Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Wednesday, August 5, 2015

Chik

Di saat kematian menghampiri, dia akan mengembara keluar dari perimeter pandangan tuannya. Dia menanggung sebuah kesakitan fatal,fizikal dan mungkin emosi, namun dia tidak mampu membiarkan kesayangannya melihat semua itu. Biar mati menyendiri, dari memilukan hati yang melihat. 

Dia hilang. Tanpa lagi dilihat berlegar di sekitar dapur luar. Tiada lagi menanti di pintu mengiau-ngiau meminta belaian atau makan. Tiada lagi menanti di atas meja rehat, berguling-guling sambil membuka perutnya untuk disentuh. Tiada lagi mata sayunya yang berair memandang sayu ke dalam mataku. Tiada lagi lagaan kepalanya di sisiku meminta kasih sayang dan pelukan. 

Agak lama dia bersama kami kali ini. Terasa lebih lama dari yang lain-lain pernah kami bela. Saiznya kecil tetapi gempal. Perutnya buncit mungkin bercacing. Mulutnya berbau busuk mungkin pencernaan yang buruk. Warnanya hitam berbelang-belang. Ekornya hampir tiada. 

Antara semua, dia yang terbaik. Dia yang paling beradab dan sopan.  Kencingnya bukan merata seperti kucing jantan megah bertelur memancut di mana sahaja. Lagaknya umpama dara pinggitan. Tidak merayau-rayau. Bermusuh bukan kesukaannya. Makanannya hanya satu, keropok kucing.

Namun, keceriaannya berkurangan sejak selepas syawal. Badannya susut. Terasa ringan sekali apabila mendukungnya. Dia nampak sedih ibarat menanggung sebuah derita. Namun kami juga kurang memberi perhatian kerana jarang berada di rumah. Beraya. 

Beberapa hari sebelum dia pergi, titik-titik merah berada di sekitar lantai dapur luar. Setelah dicari, rupanya titik-titik merah itu datang dari mulutnya. Bila diperhati,mulutnya sudah bernanah dan bengkak berdarah. Patutlah dia seringkali masuk ke dalam rumah, mengiau-ngiau kuat seolah-olah hendak mengadu. Jarang sekali dia berminat untuk masuk ke dalam rumah apatah duduk berlama-lama di atas lapik kaki bilik air. 

Digigit rasa kasihan dan sedikit bersalah, dalam diam aku mendoakan agar dia cepat mati dari menanggung siksa. Aku sendiri tidak mampu membayangkan seorang manusia mampu untuk menahan kesakitan sedahsyat itu. Kami cuba memberikannya beberapa titis madu sebagai sesuatu untuk memberinya glukos. Aku tidak pasti sudah berapa lama dia tidak makan bila melihat badannya susut mendadak. 

Esoknya, selepas aku nampak dia menapak pergi, itu kali terakhir aku melihatnya, hidup. 

Dua tiga hari tanpanya menyapa di pintu setiap subuh seolah-olah mengesahkan hipotesis kami. Dia tiada lagi. Dia sudah pergi. Pasti. 

Namun, aku sendiri tertanya-tanya, sejauh mana boleh dia pergi dengan badan selemah itu. 

___________________________________________

Pagi itu aku bangun awal. Awal dari biasa. Usai memasak sarapan, ritualku menonton televisyen sambil makan kuulangi tanpa jemu. 

Udara terasa sejuk. Rumah terasa nyaman. Kubuka tingkap untuk membiar oksigen menerja masuk ke dalam ruang rumah, memberi aku sumber kehidupan. Udara menerobos masuk ke dalam rongga pernafasan melalui kedua lubang hidup yang penuh liang menangkap aroma. 

Satu bau asing menyengat hidung. 

"Hmmmpppphhhh!" kembang kempis hidungku terkejut. 

Dan angin sekali lagi datang menyapa. 

"hmmmmmpppphhh! Bau bangkai!" kataku spontan. 

Dalam hati, aku rasa itu dia. 

'5.8.2015'. 

Friday, April 19, 2013

Cerpen. Random


"kau tau tak, dulu, sebelum aku 'matang' sikit, sebelum aku jumpa tarbiyyah, aku nak gila kahwin awal." Dania membuka perbualan.

Dya disebelahnya sedang memandu tergelak . Mereka dalam perjalanan menuju ke warung untuk sarapan.

"Seriously ? hahahaha. Awatnya lagu tu ?" Dya tertanya-tanya. Tak pernah dengar cerita dia part ni.

" Ala, biasalah dulu waktu zaman hormon baru nak keluar, penat aku menggaru. Kononnya dah letak umur sekian-sekian nak kahwin, sekian-sekian nak anak, bla bla bla... aku pun rasa nak gelak bila fikir balik semua ini. Rasa macam sengal je nak kahwin awal without realizing that marriage is not just about I and you in love, we should be together, build a happy family and .. tara! Happy ever after." jawab Dania dengan mata menjuling. Dania terangguk-angguk setuju sambil matanya melekat pada jalan. Sambil-sambil itu dia mencuri pandang melihat laut yang terbentang biru berkilat disinari cahaya pagi sang mentari.

"haha. True enough, Dania. What made you come to your sense and tak hanyut macam most of the people yang tak habis-habis lagi meroyan asyik nak fikir kahwin je ?" Dya menyambung pertanyaan. Topik best. Sembang biar kencang! Semoga dibukakan pintu hikmah dan kesedaran.

"hm.. maybe through lot of reading and observation. Aku terfikir sebenarnya, manalah datangnya tiba-tiba fenomena kahwin awal dalam masyarakat kat Malaysia ni ? It was a tradition dolu-dolu, but somehow, in sudden, tiba-tiba saja
'BOOM' ! Penuh isu kahwin dan kapel islamik la kot. FB la ajen penyebar globalisasi yang berjasa." Dania tersengih. Seperti kambing Pak Cik Kasim semalam. Dania bagai tertarik untuk turut memberi pandangan.

"Kapel islamik tu yang aku rasa nak hentak kepala kat dinding! Menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri! Haha. Sejak bila pulak Islam tu mudah part-part pelik tu ?" kata Dya. Ketawa mereka pecah serentak di dalam Myvi hitam yang sedang lancar meluncur di atas jalan kampung itu.

Dya parkir kereta betul-betul di bawah sebatang pokok Ru yang besar. Mereka berdua berjalan menuju ke warung nasi lemak yang kecil comel itu, tetapi boleh tahan ramai dengan pelanggan. Mesti sedap!

Mereka melabuhkan punggung di kerusi. Meja mereka terletak betul-betul tepi sebatang pokok Ru yang tinggi. Romantiknya. Makan di bawah pokok nan indah bersemi laut indah sebagai pencuci mata. Masing-masing tersengih. Excited.

"Pak cik, nasi lemak sambal lebih-lebih sikit dua, teh tarik dua." Dya mengemukakan pesanan. Pak cik itu terangguk-angguk sambil tersengih.  Bagus pak cik ni. Wajah ceria melayan pelanggan.

"Ha, sambung balik cerita kau tadi." Dya membuka semula sidang Asia ke-8 itu.

"eh, aku pulak. Part kau tadi tergantung." Dania membalas. Masing-masing terdiam apabila pak cik mesra itu datang menghantar dua cawan teh tarik yang masih berasap dan dua pinggan nasi lemak kampung yang sambalnya lebih lebih sikit. Masing-masing dah menelan air liur. Sedap nih!

"Aku rasa, youth ni mudah sangat terpengaruh dengan isu ni tak lain tak bukan disebabkan sekarang ini, agen peransang ke arah zina tu banyak sangat. They are in the situation where surrounding is full of fornication (zina), tapi dorang tak leh nak buat jugak. Mana taknya, kita orang melayu Islam, tapi tengok movie orang putih, drama orang Korea, talk show orang putih balik, reality show orang Korea balik. Drama and movie melayu pun tak membantu langsung dalam nak membina minda anak Melayu untuk jadi matang. Hantu gengster tak habis-habis. Lahirlah generasi semua penakut nak pegi dapur malam-malam, nanti pontianak keluar dari bawah meja. Tak pun ngangkung datang ketuk pintu minta dinner.." kata Dya panjang sambil menghirup perlahan teh tarik panas itu.

Dania tersengih kelat. Realiti. Memang isu yang seronok nak diperdebatkan, tapi siapa pula yang sanggup bertindak membuat perubahan ? Pemimpin sibuk bertikam lidah antara satu sama lain. Kerajaan yang tak habis-habis dengan perangai tak matang di kaca tv. Sangat memalukan. Memalukan pihak pembangkang secara terang-terangan di media massa. Itu nak dibuat pemimpin ? Kalau nak buat laki pun aku dah reject awal-awal.

"Aku dah rasa macam kita bukak cerita kedai kopi dah ni. Antik sungguh gaya kita pergi bercuti. Dengan teh tariknya ni. Bila tengok sekeliling pun, veteran je yang penuh.hehe" Dania menghilangkan ketegangan mereka dalam bersembang ilmiah isu masyarakat yang semakin memeningkan kepala. Dia mengecip sedikit teh tariknya lalu menyambung "Mentaliti rakyat Malaysia susah nak diubah. Sebab kita jenis qanaah. Baik betul. Merasa cukup dengan apa yang ada. Kalau pasal duit, nak je tambah. Tu yang tak habis-habis projek 1 Malaysia. Tapi kalau bab ilmu, bab mematangkan masyarakat, bab education... krik krik krik. No one bother. Konon kalau nak buat projek, semua nak first class, tapi mentaliti pakat-pakat tak mau first class. "

Dya mengangguk sambil tersengih memandang Dania. Mata mereka bertemu. Masing-masing memahami apa yang bermain di benak di benak fikiran. Solusi masalah ini ?

"Tarbiyyah itu bukanlah segala-galanya, tapi segalanya bermula dengan tarbiyyah." serentak mereka menuturkannya.

"dah-dah, makan cepat. lepas ni kita pegi Dhuha memane, lepas tu teman aku pegi beli saguhati sikit." Dya terus mengocoh-ngocoh nasi lemaknya yang masih berbaki.

"sagu hati ? Untuk apa ?" tanya Dania dengan muka berkerut.

"DF." jawab Dya sambil tersenyum manis. Mata Dania bersinar.

Semua orang boleh menuturkan, berdiskusi konon-konon prihatin dengan masalah. Tapi berapa ramai yang mahu bertindak ?


Thursday, April 18, 2013

Cerpen. Segarkan imanmu.



"what is wrong?" tanya Dya lembut.

"nothing is right." balas Dania pendek. Dya menghela nafas. Jarinya perlahan mengelus rambut Dania yang ikal mayang. Gesture untuk menenangkan gelojak perasaan sahabatnya itu yang dari tadi masam mencuka. Entah apa yang tak kena. Tapi Dya perasan dengan perubahan Dania. Dania sudah nampak lain di laman sosial. Post-postnya pelik-pelik belaka. Lain dengan personalitinya yang sebelum ini ceria dan bersemangat.

"sayang, what's wrong ? You should not keep in youself, it's torturing me to see you in such depression with that kind of expression. Even my vanilla shake ni pun turns bitter bila aku tengok muka kau. Pahit semedang..." Dya cuba mengumpan Dania dengan usikan. Harap-harap umpannya mengena.

Dania tersenyum kelat memandang wajah Dya. Dia faham apa yang Dya mahukan. Bukan main happy dia bila Dya call semalam kata nak bawak Dania pegi vacation. Lantaklah pegi ceruk dunia mana pun. Janji dia boleh keluar dari rumahnya itu.

"They ignore me. All day. No single word. Even a word." luah Dania pendek. Cukup untuk buat Dya faham.

Dya hanya mampu menghela nafas. Mereka berdua duduk bersila di atas lantai sambil bersandar di hadapan sofa. Sliding door terbuka luas menjemput angin bayu malam bertiup tanpa segan silu ke ruang tamu. Di tangan masing-masing ada Vanilla shake yang tak terasa manis dek kelaknya perasaan ketika itu. Masing-masing tenggelam dengan perasaan sendiri dalam kesepian itu.

Jam telah menunjukkan hampir pukul 4 pagi. Masing-masing terjaga pukul 3 pagi tadi sebab alarm dah memekik. Mereka berdua tidur awal betul-betul selepas solat isyak berjemaah. Keletihan yang menggila selepas siangnya sibuk jungle trekking sejauh 5 km. Yang penat tu sebab bukan main bermandi manda di air terjun dalam hutan tu. Lepas tu sambung ke ladang.

Dya yang tak habis-habis dengan DSLR-nya tak henti-henti menekan punat kamera. Menangkap segala keindahan ciptaan Ilahi yang cantik-cantik belaka. Tak henti-henti mulutnya menuturkan puji-pujian buat DIA yang Maha Esa.

Usai lepak di air terjun, mereka berdua masuk kampung. Singgah di rumah Pak Cik Kasim, pemilik ladang ternak yang boleh tahan besar di kawasan itu.

Dania yang merengek nak sangat pergi ladang. Katanya dengan haiwan, dia boleh cari dapatkan ketenangan. Sebab haiwan makhluk Allah yang tidak ada dosa. Mereka juga tidak berkata-kata. Lebih bagus lepak dengan lembu dari lepak dengan manusia yang hatinya kotor, mulutnya ringan menuturkan kata-kata nista yang merosakkan cuaca hati, matanya tak henti-henti mencari kesalahan orang, telinganya, gatal hanya nak mendengarkan gosip-gosip panas.

ah manusia! Tak payah dilayan. Derita jiwa.

Pak Cik Kasim merupakan salah seorang peladang yang berjaya kenalan ayah Dya. Seminggu sebelum nak datang lagi, Dya sudah menelefon Pak Cik Kasim untuk buat 'appointment' untuk ke ladangnya.

Mereka memilih untuk pergi ke ladang 'mini' Pak Cik Kassim sahaja. Tak perlu pergi yang besar-besar. Lain ceritanya nanti.

Sampai-sampai sahaja mereka di ladang itu, Dania terus buat perangai macam jumpa sedara lama. Long lost sibling. Riuhnya, hanya lembu-lembu, kambing-kambing dan segala binatang tu je yang tahu.

Mereka berdua sangat sibuk memberi makan kepada segala haiwan yang ada. Di ladang mini terdapat 10 ekor lembu, 20 ekor kambing, 5 ekor kambing gurun, 1 reban ayam, 1 reban puyuh, 5 ekor kucing dan sebatang sungai yang juga mini.

Budak berdua itu bergilir-gilir mengambil gambar masing-masing. Pelbagai aksi dan mimik muka yang terhasil. Pak Cik Kasim dan isterinya, Mak Cik Piah ketawa berdekah-dekah melihat telatah dua orang gadis bandar yang jakun berjumpa dengan che lembu dan che kambing.

Para kambing-kambing hanya tersenyum kambing. Che lembu hanya mengemu panjang tidak bernada.

Bagi Dania dan Dya, peluang 'beramah mesra' bersama 'ahli tetangga' ladang Pak Kasim ini adalah satu terapi buat mereka. Haiwan-haiwan ini juga makhluk Ilahi .

Al- An'am.

Subhanallah, haiwan-haiwan untuk kegunaan manusia sebagai makanan, sumber tenusu, kenderaan, kulitnya untuk dibuat lembaran atau pakaian, untuk perdagangan dan juga sebagai penenang jiwa.

Mereka ini ternyata lebih banyak manfaatnya kepada dunia berbanding dengan manusia yang hanya tahu melakukan kerosakkan.

Mereka ini lebih bernilai dari manusia yang gilakan dunia dan kekuasaan yang hanya tahu memikirkan kepentingan diri dan keuntungan semata-mata.

Malah, Allah memberi perumpamaan, haiwan-haiwan ternakan ini lebih baik dari manusia yang mempunyai pendengaran, penglihatan dan hati untuk memahami kehendak Allah menerusi ayat-ayatNya, tetapi memilih untuk kafir, ngada-ngada tak nak memahami dan memilih untuk deviate.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (7:179)


"Dya..." panggil Dania lembut. Dya menoleh ke arah Dania.

"hmm..?"

"thanks for yesterday. It was remarkable. Hanya Allah yang dapat balas budi baik kau. Seriously thanx a lot!" kata Dania. Ada sebak yang terdengar, ada mata yang bergenang, ada bibir yang tersenyum, ada hati yang terubat, ada dua hati sedang bertaut semakin erat!

Dya terus merangkul erat Dania. Tiada apa yang lebih membahagiakan selain membahagiakan sahabat yang tidak pernah sunyi dari kata-kata mengingatkan dirnya kepada si DIA. Tiada apa yang dirasakan saat itu lebih aula untuk dilakukannya selain memberi ruang untuk sahabatnya yang sedang kesedihan emosi dan rohani mencari semula kekuatan, mengumpul kembali rasa cinta kepada iman dan perjuangan.

Kadangkala, yang terzahir itu bukanlah yang utama, tapi buah hasil dari masalah yang pokok.

Emosi berkecamuk, jiwa tidak tenteram, hati galau dan resah , hanya yang sedang merasai akan mengetahui dan faham dengan kefahaman yang benar betapa sakitnya diri.

Memang mudah untuk menuturkan

'al quran itu pengubat jiwa..'

'DIA kan ada...'

'bersabarlah..'

'ingatlah janji-janjiNya..'


Memang mudah untuk menuturkannya, tapi ianya tidak mudah dihadam oleh sang penerima. Seakan-akan makanan yang penuh cellulose, tidak mampu untuk dicerna. Akhirnya hanya keluar sebagai waste product. Bahaya tu.

Dya memahami peritnya keadaan sahabatnya, lalu berniat untuk membawanya 'keluar' dari masalah itu sebentar. Memberi ruang yang 'luas' supaya Dania dapat berfikir dengan rasional dan kembali bermuhasabah. Supaya Dania itu kembali menjadi Dania yang dulu. Dania yang dirindui, Dania yang bersemangat, Dania yang periang, Dania yang ... Dania.


Butir-butir jernih bak mutiara jatuh satu persatu dalam pelukan masing-masing.

'Semoga ukkhuwah ini ENGKAU terima sebagai pemberat amalan kami, wahai ALLAH' bisik hati mereka.

"Dah, dah. Jom, tahajjud dekat balkoni tu. Angin bayu subuh ni mengancam. Menggoda sungguh!" ajak Dya. Dania tergelak kecil. Hatinya kembali berbunga. Cinta kepada sahabatnya memekar. Imannya kembali segar. Emosinya kembali stabil. Dirinya kembali bertenaga.

"Bertahajjud bersaksikan bulan dan bintang ni dah macam Laksamana Sunan kan ? Cool doh dapat lakonkan babak novel.." kata Dania sambil menyarung telekung. Dya hanya tergelak sambil membentang sejadah di ruang balkoni.

Angin bayu subuh sungguh mendamaikan, sungguh menenangkan jiwa.

'Semoga ENGKAU sedang menyaksikan kami berdiri di hadapanMU, untuk mengagungkanMU, untuk menyembahMU, bercinta keranaMU, ampunkan kami, rahmatilah kami, lindungilah kami dari murkaMU, api nerakaMU..'

Masing-masing larut dalam tahajjud cinta kepada RABB. Memanjatkan doa yang diselangi air mata dan sedu.

Mereka berdua mencapai al-quran comel masing-masing untuk bertilawah dan tadabbur sementara menunggu Subuh masuk.

'Redhailah kami wahai ALLAH'


FarhahAmalina
'Mencari  kekuatan diri'

Thursday, January 24, 2013

Ada mata tunduk-tundukkan..


Sedang duduk menunggu rakan lain untuk discussion , Sarah hanya melangu dan melihat manusia-manusia lalu lalang di sekitar cafe. Masing-masing mempunyai pelbagai tujuan berada di cafe yang besar dan megah itu. Ada yang datang untuk memenuhi tuntutan perut yang sudah menyanyi, ada yang datang untuk discussion, ada juga yang datang untuk lepak-lepak menenangkan fikiran dan ada juga yang datang untuk menemui kekasih hati.. hmm... remaja..

Sedang Sarah khusyuk memerhatikan seorang demi seorang manusia yang muncul dari pintu utama itu, tiba-tiba velocity jantungnya meningkat. Bukan disebabkan komplikasi jantung atau yang sewaktu dengannya, tetapi seorang jejaka yang memang sudah lama Sarah ushar muncul di depan mata. Kembang kecut hatinya berbunga-bunga sakura. Namun, bagi Sarah, cukup untuk hanya memerhatikan dari jauh. Rasa malu yang menebal bak hutan simpan menghalang dirinya untuk bertindak lebih dari apa yang sepatutnya. Akal yang dirasionalkan lantas menjerit. Iman juga memekik agar segera menundukkan pandangan dan istighfar menyucikan hati .

Sarah perasan, sejak akhir-akhir ini, lain macam pula perasaannya. Sejak kejadian 'terjatuh chenta' yang pernah membuatkannya mandi tak kenyang, tidur tak lena, minum tak basah, mandi tak wangi dulu cukup menjadi pengajaran besar buat hidupnya. Dek kerana tidak menjaga pandangan, tidak mujahadah menjaga hati, akhirnya dia gila menahan angau seorang diri. Dia tidak mahu perasaan yang sama hadir dalam diri, menjadi pengacau hidup, penghilang focus dalam kehidupan. Sungguh, perasaan ini harus ditepis dengan tegas !

Sarah cukup sedar akan tanggungjawab dan tindakan yang perlu datang bersama cinta. Jika cintakan seseorang pasti akan gila menanggung perasaan hebat itu. Bolehkan hanya menahan rasa cinta tanpa teringat-ingat, terkenang-kenang, terstalk-stalk, tercakap-cakap mengenai si dia, tersenyum sengih akan si dia. Haktuih! Crap! Itulah apabila nafsu membusukkan cinta ! Urgh.

Prinsip Sarah, jika cinta, pernikahan sajalah jawapannya. Maka, jika tidak mahu bernikah, belum mampu, belum bersedia , maka jangan berani bermain cinta! Kerana itu hanya membawa kepada self-destruction. Menghancurkan diri sendiri. Sarah tidak sanggup bercinta sambil berendam dalam kolam dosa hasil percintaan tidak halal sebelum bernikah. Kotor! Kotor! Kotor! Apakah hasil perkahwinan jika sebelum bernikah sudah dimurkai Tuhan ? Oh, neraka dunialah jawapannya. Itu belum lagi cerita mengenai risiko menghampiri zina apabila berkapel.

'Subhanallah, bagaimanakan mereka yang berkapel ini menahan gelora nafsu dijiwa pada saat kritikal ini??' Sarah sangat tertanya-tanya.

Sarah melihat jam di skrin telefon yang hampir sebesar calculator itu. 'ah, lambat betul diorang ni.' Masa. Apakah orang yang menjaga solat di awal waktu akan menjadi orang yang sama turut menjaga amanah apabila berjanji untuk datang tepat pada masanya ? Sungguh, Sarah pernah berjumpa dengan sahabat yang sangat menjaga masa untuk berjumpa walaupun sekadar hal kecil. Rupanya, sahabatnya ini seorang yang sangat menjaga ketepatan waktu untuk solat. Sungguh dia kagum. Rahmat Allah ke atasmu , sahabat.

Otak Sarah makin ligat berfikir. Menjaga pandangan daripada melihat kepada ajnabi itu adalah sesuatu yang sangat dituntut. Satu pandangan kepada mereka datang berpakej dengan racun perosak ke dalam hati kita, resipi potion special dari syaitan.

Manusia diciptakan dengan penuh keistimewaan dan kelebihan daripada haiwan. Walaupun hakikatnya kucing lebih comel dari manusia, tetap, manusia yang berakal lebih hebat. Manusia diberikan keistimewaan dari Rabb Sekalian Alam untuk mempunyai pilihan dalam kehidupan. Ya, manusia itu boleh memilih, sama ada hendak melakukan sesuatu kerana Allah atau kerana sebab yang lain. Sungguh, that's why manusia yang bodoh memang akan selalu membawa kerugian kepada dirinya sendiri. Mungkin dia masih tidak sedar di dunia ini, tapi di akhirat kelak, pasti terbuntang matanya, menangis sehingga terkeluar biji mata mengenangkan kebodohan diri mensia-siakan kehidupan di dunia. Sarah, jangan jadi bodoh macam itu.

Hm... Sarah jump up into a conclusion. Binatang jantan atau betina, mana tahu konsep tundukkan pandangan. Binatang jantan atau betina, pasti akan tengok selamber dek je. Mereka mana ada akal untuk kata "weyh, kau kene tundukkan pandangan bila nampak kucing betina kat rumah Mak Cik Senaah belakang rumah tu.." Crap. there's no such thing like that. So, haiwan yang Allah kurniakan hanya nafsu ini hanya akan bertindak ikut kemahuan nafsu je la kan. Nak makan, merengek, mengiau, berburu. Nak lampias nafsu, pegi cari mate. Tepi jalan pun jadi. Itulah haiwan.

Manusia, ada yang Allah kurniakan mereka dengan rupa paras yang cantik-menawan-you-memang-hawt! Lelaki atau perempuan , sama sahaja . Dua-dua ada nafsu. Dua dua ada perasaan nak kawen . Dua-dua perlu menundukkan pandangan.

But somehow, nilai seorang manusia itu adalah akhlaknya, characternya, sikapnya, ilmunya, agamanya, spiritualnya, pemikirannya, wawasan hidupnya, dan hubungannya dengan Allah. Bukankah, kita bersikap kurang ajar apabila meminati seseorang kerana rupa parasnya ? Memang minat orang cantik dan kacak itu fitrah, tetapi, bukankah cara kita memandang manusia lain itu sama seperti haiwan memandang haiwan lain? Mata meliar untuk mencari manusia yang cantik dan kacak demi memenuhi tuntutan nafsu serakah yang semakin hari tanpa kita sedari kita pupuk dengan meliarkan mata apabila keluar di jalanan. Setiap hari yang perempuan sibuk mencantikkan diri, berhias demi menarik perhatian lelaki. Bukankah ini level kehaiwanan? Level haiwan di mana menarik opposite gender dengan tarikan fizikal, apa yang nampak di mata.

Oh, kotornya. Wanita yang sibuk berhias dan mencantikkan diri, berpakaian seksi menampakkan bentuk tubuh yang kadang-kadang lemak je banyak ini hanya menyumbangkan kepada pertumbuhan nafsu dalam diri lelaki di luar sana dengan positif.

Tertarik kepada orang lain kerana fizikalnya seolah-olah kita telah memandang rendah kepada dirinya yang sebenar. Kita tidak peduli kepada sikapnya, characternya, akhlaknya, pemikirannya dan apatah lagi hubungannya dengan Allah apabila kita hanya memandangkan kepada kecantikan rupa paras fizikalnya.

Orang yang tidak mempunyai apa-apa pada dirinya, akan sibuk untuk mencantikkan dirinya dengan pakaian-pakaian yang indah, yang seksi, make up tebal-tebal, sibuk nak pakai barangan branded, sibuk nak mengejar arus fashion, sibuk nak menjadi yang paling hawt dan sebagainya. Orang macam ni, kesian. Mereka tahu mereka kosong di dalam dirinya. Oleh itu, mereka sibuk mencantikkan fizikal, supaya orang tertarik dan memuji mereka.

Namun, bagi orang yang penuh ilmu di dada, sangat baik di hati, sangat baik budi pekerti, lemah lembut, sentiasa happy dengan diri sendiri, sangat menyayangi diri sendiri, sangat appreciate diri sendiri, sangat suka berbuat baik kepada orang lain, pasti mereka ini tidak perlu secalit make up pun di wajah untuk buat orang suka dan sayang kepada mereka. Mereka cantik dengan akhlak, mereka anggun dengan peribadi, mereka gorgeous double-wow dengan sikap mereka. Dan orang sebegini, bukan hanya wujud di Utopia iaitu negara sempurna. Orang sebegini wujud apabila mereka sangat sayang kepada Allah. Orang yang sayang Allah akan sayang dan appreciate diri mereka . Lalu, menyebarkan cinta itu di orang di sekelilingnya.

Hm.. Sarah kembali melihat jam di skrin gedabak telefon bimbitnya. Sudah-sudah lah tu melilaukan mata... Jaga mata, jaga hati, jaga iman. Siapa yang menundukkan pandangan, Allah akan ganti dengan kemanisan iman. Ingat nak tundukkan pandangan senang ke ? Maka , ketahuilah, kemanisan iman itu sangat manis dan bergula lagi bermadu bak Kinder Bueno. Mmm.. sedapnye kinder bueno nih. Sarah mendail nombor rakannya.

Wednesday, October 17, 2012

Cerpen : Cinta perlukan bukti

"Cinta perlukan bukti,Farhah . Allah mahu bukti sejauh mana kita betul-betul serius di atas jalan ini"

Aku mengangguk perlahan . Air mata berguguran lagi . Entah kali yang ke berapa . Masih berkisar mengenai persoalan yang sama.

Entah mengapa diri ini terlalu lemah keseorangan . Mudah leka dengan masa lapang. Lalai dalam kesunyian .

Ayat itu sangat mengoncangkan hatiku. Manakan tidak, sedang hati galau dan tidak keruan, kucapai kalam suci itu dari rak buku di hadapanku, kubuka secara random , ayat itu yang menyapa retina mataku.

Surah Muhammad , ayat 31 . 
"Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu , dan Kami akan uji perihal kamu."

Ayat ini seolah-olah menyihirku . Aku terkedu. Tergamam.

Kemudian mataku meneruskan pembacaan ayat-ayat seterusnya .

Ayat 33
"Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan jangan kamu merosakkan segala amalan kamu."

Ayat 35
"Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai,kerana kamulah yang paling unggul,dan Allah pun bersama kamu, dan Dia tidak akan mengurangkan segala amal kamu."

Ayat 36
"Sesungguhnya kehidupan di dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman dan bertaqwa, Allah akan memberi pahala kepadamu, dan Dia tidak akan meminta harta kamu."

Aku tersenyum kelat. Aku menghela nafas dalam-dalam, cuba merasionalkan diri. Sungguh tersentuh dengan ayat pujukan Ilahi. Inilah antara sebab mengapa aku sangat menyukai surah Muhammad ini . Mungkin rindukan Rasulullah barangkali .

"Sedang kepandaian memerlukan peperiksaan besar untuk diuji , inikan pula soal keimanan. Soal syurga. Soal Islam. Soal kesetiaan kepada Ilahi." aku masih bermonolog .

"Jika engkau benar serius di atas jalan ini,maka Allah terlebih dahulu mahukan bukti sejauh mana engkau bersungguh-sungguh mengislah diri. Melaksanakan tarbiah kendiri dengan penuh disiplin. Berusaha keras untuk tidak futur."

Aku terdiam. Sungguh terasa seperti berhadapan dengan kaunselor yang
bersemangat .

"Ya. Memang engkau masih hijau di atas jalan ini. Namun, apakah engkau mahu mengalah dan memberi alasan bahawa engkau masih baru ? Lalu berniat untuk berputus asa . Give up macam tu je ? Oh sungguh lemah semangatmu, wahai diriku. Jangan memalukan aku, wahai diriku."

Aku tersengih. Hatiku semakin terubat dengan kata-kata kritikan diriku yang satu lagi. Ya , aku memahami. Perjalanan ini tiada hujungnya. Penuh dengan duri dan kaca yang menyakitkan dan melukakan. Tapi yang pasti, matlamatnya jelas ! Redha Allah , syurgaNya yang agung !

"Usah memberi alasan yang remeh . Orang lain sibuk terkejar-kejar pahala dan syahid . Mahu shortcut masuk ke syurga . Orang lain sibuk berhempas pulas mengejar syurga . Semuanya di atas gerabak yang sama. Mengapa engkau mahu memberi alasan ? Tidak mahu shortcut masuk syurgakah ? Itu pun kalau layak..."

Gulp. Sinis. Ouch.

"Satu lagi.Jangan menyia-nyiakan kefahaman yang Allah anugerahkan kepadamu. Jangan hanya tahu mengeluarkan idea, post ke twitter, tampal di dinding facebook, tapi kontang dari segi praktiknya. Jangan biar kata-kata memakan diri. Jangan mencelakakan diri . Ingat itu."

Aku mengangguk-nganguk perlahan . Mengapa terasa bahang pula ni ? Oh, terlupa nak tanggalkan telekung kagi rupanya. Patutlah panas semacam. Usai mengemas pakaian solat,terus kucapai komputer ribaku lalu mencoretkan cerpen ini .

21.13. 17.10.2012. Rabu .
Semoga Allah Redha .