Thursday, April 18, 2013

Cerpen. Segarkan imanmu.



"what is wrong?" tanya Dya lembut.

"nothing is right." balas Dania pendek. Dya menghela nafas. Jarinya perlahan mengelus rambut Dania yang ikal mayang. Gesture untuk menenangkan gelojak perasaan sahabatnya itu yang dari tadi masam mencuka. Entah apa yang tak kena. Tapi Dya perasan dengan perubahan Dania. Dania sudah nampak lain di laman sosial. Post-postnya pelik-pelik belaka. Lain dengan personalitinya yang sebelum ini ceria dan bersemangat.

"sayang, what's wrong ? You should not keep in youself, it's torturing me to see you in such depression with that kind of expression. Even my vanilla shake ni pun turns bitter bila aku tengok muka kau. Pahit semedang..." Dya cuba mengumpan Dania dengan usikan. Harap-harap umpannya mengena.

Dania tersenyum kelat memandang wajah Dya. Dia faham apa yang Dya mahukan. Bukan main happy dia bila Dya call semalam kata nak bawak Dania pegi vacation. Lantaklah pegi ceruk dunia mana pun. Janji dia boleh keluar dari rumahnya itu.

"They ignore me. All day. No single word. Even a word." luah Dania pendek. Cukup untuk buat Dya faham.

Dya hanya mampu menghela nafas. Mereka berdua duduk bersila di atas lantai sambil bersandar di hadapan sofa. Sliding door terbuka luas menjemput angin bayu malam bertiup tanpa segan silu ke ruang tamu. Di tangan masing-masing ada Vanilla shake yang tak terasa manis dek kelaknya perasaan ketika itu. Masing-masing tenggelam dengan perasaan sendiri dalam kesepian itu.

Jam telah menunjukkan hampir pukul 4 pagi. Masing-masing terjaga pukul 3 pagi tadi sebab alarm dah memekik. Mereka berdua tidur awal betul-betul selepas solat isyak berjemaah. Keletihan yang menggila selepas siangnya sibuk jungle trekking sejauh 5 km. Yang penat tu sebab bukan main bermandi manda di air terjun dalam hutan tu. Lepas tu sambung ke ladang.

Dya yang tak habis-habis dengan DSLR-nya tak henti-henti menekan punat kamera. Menangkap segala keindahan ciptaan Ilahi yang cantik-cantik belaka. Tak henti-henti mulutnya menuturkan puji-pujian buat DIA yang Maha Esa.

Usai lepak di air terjun, mereka berdua masuk kampung. Singgah di rumah Pak Cik Kasim, pemilik ladang ternak yang boleh tahan besar di kawasan itu.

Dania yang merengek nak sangat pergi ladang. Katanya dengan haiwan, dia boleh cari dapatkan ketenangan. Sebab haiwan makhluk Allah yang tidak ada dosa. Mereka juga tidak berkata-kata. Lebih bagus lepak dengan lembu dari lepak dengan manusia yang hatinya kotor, mulutnya ringan menuturkan kata-kata nista yang merosakkan cuaca hati, matanya tak henti-henti mencari kesalahan orang, telinganya, gatal hanya nak mendengarkan gosip-gosip panas.

ah manusia! Tak payah dilayan. Derita jiwa.

Pak Cik Kasim merupakan salah seorang peladang yang berjaya kenalan ayah Dya. Seminggu sebelum nak datang lagi, Dya sudah menelefon Pak Cik Kasim untuk buat 'appointment' untuk ke ladangnya.

Mereka memilih untuk pergi ke ladang 'mini' Pak Cik Kassim sahaja. Tak perlu pergi yang besar-besar. Lain ceritanya nanti.

Sampai-sampai sahaja mereka di ladang itu, Dania terus buat perangai macam jumpa sedara lama. Long lost sibling. Riuhnya, hanya lembu-lembu, kambing-kambing dan segala binatang tu je yang tahu.

Mereka berdua sangat sibuk memberi makan kepada segala haiwan yang ada. Di ladang mini terdapat 10 ekor lembu, 20 ekor kambing, 5 ekor kambing gurun, 1 reban ayam, 1 reban puyuh, 5 ekor kucing dan sebatang sungai yang juga mini.

Budak berdua itu bergilir-gilir mengambil gambar masing-masing. Pelbagai aksi dan mimik muka yang terhasil. Pak Cik Kasim dan isterinya, Mak Cik Piah ketawa berdekah-dekah melihat telatah dua orang gadis bandar yang jakun berjumpa dengan che lembu dan che kambing.

Para kambing-kambing hanya tersenyum kambing. Che lembu hanya mengemu panjang tidak bernada.

Bagi Dania dan Dya, peluang 'beramah mesra' bersama 'ahli tetangga' ladang Pak Kasim ini adalah satu terapi buat mereka. Haiwan-haiwan ini juga makhluk Ilahi .

Al- An'am.

Subhanallah, haiwan-haiwan untuk kegunaan manusia sebagai makanan, sumber tenusu, kenderaan, kulitnya untuk dibuat lembaran atau pakaian, untuk perdagangan dan juga sebagai penenang jiwa.

Mereka ini ternyata lebih banyak manfaatnya kepada dunia berbanding dengan manusia yang hanya tahu melakukan kerosakkan.

Mereka ini lebih bernilai dari manusia yang gilakan dunia dan kekuasaan yang hanya tahu memikirkan kepentingan diri dan keuntungan semata-mata.

Malah, Allah memberi perumpamaan, haiwan-haiwan ternakan ini lebih baik dari manusia yang mempunyai pendengaran, penglihatan dan hati untuk memahami kehendak Allah menerusi ayat-ayatNya, tetapi memilih untuk kafir, ngada-ngada tak nak memahami dan memilih untuk deviate.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (7:179)


"Dya..." panggil Dania lembut. Dya menoleh ke arah Dania.

"hmm..?"

"thanks for yesterday. It was remarkable. Hanya Allah yang dapat balas budi baik kau. Seriously thanx a lot!" kata Dania. Ada sebak yang terdengar, ada mata yang bergenang, ada bibir yang tersenyum, ada hati yang terubat, ada dua hati sedang bertaut semakin erat!

Dya terus merangkul erat Dania. Tiada apa yang lebih membahagiakan selain membahagiakan sahabat yang tidak pernah sunyi dari kata-kata mengingatkan dirnya kepada si DIA. Tiada apa yang dirasakan saat itu lebih aula untuk dilakukannya selain memberi ruang untuk sahabatnya yang sedang kesedihan emosi dan rohani mencari semula kekuatan, mengumpul kembali rasa cinta kepada iman dan perjuangan.

Kadangkala, yang terzahir itu bukanlah yang utama, tapi buah hasil dari masalah yang pokok.

Emosi berkecamuk, jiwa tidak tenteram, hati galau dan resah , hanya yang sedang merasai akan mengetahui dan faham dengan kefahaman yang benar betapa sakitnya diri.

Memang mudah untuk menuturkan

'al quran itu pengubat jiwa..'

'DIA kan ada...'

'bersabarlah..'

'ingatlah janji-janjiNya..'


Memang mudah untuk menuturkannya, tapi ianya tidak mudah dihadam oleh sang penerima. Seakan-akan makanan yang penuh cellulose, tidak mampu untuk dicerna. Akhirnya hanya keluar sebagai waste product. Bahaya tu.

Dya memahami peritnya keadaan sahabatnya, lalu berniat untuk membawanya 'keluar' dari masalah itu sebentar. Memberi ruang yang 'luas' supaya Dania dapat berfikir dengan rasional dan kembali bermuhasabah. Supaya Dania itu kembali menjadi Dania yang dulu. Dania yang dirindui, Dania yang bersemangat, Dania yang periang, Dania yang ... Dania.


Butir-butir jernih bak mutiara jatuh satu persatu dalam pelukan masing-masing.

'Semoga ukkhuwah ini ENGKAU terima sebagai pemberat amalan kami, wahai ALLAH' bisik hati mereka.

"Dah, dah. Jom, tahajjud dekat balkoni tu. Angin bayu subuh ni mengancam. Menggoda sungguh!" ajak Dya. Dania tergelak kecil. Hatinya kembali berbunga. Cinta kepada sahabatnya memekar. Imannya kembali segar. Emosinya kembali stabil. Dirinya kembali bertenaga.

"Bertahajjud bersaksikan bulan dan bintang ni dah macam Laksamana Sunan kan ? Cool doh dapat lakonkan babak novel.." kata Dania sambil menyarung telekung. Dya hanya tergelak sambil membentang sejadah di ruang balkoni.

Angin bayu subuh sungguh mendamaikan, sungguh menenangkan jiwa.

'Semoga ENGKAU sedang menyaksikan kami berdiri di hadapanMU, untuk mengagungkanMU, untuk menyembahMU, bercinta keranaMU, ampunkan kami, rahmatilah kami, lindungilah kami dari murkaMU, api nerakaMU..'

Masing-masing larut dalam tahajjud cinta kepada RABB. Memanjatkan doa yang diselangi air mata dan sedu.

Mereka berdua mencapai al-quran comel masing-masing untuk bertilawah dan tadabbur sementara menunggu Subuh masuk.

'Redhailah kami wahai ALLAH'


FarhahAmalina
'Mencari  kekuatan diri'

3 comments: