Thursday, May 9, 2013

Review Filem : Jiwa Taiko

Tak pernah-pernah aku review pasal filem. Nak nak filem kurang 'tarbiyyah' malah memang hanya mendatangkan dosa free bagi penonton.

Oh ya, sejak akhir-akhir ni aku semakin rapat dengan syaitan besar di rumah ini. Maafkan aku. Masa lapang memang sangat membunuh para pemuda. Bahasa aku juga tak semolek mana. Jika rasa meluat atau sudah tidak tsiqah dengan saya, maafkan saya, saya hanya manusia penuh dosa dan salah.




Jiwa taiko. Accidently tertengok sebab dah berpuluh kali aku tukar channel tv sebab tak tau nak tengok channel mana sebab tak dek yang menarik. Hm.. walhal astro dah menyediakan beratus siaran. Manusia memang tidak tahu bersyukur.

Dan aku harap, selepas membaca post ini, kalian semua tidaklah rasa makin nak tengok tetapi perlulah kalian makin membenci maksiat kerana itulah tanda iman anda segar bugar serta hidup sejahtera.

So, aku pun tak faham sangat apa yang filem ini cuba nak sampaikan sehingga aku terpaksa google untuk lebih faham sinopsi dan apa temanya.



Oh, barulah aku faham pengarahnya cuba nak memberi nafas baru kepada filem tanah air dengan memasukkan unsur-unsur seni persilatan dan banyak aksi lawan-lawan yang mungkin kelihatan cool di mata para penonton.



Mungkin.

Tapi rasanya dahi aku semakin berkerut dan otak aku semakin penuh dengan tanda soal apabila terlalu banyak aksi berahi dan aksi yang jelas menggambar kerendahan moral yang dimiliki oleh para pelakon apatah lagi si tuan pengarahnya.



Secara terbukanya saya menyatakan di sini bahawa pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang boleh kita lihat melalui filem ini jelas sekali memberi mesej penting buat kita semua bahawa masyarakat kita sememangnya sudah kronik tahap 4 dengan barah pergaulan bebas dan zina.

Aksi si hero dan heroin yang tak habis-habis berpelukan konon-kononnya nak tunjuk pada penonton semua bahawa cinta mereka cinta yang sejati dan ada juga babak-babak yang pheww, berpeluh-peluh untuk ditonton. Pada saya, sangat sangat sangat 'maju' filem Malaysia dewasa ini.

Dan si hero bukan sahaja berpelukan dengan si heroin malah sesiapa sahaja yang dinamakan perempuan di dalam filem itu dipeluknya. Dan ya, mereka sebenarnya bebas berpelukan dengan sesiapa sahaja. Dan pada pendapat saya yang sangat jarang menonton filem ini, tak perlu kot kau nak cium dahi semua perempuan dalam filem atas tiket 'berlakon'....

Oh ya, part terlanjur tu lah paling aku loading sekali ... Perlu ek tunjuk sampai mcam tu sekali ??
Ampunkan saya kerana menonton filem kotor ini. Ya, saya bersalah pada diri saya sendiri kerana menonton semua ini hanya menyesakkan iman yang senipis kulit bawang.

Paling irony sekali babak ni pantai. Mereka bersuka ria girang gembira bermain mandi bersama di pantai lelaki dan perempuan, bila masuk maghrib yang lelakinya semua menunaikan solat . Kemudian di waktu malamnya mereka bersama menyanyi sambil petik gitar.



Sahabat, tak perlulah sama sekali kalian menonton filem ini atau mana-mana filem yang seangkatan dengannya. Kalau sesiapa yang pernah menonton "anak halal' , filem ini satu spesies dengannya, tapi telah diupgrade jadi lebih panas.

Neraka panas weh !



Pakaian pelakon wanita dalam filem ini pun sama sekali membuatkan otak aku semakin Jam dan sesak dengan pelbagai persoalan. Atas tiket 'berlakon', mereka rela membiarkan diri mereka memakai pakaian sesingkat itu dan rela diri mereka dipeluk pelbagai lelaki asing yang konon-kononnya rakan sekerja.

Inilah dunia lakonan. Dunia seni. Dunia perfileman.


Jika inilah yang dihidangkan kepada anak remaja kita saban hari, maka tunggulah, seperti apa yang ada di dalam filem itu, itulah yang bakal kita temui pada realitinya. Malah, pasti lebih parah. Lebih menyedihkan.

Kita buta jati diri. Kita tiada satu pegangan yang membuatkan kita cukup kuat untuk menghadapi cabaran nafsu sehebat itu.

Apa yang ada pada manusia tanpa malunya ?

Apa yang ada pada melayu tanpa Islamnya ?

Satu persoalan yang menghantui aku sampai sekarang ..

Inikah realiti masyarakat Melayu sekarang ?

Serendah ini akhlak kita ?

Semurah ini wanita kita ?

Separah ini keadaannya ?

Seperit ini realitinya ?




Aku tak layak mengkritik, kerana aku tak pernah buat kerja.

Kerja untuk memperbaiki semua ini. Satu-satunya jalan terbaik untuk mengembalikan kita semua pada fitrah yang suci.

Ini baru satu filem.

Belum yang lain-lain.

Dan pada hemat aku yang kerdil ini, jika inilah kualitinya , jika inilah isinya, maka usahlah ditonton. Usahlah disokong.

Pengarah filem kita perlu memikirkan satu wawasan yang lebih luas daripada nilaian wang ringgit semata.

Sebab itu, aku kagum dengan team Hamasah As-Syabab, sekumpulan anak muda yang sebaya yang bercita-cita menggegarkan dunia perfileman, dunia fesyen, dunia fotografi dengan tarbiyyah islamiah.

Tiada yang mustahil.

Selagi Allah tempat kita bermohon.