Wednesday, July 31, 2013

Ke manakah kamu membawaku ?



After watching this video wpun dah banyak kali tengok, the feeling is just the same. The excitement never fade. Because they talked about Jannah, man!

Dulu, waktu first first nak dekat dengan agama, I bought a book pasal Jannah.

And of course, it was fascinating and very remarkable.

Atau ayat lainnye, sumpah awesome ! sumpah cool !

Dalam dunia kita yang semakin maju ini, kita sangat mudah terlepas pandangan soal akhirat, syurga dan neraka. Especially apa yang kita hari-hari tengok ialah facebook, twitter, blog, youtube, movie, drama, reality show, rancangan memasak, travel and backpacking.

We are too overwhelmed by all these things sampai kita akhirnya memang tidak ada masa langsung nak duduk diam kejap dan berfikir.

And benda-benda ni mana nampak depan mata. Pahala and dosa pun mana rasa bertambah ke kurang. 

Nak nak lagi, kita berada di zaman di mana berfikir atau muhasabah tu ibarat mengangkat Gunung Ledang. 

Susah nak mampuih!

Yep yep, kalau bukan sebab tutorial maths, latihan physic, atau past year SPM, agaknya memang kita tak kan pernah guna otak ini untuk berfikir.

Er… berdosa tau tak kalau malas berfikir. Sebab ALLAH banyak gila pesan dalam Quran suruh fikir, fikir, fikir dan fikir. Sampai ada satu jawatan khas untuk para pemikir yakni ulul albab.


But somehow, yang sadisnya, dalam masyarakat melayu kita ni, yang tak suka berfikir langsung tu ramai. Sangat ramai. 

Kalau tak, mana laku Maharaja Lawak, mana ada orang nak tengok channel 131. 

Mana ada orang minat rancangan-rancangan kurang akal macam tu. 

Tak gitu ? 

Kita suka gila rancangan macam tu sebab tak payah fikir apa-apa.

Tonton dan gelak je. Paling-paling pun hanya perlu fikir berbuka karang nak makan apa, nak beli lauk apa, nak pergi Param mana, baju raya bila nak ambik atau malam karang nak tengok movie apa.


In contrast, bagi melayu yang berfikir, yang guna otak, yang kritis dan intelektual, satu penyakitnya ialah Liberisme. 

Baidewei, aku tak nak la sentuh pasal term-term melangit ni. But somehow, memang ramaikan Melayu liberal zaman kemodenan ni. 

Mereka-mereka ni sangat allergic dengan typical mentality melayu yang tak habis-habis jumud dan asyik nak bertekak. 

Tak habis-habis dengan emosi tak menentu, dari yang berdarah muda, sampai lah yang dah masuk lubang.

Yeah, mencarut itu cool, bila cakap berhabuk falsafah barat, komunisme, liberalism, sejarah itu ini, Karl Marx, Darwin dan sekutu dengannya, and merendah-rendahkan typical mentality melayu yang bagai katak sangat sukar untuk keluar dari bawah tempurung.

Baca novel Fixi dan Lejen Press banyak membantu untuk memahami their standard and the way they think. 

Fuuh. Sapa kata melayu tak boleh liberal beb !

You still can have sex even you wear baju Melayu.

Jaw dropped. Dahsyat.

Lain dialog-dialog sinis kedengaran..

“I don’t wear baju kurung. It’s old fashion”.

“Na, tudung just don’t fit my style.”

“Eleh, pakai tudung mulut mengata orang je buat apa ?”

Hm… yeah yeah. Makin semak jiwa aku dengan pelbagai alasan basi Melayu.

Kita suka beri alasan tanpa pernah nak berusaha tanya why and get the answer.

By the way, kita drop the problems and let’s move on ke padang rumput. Lebih banyak oxygen.
Tarik nafas…. Lepas… Ahhhh…

So, the video above, Brother Nouman and Brother Eddie sembang chillax pasal SORGA. Na na, itu gaya Inche Gabbana.

Dorang sembang pasal Jannah secara sempoi tapi still membuatkan aku terkinja-kinja dan sengih sampai telinga.

Sapa tak meleleh air liok cakap pasai syurga woi!

Korang boleh tengok dan dengar sendiri la eh. Aku maybe just ambik few things je untuk bawa ke highlighted things aku nak cakap.

1st clarification. Allah SWT cipta Neraka supaya Dia boleh tunjukkan betapa Maha Pengampun dan Maha Penyayangnya Dia pada kita.

HEY , He warned us pasal Jahannam tu kira satu nikmat tau ! 

Apa akan jadi kalau kita tak pernah tahu Neraka tu tak wujud ?

Walaupun kita tahu pasal syurga, tapi tanpa Neraka, ianya takkan balance. 

Walau musyrikin tahu Neraka tu wujud pun boleh buat perangai jahat gila, degil nak mampuih, inikan pulak kalau depa tak pernah tau Neraka tu wujud! Lagi naik lemaklah!

Yep, Allah is Extremely Merciful !

And korang, aku suggest korang pi fahamkan nama Allah Ar Rahman tu dalam bahasa Inggeris. Sebab bahasa Melayu tak bape nak ummpph. Kalau tak pandai, pandaikan lah. Tipulah dan berbelas-belas tahun belaja English tak kan tak paham satu patah pun. Ready untuk nganga dan menangis ek !


Aku nak ajak korang fikirkan pasal perasaan korang pada artis pujaan korang. 

Sapa-sapalah yang korang minat. 

Baik Izzue Islam ke, Kim Jong Kok, SHiNee ke, NeeLofa ke, HaHa ke, oh mai. Sorry la. 

Aku tak pandai la nak bagi satu-satu nama dorang ni. Aku mengaku aku duduk dalam gua. Aku tak kenal weh.

So, sapa-sapa lah ye.

And for girls, mesti korang tersengih-sengih, menyotong-nyotongkan bila tengok artis pojaan hati dan jantung korang. 

Ala, confirm punya, kalau tak, takkan korang sanggup marathon movie, drama, running man pagi sampai malam walaupun bulan puasa kan ?

 Kalau tak minat, takdeknya ghupe itu perangainya. Ha ha.

And aku pun ada je minat-minat ni. Eheh. 

Well, kalau aku la, korang muka tu control sket dari berkerut sangat dengar cerita aku tau. Aku suka jugak tengok video Ustadh Nouman ni, tengok DeenShow tu, so minat le tu namanya kan ?

And aku sangat excited tengok video kat atas tu sebab muka dorang masing-masing excited dan ceria bila sembang pasal syurga.

Dan korang tau kan, nanti dalam syurga, bila dah masuk syurga tu, kita boleh jumpa sesiapa sahaja yang kita nak, boleh jumpa sesiapa saja yang kita suka, anyone, anywhere, anytime.

Tak payah guna Line ke, Kakao talk ke , watsup ke mende sekalipun. Just wish dalam hati and taaraa.. Right in front of nose stick. Ha ha .

So, Yep, for some reason, kita akan kagum dengan beberapa manusia dalam hidup kita, sama ada sebab rupa parasnya yang MasyaAllah indahnya ciptaan Tuhan, atau sebab kelakarnya lawak bodohnya, juga sebab petahnya dia berkata-kata atau apa saja sebab sekalipun .

Mesti every single day korang wish untuk jumpa dengan dorang yang korang minat tu kan ?

Ei tipule kalau tak teringin nak jumpa. 

Aku ingat lagi waktu aku minat Suju dulu tu, bila dorang dating Malaysia untuk MTV award, tak senang duduk aku kat rumah tau. Mengenangkan mereka berpijak di Tanah Melayu sama level dengan kaki aku. Eheh.

Itu hikayat zaman Hang Tuah dulu. And still aku masih ingat ‘the excitement’ yang aku rasa tu walaupun bila dah boleh berfikir dengan betul memang rasa itu sangatlah kurang cerdik perbuatanku itu.

Dan, mengenangkan even tak boleh jumpa mana-mana Islamic Scholars atau anybody yang kita kagum di muka bumi ini, berdoalah untuk dapat jumpa dengan dorang di Syurga nanti !!!

Waktu tu lagi boleh sembang kencang wehhh!!! 

You have forever untuk sembang, untuk chillax together, nak buat reunion sekampung ke whatsoever, you have forever. You won’t die, tak payah fikir nak pegi kuliah, tak payah fikir nak pegi kerja, tak payah fikir nak solat, nak mandi nak buat susu anak, tukar lampin , mandikan kucing atau apa sekalipun.

YOU. HAVE. FOREVER.


Dan insyaAllah, semoga cinta dan saying serta rindu untuk berjumpa dengan saudara seakidah ini hanyalah keranaNYA.

Dan semoga Allah SWT himpun kita di dalam SyurgaNYA kelak bersama.

Dorang berusaha berdakwah melalui Youtube kea pa medium sekalipun, dan kita sebagai viewers, doakan mereka, dan doakan kita dapat bersama mereka untuk ke Syurga kelak beratur dalam barisan yang diketuai oleh Rasulullah SAW dan para sahabat r.a.

Ah!! What a beautiful thought !! Doa banyak-banyak eh! Sementara ramadhan masih ada. Sementara hati ini masih belum tergoda dengan lagu raya yang meracuni semangat ramadhan.

Dan korang , para pembaca, semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah SWT atas hati korang yang sangat cinta pada kebaikan itu J


Bila kita cinta artis, penyanyi, pelawak, apakah jaminan kita ?


I give you a story .

Dulu, Aku minat suju. Minat gila 13-13 orang tu (sekarang dah 12 je eh ? ke kurang lagi). So, aktiviti rutin aku adalah tengok video dorang.


Tengok.

Download.

Tengok , Download, Share.

Tengok download share.

Tengok download share.

Bila dah hari-hari tengok, tipulah kalau tak termimpi-mimpi kan ?

Dari mata, turun ke hati. 

Rasa nak jumpa tu membuak-buak, membayangkan dapat pergi konsert dia pun dah sengih sampai koyak mulut.

So, katakanlah aku nekad, nak jugak jumpa !

So aku beli tiket ke Seoul, Korea. Nak pi SM entertainment, nak jumpa sangat dorang ni!

Sampai depan SM tu, satu fakta is aku tak keseorangan . Thousands thousands of fangirls yang hysteria dorang lagi dahsyat dari aku tengah tersadai

Dorang lagi ramai, lagi gempak, lagi kuat jeritnya.

Kalau dapat jumpa, mesti sekilas je. Tapi itu pun dah rasa nak pengsan eh ? ha ha.

Kalau dapat sembang pun, berapa minit sangat lah. Dorang kan sibuk. Retiss doh. Mana ada masa.

And kita, willing to die untuk dorang, merentasi laut asia pasifik semata-mata nak jumpa dorang.

Dorang tak kenal pun kita . And who are you ? Just a mere girl yang sama gila dengan perempuan-perempuan lain. No difference, no uniqueness.


Dan, nanti kan kita mati, dibangunkan kat Mahsyar.

Bila kita bangun, kita tengok-tengok dorang satu group dengan kita .

Waktu tu, hilang langsung semua perasaan nak pengsan ke , excited ke, hysteria ke nak peluk ke,

 HILANG!


Aku tak bermaksud nak me-neraka-kan siapa-siapa.

Ini peringatan untuk diri aku sendiri jugak.

Sebab at the end of the day, aku jugak akan baca balik apa yang aku tulis.

Dan memang al quran ini adalah untuk kita ambil pengajaran supaya kita ingat dan sentiasa ingat sebab kita manusia mudah lupa. Bukan melayu je.


Ini ada few dialogues ahli neraka dalam Quran.


(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (2:165)

And (yet) among mankind are some who take for worship others besides Allah asequals to Him. They love them as they should love Allah. But those who believe are
stronger in their love for Allah. And if only those who wronged could see when they will see the punishment, that all power belongs to Allah and Allah is severe in punishment.

What is love?: to love something is to continuously talk about that thing. It could be sports,
games, movies, stats, cars, technology, fasion, clothing and weddings. Whatever we are
obsessed with the most has taken the place of Allah swt. These idols can be infront or inside
of you (something as hidden as the dark ant on a black stone of a lightless night). This is the
place that Allah swt is suppose to enjoy in our heart, everything else should be loved after
and must submit to Allah swt’s love.



(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. (2:166)
 
So, bila-bila si pengikut dan si ketua sama-sama dah depan neraka, sama-sama dah jumpa dan Nampak dengan mata kepala sendiri neraka, waktu tu dorang sendiri memang dah tak nak ada hubungan langsung dengan orang yang dorang ikut tu.



Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.(2:167)
Hasarat : menyesal yang menyesal selamanya (check ayat quran)


Interesting Concepts

Ayah 167: And those who followed would say : “If only we had one more chance, we would clear ourselves of them, as they have cleared themselves of us” Thus will Allah show them (the fruits of) their deeds as (nothing but) regrets. Nor will there be a way for them out of the Fire. 

 So, dorang sangat menyesal. Sangat sangat menyesal. Dan kalau boleh balik ke dunia, dorang tak nak ada langsung hubungan dengan orang yang drag dorang ke neraka itu.

(al-baqarah : 165-167)

Lagi ayat yang menceritakan mengenai dialog pemimpin yang zalim dengan pengikutnya

ghafir : 47
saba :31
sad:59
hud :31


Tafseer english yang best tu boleh dapatkan dalam bentuk pdf di linguisticmiracle.com. 


Hm…. Yep.. those ayat make me ponder very deeeep.

Check balik lah siapa yang kita puja dalam hidup ini, siapa yang kita cinta, siapa kawan-kawan kita, siapa yang banyak mempengaruhi kehidupan kita di dunia ini.

Apa pun alasan kita untuk berlengah, masa tetap berjalan. Syurga dan Neraka tetap ada. Judgement Day tetap ada.

Allah tetap akan menghisab.

Kita yang buat keputusan untuk kehidupan kita.


Rasa sayang sangat kalau kita asyik terlepas pandang perkara-perkara yang sebenarnya yang sangat penting tapi kita tak terasa penting sebab semua orang anggap tak penting. 

Ramai di dunia ini memilih untuk lalai dan berlengah, hanya sedikit sekalinya mahu mengambil peringatan. 

Allah sendiri dah sebut macam tu dalam Quran. 

Maka, kita juga yang boleh memilih kita nak jadi golongan yang mana. 

Struggle dalam hidup ni bukan hanya sekadar struggle nak dapat 9A+ waktu SPM. 

Struggle bukan je untuk survive kat IB. 

Struggle bukan untuk dapat Dean List je. 

Struggle bukan semata-mata nak kerja  keras hidup senang je. 


Tapi everyday is a struggle. 

Definition struggle kita mesti diperbetulkan. 

Definisi kita tentang kejayaan juga mesti diperbetulkan. 

Ramai budak baya-baya kita ambik acuh tak acuh soal life goal , soal purpose of life. 

Bagi aku, personally aku tak berani nak bayangkan hidup aku 20 tahun akan datang kalau anak cucu aku sendiri agama entah ke mana. 

So, the least thing yang kita boleh buat is aware dengan benda-benda ni. 

And untuk pemuda yang semangat dengan dakwah, nak mengubah dunia apekemende ke. 

Aku pun dulu ada semangat berapi berasap macam tu. 

Otak tu fikir dakwah je . Twitter, facebook, blog, insta sume benda dakwah je. 

Ye itu bagus. 

Tapi, cuba fikir, ini untuk aku sendiri, macam mana dengan peribadi kita sebagai muslim ?

Kita sibuk berdakwah sini sinu di media sosial,  dan mungkin hebat sket ada pegang usrah 2 3 ketul. 

Tengok balik dalam cermin . 

siapa diri kita sebagai muslim ? 

Sudahkah kita berbuat baik pada ibu bapa ?

Family kita ? adik kakak kita ? 

Memang bagus kita pung pang di twitter, facebook dan even belog ni ha.. 

Tapi, in the same time, tengok balik cermin dan reflek. 


Sejauh mana Quran tu kita dah hadam ? Kita dah faham ? 

Aku dulu serius terasa la..

Sebab aku rasa memang kena hempuk dengan hammer. 

Sibuk berpung-pang kat fb twitter dan sebagainya, tapi aku realise yang Quran tu terlalu sedikit yang aku tahu. 

Itu adalah tragedy ye. 

Dan perlu cure yang segera. 

Kira kena masuk wad kecemasan ! 

Tak boleh delay . 


Dan aku mula nak mengurangkan sebanyak 95% aktiviti aku di Fb, twitter dan sebagainya. 

InsyaAllah tak mati kebulur tak bukak facebook, tak mati kejang tak scroll timeline sehari. 


Facebook, terlalu banyak membaca apa manusia lain kata, terlalu banyak isu umat dibentangkan sehingga kita lupa nak check hubungan dengan Allah . 

Sehingga lupa habis yang banyak gila ayat Quran tak hafal lagi. 

Sehingga kita lupa diri kita ini hanyalah tin kosong yang bingit berbunyi apabila diketuk.

Sehingga kita tak sedar diri kita zero. 

Nak beri sumbangan apa pada Islam kalau kita zero ? 

Kita Muslim keturunan, hidup di negara Muslim, sudah terlalu banyak lemak. 

Kita bermalasan dalam menyembah Allah. 

Sedangkan mereka yang minoriti di negara sana, berhempas pulas. 

Setiap hembusan nafas, setiap titis darah, setiap langkah kaki, semua untuk Allah. 

Dan mereka lebih menghargai Al Quran lebih dari kita yang memang dah hafal al fatihah sejak kecil, ada pendidikan islam dalam spm dan boleh hafal rukun haji apatah lagi rukun nikah. 


Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya ? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".


 Semoga Allah menjadikan golongan yang beruntung. 

Semoga Allah menerima amalan kita. 

Semoga Allah mengikhlaskan hati kita hanya keranaNya.

Semoga Allah berikan kita ilmu dan hikmah supaya kita terlepas dari golongan yang membabi buta dalam beramal. 

Semoga Allah himpun anda dan saya di dalam Syurga. 

Semoga Allah melindungi kita dari Jahannam yang dahsyat. 

Nurul Farhah Amalina
31/7/2013
22nd Ramadhan 


p/s : Cik Laila masih boleh dikejar ! 

 Maaf segala salah silap. 

No comments:

Post a Comment