Monday, December 31, 2012

2012

2012 - knowing tarbiah, get to know love, understand more bout life, facing failure,realised parents love and care, car license, Vietnam,samsung galaxy note,palam,plkn tgkas kendiri.

Friday, December 28, 2012

OME. Lame.

Assalammualaikum people.

Recently, I've watched quite number of videos in youtube. And alhamdulillah, Allah made me discovered a very talented girl named Adibah. She was a debater . English debater. And she made few videos in English, mostly talking about the hijab and fashion. And, her English was amazing. Seriously, she was very inspiring! It just that, it is such a good oppurtunity for us if we can talk in english fluently. just like what my friend said yesterday, "english is an oppurtunity language. Its actually give you many advantages just by able to talk fluently"

Fullstop.

Semakin aku sedar, usage aku in English sangat la terhad. Yep. and bila nak direnung kembali, the moment aku actually find the confident untuk talk in English with other people was at school (seseri) , bila English Department anjurkan English Day every Monday and Thursday ( kalau x salah la..) . Der.. itu pun bila dah form 5, baru jumpa the strength and confident nak cakap in English. But somehow, my English ternyata very poor. Miskin vocab aku nih.

So, semakin menginjak dewasa, kesedaran terhadap kepentingan berbahasa Inggeris semakin memuncak.
Yelah, kalau nak memahami orang lain cakap English tu no hal. Memang kawe pahe je. Tapi nak apply balik tu, kadang-kadang tergeliat je lidah ni. Mungkin la ade la bunyi-bunyi ala British accent tu en, sebab dah memang berlatih accent tu dari kecik, but somehow, yeah, like I mentioned before, my English is lack of vocab . resulting lah ayat yang berterabur dan tidak tersambung.

Well, as for this new sem, we got new lecturer, senior lecturer for our BEL311. She was very motherly and seriously want to teach us English. Hm.. She always encourage us to talk in English, enhance our pronounciation, and always suruh pegi cakap kat depan. Fuuh. Ala-ala public speaking le kome weyh..

The more I watched videos in youtube, the more I discovered that malay girls have millions videos on hijab tutorials, songs cover with them playing the guitar, or any other they called it as 'talents videos'. And very lack of videos that actually showing these malay girls shout out their opinion and beneficial issues. And boleh nampak la actually apa yang ada dalam typical malay girl punya otak ... Well, yes, we do have Anwar Hadi, Mat Lufi, Maria Elena. But, takkan nak depends pada diorang je.

And now, i realised we do have Adibah Awang with her amazing English and brilliant comment on Hijab issue, Aisyah Syakirah with her promotion on "Head Tent" . Yeah, these girls, they spread their dakwah through youtube, which not malay girls are able to do so, even me. Big courage and will are needed in making a video.

we need to be mentally prepared with all negative comments and boicott maybe. And yeah, be prepared to be well-known by others. That is the hardest part kot. nak jadi femes memang senang, nak jaga hati tu payah. And bila dah femes, tunggu jelah, orang akan nak menyibuk dalam hidup kita 24/7. Habis semua benda nak di-stalknya.

Fuuh.

Seriously, i know my english is still suck. especially in writing. blargh. well its okay. one step at a time.
long way to go.

Alhamdulillah, the result was out. I am able to stay to finish my foundation. A memory that I carve in my heart.


Monday, December 24, 2012

Kerana Allah memilih aku..


"counting the blessing on the bad side of your life.." 

Kenapa aku ?

Kenapa Allah pilih aku untuk diberikan sedebuk hidayahNya yang mulia ?

Kenapa aku ?

Boleh je Allah nak biar aku seksi macam dulu..
Boleh je Allah nak biar aku terkinja-kinja gila k-pop macam dulu..
Boleh je Allah nak biar aku jadi ignorance macam dulu..
Boleh je Allah nak biar aku alergic dengan agama macam dulu..
Boleh je Allah nak biar aku bodoh dan jahil macam dulu...
Boleh je Allah nak biar aku menggedik berboifren zaman masuk U ni..
Boleh sangat lah kalau Allah nak biar aku hanyut dalam tipu daya dunia yang mempesonakan ni..

TAPI,

These things did not happened...

Allah tak biar aku dalam kegelapan jahiliah .
Allah tak biar aku jahil pasal aurat dan batas pergaulan .
Allah tak biar aku terus menerus dedahkan aurat dengan pakai jeans ketat, fishnet jarang, tudung selempang nampak dada, tudung bawal jarang, kaki naked tanpa stokin macam dulu...
Allah tak biar aku lalai dalam 'kesukaan' pada pergaulan dengan lelaki
walaupun hakikatnya aku pernah tersilap langkah zaman plkn dulu..
Tapi dek kesilapan dalam pergaulan itulah yang mendewasakan aku, yang mematangkan aku dan yang memberi pengajaran 'by hard' pada aku...
Dialah yang mentakdirkan aku sekolah hanya sejantina selama 10 tahun,
dan selama itulah aku tidak pernah berkawan dengan insan bernama lelaki...

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan 

Dari tudung bawal jarang pendek ke tudung Akel bidang 55"
Dari fishnet jarang nampak kulit ke cardigan longgar, t shirt muslimah longgar,
Dari jeans ketat ke skirt kembang labuh,
Dari naked feet ke pakai stoking tebal (macam stokin ayah -,-")
Dari bodoh jahil pasal agama ke insyaAllah faham la basic things pasal agama,
Tahulah al quran tu very very meaningful dunia akhirat,
dari baca manga cintun ke novel berat Faisal Tehrani,
buku-buku agama PTS .. (promote)

Hidup ini sentiasa memerlukan perubahan, kerana jika bukan kita yang berubah, masa tetap akan berubah meninggalkan kita ke belakang
Hidup kita bukan hanya untuk nampak cool semata dengan gadget sebesar talam di tangan,
Lilitan tudung 5 meter membusung di atas kepala,
dengan tepekan tepung setebal 5 inci di wajah mencacatkan rupa.

Perubahan yang kita perlukan ialah perubahan yang membawa kepada kemajuan,
Kemajuan dalam prestasi ibadah untuk final result di akhirat kelak supaya gilang gemilang 4 rata, A lurus dan warna warni yang berterbangan (baca: flying colours)

Kepada adik-adik yang rasa rasa terjumpa dengan blog Pencari Cinta Abadi ini,

Kadang kala, akak rasa sayang sekali melihat kalian,
sayang hendak mendekati kalian,
berkongsi dengan kalian ,
cara terbaik untuk membesar sebagai seorang gadis yang bahagia dan ceria,
Bahagia dengan syariat Ilahi yang melindungi maruah dan kehormatan kalian,
Ceria dengan diri kalian yang mentaati syariat Ilahi tanpa perlu berlumba-lumba mencari perhatian lelaki,
Kalian pada usia diri kalian sangat memerlukan contoh yang baik untuk ditiru dan diikuti,
tatkala banyak gila(!) contoh-contoh senget di luar sana yang mengajar kalian menjadi wanita neraka.

Kerna aku, kerna akaq(derr) pernah melalui fasa kalian.
Merasai setiap gelora perasaan remaja baru nak matang di dalam hati,
mencari-cari identiti diri untuk diluahkan dan dijadikan pakaian,
tercari-cari keyakinan diri yang tak tahu di mana nak gali,
termenung mencari, mencuba dan menerai setiap gaya pakaian untuk dijadikan style,

oh.. tidak mungkin akan kulupakan zaman gelora itu,
kerna ia menjadi sebab untuk aku bersyukur pada hari ini,
dapat menutup aurat dengan sempurna dengan penuh Izzah dan kebanggan menjadi wanita muslim bertudung labuh menutupi aurat yang terlalu berharga buat seorang insan bernama suami,

Buat adik-adik di luar sana yang mencari dan mencari,

Teruskan pencarian kalian tanpa henti,
kerana siapa yang mencari , dia yang akan diberi,
Terus teguh di atas jalan ini, walaupun kalian keseorangan tanpa peneman,
kerana ingatlah Allah tidak pernah membiarkan kalian keseorangan,
Terus menerus memberi peluang pada diri untuk improve, improve dan improve,
kerana usaha improving diri tidak akan terhenti sehingga akhir hayat,
teruskan mencari mencari dan mencari.
Berusahalah sebaiknya.
Allah sedang memerhatikan usahaMu.
Berdoalah kepadaNya sentiasa.
kerana there's no limit in connecting to HIM.
Wireless, mediumless..

Semoga niat kita berhijab, menutup aurat, berfesyen senantiasa kerana Allah.




Semoga Allah memberkati kalian semua :)
Doakan saudara-saudara kita di Gaza dan Syria dan mujahid di seluruh dunia.  

Tuesday, December 11, 2012

...

Futur memang jijik.
Sangat mengerikan.
Kesannya sangat dahsyat.

Aku,
salah seorang mangsa futur.
Dek kerana kelemahan kemahuan dalam diri.

Perasaan berbunga-bunga sakura kembang ala-ala mangkuk di dapur,
hanya terbit tatkala duduk bersimpuh ayu di dalam bulatan yang menggumbirakan hati.
Tatkala itu, iman meletus-letus di dalam hati,
membuak-buak sehingga melimpah ke serata pancrease dan intestine.
Agaknya, jika disuruh mengangkat senjata turun ke medan tempur pada waktu itu,
pasti akan ku turut....

Namun, semua itu bagaikan tidak pernah kurasa,
tidak pernah terjadi,
apabila aku kembali ke dunia realiti,
bersama kawan-kawan yang belum mengenali,
merasai kemanisan iman yang meluap-luap.
Kami bergelak tawa bagai tiada apa yang perlu dirisaukan,
merungut-rungut kelas ganti yang diadakan pada hari cuti,
bermalas-malasan dan tidak bersungguh-sungguh.
Seakan-akan tidak pernah memahami apa itu ujian Ilahi.

Walaupun aku akhirnya telah berjumpa dengan dunia tarbiah,
telah masuk dan menjadi ahli,
mengubah pakaian menjadi lebih sopan dan bermaruah,
tampak seperti wanita solehah akhir zaman,
tapi deep inside,
aku tahu. Hati aku tidak solehah.
Jiwa aku belum lagi solehah.
Diri aku belum lagi solehah.

Aku belum lagi khusyuk mencintai Ilahi,
belum lagi cinta mati dengan sunnah Nabi,
masih pekak dan buta dengan nasib saudara di sana,
masih terperangkap dengan dunia jahiliah,
masih dalam tabiat jahiliah,
masih kabur dengan akhirat.

Aku tahu.
iman ku tidak sehebat dulu.
ketahanan tidak sekuat dahulu,
kalis godaan rakan sebaya,
kalis televisyen perosak iman,
kalis wayang membuang masa,
kalis hiburan yang menyihir.

Dan...
Masih aku berasa keseorangan,
berada di atas jalan yang panjang dan payah ini keseorangan,
jatuh terpeleot,
aku harus bangun sendiri,
mengumpul kekuatan dengan air mata,
sehingga putus asa berkali-kali,
untung kerana kepercayaan kepada Dia masih ada,
pemangkin aku untuk terus percaya,
walau percaya itu makin terhakis dek arus jahiliah yang menarik-narik hatiku,
untuk turut berenang bersama walau aku tahu aku bakal tenggelam.

Munafik itu ada.
Aku merasainya.
Bermuka-muka mengikut keadaan,
siapa aku bersama.

Segala bayangan keindahan bersusah payah kerana Tuhan,
belum aku jumpa dalam dunia ini.

Aku bukan berasal dari dunia kopiah dan tudung labuh seperti telekung,
aku bukan berasal dari dunia masjid dan surau,
aku bukan berasal dari dunia keluarga islamik berjanggut,
aku bukan berasal dari dunia ceramah dan ta'alim,
aku bukan berasal dari dunia akhwat dan ikhwah,
aku bukan berasal dari dunia jubah dan serban.

To accept that I am all alone in this path is sweet pain.
Truth is always painful.

Sunday, December 9, 2012

The only thing

Apabila ku lihat wajahnya,
ku dengar setiap butir bicaranya,
ku lihat senyumannya,
ku dengar luahannya,
ku dengar harapannya,
dia menyeru,
dia mengajak,
dia membimbing,
dia ingin berkongsi,
segala apa kebahagiaan yang dirasainya bersama tarbiah.
Namun, ia bukan sahaja mengenai kebahagiaan,
tapi lebih kepada rasa tanggungjawab yang menggunung,
melunaskan tanggungjawab kepada saudara seislam,
menunaikan hak buat saudara di bumi Anbia sana,
yang sibuk mengejar syahid,
yang berusaha mempertahankan bumi suci,
yang bermati-matian menegakkan Islam.

Aku tersenyum. Hati kembali hidup. Hati tiba-tiba gembira. Seolah-olah telah diberi nafas baru. Selepas sekian lama menderita.

Aku kembali mengingati. Apa yang aku mahu dalam kehidupan ini. Inilah dia! Memang bukan yang lain. Hanya ini. Perasaan hati yang berbunga dan kembang bahagia meluap-luap. Satu perasaan tenang yang gila tenang!

Bahagia,tenang, happy, apa saja term nya, hanya boleh didapati dengan satu perkara.

Mengingati Dia.
Duduk bercakap mengenaiNya,
Berbual mengenaiNya
Berkongsi cerita tentang Dia
Bersembang mengenaiNya
Mengingati Dia , Dia dan hanya Dia.

Ini yang aku mahu dalam kehidupan.
Tapi, ia seakan-akan mimpi jika kita tidak bersua muka.
Aku yang mudah lupa, lalai, atau kadang-kadang sengaja melupakan.

Everything seems so fine bila sibuk.

Allahu.

Thursday, November 29, 2012

Celik Syariat dalam Berfesyen

Allahu. Fesyen hijab semakin berevolusi dengan pesatnya. Sangat sangat banyak style terbaru yang dikemukakan oleh peneraju fesyen hijab, terutama dalam kalangan fashion designer muslimah, pemilik butik muslimah, public figure muslimah, blogger muslimah, vlogger muslimah, artis muslimah yang berhijrah, dan juga teman-teman muslimah yang tidak kurang hebatnya. 

Namun awas sahabat, mungkin cantik yang mereka peragakan itu hanya indah dan nampak meleTOP di mata kita dan mata orang ramai. Namun, adakah itu semua fashion yang di approve Allah dan tuntutan syariat ? 

Walaupun pemakai tudung labuh kini boleh juga berevolusi dari pemakaian tudung bulat kepada shawl atau selendang2 labuh yang kini mudah didapati, bagi saya pemakaian tudung bulat juga yang tampak paling sempurna dalam mengikut kehendak syariat dalam menutup aurat DENGAN SEMPURNA. 

Muslimah, ayuh kita tranform minda dengan memilih fashion hijab yang bukan hanya sekadar cantik di mata kita dan orang ramai, tetapi juga menepati semua kehendak syariat dan Allah.

JADILAH FASHIONISTA YANG CELIK SYARIAT.

anda bukan sahaja cantik di mata manusia , tetapi anda juga cantik di pandangan penduduk langit, dan lebih penting lagi cantik dan diredhai pada pandangan Allah.

Buatlah pilihan fashion hijab dengan bijak. Pertimbangkan setiap inci soal dalam kesempurnaan hijab itu menutup aurat kita dengan sesempurnanya.

Auratmu bukan barang pameran murahan untuk orang awam. itu amanah suci dari Allah. Haknya hanya untuk yang halal.

Muliakan dirimu dengan menutup aurat. Anda akan mulia di dunia dan akhirat.

InsyaAllah. Semoga Allah memberi petunjuk untuk kita celik syariat dalam berfesyen.

Thursday, November 1, 2012

Bila Amerika Serang Makkah dan Madinah


'Perang sudah bermula. Tentera Amerika kian mendekati Kota Makkah. Garisan akhir di Jeddah masih cekal dipertahankan, tapi dijangka robek pada bila-bila masa. Serangan udara bertalu-talu untuk membolehkan pasukan darat musuh lalu. Tumpuan pertahanan ialah Makkah sendiri.'

Mukasurat 163, bab kesepuluh , 1511 H [KOMBAT] , FAISAL TEHRANI.



Pernah anda semua terfikir ? 

Apa agaknya akan terjadi jika satu hari nanti , Amerika bertekad mahu menguasai Madinah dan Makkah ? 

Takut untuk memikirkannya ? 

Saya juga . Tapi inilah yang harus kita depani. Realiti. 


Makkah dan Madinah merupakan dua kota tersuci umat Islam yang sangat-sangat berharga bagi kita, umat Islam. Termasuklah Palestin , letaknya al-Quds yang tercinta, bumi kebanyakan para anbiya menyampaikan risalah Tauhid kepada manusia zaman dahulu kala. 

Madinah, tempat jasad mulia Kekasih Allah dimakamkan . Negara Islam pertama ditubuhkan. Piagam Madinah menjadi bukti. 



Makkah, tempat Kaa'bah terletak,selari dengan Kaa'bah di langit sana, tempat di mana kuasa magnetik terkuat, pusat bumi yang diakui sendiri oleh Neil Amstrong, tempat di mana air penyembuh ajaib yang tidak pernah berhenti mengalir sejak beribu tahun lampau, tempat di mana umat Islam bersatu menjadi satu Ummah pabila musim Haji datang berkunjung. 



Inilah pusat kekuatan umat Islam. Jika 2 kota ini ditakluki, pasti Islam dapat dilenyapkan dari muka bumi, lalu berkuasalah Yahudi Laknatullah memerintah dunia. 

Novel hebat ini menghidangkan kepada pembaca satu juadah penulisan yang sangat mampat dengan aksi segar dari medan perang . Apabila Presiden Amerika gila yang obsesi mahu melenyapkan Islam dari muka bumi. Berbekalkan kebencian berskala infiniti, dia nekad mahu menakluki Makkah dan Madinah. Kisah sejarah Abrahah dengan tentera bergajahnya berulang kembali. Kali ini , Abrahah Amerika dengan kereta kebalnya. Mengimpi untuk mengebom Ka'abah , mencuri jasad mulia Rasulullah SAW yang dicintai, menjadikan tapak manusia beribadah itu sebagai tempat pelacuran, restoran yang menghidangkan arak,babi dan anjing, menjadikan marmar Masjidil Haram sebagai marmar di tandas awam. Itu citanya. 

Jika terjadi sekarang, impian itu mungkin tercapai . 

Namun, setting novel 1511H [KOMBAT] ini bukanlah pada tahun 2012. Anda semua melepas nafas lega ? Mungkin untuk seketika. 

1511 Hijrah = 2087 Masihi. 

Penulis hebat kegemaran saya tidak pernah mengecewakan dengan hasil karya yang begitu segar, membuka minda,menyesakkan dada dengan kesedaran, membina jati diri, membangun minda yang lena dibuai dodoian kafir, serta membuat jiwa menjadi rindu kepada Ilahi . 

Tahun 2087. Era kemodenan mengambil alih. Tahun itu pasti sangat canggih ! Pasti Apple sudah berevolusi. Ipad pasti sudah menjadi lapuk. Manusia tidak lagi mengenali kertas dan buku. Hanya e-book menjadi mainan sejak lahir. 

Oh ya. Tahun itu juga di mana kita, anda, saya, dan semua pembaca dikatakan sebagai 'nenek moyang' . Tahun di mana mungkin saya telah terkujur layu di tingkat 7 bawah tanah, secara rasmi telah menjadi penghuni Barzakh , hanya menanti untuk dibangkitkan di Mahsyar nanti.

Era kemodenan yang menuntut manusia untuk mereka dan mencipta alatan yang lebih canggih demi kepentingan bersama. Juga tidak dilupakan, di mana senjata harus lebih canggih dan berkuasa untuk menghapuskan musuh tanpa sisa. Ngeri. 

Komander Syarifah Zinnera, saintis muda genius berketurunan Arab berumur 20 tahun, pernah menggemparkan dunia kerana boleh bertutur dalam 5 bahasa pada usia 10 tahun, diterima masuk ke Oxford pada usia seawal 15 tahun dan graduate dengan sarjana dalam bidang fizik. Beliau bertungkus lumus dalam projek kajiannya untuk menghasilkan senjata bioteknologi dengan menggunakan lipas dan belalang. 

Komander Ali Halimah, berasal dari Syria, mempelajari selok belok perkomputeran sejak berusia 4 tahun dan jarang meninggalkan skrin komputer. Pernah mencipta cecacing(worm) atau virus komputer yang menggegarkan dunia beberapa tahun lalu. Menjadi buruan CIA dan FBI, tetapi maklumat tentangnya sangat terhad menyukarkan dirinya dikesan. Oh ya, and he's 18. 


Nampak macam cool en ? Nampak macam awesome tak terhingga en ? Teringat pulak filem 'Agent Cody Banks' . Sengih. 


Itu adalah antara 2 watak yang saya kira boleh saya jadikan intro dalam memperkenalkan novel ohsem-tahap-tak-ingat ini kepada anda semua. Oh , by the way, Zinnera is married. Teehee. 

Novel Kombat ini mengisahkann bagaimana apabila perang antara Islam dengan kafir . Islam  dengan misinya untuk mempertahankan 2 kota suci yang menjadi lambang tegaknya syiar Ilahi di muka bumi ini. Lenyap 2 kota suci itu, maka hilanglah peradaban Islam itu sendiri. Ibarat manusia tanpa wajah. Sia-sia belaka. Kuffar durjana Amerika yang berketurunan Yahudi itu pula menyimpan dendam yang tidak lagi tertahan membuatkan ia nekad untuk memenangi pilihan raya dan menjadi Presiden Amerika yang menguasai ekonomi dunia, yang menguasai media utama, lalu menguasai dunia. Habis muslim di Amerika ditekannya lalu mereka berhijrah berbondong-bondong keluar dari bumi jijik yang menyaksikan deretan  pemimpin syaitan bertopengkan manusia. Lalu dia tekad memaklumkan kepada dunia serta siap menggubal dasar-dasar negara , Makkah dan Madinah akan dicerobohnya . Alasan? Terlalu ramai teroris bersembunyi di dalam kota suci mereka. 

Dalam pada masa yang sama juga, dia dimaklumkan oleh CIA, kumpulan remaja Islam telah mula berhimpun di  luar Madinah dan Makkah. Sedikit demi sedikit. 

REMAJA. 

Watak utama novel ini . 11 Komander yang mengetuai peperangan mulia ini semuanya terdiri dalam kalangan REMAJA. Mereka semuanya masih belasan tahun, kebanyakkannya di awal 20-an, dan minoriti awal 30-an. Dan ketua keseluruhannya , seorang pemuda melayu islam berumur 19 tahun . Muhammad Ameen, berasal dari Kuala Lumpur. Seorang pemuda yang sudah mencapai maqam yang tinggi dalam kesufian. Seorang Hafiz. Futuwwah terulung.

Senyum. Dada sudah berombak menahan badai semangat yang membara :) 

Syarifah Nusaybah, namanya persis sahabiah ulung zaman Rasulullah, Nusaybah binti Ka'ab, jururawat perang Uhud. Namun apabila tentera Quraisy semakin menghampiri Rasulullah, melindungi Nabi semahunya dengan busur dan anak panah, sehingga mendapat luka 11 liang serta putus tangannya. Hanya kerana melindungi Rasulullah. 

Syarifah Nusaybah,63, hartawan ulung yang menjadi tulang belakang segala pemprosesan senjata untuk kegunaan umat Islam . Mempunyai kilang senjata bawah tanah 10 tingkat. Beliau menjadi buruan CIA dan FBI kerana dituduh teroris .Namun, banyak sumbangannya dalam membangunkan masjid, Pusat Pengajian Oksidentalis (pengajian mengenai ilmu-ilmu dunia Barat) , serta Rumah Tahfiz di seluruh dunia. Malah Muhammad Ameen yang yatim piatu itu merupakan penuntut di Pusat Tahfiz Negara di Malaysia di bawah kelolaan Syarifah Nusaybah. Beliau juga nenek kepada Syarifah Zinnera dan Syed Habib. Beliau juga sangat dibenci oleh Presiden Amerika kerana selalu membakar semangat remaja Islam di seluruh dunia untuk menentang Barat dengan apa jua cara termasuk penguasaan ekonomi, pemasaran budaya serta sastera Islam, kerja-kerja sosial serta pembangunan persenjataan.

"...enta akan memimpin kami untuk memelihara Kaa'bah yang mulia dari diceroboh sementara Komander lain akan memimpin pasukan mempertahankan jasad junjungan mulia Rasulullah SAW." 

-Kata-kata Syarifah Nusaybah apabila pertama kali bertemu dengan Muhammad Ameen. 

Pekerja-pekerja di kilang senjata Syarifah Nusaybah terdiri daripada saintis-saintis Islam yang hafiz, yang hati dan jiwa mereka sudah diserahkan bulat-bulat untuk menjadi tentera dalam perang yang bakal tercetus kelak. Mereka sudah sedia untuk syahid ! 

Malah, pasukan saintis Komander Zinnera sendiri terdiri daripada pakar neuro,pakar komputer, pakar biologi, dan sejumlah lagi pakar-pakar yang hebat belaka. 

Komander perang 11 orang tersebut terdiri daripada muslim dari pelbagai pelosok dunia, ada Arab, India, Melayu, Perancis dan Afrika. Setiap satunya mempunyai latar belakang yang hebat belaka serta terlibat dengan aktiviti kesufian di bawah pengelolaan Syarifah Nusaybah. 

Cukup dengan watak yang mengkagumkan , kita beralih cerita dengan senjata moden yang tak kurang menggiurkan. 

Tentera cyborg -Manusia yang dipasang dengan cip di dalam otak,anggota badan bagi meningkatkan keupayaan. Kiranya mereka ini seperti bionik human la. Semua komander juga dipasang cip di dalam otak mereka bagi memudahkan mereka berhubung melalui fikiran, mengawal mesin dan robot . 

Cypher- Helikopter robotik yg boleh terbang dan mendarat dengan sendiri. Boleh memuatkan 4 orang manusia. Boleh memuatkan 30 kg bom.

Sarcos-model seakan-akan manusia diperbuat dari rangka plastik. Pergerakkannya secekap   manusia. Dikawal melalui minda Komander Emrullah. 

Ababil- model burung kecil . Diprogramkan untuk menyerang musuh.

"...untuk seorang Abrahah yang gila,kita memerlukan Ababil yang ganas." -Komander Zinnera.

Bio-bots lipas & Belalang -dipasang dengan back-pack microprocessor untuk menerima arahan kepada urat saraf bagi menggerakkan anggota badan mengikut arahan untuk mencocok mata musuh, menggemparkan mereka dengan gelombang aneh.


Itu serba sedikit mengenai kelengkapan senjata moden yang osem-tahap-tak-ingat. 

Antara scene menarik yang boleh saya cungkil-cungkil keluar dari novel ini dengan penyungkil gigi : 

1. Apabila seorang tentera Amerika ditugaskan untuk melancarkan peluru berpandu menghala ke Masjid Nabawi, ternyata peluru itu berhenti sesaat betul-betul di atas kubah hijau Masjid Nabawi lalu berpatah balik menghujam si penembak. Kapal perang itu meletup berkecai di udara. Semua itu tersebar dengan pesat di serata dunia melalui video scene tersebut yg dirakam oleh seorang jemaah haji dari China. Ternyata peristiwa ini telah membangkit negara-negara Islam semuanya. Berbondong-bondong remaja Islam seluruh dunia ingin menyertai peperangan, menjadi tentera tambahan. 





2. CIA kecoh apabila semua sistem data dan komputer mereka telah diserang oleh semacam jenis virus yang membingungkan. Habis hilang semua data-data penting lokasi dan maklumat ketenteraan dan perkembangan terkini tentera Islam di serata Tanah Arab dek virus tersebut. Lebih merumitkan, virus tersebut tidak boleh dibunuh malah boleh menklonkan dirinya dan 'beranak pinak' merosakkann sistem data Amerika Syarikat. 

3. Dataran Kaa'bah dijadikan tujuh tingkat. Setiap dataran untuk golongan yang dikhaskan. Dataran paling bawah paling sesak. Dataran kedua untuk muslimah sahaja. Dataran ketiga untuk mereka yang berkerusi roda. Kerusi itu bergerak dengan sendiri di atas rel dan berkuasa solar. Dataran keempat untuk jemaah yang cacat seperti buta. Dataran kelima dan keenam untuk orang tua. Dataran ketujuh untuk mereka yang ingin Tawaf Wida'. Gua Hira' pula dimodenkan dengan kereta kabel bagi pengunjung yang ingin naik melawat. 

4.Teknologi hologram membantu mengelirukan musuh apabila tentera Islam cuba untuk menyerang Amerika Syarikat. Bayangan beribu kapal pejuang di dada angkasa pasti akan menggerunkan musuh. 



5.Negara-negara besar seperti Moscow dan New York diserang dengan ribuan lebah yang akan merosakkan sistem penghubungan dan elektrik. Habis terputus semua maklumat dari dunia luar dan semua alatan elektronik berhenti berfungsi. 

6.Pertama kali Muhammad Ameen bertemu dengan Zinnera ditemani Habib. Muhammad Ameen tertunduk malu dengan kejelitaan Zinnera. 

Erm.. itu serba sedikit babak-babak di dalam novel ini. Tapi saya rasa itu hanyalah secebis daripada novel ini oleh sebab saya cungkil mengunakan penyungkil gigi. Jika saya guna sudu atau sudip, mungkin hasilnya lebih banyak. Tambahan pula, ayat ayat saya tidaklah sehebat penulis asal. Saya hanya cuba memberi gambaran kasar kepada anda semua. 

Anda perlu baca sendiri bagaimana di akhirnya nanti, rusuhan mahasiswa di Amerika Syarikat berlaku. Lambakan mahasiswa yang susah muak dengan propaganda demokrasi kerajaan mula protes dan berkumpul di hadapan White House. 

Komander Muhammad Ameen tidak mahu kemenangan yang beku. Tidak memadai hanya tentera kuffar durjana yang dihapuskan, tetapi Amerika harus ditakluk dan dibersihkan segala anasir jahat Amerika yang selama ini meracuni pemikiran remaja Islam dengan pelbagai helah yang dicucuk halus ke dalam minda remaja melalui hiburan, filem, lagu, media, majalah . Tanya diri anda, adakah anda masih terselamat dari penjajahan minda Amerika terhadap diri anda ? 

Tidak saya nafikan, pada akhir novel ini tentera Islam telah menang dengan jayanya . Serta kejayaan menakluki White House yang akhirnya Muhammad Ameen jadikan sebagai 'White Mosque'. Ya, memang indah sekali rasa di hati, berbunga-bunga bak bunga kembang semangkuk kembang mekar di Taman Cik Siti Wan Kembang apabila membaca kemenangan Islam dalam menumbangkan berhala-berhala yang sekian lama didewakan oleh remaja Islam sendiri. 

Tambahan, kepandaian penulis mengusik naluri remaja dengan mengetengahkan watak-watak belia sebagai pemimpin turus angkatan perang Islam yang canggih dan serba moden menandingin kehebatan Barat yang sudah lama merajai dunia. Apakah itu anda rasa mustahil ? 

Jangan pernah lupakan sejarah. Para sahabat semuanya belia belaka. Semuanya masih hijau. Tapi, berbekalkan akidah yang mantap, mereka mengenali Tuhan dan bersahabat denganNya. Menjadikan syahid sebagai cita-cita, cinta mereka kepada Tuhan menjadi point tambahan umat Islam berbanding kuffar. Kita punya Tuhan dengan kita.

Novel ini sebenarnya, berasaskan kesufian yang tidak reti untuk saya gambarkan di sini. Konsep kesufian yang tidak saya punya ilmu tentangnya membuatkan saya kekurangan kepuasan dalam pembacaan. Namun, satu perkara yang saya faham mengenai kesufian, hati mereka telah larut dengan cinta kepadaNya, mereka telah mencapai maqam yang tinggi di sisi Tuhan, ruh mereka bersih dari nafsu yang membelenggu, mereka tidak bertuhankan nafsu, malah nafsu mereka sendiri sudah berjaya mereka jinakkan untuk mengikuti kemahuan mereka dalam mengabdikan diri kepadaNya. 

Selebihnya, apakata anda kaji sendiri. Jangan pula terlalu bergantung kepada Ustaz Google atau Syeikh Wikipedia. Jika bapak anda mufti negeri, abang-abang anda merupakan imam-imam muda sepanjang siri, ibu anda pernah menjadi panel 'Tanyalah Ustazah', bertanyalah kepada mereka. Rujuk yang lebih pakar.Senyum. 

Dan setelah BINGO!, maka usahlah segan dan ragu untuk berkongsi dengan saya apa itu kesufian .  Sengih nampak gigi. 


"Kita mesti ke sana, ini sahaja caranya. Kita mesti membebaskan dunia daripada penjajahan Amerika.Untuk meleraikan penjajahan fikiran yang mereka lakukan selama ini, kita perlu bermula dengan Pembukaan Washington.." 

Persis Pembukaan Kota Makkah...

" Sudah tiba masanya Barat membayar kejahatan yang mereka lakukan ke atas kita. Bukan membalas dendam, tetapi kita tidak dapat mengusir mereka begitu sahaja, sebaliknya kita perlu menggempur mereka, seterusnya membetulkan mereka supaya kita tak kan dikucar-kacirkan lagi oleh mereka. Kemenangan budaya tidak akan dicapai tanpa  kemenangan fizikal. Kedua-duanya mesti berlaku serentak seperti mana yang mereka lakukan terhadap kita selama ini."

Komander Muhammad Ameen , sidang Komander sebelum 'Pembukaan Washington'. 


"Kita memiliki paling kurang tiga kekuatan. Pertamanya kekuatan akidah, keduanya kekuatan sumber asli, ketiganya kekuatan sumber manusia. Sudah tiba masanya umat Islam mengeksploitasi semua ini.."

-Komander Habib, abang Komander Zinnera. 


"Selamat bersidang dan bersimposium sepanjang pertemuan ini.Harapnya anak-anak tidak akan terleka daripada berbincang soal langit ketika bertengkar soal bumi ..."

Petikan Khutbah terakhir  Syarifah Nusaybah di Pertemuan Remaja Islam Sedunia Kedua.



Usah katakan novel sebegini terlalu berat buat anda. Jangan mengalah wahai remaja Islam. Kalianlah harapan agama. Pemuda pemudi sama penting buat menegakkan kalimah La Ila Ha Ilallah di muka bumi ini. Novel Kombat ini bukan realiti. Tapi ianya boleh dijadikan satu pemacu imaginasi kemenangan Islam di dunia kelak. 

Kemenangan itu pasti berlaku. Namun kita tahu bila. Apa yang boleh kita lakukan, berusahalah ke arah itu. Allah akan bertanya kepada kita kelak, apakah usaha kita untuk menegakkan KeesaanNya. 



Teruskan membaca, kerana itu FirmanNya yang pertama. Semua novel Faisal Tehrani InsyaAllah semuanya membangunkan jiwa anda. Mematangkan pemikiran serta membuka satu dimensi baru dalam tempurung kepala anda itu. 

Buat para pemuda, bacalah novel ini untuk mengambil inspirasi watak pemuda Islam yang cintakan syahid. Masing-masing saling mencemburui apabila khabar berita syahidnya rakan mereka. Syahid bererti anda pulang kepangkuanNya dengan bukti. Semoga kalian tetap teguh memperhebatkan semangat juang !

Buat para pemudi, sahabiahku di luar sana, membaca novel sebegini pastinya membuatkan jiwa kalian lebih kuat. Perasaan dan emosi apabila terusik dengan kesyahidan pasti membuahkan makna yang agung berbanding air mata yang mengalir kerana hero dan heroin putus cinta, break up di tengah jalan mahupun penceraian. Usahlah membazirkan masamu, tenagamu, duitmu untuk membeli novel picisan yang tidak membangunkan jiwa kalian. Bacalah sesuatu yang membuatkan anakmu kelak bangga dengan didikan perjuangan yang kalian terapkan buat mereka dalam kehidupan seharian. Bacalah sesuatu yang membuatkan suamimu bersyukur dikurniakan isteri solehah peniup semangat di atas jalan perjuangan. Pasti mereka tersenyum tatkala menarik tangan kalian ke pintu syurga kelak, InsyaAllah.

Oh , pesanan terakhir. Tak, saya bukan nak suruh anda angkat senjata pergi perang, tidak. Saya cuma nak ajak anda sekalian , baca novel ini, baca novel lain yang bermanfaat, pilih bacaan yang berguna dan bermanfaat untuk menjaga diri anda dan keluarga serta teman-teman dari kemurkaan Allah . InsyaAllah, tidak akan rugi buat selamanya.  

 
Waktu PBAKL hari tu :)




Untuk rujukan memilih novel bagus-punyer : 

Semua Faisal Tehrani punyaa..

Dari atas : 

1.Tiga kali seminggu : himpunan cerpen 
2.Perempuan Nan Bercinta : sekuel dari Tuhan Manusia : berkisar mengenai Falsafah Ketuhanan, femisnisme
3.Tunggu teduh dahulu: erm.. paling tebal. Novel yg normal. Jalan cerita yang normal. Masih punya mesej. 
4.Nama Beta Sulta Alaudddin: err.. tak baca habis wpun nipis, sebab penceritaan atuk kepada cucu-cucunya.. er.. saya x minat. hehe
5.3 serangkai detektif indigo : yang tiga ni superb. pasal akademi genius islam yang ada 6-sense . Ala-ala CIA. Cool.
6. Saasatul Ibaad : err.. politik Johor zaman raja-raja melayu dulu. hm... tak baca lagi sebenarnya. hehe. 'macam' bosan.
7.Karbala : berbentuk drama mcm zaman sekolah dulu belajar drama. Cerita pasal peristiwa Karbala. Sedih. Nangis.
8.Advencer Si Peniup Ney: ini pun kira favourite giler la ni. Sumpah best. Pasal hedonisme.
9.Bila TUhan berbicara: bentuk drama , best la jugak
10. Tuhan Manusia: penuh falsafah. Berat. Pening kepala.
11.Sebongkah batu di Kuala Nerang: tentang industri Perfileman Malaysia. Best :)
12. 1515: zaman melaka kena serang dengan POrtugis, dia twist cerita bila Melayu jajah Portugal sana. Intriguing . 

Link untuk melanjutkan pembacaan :

Selamat Membaca ! 

Semoga Allah Rahmati Kalian :)