It's awesome to see one by one how Allah arrange my life ^^ . Sangat teratur dan penuh hikmah . Takjub aku . Subhanallah . Alhamdulillah .
Sejak kecil sampai la ni .. Tersusun dengan rapi . Iyelah , baru sekarang aku faham , sebab baru nak matang lah katakan .. krek2 ..aku tak reti la tuleh ala2 formal katak ni ..
Bagi orang lain , mungkin akan kata aku terlalu bangga dengan aku ni ex-school all girls dari standard 1 sampai form 5 . Memang aku bangga ^^ !! Aku bayangkan jugak , apa akan jadi sekiranya takdir aku bukan mcm tu . how would be ? What kind of person yang aku jadi ? Minded aku plak mcm mne ?
Terjaga ....itu yang aku sangat-sangat syukuri ... Iyelah , sekolah semua sejantina . Mana nak fikir kena jaga batas ke , pergaulan ke ape ke ... Senang kepala otak . Tak payah terbantut segala pergerakan sebab malu , sebab nak cover2 ... In the same time , self esteem ngan self confident pun boleh dibina , sebab dah biasa buat sesuatu aktiviti depan kawan-kawan .. contoh paling senang , perbentangan komsas dalam kelas yang memerlukan untuk kita bercakap di hadapan semua orang . Alah , depan classmate je kot . Alhamdulillah , Dorexx sume boleh je buat , kan ?? kikiki
Aku pernah jugak terfikirkan , apa akan jadi sekiranya kalau aku skola campur ? Bukan ape , sebab kat plkn yang kejap hari tu pun , aku rse mcm banyak sangat dosa aku dah buat . Tersentuh bila hand on barang kat wira , tergesel bahu bila buat aktiviti yang kne rushing2 dalam crowd , dan ada bende lain yang aku tak perasan ... bukanlah aku nak bukak aib diri kat sini , tapi sekadar untuk ambik pengajaran . Memang , kalau tak pandai jaga diri , memang senang je orang lain nak ambil kesempatan ...
Aku ada perasan seseorang yang pandai menjaga diri dari hal-hal yang remeh tapi bahaya nih . Cara dia menjaga diri dia , orang tak perasan , tapi dia lebih selesa untuk tidak terlalu take a part bila ada percampuran wira & wirawati , dia buat keje bila disuruh , dan ... ada lah lagi ..
Aturan Allah itu sangat indah . Seindah takdir bila kita mengecapi bahagia . Memang kita diuji dengan pelbagai perkara yang membengkakkan hati , meluruhkan jantung , menyesakkan jiwa , memendekkan nafas , dan pelbagai geramji yang lain .
Ilham yang datang dari Allah membuka mata aku tentang kasih sayangNya dalam memimpin hamba-hambaNya ke arah kebaikan . Seperti ada pencahayaan agung yang menerobos masuk ke dalam lubuk hati , aku dapat rasakan hikmahnya sekarang ! 11 tahun hidup tanpa lelaki ajnabi membuatkan aku rasa terasing pada awalnya . Rasa jugak macam bosan sebab orang kata budak lelaki ni menyeronokkan (KONONNYE...-,-") ...yelah , remaja , bila fitrah datang mengetuk pintu hati ... macam-macam rasa jadi mainan ... kehkehkeh ...poyo je ayat aku . Tapi , apa yang aku rasakan sekarang , aku sangat bersyukur sebab aku tidak kenal ramai lelaki .
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Bukanla aku nak kata wanita itu aku . Haktuih , jauh sekali .... tapi sekurang-kurangnya , bilangan yg memandang dan dipandang itu kurang .
Pengalaman di plkn , adanya lelaki di sini , aku telah belajar sedikit sebanyak cara untuk berhubung dan berkomunikasi dengan dorg . Membantu aku lebih bersedia untuk melangkah ke dunia yang ternyata lebih mencabar iaitu alam universiti (yay! aku da besar ^^) Segala kesilapan yang aku rasa sewaktu berurusan dengan diorg , mana yang aku rasa tak perlu buat tapi terbuat , ter itu ter ini dan sebagainya akan aku baiki supaya segala fitnah dan tiupan syaitan dapat dielakkan . Bila berkata mengenai communication antara lelaki dan wanita , banyak perkara yang perlu dititikberatkan dan dijaga sebaik-baiknya . Supaya hati nan satu ini dapat dijaga . Hati Allah bagi satu . Hati juga tempat jatuhnya pandanganNYA . Hati juga untuk memimpin diri kerana ia adalah raja kepada diri . Hati yang baik , maka baiklah kerajaannya iaitu diri kita .*wink2 ..
Allah telah jaga aku dari mereka selama 17 tahun . Kini aku sudah 18 tahun . Bermulalah journey aku untuk jaga diri aku sendiri berbekalkan pengalaman dan ilmu serta keyakinan kepadaNya . Kesucian ini adalah amanah dari Allah yang perlu dijaga dengan sebaiknya sehingga satu waktu nanti apabila aku bertemu dengan dia yang telah tercipta untuk aku *muntah-beramai-ramai*
Ingat wahai wanita, jagalah akhlak dan maruah mu, meskipun tidak dipandang lelaki, kerana Tuhan akan pandang kau sebagai muslimah sejati, dan moga kau menjadi bidadari dunia yang indah dan mendapat keredhaan Allah SWT... -iluvislam
Esok , satu lagi sejarah akan terukir dalam hikayat hidup den . Result SPM weyh !! Kata orang , sebagai penentu masa depan (bagi aku tak ...) tapi sebenarnya sebagai batu loncatan untuk lebih maju dengan cepat dari orang lain ... Moga kejayaan untuk dapat straight A's diizinkanNya untuk menjadi milikku . Moga hati ini diberikan kekuatan untuk menerima apa saja keputusan dengan lapang dan redha . Segala yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita ^^ . Yakin dengan ketentuanNya ..
No comments:
Post a Comment