar banyak benda dari bebudak nih. Belajar sabar, dan ambil pengalaman untuk persediaan masa hadapan. Sangat mencabar sebenarnya.

Aku terfikirkan, nanti kalau dah kahwin, dah ada anak, macam mana nak pergi program ? Macam mana dengan urusan dakwah ? Macam mana dengan liqa ?

Aku memang jarang jumpa budak. Sebab dalam family aku dah tak dek spesis kecik-kecik ni. Semua dah bosar. Jadi maybe aku je kot yang culture shock .

Ada akhawat pernah share, yang perempuan ni memang akan slow sikit momentumnya dalam dakwah bila dah berkeluarga. Dah tak boleh bawak banyak halaqah. Dah kurang masa untuk hafal quran, pulun marathon khatam quran, dah tak boleh nak berjaulah sangat, dah tak boleh itu, tak boleh ini.

So, hargailah masa bujang ini untuk menjadi super saiya. Untuk mantapkan ibadah dan 10 muwasoffat tarbiah. Pulunlah hafal sebanyaknya al quran dan marathon khatam quran.

Bila ada sharing moment dengan akhawat anak tiga tu, ada satu soalan cepu emas yang diajukan moderator.

"Apa perkara yang dikesali tak dapat nak buat zaman bujang bila dah berumah tangga ?"

Antaranya :

1. Tak sempat hafaz banyak surah
2. tak belajar masak dengan baik
3. tak belajar jahit
4. tak berbakti sepenuhnya, sebaiknya, semaksimanya kepada ibu bapa
5. tak spend time dengan ibu bapa sebaiknya
6.Tak belajar psychology kanak-kanak

ini antara yang aku ingatlah.

So, bila aku makin banyak 'list to do' dalam senarai impian nak buat, dan juga memikirkan apa yang aku  masih kurang sebagai seorang individu, dengan pakej tanggungjawab yang akan datang dengan perkahwinan, memang aku rasa aku akan menganjakkan sedikit umur untuk bernikah.

Memanglah orang kata, kalau nak kata ready untuk kahwin, sampai bebila pun akan rasa tak ready.

Tapi, ibadah pada Allah pun belum banyak perkara sunat yang dah istiqamah, belum banyak ilmu agama yang dipelajari, belum banyak pengalaman dan hikmah yang dikutip, belum cukup baik sebenarnya diri ini untuk memberi dalam bahtera perkahwinan kelak.

Memang indah perkahwinan itu apabila 'erti hidup pada memberi' itu dijadikan motto dan pegangan. Tapi, kita tidak boleh memberi apa yang kita tidak ada.

Belum baik lagi karakter diri ini untuk menjadi ibu yang memberi qudwah yang baik kepada anak, banyak lagi sunnah yang belum menjadi darah daging jika ingin anak sehebat para sahabat.

Belum banyak lagi buku-buku tentang ilmu perkahwinan, ilmu komunikasi, ilmu mendidik, ilmu memasak, ilmu mengurus rumah tangga, ilmu kehidupan yang belum diselongkar dan digali.

Perancangan untuk travel ke negara-negara asing juga perlu di-accomplish sebelum berkahwin. Supaya diri ini penuh dengan pengalaman dan bermanfaat.

Perancangan untuk mempelajari bahasa syurga juga perlu dicapai supaya al quran itu dihayati dan difahami dengan kefahaman yang mendalam jika ingin mempunyai kehidupan yang bahagia dunia akhirat.

Perancangan untuk belajar ilmu psychology jugak perlu diusahakan demi ummah tercinta.

Masih terlalu jauh diri ini dari checkpoint Baitul Muslim.

Individu Muslim saja masih belum menjadi yang terbaik.

maka, sebelum punyai husband dan anak-anak, maka utamakanlah mereka yang dihadapan kita !

Ibu bapa, sahabat fillah dan juga mad'u-mad'u yang sentiasa datang dalam kehidupan kita.

Post ini hanyalah pendapat peribadi saya yang marhaen ini, saya masih jauh dalam perjalanan memperbaiki diri.

Suka saya ingatkan diri dan sahabat semua, kehidupan ini hanyalah untuk Allah dan agamaNya. maka, perlulah kita sebagai hambaNya berusaha sebaiknya untuk memenuhi kehidupan ini dengan kebaikan dan menyebarkan agamaNya.

Jika anda sudah bersedia dan mampu untuk bernikah, maka lakukanlah ia secepatnya, kerana ini adalah sunnah yang mulia dan juga sebagai menyempurnakan agama seseorang.

Jika datang seorang yang dipercayai agamanya, baik pula akhlaknya untuk meminang, berbincanglah dengan baik bersama ibu bapa, dan buatlah perancangan sebaiknya.

Andai jodoh sudah menyapa, tak kiralah muda ke berusia, pasti perkahwinan akan datang menyusul.

Semoga Allah menambah petunjuk buat kita semua.

Semoga Allah menambah kebaikan buat kita lebih dari apa yang kita minta.

Semoga jodoh kita juga dipelihara Allah sebaiknya.

Semoga Allah redha. 
7 Jun 2013
Di sebuah homestay yg indah, 
Baling, Kedah . 

No comments:

Post a Comment