Friday, March 23, 2012

Hakikat Cinta

Cinta pada Ilahi

bukan sekadar diukir dengan puisi

Tapi ianya tidak ternilai

Jika engkau masih mahukanNya

bayarannya berupa air mata di malam hari

kerana rindunya dikau kepadaNya,

darah di medan jihad

yang mengalir kerana cintanya dikau kepadaNya,

peluh keringatmu

kerana mengusahakan suruhanNya tanpa lelah


Cinta itu sememangnya indah ...

Semua makhluk setuju bahawa cinta itu indah sekali .

 tidak terlepas makhlukNya yang paling mulia

mengagungkan cinta melebihi segalanya …


TAPI !
Cinta siapa yang diagungkan ?
cinta kepada sesamanya ?

WAHAI MANUSIA !
dikau diciptakan Tuhanmu daripada tanah yang dipijak - pijak !
Dari air mani yang hina dina
yang dipandang jijik oleh semua makhluk
yang dianggap kotor dan najis .
TAPI !
tu hakikat dirimu .
HINA !
Namun ,
kerana satu kuasa bernama CINTA
kamu dimuliakan
kamu diciptakan sebagai sebaik baik makhluk
yang diangkat Tuhan menjadi pentadbir di dunia
menjalani hidup di dunia hanya untuk menyembahNya Yang Satu
kerana cintanya ALLAH kepadamu ,
kamu dimuliakan dengan akal , wajah yang jelita ,
fizikal yang sempurna ,
sehingga kamu boleh melakukan apa saja
manusia ........
makhluk yang alpa
yang lupa
yang lalai
Dia lupa siapa yang menciptakannya
apa tujuan hidupnya di dunia
siapa yang memberinya kehidupan
siapa yang tidak putus putus mengirimkan udara untuknya bernafas
siapa yang memberikannya makan , minum , pakaian dan segalanya !
siapa yang memberikannya cinta untuk berkasih sayang di atas bumi Tuhan ini ..
Manusia buta !
Dia hanya celik pada cintanya kepada manusia !
kerana disuluh nafsu ,
diterangi bisikan syaitan yang menggoda !
Manusia yang lemah ini
diperbudak nafsu untuk mencinta manusia
sehingga Tuhan langsung dilupakannya
sehingga Tuhan itu tidak menjadi yang paling agung baginya .
"AH , Tuhan ..
apa yang boleh Dia lakukan ?
jika Dia Maha Kuasa
kenapa kekasihku dibiarkan mati ?
kenapa aku ditinggalkan kekasihku ?"
Sedarilah wahai diri …
engkau itu air mani yang dijadikan manusia agung
kerana CINTANYA Allah kepada mu ..
Ingatlah ..


ALLAH MAHA KAYA .

 Dia tidak sesekali memerlukanmu

 dia tidak sesekali perlu cintamu !

 tetapi ,
 

kamu yang lemah dan hina

yang memerlukanNya setiap detik


yang memerlukan cintaNya

lebih dari apa pun di alam ini

No comments:

Post a Comment