Sunnah dibaca hari Jumaat, sama ada keseluruhan surah atau 10 ayat awal dan 10 ayat akhir.
Pembacanya akan dijamin selamat dari tipu daya Dajjal dan fitnah-fitnahnya yang dahsyat.
SIGH~
Aku tak cukup ilmu kalau nak cakap pasal surah al-kahfi dan dajjal. Kita kena sama-sama cari ilmu dan memahami lah surah ini.
Tapi, aku suka nak cakap pasal betapa peningnya kepala aku dengan dunia la ni.
Pening. Konon macam buat kerja je. kalau kau buat kerja, mesti kau tak sempat mengeluh.
Betullah, di zaman ini, zaman modernisasi, maklumat di hujung jari, kita ada Professor Google, highly paid and tersangatlah sibuk .
Zaman di mana, information tu memang senang gila lah nak dapat. Just google, read the you get rough idea pasal sesuatu perkara.
just name anything, I google it straigth away.
Dan, ini sebenarnya satu fenomena menakutkan apabila bab agama pun kita google. Seterusnya menjadikan kita 'tahu' pasal agama dan berani berkata-kata tanpa segan silu mengenai agama.
Maka, kalau kita lihat, rate tertinggi yang produce ustaz-ustazah tak rasmi dan lantang bersuara ni tak lain tak bukan, satu-satunya universiti maya yang paling ramai penuntut.
Universiti Facebook.
Kat facebook ni, information spread tanpa sekatan, tanpa had.
JUst tekan button share, just tekan like, other people akan terbaca jugak benda-benda tu.
Cara senang untuk kaut pahala, senang juga nak double triple up dosa sebab spread berita palsu.
Kalau baca buku-buku tokoh-tokoh ternama dan current issue yang memang current la sekarang ni, memang most scholars akan cakap pasal Perang Pemikiran. Ghawzul Fikr.
Manusia itu adalah apa yang dia fikirkan. Fikiran adalah hasil kepercayaan. Tindak tanduk, character itu pula menterjemahkan apa yang dipercayai dan apa yang difikirkan.
That's how human work. Human ni kan macam incredible machine yang Allah ciptakan.
Untuk jadi machine yang bagus, perlu ada blueprint yang bagus, perlu install software yang berkualiti dan download programs yang betul .
Even though takdek blueprint,software,programs or application yang bagus, human still akan working on. Tapi cuma, dia akan larilah daripada the real purpose dia diciptakan. Dia jadi kuasa perosak yang paling berpengaruh lah. Kuasa pemusnah paling hebat. Lalu, menyebabkan kerosakkan di muka bumi dan pertumpahan darah, macam yang malaikat dok komplain kat Allah bila Allah kata nak cipta manusia tu.
Tapi, Allah kata, He knows better than anyone . Dan no one boleh figure apa Allah rancang, kecuali Allah yang beritahu.
So, sebab tu Psychologist kata, budak umur 0-6 tahun macam sponge. Dia akan absorb segala benda yang dia tengok, yang dia dengar, yang dia buat, absorb 100 %. Suasana dia membesar, environment, siapa mak bapak dia, mak bapak dia cakap apa dengan dia, mak bapak dia behave macam mana, character mak bapak dia macam mana, and etc.
Itulah yang membentuk segala blueprint,software,and programmes dalam diri seseorang.
Semua ini diprogramkan di bawah sedar budak tu. In sub-conscious mind. Minda separa sedar.
Manusia ni kan 90% sub-conscious mind, 10% je yang conscious.
Sub-conscious tu karakter kita lah, behaviour, cara berfikir dan sebagainya.
Aku pun kena cari gali ilmu balik pasal benda ni. Lupa.
Apa yang aku nak highlight kat sini is, memang manusia ni adalah apa yang dia baca, apa yang dia dengar, apa yang dia lihat dan apa yang dia percaya.
Fuuh, berat jugak nak nuleh pasal ni.
Mesti manusia yang baca novel Suamiku Ustaz berbanding baca novel Ungu Karmila lain pemikirannya.
Pasti manusia yang baca Lawak Kampus lain cara berfikirnya dengan orang yang baca Batu Bata Kehidupan.
Pasti manusia yang baca novel p/s I love You lain corak pemikiran dan imaginasi banding kalau baca buku Thursday with Morrie.
Definitely, akan lain.
Manusia umpama gelas kaca yg lutsinar.
Apa yg dituang itulah yg akan terzahir.
Karat air yg dituang maka, keruhlah airnya.
Banyak bendasing yang dituang tanpa filter, banyaklah keladaknya.
Maka, knowledge merupakan filter manusia.
Filter utk buang yg keruh ambil yg jernih.
Iman datang sebagai double triple action filter buat knowledge tadi.
Matlamatnya adalah utk bagi air dalam gelas lutsinar itu jernih sejernihnya tanpa bendasing, tanpa keladak.
Inilah manusia yg positif, optimis, baik hati, suka bersangka baik, beriman, bertaqwa, suka menolong orang dan bahagia.
So, we are what we listen, what we see, what we read and what we think.
Dalam zaman sekarang ni, kalau tak dek filter yg baek punya, memang kecundang ~
Apa yg dituang itulah yg akan terzahir.
Karat air yg dituang maka, keruhlah airnya.
Banyak bendasing yang dituang tanpa filter, banyaklah keladaknya.
Maka, knowledge merupakan filter manusia.
Filter utk buang yg keruh ambil yg jernih.
Iman datang sebagai double triple action filter buat knowledge tadi.
Matlamatnya adalah utk bagi air dalam gelas lutsinar itu jernih sejernihnya tanpa bendasing, tanpa keladak.
Inilah manusia yg positif, optimis, baik hati, suka bersangka baik, beriman, bertaqwa, suka menolong orang dan bahagia.
So, we are what we listen, what we see, what we read and what we think.
Dalam zaman sekarang ni, kalau tak dek filter yg baek punya, memang kecundang ~
Filter tu la. Mana mau cari. Bukan boleh main beli kat Cosway ke ape.
Filter ni hanya boleh didapati dengan adanya Al Quran dan Sunnah di dalam hati.
Cakap memang sesenang ABC, tapi nak applicate tu bukannye senang.
Kita ni, sirah nabawiyah pun tak khatam-khatam lagi, novel entah berapa banyak dah kumpul.
Surah dalam Quran pun entah berapa baris je dah hafal, balik-balik Qulhuwallahu Ahad, quotes novel, filem berabuk kita quotes satu persatu.
Kisah perjuangan para syuhada, berapa banyak je yang kita pernah baca. Nak banding kisah silam hikayat artis korea, artis hollywood, yang kita boleh sebut satu persatu nama anak-anak diorang, nama ex dorang.
Bila kita bercakap, macam tak dek topik lain selain lelaki, laki tu hot la, laki tu dah ada awek la, laki tu dah tunang la, laki tu mintak nombor kita la, laki tu usha kita la. Kalau yang ada balak, cakaplah pasal balak tu berhenti-henti. Kalah orang dah berlaki.
Kalau lelaki pun inversekan je jantina tu.
Duh, serious aku rasa, peperangan fikiran ini lagi gila mencabar dari perang fizikal.
At least, perang fizikal, kau kuat kau menang, kau kalah, kau mati. Kalau untung sket, dapatlah syahid. That's it. Bila kau mati, memang kau mati betul .
Tapi perang pemikiran ????
Kalau kita kena jajah, kita tak sedar pun !
kita tak sedar pun hati kita dah mati. Hati kita dah tertutup.
Kita tak sedar pun kita dah dimanipulasikan media.
Kita tak sedar pun cara kita berfikir sangat sekular, sehingga kita alergik dengan agama sendiri.
ini kes lain lah, jaranglah ada dalam kalangan pembaca-pembaca ni. Korang kan semua bagus-bagus. Solehah-solehah. Cintakan agama.
Tapi kita sedar, kadang-kadang, kita alergik dengan kebenaran.
Kita lebih suka dengar gosip, fitnah, kisah hal konflik orang, kisah rumah tangga orang, kisah aib orang.
Kita alergik dengan politik, bila kita rasa politik tu kotor, kita rasa jijik, dan kita ambik keputusan tak nak ambil tahu. Konon-konon kita selamat dari mainan kotor politik.
Kita mudah sangat terpengaruh dengan apa yang media war-warkan. kita letakkan kepercayaan penuh kepada media. Konon-konon, bila dah publik macam ni, takkan dorang nak menipu ?
Kalau dah bersumpah depan Kaabah, takkan dorang menipu ?
Kalau dah media bagi title pemberontak, maka mereka selamanya orang jahat, pengkhianat, teroris.
Lepas tu, kita selesa dengan apa yang kita ada. Janji hidup bahagia dengan family, dengan mak ayah, dengan kawan-kawan, dengan tanggungjawab sebagai student, dengan title setiausaha kelab, dengan kerjayanya, dengan itu ini dan sebagainya membuatkan kita 'sibuk' dan tak sempat nak ambil tahu.
tak sempat nak kaji-kaji. Betullah tu semuanya.
Tak sempat nak meningkatkan pembacaan.
Tak sempat nak cari lebih banyak knowledge.
Selagi mana, family kita dia tak kacau, pointer tak drop, duit gaji masuk, kenapa perlu skeptikal ? Oh, bersyukurlah !
Tidak mempunyai masa yang mencukupi. Mungkin aku belum faham, sebab aku belum bekerja, belum ada anak, belum kena tanggung orang, so, aku should shut off. Gitu ?
This post might sound racist. Might sound negative. Might sound very immature. Might sound very emotional.
............................................................................................................................................
Kadang-kadang, semua ni buat aku takut nak kahwin. Kadang-kadang.
Kalau dapat pasangan tak sefikrah, payah, maunya tak survive aku nanti.
Nak didik anak lagi, supaya ada filter yang baik. Memang kena kaw-kaw jadi intelligent parents lah.
Nak halang dari main teknologi, mustahil. Smartphone dah macam anak sendiri. Computer, laptop pun dah macam anak angkat. Gila lah zaman ni.
Bila minda kita tidak kritis, tidak mahu berfikir, maka kita akan jadi bangsa yang lemah. Mudah terpengaruh. Mudah terikut-ikut. Tiada jati diri. Tiada pegangan yang utuh. Tiada stand. Tiada pendirian.
Dengan mudahnya kita akan terpengaruh dan terikut-ikut dengan bangsa yang mendominasi dunia.
Barat.
Kalau setakat gangnam style, Gwiyomi, Lady gaga, kita boleh terikut-ikut, malah obses padanya, bagaimanakah kalau datang satu pengaruh yang ternyata lebih hebat dan menarik hati dari itu ?
Bagaimana datang magik yang lebih real dari David Copperfield ?
Ini bukan magik dah ni, ini Tuhan yang turun sendiri. Menghidupkan orang yang mati.
Menurunkan hujan sesuka hati. Menyuburkan tanaman dan ternakan.
Segalanya real gila depan mata kita. Bohonglah kalau ini semua satu pembohongan !
Itulah Tuhan ! Itulah Tuhan !
Maka, kita pun bersujudlah kepada dia dan beriman kepada dia.
Waktu itu, yang benar-benar berpegang kepada kebenaran sahaja boleh survive. Yang benar-benar ikhlas dan teguh keimanan berpegang kepada Al Quran dan sunnah nabi SAW sahaja yang akan terjaga imannya. Yang tidak akan murtad dek segala pembohongan, tipu daya Dajjal yang hebat-hebat belaka.
Surah Al Kahfi pun tak hafal, bagaimana mahu selamat ????
Nanges.
Statement ni dikeluarkan kira-kira 800 tahun dahulu.
Tengok Peha artis korea pun tak rasa apa kan. Biasalah tu. Modern la sikit. Jangan jumud sangat. Kau ni ekstrimlah !
Bed scene, tak sah lah kalau takdek, filem Melayu pun dah maju kot, bed-scene hot gila . Nampak real kot! Sebab tu blockbuster !
The more skin you expose, the modern you are. Tak gitu ?
Orang pakai bikini is nothis bagi kita, kalau naked pun kita anggap lebih sikit je.
Agak-agak, perkara ni affect tak cara kita anggap aurat tu apa kebendenye ? Affect tak cara kita cover aurat macam mana ? Affect tak cara kita pakai tudung ? Cara kita berpakaian.
Kita boleh nilai diri sendiri.
Serious talk la kawan, kalau kita tak sedar sekarang, takut tak cukup mantap iman ni nak hadap si Dajjal tu.
Kalau kita mati sebelum Dajjal keluar sekali pun, boleh ke kita survive dalam keadaan dunia yang semakin gila sekarang ni ? Iman senipis kulit bawang, cabaran dan fitnah dunia sebesar gajah.
Bagaimanakah ???
Konklusi : kita harus serious bila kita kata kita perlu balik back to basic. Balik kepada Al Quran dan sunnah.
Otak ni perlu dicuci,di clorox dan disental kembali. Agar dapat berfikir dengan jernih dan lurus.
Aku pun still belajar. still terkapai-kapai mencari kebenaran. Tapi percayalah, Rasulullah SAW pesan, kalau kita pegang pada 2 tu, pasti kita takkan sesat.
Maka, jadilah kita semua remaja matang yang bergaya dengan iman. Moga-moga ini semua aset untuk kita mendidik generasi yang akan berada di zaman Dajjal yang sebenar. Kita didik generasi muda agar mereka menjadi generasi yang akan menegakkan semula islam di muka bumi .
We are the future moms and dad. We are the future teachers and lecturers. We are the future ulama' and scholars. We are the future ministers and leaders.
And our real future is akhirat. Live for akhirat ! insyaAllah !
Maybe boleh start kaji Al Kahfi dengan video ni :
May Allah Pleased.
No comments:
Post a Comment