Tuesday, March 20, 2012

Allah itu Pemilik Cinta, Rasul itu penyebar cinta. Aku sebagai pengemis cinta..

wahai hati , 
jika dia engkau rasakan hebat dengan peribadinya , kenanglah manusia paling agung peribadinya , RasulMu , Muhammad ...
yang telah dicaci , dicerca , dihina manusia lain kerana dakwah demi Yang Maha Esa ........


jika dia engkau rasakan mulia dengan semangat jihadnya , ingatlah Muhammad yang telah mengetuai tentera islam yang lain untuk berjihad menentang kafir durjana yang berusaha menjatuhkan islam ......


jika dia engkau rasakan kacak , kenanglah wajah Rasulullah yang tidak pernah engkau tatap namun sangat dirindui seri dan kekacakannya memancarkan betapa agungnya dirinya menjadi hamba yang paling dicintai Tuhan Sekalian Alam .. 


jika dia engkau rasakan memberimu semangat untuk menjadi solehah , ingatlah betapa kasihnya Rasulullah kepada wanita . Kenanglah jasa Rasulmu memuliakan wanita daripada masayarakat jahiliah dulu kala ... 


wahai hati ... jika dia jejaka yang engkau cintai , cintailah dia seadanya . Tapi , jadikan Rasulmu sebagai lelaki yang paling engkau cintai sepenuh hatimu , setulus dan seikhlas mungkin , kerana Rasulmu itu telah lama mencintaimu , telah banyak jasanya padamu sehingga engkau mengenali Tuhanmu kini , telah lama menyayangimu dengan pembelaannya terhadap wanita-wanita islam , telah terlalu lama menyintai kita ....telah terlalu lama .......... 


Wahai hati , jika dia bukan untukmu , janganlah engkau bersedih . Kerana Rasulmu sangat mencintaimu lebih dari lelaki itu . Ingatlah bahawa Allah juga mencintaimu ... Apakah yang lebih baik daripada dicintai Allah ? Apakah ada yang lebih dari itu , wahai hatiku ? 


Bangunlah duhai diri , kejarlah cinta Ilahi yang agung itu ... Cintailah Rasulmu kerana dia semulia-mulia manusia yang telah menanggung suatu kepayahan dalam menyebarkan agama Tuhan Yang Esa ....dan dia juga telah diberikan nikmat yang dijanjikan Allah untuknya .. telah disempurnakan nikmat dirinya ... kini , engkau pula yang akan menagih kasih sayang rasulmu untuk engkau turut mendapatkan kesempurnaan nikmat dari Tuhanmu Yang Maha Mulia ....  

No comments:

Post a Comment