Tuesday, March 26, 2013

Tutup Aurat cara Mukminah atau Muslimah ?

Maha Suci Allah yang telah mengizinkan untuk blog ini dihapdet lagi.

Allah jua yang beri ilham dan kekuatan untuk bergerak menaip.

Tajuk di atas saya kira jelas sekali menggambarkan isi post kali ini.


Isu aurat, fesyen, pakaian, gaya dan segala yang sama waktu dengannya sangat menjadi satu isu concern pada diri saya.

Kerana saya adalah wanita beriman,

suruhan menutup aurat di dalam surah an-nur, al-ahzab itu adalah untuk saya,

dan saya sangat sangat meminati fesyen !!!


So, let's get started !!

Sejak jadi mahasiswa ni kan (walaupun baru asasi), but still feel dia dah feel jadi budak U. hoho.
So, bila kat U ni, kita boleh lihat macam-macam fesen lah yang ada dalam kalangan remaja,belia, mahasiswi dan pemudi.

Dan.. sejak akhir-akhir ini, memang lambakan fesyen yang berevolusi dengan skala 10 skala Ritcher! Mengalahkan Tsunami kot !

Serious, dahsyat!

So, salah satu jenis fesyen yang mendapat perhatian para gadis kini adalah...... Jeng Jeng Jeng.....

Tudung Bidang Berwarna Warni. 

senyum.

angkat kening.

Hm... Yesh.

Secara jujurnya, saya merupakan antara peminat fesyen berkaler terang dan kontra. Sebab itu memang fesen zaman sekarang kan...

so, memang syok la bila tengok banyak gila sekarang ni tudung bidang yang 3,4,5,6,7 ton warna.. semakin hari semakin banyak ton dalam satu tudung. Boleh buat contest, siapa warna tudung ada variasi ton paling banyak.

ehem.

So, yes.. I bought around 7 helai tudung la.. Dulu suka sangat dok kumpul shawl. Belit sana belit sini. Tapi sejak jadi mahasiswi, nak nak sem 2 ni makin sibuk pulak, tak dek masa pulak I nak berbelit-belit ni.

Time is business...

kononnye...

Tudung-tudung yang dibeli, memang telah diperhatikan secara dekat dan teliti, struktur tudung yang betul dan tepat, menepati piawai 'taste' agar mudah untuk digayakan kelak.

Tudung ibarat nyawa kami. 'Bad tudung day' sangat menakutkan....

So, waktu tu pun sebenarnya baru nak berjinak-jinak dengan tudung bidang ni,

dari bawal ke shawl panjang ke tudung bidang.

Sungguh, Islam itu mudah especially dalam kes nak menutup aurat. Sungguh fleksibel dan memudahkan .

Sejak dah bertudung bidang, nak nak warna-warna tudung spesis ni semakin berevolusi macam sesumpah, makin lama makin banyak kaler, makin terang kaler-kaler untuk tudung hok spesis labuh-labuh ni, so semakin kelabu la mata ni nak memilih dan memikiorkannye..

Ish, teman ni cepat excited giler bila tengok tudung bebanyak ni. Tambah lagi sekarang ni galak benor jualan mega kat U ni. Sibuk benor. Tak tau ke deme teman nak pekse ni....


Kan trend sekarang kan orang kalau pakai tudung, dia suka main sangkut-sangkut kat tepi kepala dia tu kan ... ala-ala najwa latip, dena bahrin, dan sesiapa sahaja ikon pesen muslimah kontemporari ..

hm.. itu sedikit sebanyak sebenarnya merimaskan saya.

Bila mana kita tengok semua orang bergaya sangkut-sangkut macam tu, buat saya ketawa pun ada kadang-kadang, sebab almost 60% populasi siswi akan buat gaya yang sama. Yang membezakan hanyalah ketinggian dia menyangkut tudung dia.

Sampai ada suatu kisah yang boleh tahan lawak dan sengalnya yang diceritakan oleh sahabat saya.

Satu hari, sahabat saya ternampak seorang kawan lelaki dia dok ushar-ushar seorang budak perempuan lain.

Maka ditegurlah oleh sahabat saya ni..

"ui, tengok mende mu?"

Maka, kawan lelaki dia cepat-cepat kover terkantoi mengusyar anak dara orang.

He came out with one question. Konon-konon nak cover .

"kenapa eh budak perempuan suka sangat sangkut-sangkut tudung kat tepi kepala macam tu ha?"

sahabat saya menjawab "entah. mana la aku tau."

"dorang ni main sangkut-sangkut tudung ni ikut pangkat ke? Yang pangkat tinggi sangkut tinggi-tinggi sikit. Yang kureng pangkat low sikit sangkutnya. huh?"

maka sahabat saya pun ketawa berdekah-dekah dek lurus bendulnya soalan lelaki itu.

sekian.


So, berbalik semula kepada cerita asal tadi. Maaf. Jauh pulak melencongnya.

Bila la nak masuk bab auratnye ni...... panjang pulak hikayatnye..

Basically, apa yang saya ingin perkatakan kali ini adalah mengenai kaitan aurat dan fesyen Islami.

Alhamdulillah, semakin ramai yang sudah tergerak hati untuk mengenakan tudung yang tidak jarang berbanding dengan tudung bawal yang ala-ala main cak-cak, jarang-jarang tapi macam tak jarang padahal sebenarnya jarang esp lalu bawah matahari.

Tudung bidang semakin mendapat sambutan dan semakin murah harga dan mudah untuk didapati.

Sangat-sangat bagus untuk kami-kami yang baru nak berjinak-jinak menutup aurat dengan sempurna di samping melabuhkan tudung ke bawah dada.

Pesen muslimah kontemporari pun kini semakin hangat diperbincangkan oleh para muslimah espesiali sedang memilih tudung atau sedang makan goreng pisang panas sembang-sembang santai bersama girlfriend.

Cantik sangat.

sangat sangat cantik.

Seperti saya pernah mention dalam post Bila Si Solehah Bergaya! dulu, kalau saya yang perempuan pun walawei amaze dengan ke-cun-an muslimah itu, apatah lagi lelaki di luar sana tak kiralah anda mat rempit, mahasiswa berwibawa, si presiden mahasiswa universiti, ketua kepimpinan dakwah, ikhwah atau sesiapa sahaja bernama lelaki yang ada hormon testosterone dengan jumlah yang banyak, pasti! Pasti! akan pandang 2 kali kepada muslimah nan bergaya yang sorang nih.


" Inilah ciri-ciri wanita solehah zaman kini. Tutup aurat dengan sempurna tapi still cun. Pergh, konpom solehah ni. Layak buat bini. Oh wanita solehah.. sudikah engkau menjadi bidadari hidupku? Ayuh kita bercinta hingga ke surgaNya di sana.........."

Facepalm.

Tersedak.

muka biru.

Pengsan !


Anda bertudung labuh tapi lelaki masih tertarik dengan anda ?

Anda menutup aurat dengan sempurna tetapi lelaki masih melihat anda dengan penuh rasa minat dan sexually excited ?

Anda pakai handsock ninja, stoking tutup kaki yet ramai yang curi curi pandang dengan penuh takjub dan terpesona dengan anda?

Bila anda berjalan, anda dapati banyak mata memandang anda, tidak kira lelaki atau perempuan, kerana mereka memerhatikan lilitan shawl di kepala anda, memerhatikan betapa flowy-nya skirt labuh anda yang berwarna peach terang, betapa berkilat-kilatnya manik di atas kepala anda yang membuatkan anda nampak seperti princess muslimah yang memakai crown.

Anda sering mendapat perhatian dek terangnya warna-warna pakaian anda dari sehari ke sehari. Anda rasa excited gila nak cari lagi tutorial tudung yang labuh menutupi dada di youtube dan menggayakannya ke mana sahaja anda akan pergi.

Anda rasa anda betul-betul sedang mempamerkan fesyen islam yang indah. Anda tutup aurat dengan sempurna, pakai handsock sampai jari, pakai stoking tutup kaki, pakaian tak ketat dan tudung anda labuh menutupi dada.

Anda sangat excited nak menambah koleksi tudung bidang berwarna warni, pelbagai ton dan corak supaya anda terus menerus nampak solehah nan indah setiap hari, setiap masa.

Sungguh, hati anda berdegup kencang seperti di panah arjuna apabila melihat jualan tudung-tudung bidang di mana sahaja.


Enough with the examples.

Usai menonton sebuah video di youtube, huraian dan ulasan Dr Zaharuddin mengenai Fesyen Muslimah : Trend dan Hukum.

Fashion Muslimah : Trend dan Hukum

Saya kira, satu explaination yang lazat tidak terkira. Ilmu yang membekas pada telinga yang mendengar, insyaAllah di hati untuk diamalkan.

Sungguh, banyak kali saya sendiri saya terpukul dan terhempap batu besar tatkala mendengan penjelasan UZAR tentang isu ini.

Antara sedikit nota yang sempat saya catat semasa mendengarnya .

Tahap muslim itu ada 3.

1. Muslim- apabila dia sudah mengucapkan kalimah syahadah. Namun, iman masih belum lengkap 
                   sempurna meresapi ke dalam diri.

2. Mukmin- hanya akan dicapai apabila iman sudah meresapi ke dalam hati. Sudah merasai
                    kelazatan  berTuhankan Allah dan Rasul, bertambah jinak dengan Islam dan ilmu-ilmu  
                    Islam, imannya sudah diuji.

3. Muttaqin - mencapai tahap taqwa.

Yang sentap is, Dr Zaharuddin berkata,

Apabila kita lihat 3 kategori ini, fesyen hanya akan hangat diperkatakan dalam kalangan muslimah(muslim) .

Mereka ini yang selalunya concern sangat apa manusia kata, sangat kisah pengiktirafan dan penghargaan manusia, sangat kisahkan perhubungan antara manusia dengan manusia, dan of course pastinya sangat mementingkan kecantikan luaran.

Kalau orang mukmin, mereka tidak berbicara mengenai fesyen. Mereka tidak sembang-sembang pasal bagaimana nak mencantikkan pakaian luaran, tetapi mereka sibuk berbincang mengenai iman dan islam. Mereka sibuk nak mencantikkan iman. Mereka sanggup spend banyak duit demi mencantikkan iman. Mereka sedar hakikat bahawa dalaman itu lebih penting dari fizikal semata-mata.

Subhanallah. Betapa saya rasa sangat terpukul. Memang sentap. Kalau mukmin berbicara mengenai iman, apatah lagi golongan muttaqin.

Ada ayat al quran (maksud lebih kurang) , Allah berfirman yang Allah tak lihat pada luaran dan tubuhmu, tapi Allah lihat pada hati dan amal kita.

Jadi untuk golongan muslim yang kisah mengenai fesyen dan sebagainya, kita dibenarkan untuk berfesyen, tapi masih ada border yang perlu dipatuhi dan jangan dilepasi.

Konsep tutup aurat yang sebenar adalah :

TUTUP APA SAHAJA YANG BOLEH MEMBUATKAN ORANG TERTARIK KEPADA KITA SEHINGGA MENAIKKAN SYAHWAT. 

Saya kira, kalau dalam fizik, orang kata kalau dah faham konsep, insyaAllah boleh jawablah soalan-soalan nanti. 

Begitu juga dengan soal aurat. 

Main thing yang kita kena pastikan adalah, BUKAN UNTUK TARIK PERHATIAN ORANG. 

hm... susahkan ? Sumpah , sejujurnya saya cakap, memang susah. 

Kerana fitrah wanita itu, Allah uji wanita dengan fitrahnya yang suka nak nampak cantik, sama ada pada diri sendiri, dalam kalangan kawan-kawan wanita apatah lagi kaum lelaki. 

Maka, Dr Zaharuddin juga kata, 

Barangsiapa wanita yang berjaya tahan keinginan untuk nampak cantik beria-ria di dunia, mujahadah betul untuk keep the beauty properly, tak main tayang free-free pada semua orang, maka, di akhirat nanti, Allah akan bangkitkan dia dalam kecantikan yang sempurna. 

Flawless. 

Putih melepak. 

Hairless di tempat yang tidak sepatutnya.

Allah beri kulit yang gila gebu dan mulus. Tak payah dok usung lotion Nivea tu dah. 

Allah sempurnakan apa yang dulu penah cacat, sama ada parut kudis buta, kedutan seribu, hitam sikit-sikit dek kulit kering atau burnt, dan... apa sahaja yang kalian rasa kalian tak cantik sebab itu dan ini. 

Allah akan sempurnakan penciptaan bidadari itu. ( wanita mukmin akan jadi permaisuri bidadari di syurga nanti. Queen of all bidadari. Andalah yang paling cantik dan hot.) 

Boleh rujuk surah Al-Waqiah ayat 35-37. 

So, satu golongan yang Nabi pernah story dulu is, satu golongan wanita yang berpakaian tapi telanjang. 

- Pakaian jarang nampak kulit.ala-ala main cak-cak. kadang kita tak sedar kain baju kurung kita 
   jarang  kalau tak pakai kain dalam. take note.

- jalan lenggang lenggok, catwalk, singawalk dan sebagainya. Obviously bila pakai kasut tinggi. Konfirm jalan pelik sikit, sebab bila pakai kasut tinggi, otomatikali buntut akan tonggek. Maaf agak direct. Fakta.

- Cakap manja ala buluh perindu. Ketawa manja bertambah concentrated apabila ketawa bersama kawan lelaki . Senyum pun mungkin terlebih gula. Aish. Kadang-kadang, kita pun tak sedar bila kita actually dah overboard. Jadikanlah taqwa sebagai perisai.

-Sanggul tinggi macam bonggol unta. tak kisahlah rambut ke, sanggul artificial ke, buat sendiri ke ape, yet, kalau niatnya adalah untuk tarik perhatian so, tak bau la syurga nanti. Bau pun tak, apatah lagi nak masuk dan jadi bidadari syurga yang rambut tak payah nak sanggul sebab rambut cantik gila malah lebih cantik dari iklan sunsilk guna jari pun boleh.

Imam Nawawi kata, 'tarik perhatian orang' tu actually macam akan buat orang tu pandang kita 2 kali sebab nak tengok lagi. Tak kisahlah sebab tertarik dengan kecantikan kita (mostly sebab ni), atau sebenarnya pelik tengok fashion kita (tak kurang juga sebab ni). Jaga-jagalah, tak pasal-pasal kita ni fashion victim. Payah kalau jumpa fashion police. Kau masuk E! nnt...

Lagi ayat Allah dalam surah al-Ahzab ayat 32, Allah guna perkataan "Ya Nisa An-Nabiyi" untuk kata yang mereka ini tidak seperti perempuan lain..

Maka, alangkah baiknya kalau kita berusaha me-level-kan diri kita untuk menjadi selevel dengan perempuan-perempuan Nabi yakni isteri dan anak perempuan Nabi. Bukankah mereka itu konfirm sudah jadi bidadari syurga ? Malah merekalah penghulu bidadari. Maka, usah dicari-cari bidadari dunia plastik yang konon-konon nya cantik indah dengan busana muslimah kontemporari, tapi hati kering dari mengingati Allah.

Bila kita menutup aurat dengan baik, tak expose dada yang menjadi tempat pertama lelaki akan pandang, kita akan dikenali sebagai wanita yang baik-baik. Kita tidak akan disakiti, di-sexual-harassment kan..

Means like lelaki fasiq tak kan cop kita ni stok yang boleh buat main, boleh usik-usik, ayat-ayat sikit buat main sebulan dua then tinggal sebab bosan .

So, sinergi atau kolaborasi antara wanita dan lelaki dalam soal ini sangat penting.

Para wanita, tutup aurat kemas-kemas, jangan bocor sikit-sikit, bagi purrfect, lengkapkan mana yan kurang, labuhkan mana yang singkat, longgarkan mana yang ketat berpinggang, jaga elok-elok sampai lelaki tension tak dek site yang boleh usha sebab sume da kena tutup.

Para lelaki, wahai pemuda harapan agama, wahai bakal imam para wanita di luar sana, wahai penegak khalifah islamiyah, wahai bapa kepada anak perempuan yang solehah, wahai bayangan Umar al Khattab, Sultan Muhammad al-Fateh, Mus'ab bin Umair, kalian suruhlah anak,isteri,adik,kakak, girlfriend( InsyaAllah bakal isteri) anda tutup aurat. Kemudian anda tundukkan pandangan jangan meliar. Jangan bangkitkan singa itu. Nanti anda merana. Kawal diri dari imaginasi dan fikiran-fikiran yang ....... hm...

So, at the end, ada satu kisah, sau hari saidatina Aisyah berjumpa dengan para wanita islam. So, ada lah among mereka ini yang memakai pakain yang nipis dan tidak sempurna auratnya ditutup.

Saidatina Aisyah berkata

"bertabaruj bukanlah pakaian wanita mukminat. Jika kamu bukan mukminat maka pakailah seperti ini."

Ayuh, kita check balik niat. Usha-usha almari, perhatikan locker kita, sama-sama buat yang terbaik untuk Allah.

Saya yang menulis ini juga banyak salah silapnya. Sebab itu saya menulis entri ini supaya yang paling terkesan sekali ialah diri saya sendiri. Maaf salah silap andai anda lihat saya cakap tidak serupa bikin. Ayuh sama-sama improve diri.

Banyak yang perlu diperbaiki, meskipun terpaksa belanja lebih lagi untuk top up pakaian yang lebih baik dari sebelum ini.

InsyaAllah, paling penting adalah dalaman. Hubungan dengan Allah.

Ayuh, kita menutup aurat tahap mukminat. Improve diri dari hanya menjadi muslimah kepada mukminat.

selangkah anda mendekati syurga ^^

Syurga menanti-nanti para permaisuri jelita yang sedang sibuk beribadah dan bermujahadah di dunia ini.

Semoga Allah Redha.
NFA
26.3.2013
2.44 am.
musimexamlagatalnakupdetblog. 


  

Friday, March 8, 2013

Random

Dia sedang berusaha.

Dia sedang menggerakkan langkah majunya.

Dia sedang bergerak ke arah itu.

Dia yang aku nampak, yang visible di depan mataku.

Pasti ramai lagi di luar sana juga sedang bergerak ke arah itu.

Pasti.


Aku kadang-kadang rasa bodoh sendiri. Memang la sendiri, takkan nak ajak orang lain berbodoh-bodohan dengan kita.

sebab aku masih lagi mudah terkesan dengan masalah ringan-ringan .

Ya. Exam itu masih lagi masalah buat aku.

exam masih lagi menjadi titik lemahku.

Masih lagi menjadi satu perkara yang boleh buat hidup aku upside down.

Aku masih lagi tertanya-tanya.

"apa masalah aku? kenapa susah sangat nak usaha ? kenapa susah sangat nak study ? nak tunggu apa?"

aku..

sangat lemah.

sangat sangat lemah.

tersangat lemah.

aku cuba mencari Allah disebalik setiap subjek yang aku pelajari.

Ya, hanya di dalam Biology sahaja aku ketemukan kebesaranNya.

aku tidak tahu mengapa aku perlu belajar Sains.

Semakin memudar minat pada Sains.

Aku rimas dan lemas di dalam sistem.

exam-oriented.

kau fail= kau bodoh .

kau fail= kau bebal .

kau fail = kau tak dek masa depan.

kau fail = kau loser.

A adalah segala-galanya.

Markah yang tinggi adalah segala-galanya.

Sanggup buat apa sahaja demi markah.

Demi test, demi quiz, demi final.



Aku tahu, aku naif.

aku tak bolehkan nak put all the blame on the system

memang system pendidikan Malaysia ni untuk menghasilkan robot-robot kerbau dicucuk hidung semata.

konon-konon modal insan .

Dr Muhaya kata, kita tak boleh nak ubah perkara itu, tapi kita boleh ubah cara berfikir dan cara kita memandangnya.

Well said.

Susah nak buat .


Ya, exam. tahniah !

Anda berjaya menggelongkan saya.

Anda berjaya menggilakan saya.

Anda berjaya buat hidup saya again upside down.

Maaf. Saya belum lagi jadi hebat.

Sebab saya belum mampu mengeluarkan potensi itu, kerana saya berada di tempat yang bukan untuk saya.

ini takdir. Pasti.

pasti Dia menyediakan kebaikan yang banyak untuk aku since aku berada di sini.

Banyak sangat kebaikannya.

banyak sangat hikmahnya.

Alhamdulillah.

Ya Allah, selamatkan aku dari futur. Selamatkan aku dari bermalas-malasan dalam ibadah. Teguhkan hatiku di atas jalan ini.


Study. Why you are getting so hard for me ?


Sunday, February 24, 2013

It's time to get serious. Seriously .

Allah yang Maha Baik telah memberi aku dua mata untuk menyaksikan segala keindahan yang tidak pernah melintas di hadapan kedua bijik mataku sebelum ini.

Betapa indahnya islam itu. To be precise, betapa indahnya ukkhuwah islamiah itu.

aku masih mentah di dalam arena ini.

masih belajar merangkak, bertatih dalam mengenali hakikat dakwah dan tarbiah.

Satu side of the world yang tidak pernah aku lihat sebelum ini.

Sungguh, asing sekali Islam di akhir zaman ini.

Namun, percayalah, kebahagiaan itu dapat dirasai dengan hati.

Hati ini selalu berasa kembang menyaksikan semua ini.

Hati ini bagaikan tersenyum tersengih apabila bersama-sama dengan mereka yang turut sangat mencintai Islam ini.

Ku lihat kini, ramai sungguh akhi dan ukhti yang sangat bersemangat dalam urusan nan satu ini !

Mereka membentuk kumpulan masing-masing.

Mereka menyusun segala urusan. Teratur.

Mereka merangka strategi dengan baik.

Mereka giat aktif menghasilkan sesuatu!

Segalanya demi ummah tercinta ini!

Ku berjumpa dengan ramai ikhwah dan akhawat yang hebat-hebat belaka!

Akademik yang tip top!

Kerjaya yang hebat-hebat!

Tapi dakwahnya paling mantap !

Kuingin sekali, mengejar segala jejak langkah mereka!

Tidak ingin ku bertatih lama-lama,

aku tak rela diriku masih lagi merangkak,

aku mahu berjalan secepatnya,

berlari selajunya!

Mengejar mereka yang semakin hari semakin bertambah velocity urusan dakwahnya!

Bagaimana sanggup aku hanya melihat mereka berlari semakin hari semakin laju,

dalam arena mengejar Jannatul Firdaus !!!

Meninggalkan aku yang masih merangkak di belakang!

SUNGGUH AKU TIDAK RELA!

Ayuh sahabat, kita bentuk jemaah!

Kita atur strategi!

kita belajar dakwah yang haq, '

kita menyusun segala urusan dengan teliti,

kerna Islam itu terlalu hebat.

Perlu perancangan yang mantop.

Sungguh, tidak sanggup aku ketinggalan lagi ,

sedangkan mereka semakin menghampiri rahmatNya di hadapan !

Ayuh !

Kita persiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran !

Kerna tujuan tarbiah adalah untuk ummah tercinta,

berbekalkan keikhlasan tidak berbelah bahagi kepadaNya !



Saturday, February 16, 2013

Cuti yang Membahagiakan

Assalammualaikum.

Subhanallah. Dah nak habis cuti dah.

Aku buat countdown asasi kat phone, katanya 55 days left...

hmmmmmmmmmm...........................

So, seperti sebelum ini, kalau cuti, aku mula la akan meroyan-royan kefuturan.

Balik rumah tak buat apa.

salahkan rumah.

salahkan suasana.

salahkan kucing.

salahkan itu ini .


Padahal .... 
diri sendiri yang salah...
diri sendiri yang lemah...
diri sendiri yang tak  reti nak disiplin.....




Well, 
somehow , cuti kali ini 
aku buat pembaharuan ...

aku tak balik rumah pun ...

prevention is better than cure..

ye dak kome sekalian ???


so, aku tak balik. 
stay la kat U ni...



But somehow, aku tak stay pun. aku pegi ziarah sahabat2 terchenta di KL. 

Alhamdulillah, lepas rindu jumpa few Dorexx yang awesome. 
sangat-sangat rindu kalian. 
masing-masing dah besar dan nampak kematangan korang. 

ahaks.

and then , aku proceed pergi rumah bestie yang sorang ni. 

menginap (menumpang) 2 malam . 


Somehow, apa yang aku nak cerita is, 

straight to the point, 

"When you niatkan your journey untuk cari Allah, untuk dekatkan diri pada Allah, untuk cari kebaikan dan tawakal bulat pada Allah serta bersangka baik kepada semua strangers yg ditemui, you'll will eventually find the happiness"



Alhamdulillah. Banyak jgk peristiwa yang buat aku senyum sorang-sorang, takjub dengan pertolongan Allah, 
Allah mudahkan setiap langkah dan perjalanan, bagaimana Allah melindungi aku daripada bahaya dan percampuran ikhtilat dan banyak lagi. 

alhamdulillah juga dapat jumpa sahabat terchenta dan rapatkan lagi ukkhuwah . 

Orang ada kata, 

"kenapa tak balik ? Tak rindu mak ayah ke ? Tak kesian kat mak ayah ke ?"

Sahabatku yang prihatin sekalian , 

aku sangat menghargai keprihatinan kalian kepadaku. 

Sungguh, aku tahu, jika aku di rumah, aku tidak mampu untuk mencari lebih banyak pengalaman dan ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan sini dan sana. 

Aku anggap dengan tidak balik rumah ini sebagai satu peluang untuk aku menerokai dunia ini,

mencari kebesaran Allah, 

mencari pengalaman bersama Allah, 

Berdua hanya dengan Allah,

mencari kebaikan yang masih bersisa dalam dunia yang penuh dengan fitnah kini. 

Dan ketahuilah wahai sahabat, pengalaman ini tidak ternilai harganya . 


Aku belajar erti memberi dengan ikhlas daripada sabahatku. 

Aku belajar erti memandang semua makhluk dengan kasih sayang. Kerna kita semua makhluk Allah Yang Maha Penyayang . 

Dan, when you are all alone in a crowd , you learn to connect with your surrounding. 

You tend to connect with other people arround you. 

InsyaAllah, jika niatkan perjalanan kerana Allah, 

Allah akan hadirkan orang-orang yang baik di sekeliling kita. 

Jika sebaliknya, pasti orang itu akan memberi pengajaran yang berguna pada kita. 

Hiasi hatimu dengan sangka baik !

Hatimu jua yang akan merasai kebahagiaannya ! 

Sungguh, betapa Allah telah berjanji akan melindungi hambaNya yang teguh menjaga aurat. 


JAGALAH ALLAH, NESCAYA ALLAH MENJAGAMU 


Aku sedar aku hanya pemuda mentah 

yang kurang ilmu di dada

yang cetek pengalaman

aku sedar aku kekurangan di dalam diri ini untuk kusumbang kepada agama tercinta

maka, atas kesedaran yang Allah anugerahkan ini

aku ingin memanfaatkan untuk membina potensi diri

untuk memantapkan diri

untuk lebih mengenaliNya

untuk bergantung hanya kepadaNya 

untuk hidup di dunia ini hanya keranaNya


"orang yang tidak ada apa-apa tidak mampu memberi apa-apa kepada orang lain"
-Prof. Dr. Muhaya 


Sungguh, tiada apa yang kita kejar di dunia ini 

melainkan kebahagiaan . 

dan ketahuilah wahai sahabatku, 

wahai ibuku, 

wahai ayahku,

wahai keluargaku, 

wahai kalian semua , 

kebahagian itu hanya ada pada Allah. 

kerna Dia adalah sumber kebahagiaan . 


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah . 

Ayuh, 

bergeraklah memantapkan diri. 

Kerna agama suci ini perlukan tentera untuk mendaulatkannya.

Tidak, salah. 


Kita yang perlu jadi tentera agama ini untuk bahagia. 

Ini shortcut untuk ke syurga. 

Anda mahu join ? 

Semoga Allah Redha 
16.02.2013 



Actually aku sempat balik rumah la...

walaupun sehari semalam.

tapi, aku sangat hargai tempoh masa yg singkat itu bersama keluarga.

Sungguh aturan Allah itu sangat cantik !

Tak percaya ?

Belum cuba belum tahu.

Pergilah cari !

Nescaya kamu akan menjumpainya :) 

Thursday, January 31, 2013

Mimpi yang benar

Semalam . 

Duduk dalam bulatan bersama akhawat tersayang, bersama-sama merapatkan ukkhuwah di atas jalan tarbiah ini. 

Aku tersenyum tatkala teringat detik-detik indah apabila murabbi tercinta mula membuka mulut memberi tawjih yang membasahkan hati. Indah. Iman memecut naik ke skala yang lebih tinggi. Terasa Allah itu sangat dekat, Islam ini sangat benar, Syurga itu melambai-lambai di hadapan, segala-galanya terasa indah dan membahagiakan. 

Itulah nikmat iman. 

Namun, aku sangat-sangat terpukul apabila semua ini lenyap di pandangan mata. Apabila tiada lagi bulatan gembira bersama akhwat fillah, apabila masing-masing membawa diri pulang ke rumah, sama ada bercuti sem atau cuti buat selamanya setelah graduate. 

The moment when you are no longer meet these girls , sit together to remember Allah, to improve ourselves, to tilawatul quran together, to tadabbur verses of al quran together and listen to their tazkirah .

That is the moment when you gonna look into yourselves, sejauh mana kebergantungan dan keimanan kita kepada Allah. 

Allahu. Allah itu ada di mana-mana. Allah tidak hanya berada di medan tarbiah di mana aku menemukan ramai akhawat-akhawat yang sama labuh tudungnya dengan kamu, yang sama berjubah, berstokin, berhand-sock dan tertunduk sopan tatkala berjalan. 

Allah juga tidak hanya berada di mana kamu sangat sedar akan keadaan dirimu yang perlu berdikari apabila berjauhan dengan keluarga. Luar dari comfort zone. 

Di manakah Allah semasa kamu pulang ke rumah ? Berjumpa dengan katil empuk, bantal busuk kesayangan, bilik berhawa dingin lengkap, wifi di rumah yang unlimited, segala makanan tersedia di dalam peti ais yang kaya, televisyen lengkap ber-astro beratus siaran. 

Tatkala dirimu jauh dari akhwat fillah mu itu, tatkala bayangan murabbi hilang dari ingatan, tatkala persekitaran yang tidak membantumu ingat kepada dakwah dan tarbiah, tatkala dirimu diuliti nikmat dunia yang unlimited, tatkala bestfriend lama datang menjengah di hadapan rumah dengan kereta sendiri mengajakmu berhibur di mall terdekat, tatkala segala tarbiah yang pernah kau dapatkan di tempat pengajianmu itu bagaikan mimpi yang hidup ! 

Pada waktu inilah, segalanya akan tersingkap. Kebenaran terdedah. Di manakah sebenarnya tahap keimanan dan kesungguhanmu pada dakwah dan tarbiah. 

Sewaktu imanmu segar, dalam bayangan pelbagai rancangan berunsurkan tarbiah telah kau susun dan atur untuk kau laksanakan di waktu cuti yang bakal menjelang. 

Namun , adakah semua itu akan terlaksana apabila imanmu kering kontang ? 

Di manakan tilawahmu ? 
Di manakah hafazanmu ? 
Di manakah solat rawatibmu ? 
Di manakah dhuhamu ?
Di manakah tadabburmu ? 
Di manakah qiammu ? 
Di manakah puasa sunatmu ?

Di manakah Allah di hatimu saat ini ? 

Benarlah, hanya tarbiah dzatiyyah yang mampu menguatkan langkah kita di atas jalan ini. 

Semoga Allah redha .



Thursday, January 24, 2013

Ada mata tunduk-tundukkan..


Sedang duduk menunggu rakan lain untuk discussion , Sarah hanya melangu dan melihat manusia-manusia lalu lalang di sekitar cafe. Masing-masing mempunyai pelbagai tujuan berada di cafe yang besar dan megah itu. Ada yang datang untuk memenuhi tuntutan perut yang sudah menyanyi, ada yang datang untuk discussion, ada juga yang datang untuk lepak-lepak menenangkan fikiran dan ada juga yang datang untuk menemui kekasih hati.. hmm... remaja..

Sedang Sarah khusyuk memerhatikan seorang demi seorang manusia yang muncul dari pintu utama itu, tiba-tiba velocity jantungnya meningkat. Bukan disebabkan komplikasi jantung atau yang sewaktu dengannya, tetapi seorang jejaka yang memang sudah lama Sarah ushar muncul di depan mata. Kembang kecut hatinya berbunga-bunga sakura. Namun, bagi Sarah, cukup untuk hanya memerhatikan dari jauh. Rasa malu yang menebal bak hutan simpan menghalang dirinya untuk bertindak lebih dari apa yang sepatutnya. Akal yang dirasionalkan lantas menjerit. Iman juga memekik agar segera menundukkan pandangan dan istighfar menyucikan hati .

Sarah perasan, sejak akhir-akhir ini, lain macam pula perasaannya. Sejak kejadian 'terjatuh chenta' yang pernah membuatkannya mandi tak kenyang, tidur tak lena, minum tak basah, mandi tak wangi dulu cukup menjadi pengajaran besar buat hidupnya. Dek kerana tidak menjaga pandangan, tidak mujahadah menjaga hati, akhirnya dia gila menahan angau seorang diri. Dia tidak mahu perasaan yang sama hadir dalam diri, menjadi pengacau hidup, penghilang focus dalam kehidupan. Sungguh, perasaan ini harus ditepis dengan tegas !

Sarah cukup sedar akan tanggungjawab dan tindakan yang perlu datang bersama cinta. Jika cintakan seseorang pasti akan gila menanggung perasaan hebat itu. Bolehkan hanya menahan rasa cinta tanpa teringat-ingat, terkenang-kenang, terstalk-stalk, tercakap-cakap mengenai si dia, tersenyum sengih akan si dia. Haktuih! Crap! Itulah apabila nafsu membusukkan cinta ! Urgh.

Prinsip Sarah, jika cinta, pernikahan sajalah jawapannya. Maka, jika tidak mahu bernikah, belum mampu, belum bersedia , maka jangan berani bermain cinta! Kerana itu hanya membawa kepada self-destruction. Menghancurkan diri sendiri. Sarah tidak sanggup bercinta sambil berendam dalam kolam dosa hasil percintaan tidak halal sebelum bernikah. Kotor! Kotor! Kotor! Apakah hasil perkahwinan jika sebelum bernikah sudah dimurkai Tuhan ? Oh, neraka dunialah jawapannya. Itu belum lagi cerita mengenai risiko menghampiri zina apabila berkapel.

'Subhanallah, bagaimanakan mereka yang berkapel ini menahan gelora nafsu dijiwa pada saat kritikal ini??' Sarah sangat tertanya-tanya.

Sarah melihat jam di skrin telefon yang hampir sebesar calculator itu. 'ah, lambat betul diorang ni.' Masa. Apakah orang yang menjaga solat di awal waktu akan menjadi orang yang sama turut menjaga amanah apabila berjanji untuk datang tepat pada masanya ? Sungguh, Sarah pernah berjumpa dengan sahabat yang sangat menjaga masa untuk berjumpa walaupun sekadar hal kecil. Rupanya, sahabatnya ini seorang yang sangat menjaga ketepatan waktu untuk solat. Sungguh dia kagum. Rahmat Allah ke atasmu , sahabat.

Otak Sarah makin ligat berfikir. Menjaga pandangan daripada melihat kepada ajnabi itu adalah sesuatu yang sangat dituntut. Satu pandangan kepada mereka datang berpakej dengan racun perosak ke dalam hati kita, resipi potion special dari syaitan.

Manusia diciptakan dengan penuh keistimewaan dan kelebihan daripada haiwan. Walaupun hakikatnya kucing lebih comel dari manusia, tetap, manusia yang berakal lebih hebat. Manusia diberikan keistimewaan dari Rabb Sekalian Alam untuk mempunyai pilihan dalam kehidupan. Ya, manusia itu boleh memilih, sama ada hendak melakukan sesuatu kerana Allah atau kerana sebab yang lain. Sungguh, that's why manusia yang bodoh memang akan selalu membawa kerugian kepada dirinya sendiri. Mungkin dia masih tidak sedar di dunia ini, tapi di akhirat kelak, pasti terbuntang matanya, menangis sehingga terkeluar biji mata mengenangkan kebodohan diri mensia-siakan kehidupan di dunia. Sarah, jangan jadi bodoh macam itu.

Hm... Sarah jump up into a conclusion. Binatang jantan atau betina, mana tahu konsep tundukkan pandangan. Binatang jantan atau betina, pasti akan tengok selamber dek je. Mereka mana ada akal untuk kata "weyh, kau kene tundukkan pandangan bila nampak kucing betina kat rumah Mak Cik Senaah belakang rumah tu.." Crap. there's no such thing like that. So, haiwan yang Allah kurniakan hanya nafsu ini hanya akan bertindak ikut kemahuan nafsu je la kan. Nak makan, merengek, mengiau, berburu. Nak lampias nafsu, pegi cari mate. Tepi jalan pun jadi. Itulah haiwan.

Manusia, ada yang Allah kurniakan mereka dengan rupa paras yang cantik-menawan-you-memang-hawt! Lelaki atau perempuan , sama sahaja . Dua-dua ada nafsu. Dua dua ada perasaan nak kawen . Dua-dua perlu menundukkan pandangan.

But somehow, nilai seorang manusia itu adalah akhlaknya, characternya, sikapnya, ilmunya, agamanya, spiritualnya, pemikirannya, wawasan hidupnya, dan hubungannya dengan Allah. Bukankah, kita bersikap kurang ajar apabila meminati seseorang kerana rupa parasnya ? Memang minat orang cantik dan kacak itu fitrah, tetapi, bukankah cara kita memandang manusia lain itu sama seperti haiwan memandang haiwan lain? Mata meliar untuk mencari manusia yang cantik dan kacak demi memenuhi tuntutan nafsu serakah yang semakin hari tanpa kita sedari kita pupuk dengan meliarkan mata apabila keluar di jalanan. Setiap hari yang perempuan sibuk mencantikkan diri, berhias demi menarik perhatian lelaki. Bukankah ini level kehaiwanan? Level haiwan di mana menarik opposite gender dengan tarikan fizikal, apa yang nampak di mata.

Oh, kotornya. Wanita yang sibuk berhias dan mencantikkan diri, berpakaian seksi menampakkan bentuk tubuh yang kadang-kadang lemak je banyak ini hanya menyumbangkan kepada pertumbuhan nafsu dalam diri lelaki di luar sana dengan positif.

Tertarik kepada orang lain kerana fizikalnya seolah-olah kita telah memandang rendah kepada dirinya yang sebenar. Kita tidak peduli kepada sikapnya, characternya, akhlaknya, pemikirannya dan apatah lagi hubungannya dengan Allah apabila kita hanya memandangkan kepada kecantikan rupa paras fizikalnya.

Orang yang tidak mempunyai apa-apa pada dirinya, akan sibuk untuk mencantikkan dirinya dengan pakaian-pakaian yang indah, yang seksi, make up tebal-tebal, sibuk nak pakai barangan branded, sibuk nak mengejar arus fashion, sibuk nak menjadi yang paling hawt dan sebagainya. Orang macam ni, kesian. Mereka tahu mereka kosong di dalam dirinya. Oleh itu, mereka sibuk mencantikkan fizikal, supaya orang tertarik dan memuji mereka.

Namun, bagi orang yang penuh ilmu di dada, sangat baik di hati, sangat baik budi pekerti, lemah lembut, sentiasa happy dengan diri sendiri, sangat menyayangi diri sendiri, sangat appreciate diri sendiri, sangat suka berbuat baik kepada orang lain, pasti mereka ini tidak perlu secalit make up pun di wajah untuk buat orang suka dan sayang kepada mereka. Mereka cantik dengan akhlak, mereka anggun dengan peribadi, mereka gorgeous double-wow dengan sikap mereka. Dan orang sebegini, bukan hanya wujud di Utopia iaitu negara sempurna. Orang sebegini wujud apabila mereka sangat sayang kepada Allah. Orang yang sayang Allah akan sayang dan appreciate diri mereka . Lalu, menyebarkan cinta itu di orang di sekelilingnya.

Hm.. Sarah kembali melihat jam di skrin gedabak telefon bimbitnya. Sudah-sudah lah tu melilaukan mata... Jaga mata, jaga hati, jaga iman. Siapa yang menundukkan pandangan, Allah akan ganti dengan kemanisan iman. Ingat nak tundukkan pandangan senang ke ? Maka , ketahuilah, kemanisan iman itu sangat manis dan bergula lagi bermadu bak Kinder Bueno. Mmm.. sedapnye kinder bueno nih. Sarah mendail nombor rakannya.

Saturday, January 12, 2013

12.1.13

. gila sakit. bukan nak memalukan diri di sini. tapi that is the fact.
dalam keadaan sakit, emosi pun bercelaru . dengan lambakan tutorial ,homework, study yg tak pernah selesai.

sakit sia... sumpah. dan tidaklah menarik menahan kesakitan dengan emosi yg berkecamuk. oh tidak seronok. sama sekali tidak menyeronokkan. sakit. sakit. sakit.